Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SERONOK tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.
Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.
Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan ta

Anak kepada penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti (KD) menyatakan hasrat kepada ibunya itu untuk melakukan pembedahan plastik supaya kelihatan lebih cantik.
Menurut laporan Berita Harian, hasrat anaknya itu telah didedahkan oleh KD dalam buku autobiografinya dimana boleh dibaca peminatnya malah turut menjadi bacaan anak gadisnya, Aurel Hermansyah.
KD sempat bercerita bahawa anak gadisnya itu ingin melakukan pembedahan kosmetik kerana ibunya pernah melakukan perkara yang sama tapi dilarang keras oleh KD.
“Saya melarangnya melakukan pembedahan tersebut kerana dirinya yang masih bersekolah dan belum masanya lagi untuk berbuat begitu tetapi dengan selamba dia menjawab jika saya boleh lakukan demikian, mengapa dirinya tidak?,”ujar KD.

Walaubagaimanapun, Aurel yang gemar memuat naik gambarnya di laman sosial ternyata dilihat semakin cantik dan bergaya memandangkan dirinya sentiasa menjaga kecantikan dengan melakukan rawatan yang sesuai. -Tupai

Seorang guru perempuan dilaporkan mati dibunuh pelajar lelaki berusia 15 tahun yang didakwa berdendam dengan mangsa, semalam di United Kingdom.
Menurut saksi, kejadian berlaku ketika mangsa, Ann Maguire, 61, sedang mengajar dan secara tiba-tiba, pelajar lelaki itu datang di belakangnya dan kemudian mengelar leher cikgunya dengan menggunakan pisau.
Sejurus insiden mengejutkan itu, rakan sekerja Maguire bergegas ke kelasnya dan menahan pelajar tersebut.
Maguire kemudiannya dibawa ke hospital oleh paramedik pada jam 11.45 pagi namun meninggal dunia sebaik sampai di hospital.
Kejadian menggemparkan ini dikatakan pertama kali berlaku di UK di mana seorang guru dibunuh anak muridnya ketika sedang sibuk mengajar di kelas.
Menurut saksi yang juga pelajar di sekolah itu, suspek telah dimasukkan ke kelas tahanan (detention class) minggu lalu dan mendakwa mangsa gemar mencari kesalahannya. 

Abbey Clancy menghangatkan Fashion Show dengan memakai fesyen tersendiri tanpa memakai seluar dalam serta baju dalam. Insiden ini berlaku di Dorchester Hotel sekitar London untuk Fashion For the Brave.









SEKEPING gambar yang dimuat naik oleh Diana Danielle telah menjadi bahan perbualan hangat di kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi. Gambar tersebut yang menunjukkan kemesraan antara dirinya dan suami, Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang. Gambar di bawah dimuat naik dengan caption “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“.
Antara komen-komen yang diberikan oleh para pengikut akaun Instagram Diana Danielle ialah “kemesraan antara suami isteri tidak baik dipaparkan di khalayak ramai“, “walaupun dah halal, bukan untuk tontonan umum” dan komen-komen yang seumpama dengan itu. Namun ada juga yang menyokong Diana Danielle dengan melahirkan rasa “sweet” melihat kemesraan pasangan ini dan tak salah kerana mereka adalah suami isteri bukannya pakwe makwe.
Diana Danielle bagaimanapun telah tampil memberi penjelasan dengan menjawab salah satu komen daripada seorang pengikutnya yang bernama Liza:-
Dear liza, i was sitting next to my husband while he was chilling on the sofa and i took a picture. Nothing wrong with that. Kids under 12 should be supervised while on the net anyway since there are many things they shouldnt be exposed to but this is not one of them


Abang Nara lihat gambar Diana Danielle dan Farid Kamil di atas agak romantis dan menunjukkan kebahagiaan mereka. Bab hukum tak tahulah apa sebab tak arif dalam hal ini. Yang pasti, Abang Nara gembira melihat mereka gembira di samping anak tercinta. Semoga kebahagiaan itu terus berkekalan buat selamanya.

RIAU INDONESIA – Sekumpulan orang kampung yang bertindak sebagai pencegah maksiat bertindak melampau apabila memaksa pasangan bawah umur itu meneruskan hubungan seks hingga tamat.
Aksi jijik itu ditonton sekumpulan penduduk di Bengkalis, Riau sebagai denda kepada pasangan itu. Dipetik dari laman Okezone, kejadian ini berlaku pada 13 Januari 2014 sekitar jam 10 malam waktu tempatan.
Pasangan lelaki yang dikenali sebagai Uya Naldi, 20, telah menjemput teman wanitanya, Melati yang baru berusia 15 tahun, di RSUD Bengkalis, Kabupaten Bengkalis.
Dalam perjalanan, Uya Naldi telah berhenti di tepi jalan Baru Desa Pedekik, Kecamatan Bengkalis, dan memujuk teman wanitanya itu untuk lakukan hubunga seks. Ketika pasangan itu sedang asyik melakukan hubungan seks’, sekumpulan penduduk telah menyerbu mereka
Anehnya, kumpulan penduduk berkenaan tidak menangkap atau menahan mereka malah memaksa pasangan tersebut meneruskan perbuatan terkutuk itu sehingga selesai
“Setelah selesai, kumpulan penduduk itu terus meninggalkan pasangan itu. Kes ini disiasat oleh Polis Bengkalis. Beberapa orang penduduk kampung telah dipanggil untuk beri keterangan.,” kata pegawai penyiasat Polis Daerah Riau.
Setelah selesai lakukan hubungan seks, Ulya menghantar pulang teman wanitanya. Ulya kini didakwa atas kesalahan merogol gadis bawah umur.

SEORANG wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di San Diego, Amerika Syarikat.
Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.Tapi bukan yang sehebat ini kerana dalam keadaan berbogel
Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.
Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh beradadalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut.








SEGAMAT: Lima pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tinggal menyewa di sebuah rumah di Jalan Segamat-Muar di sini, kini bukan sahaja hidup dalam kebingungan dan ketakutan, malah tidak lena tidur malam kerana terpaksa berdepan dengan gangguan misteri sejak awal tahun ini.
Penuntut IPTA terbabit mendakwa gangguan mereka hadapi itu disyaki dilakukan seorang lelaki yang dipercayai tinggal di kawasan berdekatan rumah sewa mereka.
Antara kejadian yang menimbulkan kebimbangan penghuni ialah apabila sering berlaku kecurian pakaian dalam yang dijemur di ampaian dan tidak kurang juga bunyi seseorang mengetuk tingkap bilik tidur pada tengah malam ketika mereka baru melelapkan mata.
Seorang penghuni rumah sewa berkenaan yang dikenali sebagai Nur, 21, berkata, dia dan empat rakan menyewa di rumah berkenaan sejak setahun lalu kerana kedudukannya di tepi jalan dan memudahkan mereka ke kampus dengan menaiki bas yang disediakan pihak pengurusan universiti.
Bagaimanapun, dia mendakwa berlaku pelbagai kejadian pelik sejak awal tahun ini yang membuatkan mereka keliru sama ada perkara itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik atau dilakukan oleh lelaki gila seks.
“Bermula dengan kehilangan pakaian dalam dari ampaian, kehidupan kami di rumah ini tidak tenteram, malah ada sahaja gangguan yang membuatkan kami semua ketakutan.
“Pernah sekali rakan serumah ternampak kelibat lelaki sedang mengibas seluar dalam di belakang bilik tidur kami pada tengah malam. Saya tidak tahu sama ada perbuatan lelaki tidak dikenali itu bertujuan mempraktikkan ilmu songsang atau sebaliknya, tetapi insiden itu cukup untuk membuatkan kami tidak lena tidur malam,” katanya ketika ditemui semalam.-HM

