Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BUTTERWORTH : Seorang lelaki berusia 30-an ditemui terbaring tidak sedarkan diri akibat parah selepas ditembak dalam kejadian di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Taman Perusahaan Mak Mandin Butterworth, 9 pagi tadi.
Ketika kejadian orang ramai melalui kawasan itu merasa curiga selepas melihat mangsa terbaring di sebelah motosikalnya sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan kejadian.
“Mangsa cedera parah selepas ditembak di belakang badan dia dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan.
“Turut ditemui di lokasi kejadian dua kelongsong peluru jenis Thai Arms,” katanya.
Abdul Rahman tidak menolak kejadian membabitkan kumpulan gangster.


-MYMETRO


Apakah nasib yang menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yang dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yang mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.

Berikut adalah luahan hatinya.

“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Mungkin disebabkan perkara yang lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yang peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni.
OHARI Che Ismail, 57, menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan wang simpanannya berjumlah RM70,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, hari ini. - Foto Mohamad Ishak

SETIU: Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menyimpan wang baki ganjaran pencennya berjumlah RM70,000 di sebuah bank di Bandar Permaisuri di sini, terkejut apabila mendapati wang simpanannya lesap petang semalam.
Johari Che Ismail, 57, yang tinggal di Taman Kancil Jaya di sini menyedari kejadian itu selepas cuba mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada jam 1.50 petang semalam, dan mendapati wang baki pencennya yang disimpan sejak Mac lepas hanya berbaki RM42 sahaja.
Ekoran itu beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bandar Permaisuri di sini pada 4 petang semalam.
"Setelah mencuba dua kali untuk mengeluarkan RM500, kad saya tidak diterima ATM hingga menyebabkan saya masuk ke dalam bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pegawai bank," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya beliau terkejut apabila dimaklumkan wang di dalam akaunnya hanya berbaki RM42 sedangkan beliau masih mempunyai RM70,000 dalam akaun yang tidak pernah diambil sejak Mac lepas.
Johari berkata beliau bersara daripada JKR Setiu akhir tahun lepas dan menerima ganjaran pencen berjumlah RM123,000 yang disimpan di dalam bank berkenaan.
Katanya berdasarkan kenyataan bank menunjukkan pengeluaran wang dilakukan mulai 14 Mac lepas hingga 6 Oktober yang dibuat oleh individu tidak dikenali secara pemindahan wang melalui internet sebanyak 69 kali.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa dan katanya kes dikategorikan sebagai jenayah siber. - BERNAMA / BHonline


Chongqing – Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya.

Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal.

Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu.

Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.

“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya.

Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik.

Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil.

Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik. – Agensi


Pelakon yang tidak asing lagi namanya di kalangan mereka yang miang di luar sana, Maria Ozawa yang sememangnya bintang porno yang sangat terkenal. Buat pengetahuan semua, Maria Ozawa mengatakan dia kini sedang mencari bakal suami yang boleh dijadikan teman sehidup sematinya kelak.

Menerusi satu sesi wawancara dengan sebuah media indonsia, Maria ataupun lebih dikenali sebagai Miyabi di Indonesia, mengatakan dia bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjadi suaminya asalkan mereka memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon porno. wait.. what??

“Saya tak kisah dengan siapa orangnya atau dari warga negara mana, dari Jepun atau Indonesia ke, yang penting dia seorang yang memahami dan menyokong kerjaya saya,” katanya.

Sebelum ini dia sudah empat kali menjejakkan kaki ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem dewasa namun tidak dapat hadir ketika sesi tayangan perdana filemnya kerana kedatangannya dikecam sesetengah alim ulama negara itu. 


Klang - Seorang lelaki berusia 27 tahun telah membuat laporan polis di IPPD Klang Selatan awal bulan ini pada 7.42 petang untuk mendapatkan bantuan polis bagi mencari pasangan untuk berkahwin.

Di dalam repot tersebut, lelaki itu berkata dia adalah seorang lelaki bujang dan berharap agar polis dapat membantunya mencari seorang isteri untuknya.

ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak boleh menghalang seseorang dari membuat laporan polis tetapi dia turut menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyalah guna perkara tersebut bagi melaporkan perkara remeh temeh.


Beliau juga menambah, perkara yang tidak penting seumpanan itu boleh menghalang tugasan polis yang melibatkan perkara-perkara yang lebih penting.

Bagaimanapun, dia memberitahu Sinchew Daily yang lelaki itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana tidak membuat sebarang perkara yang menyalahi undang-undang.

Jika sebelum ini anda selalu melihat gambar Grumpy Cat yang terkenal dengan mukanya sentiasa muram, kini terdapat seekor lagi kucing yang semakin popular di internet, dikenali sebagai Garfi the Persian cat, yang terkenal dengan mukanya yang sentiasa marah.

Garfi tinggal bersama dengan tuannya di Hulya Ozkok, Turkey. Walaupun mukanya kelihatan sentiasa marah, menurut tuannya, dia adalah seekor kucing yang periang.

Jom saksikan 'kebengisan' muka si Grafi The Persian cat.