Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BAGAI dalam drama pula tatkala melihat gambar ‘notis’ yang dikongsikan oleh laman Facebook ‘The Real Singapore’ ini.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘JS’ telah menampal sekeping notis khas untuk gadis yang ditemuinya di perhentian bas pada 12 April lalu.


Katanya, dia melihat gadis itu sewaktu sama-sama menaiki bas bernombor 74 sebelum kedua-dua mereka turun di perhentian bas yang sama untuk menaiki bas lain.
Gadis berambut pendek itu dikatakan menyerupai salah seorang rakan sekolah rendah dan menengahnya.

Bagaimanapun, sebelum dia sempat bertanya, sebuah bas tiba dan gadis itu terus menaiki bas tersebut.
Justeru, dia berharap agar gadis itu akan muncul kembali di perhentian bas yang sama pada 19 April bersamaan hari Sabtu ini.
Memang bersungguh-sungguh usaha JS untuk menemui gadis tersebut.
Kami harap semoga penantiannya akan terjawab pada nanti.

Kalau benar gadis itu tidak mengenalinya, mungkin mereka boleh menghulurkan salam perkenalan dan membina persahabatan baru, tak gitu?


Seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mengalami tekanan perasaan, datang ke Johor Bahru sebelum membakar dirinya di khalayak ramai.
Ho Peng, 42, mencurah petrol sebelum menyalakan api bagi membunuh diri di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, pagi Sabtu lalu.

Drama mencemaskan bermula apabila Ho Peng meminta untuk membeli 4 liter minyak petrol di stesen minyak yang terletak di seberang Plaza Pelangi namun tidak dibenarkan oleh pekerja di situ apabila mendapati dia tidak membawa sebarang kenderaan.

Ho Peng kemudiannya mengambil corong pam lalu mengugut akan membakar dirinya jika tidak diizinkan.



Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, bos stesen minyak terpaksa membenarkan Ho Peng membeli petrol yang diminta.
Sebaik mendapat petrol, Ho Peng berjalan menuju ke jalan utama dan duduk di atas batu sebelum mencurah petrol pada diri seterusnya menyalakan pemetik api.

Dalam keadaan terbakar Ho Peng terjatuh dalam longkang sebelum orang ramai datang menyelamatkan dirinya menggunakan pemadam api sebelum segera dikejarkan ke hospital.


Ipoh – Perlawanan Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim (JDT), belum bermula namun kekecohan sudah tercetus dengan insiden dua bas yang membawa pasukan dan penyokong JDT? disembur dengan cat kuning.

Kedua-dua kenderaan terbabit yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di sini disedari disembur dengan cat pagi tadi.
Bas terbabit diconteng dengan semburan cat bertulis ‘This is Ipoh’.


SEOUL – Polis Korea Selatan hari ini berkata mereka menahan seorang lelaki yang didakwa sengaja membiarkan anaknya mati kebuluran kerana ‘gila’ bermain permainan dalam talian di kafe siber.
Polis berkata, lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Chung itu ditahan semalam selepas penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia dua tahun di dalam plastik beg berhampiran tenggara bandar Daegu
Sebuah stesen televisyen telah menyiarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Chung di hadapan lif di apartmennya melihat rambut di dalam cermin sambil memegang sebuah beg plastik sampah yang didakwa mengandungi mayat anaknya.
Polis berkata, Chung bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sebelum mengaku membuang mayat budak malang itu. – AFP
Kebiasaannya kita hanya berpeluang melihat pemandangan sesebuah bandar secara meluas bilamana kita berada di kapal terbang sama ada pergi atau pun balik dari destinasi. 

Pemandangan yang dilihat memang menarik tetapi hanyalah untuk seketika berikutan kapal terbang bukannya dibawah kawalan kita ikut suka nak pusing sana sini.

Ehsan dari seorang pengguna Reddit, sejumlah gambar-gambar pemandangan 'mata burung' dari bandar-bandar seluruh dunia memberikan satu gambaran yang baru kepada kita melihat bertapa menariknya dan luarbiasanya sesebuah bandar itu.

1. Niagara Falls (Kanada)


2. Barcelona (Sepanyol)


3. Central Park, New York City (USA)


4. Dubai Islands (UAE)


5. Hedge Maze (England)

6. Mexico City (Mexico)


7. Venice (Itali)


8. Amsterdam (Netherlands)


9. Namib desert (Namibia)


10. Chicago (USA)


11. Tulip Fields (Netherlands)


12. Bern (Swirtzerland)


13. Dubrovnik (Croatia)


14. Paris (France)


15. Meskendir Valley (Turkey)


16. Shanghai (China)


17. Capetown (South Africa)


18. Moscow (RUssia)


19. Athens (Greece)


20. Vancouver (Canada)


 21. Male (Maldives)


22. Seattle (USA)


23. Gaza Pyramids (Egypt)


24. Bac Son Valley (Vietnam)


25. Marina Bay, Dubai (UAE)


26. Rio de Janeiro (Brazil)


27. Terrace Rice Fields (China)


28. Vatican City, Rome (Italy)


29. Lake in Pomerania (Poland)


30. San Francisco (USA)


Jarang-jarang sekali filem terbitan dan keluaran anak tempatan mendapat klasifikasi 18SX di mana terdapat babak yang memaparkan adegan seks yang tidak keterlaluan.
Namun, tahukah anda filem Malaysia pertama yang mendapat klasifikasi sedemikian?

Filem Litar Kasih yang diterbitkan pada 1996 merupakan filem pertama tempatan yang mendapat klasifikasi tersebut kerana terdapat sebanyak tujuh adegan yang tidak dipersetujui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
Antara adegan yang dipotong adalah berkaitan dengan babak pelacuran, ciuman, lumba motosikal haram, rogol, suasana dalam kelab dan dialog yang mempunyai mesej lucah.
Litar Kasih merupakan arahan Eddie Pak yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman, Linda Rafar, Faizal Hussein dan Aishah Atan


Esiichatiekid ialah seorang bekas askar yang bekhidmat dengan tentera Thailand selama 6 tahun. Selepas bersara beliau mengikut naluri hati beliau dan berubah menjadi seorang kthoey yang jelita. Siapa kata askar tak boleh menjadi awek!