Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » ‘Jatuh Hati’ Pandang Pertama, Sanggup Tampal ‘Notis’ Di Stesen Bas!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BAGAI dalam drama pula tatkala melihat gambar ‘notis’ yang dikongsikan oleh laman Facebook ‘The Real Singapore’ ini.

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘JS’ telah menampal sekeping notis khas untuk gadis yang ditemuinya di perhentian bas pada 12 April lalu.


Katanya, dia melihat gadis itu sewaktu sama-sama menaiki bas bernombor 74 sebelum kedua-dua mereka turun di perhentian bas yang sama untuk menaiki bas lain.
Gadis berambut pendek itu dikatakan menyerupai salah seorang rakan sekolah rendah dan menengahnya.

Bagaimanapun, sebelum dia sempat bertanya, sebuah bas tiba dan gadis itu terus menaiki bas tersebut.
Justeru, dia berharap agar gadis itu akan muncul kembali di perhentian bas yang sama pada 19 April bersamaan hari Sabtu ini.
Memang bersungguh-sungguh usaha JS untuk menemui gadis tersebut.
Kami harap semoga penantiannya akan terjawab pada nanti.

Kalau benar gadis itu tidak mengenalinya, mungkin mereka boleh menghulurkan salam perkenalan dan membina persahabatan baru, tak gitu?

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments