Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Fresno (California): Seorang pelajar universiti yang dituduh mengadakan seks dengan biri-biri berkata, dia bertindak demikian kerana terlalu stres menghadapi peperiksaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap mengadakan seks oleh rakan pelajarnya di Universiti Fresno State selepas mendengar bunyi bising dari kandang haiwan berkenaan di kampus.
Pelajar yang namanya tidak didedahkan memberitahu polis, dia amat tertekan dengan peperiksaan yang bakal dihadapinya, menyebabkan dia minum terlalu banyak arak.

“Ia sungguk menjijikkan dan membuat saya marah. Kenapa perlu lepaskan geram pada haiwan semata-mata kamu tertekan dengan peperiksaan,” kata Marisa Burkdoll, antara pelajar yang menguruskan haiwan berkenaan di kampus itu.

“Pelajar itu bukan tertekan tetapi mungkin menghadapi masalah mental.
“Dia sasarkan haiwan yang tidak boleh mempertahankan diri mereka,” katanya sambil mendesak pihak berkuasa memenjarakan pelajar terbabit.

Biri-biri berkenaan ialah sebahagian daripada haiwan yang diternak di kampus itu untuk tujuan pembiakan dan ternakan. Ia kini dirawat oleh veterinar. - Agensi


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai bekas anggota polis ditemui mati dalam keadaan terbaring di hadapan kawasan kedai di Batu 5, Jalan Ipoh, pagi tadi.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum melaporkan kepada polis untuk bantuan kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang turut berada dilokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.

Katanya, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang senjata dan pemeriksaan terhadap badan mangsa terdapat sedikit kesan luka di jari kelingking serta jari manis kanan sebelah kanan dipercayai akibat geseran pada batu dinding.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital Selayang untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR) katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. -Harian Metro

Betong (Yala): Dua wanita ditembak mati di daerah di sini semalam sementara seorang guru perempuan juga mati akibat ditembak di daerah Khok Pho, Pattani.
Dalam pada itu, seorang sukarelawan pertahanan cedera dalam serangan bom di daerah Rueso, Narathiwat.
Dalam kejadian di Betong, Sirirat Saechan, 35, mati ditembak pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan) sementara rakannya, Salinee Saethong, 55, mati dalam perjalanan ke hospital selepas dua lelaki bermotosikal mengejar dan menembak mereka yang juga sedang menunggang motosikal.

Polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian itu berpunca daripada konflik peribadi atau sebahagian daripada keganasan yang melanda selatan Thai.
Sementara itu, guru, Isara Chairitchok ditembak di kedai minyak di Khok Po oleh dua lelaki bermotosikal yang berpura-pura hendak mengisi minyak di kedai di rumahnya.
Dia ditembak dua kali di kepala dan dua lagi di belakang.

Pegawai di hospital Khok Pho menghantar Isara ke Hospital Pattani yang lebih lengkap tetapi dia gagal diselamatkan.
Isara menjadi guru ke-179 yang terbunuh di selatan Thai sepanjang 10 tahun lalu.
Polis mengesyaki serangan itu adalah tindak balas terhadap kematian dua pemimpin kumpulan pemisah yang ditembak mati oleh pihak berkuasa di daerah Nong Chik Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, jurucakap tentera di selatan Thai, Kolonel Pramote Phromim berkata, pihaknya merampas dua senjata bersama-sama peluru dalam operasi di Nong Chik, tempat dua anggota pemisah ditembak mati.
Di Rusoh, daerah di Narathiwat, sukarelawan pertahanan Doloh Waesu cedera dalam satu letupan bom.

Kejadian berlaku ketika dia meronda kawasan itu bersama lima yang lain.
Ketua peronda yang juga ketua Kampung Ban Bluka, Royalee Musor berkata, Doloh terlanggar wayar yang diikat pada sebutir bom, menyebabkan bahan letupan itu meletup. - Agensi


Tasek Gelugor: Walaupun sudah berusia 22 tahun, Mohd Firdaus Che Omar, masih memerlukan penjagaan seperti bayi termasuk diberikan susu botol dan dipakaikan lampin berikutan menderita penyakit kepala berair sejak lahir.
Bapanya, Che Omar Ismail, 52, yang tinggal di Jalan Besar di sini, berkata, Mohd Firdaus juga belum memiliki MyKad berikutan usaha mereka membuat permohonan kerap terbantut.

Ia berikutan penyakit dihidapi Mohd Firdaus menyebabkan dia sukar bergerak dan lebih selesa menghabiskan masa dengan terlantar di atas tilam di rumah.
"Penyakit anak saya ini sudah dirujuk ke hospital dan dia sudah empat kali menjalani pembedahan, namun keadaannya tetap tidak berubah.

"Kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri, ia turut menyukarkan kami untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan bagi membiayai keperluan harian Mohd Firdaus dari agensi berkaitan," katanya.