SEOUL – Polis Korea Selatan hari ini berkata mereka menahan seorang lelaki yang didakwa sengaja membiarkan anaknya mati kebuluran kerana ‘gila’ bermain permainan dalam talian di kafe siber.
Polis berkata, lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Chung itu ditahan semalam selepas penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia dua tahun di dalam plastik beg berhampiran tenggara bandar Daegu
Sebuah stesen televisyen telah menyiarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Chung di hadapan lif di apartmennya melihat rambut di dalam cermin sambil memegang sebuah beg plastik sampah yang didakwa mengandungi mayat anaknya.
Polis berkata, Chung bertindak membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sebelum mengaku membuang mayat budak malang itu. – AFP
No comments
Post a Comment