TUJUH bulan. Itulah tempoh perkahwinan pasangan Fiza Elite dan Adam AF sebelum kedua-duanya sah bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.
Dalam tempoh yang singkat itu, rumahtangga mereka sebenarnya sudah mula goyah sejak empat bulan lalu, memetik mStar Online.
Siapa sangka, laman sosial Instagram adalah antara punca keretakan hubungan mereka.
Menurut Fiza, dia bertindak membuang gambar bersama mereka di Instagram apabila terlalu banyak spekulasi yang mengatakan rumahtangga mereka bermasalah.
Ia sekaligus menambahkan lagi andaian bertalu-talu daripada para peminat dan telah menyebabkan kedua-dua mereka turut bergaduh.
Pada masa yang sama, Fiza menafikan perceraian itu terjadi kerana masalah kewangan Adam kerana bekas suaminya itu telah membantu menghulurkan wang untuk pembedahan ayahnya.
Tapi, secara logiknya, kalau hubungan mereka tidak bermasalah sebelum ini, mengapa Fiza perlu membuang gambarnya bersama Adam?
Atau mungkin ada punca yang lebih besar yang mendorong kepada tindakan Fiza membuang gambar Adam di akaun sosialnya itu?
Hmm..hendak fikir dalam-dalam pun rasanya sudah tak perlu sebab keputusan sudahpun dibuat.
Apa pun, kami yakin peminat masih berharap untuk melihat pasangan ini bersatu semula jika jodoh mereka masih panjang…


SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

KEMAMAN – Seorang bayi berusia tiga bulan terpaksa menerima 14 jahitan akibat digigit sekumpulan kera di Kampung Gelugor dekat sini kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, Nor Iman Adriana Zuhairi yang sedang nyenyak tidur di dalam buaian diserang di kepala oleh sekumpulan kera.
Berikutan itu, mangsa mengalami dua kesan luka sepanjang lima sentimeter (sm) dan dirawat di Hospital Kemaman untuk menerima 14 jahitan.



Kosmo
Gambar Hiasan
Beijing: Seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga merempuh keretanya ke arah orang ramai dan pejalan kaki berhampiran sebuah sekolah rendah semalam, menyebabkan enam orang termasuk tiga kanak-kanak maut. Seramai 13 lagi mangsa cedera.
Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit keluar dari kereta Lexus yang sudah rosak akibat rempuhan itu dan mengancam untuk meletupkan sebotol petrol sebelum dia diberkas polis menggunakan meriam air. Media melaporkan, lelaki berusia 37 tahun itu kecewa kerana isterinya menuntut cerai. Keganasan di China menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakannya dilakukan individu menghadapi masalah peribadi. Bulan lalu seorang lelaki menyebabkan kematian 47 orang termasuk dirinya selepas membakar sebuah bas di Xiamen. - AFP

London: Pihak berkuasa tempatan di Strood, Kent, merampas sistem audio bernilai £3,000 (RM16,500) miliki seorang lelaki selepas jirannya mengadu tidak tahan dengan muzik dimainkannya.
Gareth Davies, 47, yang juga bekas jurujual bagaimanapun mendakwa menjadi mangsa pihak yang mempunyai rasa dengki dengan dirinya.
Sumber polis berkata, jiran Davies dilaporkan berang kerana lelaki berkenaan gemar memainkan lagu My Heart Will Go On dendangan Celine Dion dari filem Titanic.

“Lagu lain sering dimainkannya termasuk Boom Shack-A-Lak oleh Apache Indian dan lagu tema filem animasi Toy Story, You’ve Got A Friend In Me.
“Jiran mendakwa Davies memasang lagu berkenaan dengan terlalu kuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Davies berkata, dia tidak percaya apa yang berlaku terhadapnya. “Saya rasa seperti seolah-olah ada orang yang sengaja mencari salah saya,” katanya selepas pegawai terbabit berjaya mendapatkan waran untuk merampas iPod, televisyen 3D dan PlayStation3 miliknya.

Dia bagaimanapun dibenarkan menyimpan iPhone dan MacBook yang juga nyaris dirampas kerana mampu memainkan muzik.
Di samping itu, Davies boleh memohon mendapatkan semula peralatannya selepas 28 hari. - Agensi

Chicago: Seorang remaja perempuan tergamak membiarkan bayi baru dilahirkannya mati hanya kerana bimbang ditinggalkan kekasih selepas wajah anak malang itu saling tak tumpah seperti bekas teman lelakinya.
Ana Rosa Mora, 18, kini berdepan tuduhan membunuh tahap pertama akibat perlakuan yang tidak munasabah, lapor akhbar Chicago Tribune.
Remaja terbabit melahirkan anaknya pada hujung minggu lalu dan datang ke sekolah seperti biasa semalam selepas melakukan kesalahan berkenaan.

Malah dia turut menunjukkan gambar bayi perempuan baru dilahirkan yang dimuat turun dari Internet.
Bagaimanapun kelakuannya menimbulkan syak menyebabkan pekerja di sekolah itu menghubungi pihak berkuasa.

Bayi berkenaan yang dimasukkan ke beg dan dibiarkan di luar rumah untuk mati ditemui seorang pekerja pembinaan beberapa jam kemudian.

Bayi itu gagal diselamatkan kerana meninggal dunia akibat sesak nafas dan pendedahan terhadap cuaca melampau.
Ana Rosa mengaku bayi itu adalah hasil hubungan haramnya dengan kekasih lama. Sumber polis berkata, Ana berasa bimbang kekasih terkininya akan mengesan kecurangan dilakukan.

“Lebih ditakuti Ana, kekasihnya akan berpisah dengannya kerana bayi itu,” katanya dalam satu kenyataan. Ana sepatutnya tamat sekolah menengah Jun ini dan menghadiri kolej pada musim luruh depan dibenarkan dijamin AS$500,000 (RM1.6 juta). - Agensi

Kuala Lumpur: Polis menahan sembilan individu termasuk seorang janda dalam serbuan berasingan di Kedah dan Selangor semalam selepas semua suspek disyaki terbabit kegiatan militan di negara ini.


Menurut sumber, segelintir suspek ditahan di rumah masing-masing dengan sebahagiannya adalah pelajar madrasah, penjual burger serta pembantu restoran.
Serbuan dilakukan Pasukan Petugas Khas (operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari semalam selepas pihak polis mendapat maklumat suspek sudah menjalani latihan ala ketenteraan untuk melakukan keganasan.

“Dianggarkan 30 individu menganggotai kumpulan militan itu yang dipercayai bergiat aktif sejak tahun lalu.

“Buat masa ini nama kumpulan berkenaan tidak boleh didedahkan supaya tidak mengganggu siasatan polis,” katanya.

Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.
Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.
Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.

GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.
"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.

Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.

Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.

"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.

"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.

Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.

Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.

Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.

Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.

"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.

7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.

Songkhla (Selatan Thailand): Lima rakyat Malaysia berusia antara 22 hingga 35 tahun ditahan polis Thailand selepas disyaki melarikan wang tunai lebih 5 juta Baht (RM500,000) menggunakan kad ATM yang dipalsukan menggunakan data curi.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Faizal Razali berkata, kumpulan lelaki itu dicekup polis tempatan di lokasi berasingan sejak semalam hingga petang tadi.
"Kesemua mereka dipercayai beroperasi di sini sebelum memindahkan wang berkenaan kepada 'taiko' (ketua) mereka di Malaysia dan mendapat upah 10 peratus daripada hasil wang curi itu.

"Mangsa kebanyakan terdiri daripada pelancong warga Perancis," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Katanya, serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Polis Thailand itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada Kedutaan Perancis mengenai laporan kehilangan kad kredit milik warganya di Hatyai sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, hasil serbuan polis merampas 732 kad kredit palsu, kad debit, komputer riba, penyiring kad (skimmer) serta wang tunai hasil curi.

Beliau berkata, polis juga sedang memburu tiga lagi rakan suspek yang bersama-sama melakukan kegiatan itu selepas dikesan memasuki Thailand 2 April lalu.