Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi




Di negara kita mungkin jarang dapat melihat pekara-perkara sebegini dan boleh dikatakan tak pernah yang mana cara duduk dan tidur yang tidak senonoh apatah lagi di tempat awam. Mungkin itulah antara kelebihan kita yang mana masih tahu beradab.


Disini Siakapkeli ingin berkongsikan beberapa keping gambar dari PassengerShaming.com yang mana memperlihatkan pelbagai cara dan aksi pelik penumpang-penumpang ketika dalam pesawat di luar negara.

Yang paling menghairankan adalah bila sesetengah aksi yang tidak senonoh juga dilakukan dalam pesawat awam yang rasanya tak perlu penulis sebutkan. Bagaimanapun mereka mungkin di bawah pengaruh alkohol.












New Zealand  - Karen Bass mendakwa rumah dan keretanya telah diliputi dengan najis yang dibuang dari kapal terbang yang melalui kawasan rumahnya.

Warga New Zealand itu percaya yang rumahnya telah 'dilanggar' oleh sisa najis yang besar yang dipercayai najis salah seorang penumpang kapal terbang tersebut.

Rumah Karen Bass dilaporkan berada tepat-tepat pada landasan yang dilalui oleh kapal terbang yang terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland.

"Bila saya berjalan keluar dari pintu rumah saya pagi ini, saya ternampak benda itu. Saya fikir, sebuah kapal terbang telah 'berak' atas kami."

Karen Bass berkata aduan yang telah dibuat olehnya kepada Airways NZ tidak diendahkan.

Pakar penerbangan, Peter Clarke pula mengatakan kes sedemikian teramat jarang sekali jika terjadi.

"Semua pesawat komersial menyimpan bahan buangan, terutamanya dari tandas", tambah Clarke 


Pemandangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur

Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.


Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google diWikipedia Google Street View.

Pemandangan di Kg Panji, Kelantan


Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.

Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.


Bagi sesiapa yang rindu kat kampung halaman masing-masing tu, boleh la guna untuk 'menjenguk' kampung anda.. Manalah tau kalau nasib baik, boleh 'terjumpa' dengan orang yang anda kenal.

Sumber: Siakapkeli.com

SIBU: Sebuah pesawat latihan penerbangan King Air C90B dari Seletar, Singapura tergelincir di landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu di sini kira-kira pukul 12 tengah Isnin. 
Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir berkata, penerbangan tidak berjadual itu membawa seorang juruterbang warga Singapura dan dua pelatih warga asing.
"Ia terpesong ke luar kawasan rumput semasa mendarat di landasan 13. Ketiga-tiga orang di dalam pesawat tidak cedera," katanya pada sidang media di pejabat Sibu Airport Management di sini. 
Tujuh penerbangan terjejas selepas pengurusan lapangan terbang itu menutup landasan untuk mengeluarkan pesawat sejurus selepas kejadian dan landasan dibuka semula pada 3.05 petang selepas pesawat itu dikeluarkan.
Zainuddin berkata, penerbangan ke Johor Baharu yang dijadual berlepas pada 11.50 pagi dijadual semula untuk berlepas pada 4.05 petang manakala penerbangan dari Kuching terpaksa berpatah balik selepas landasan itu ditutup.
Beliau berkata, Pejabat Penerbangan Awam dan Kementerian Pengangkutan sedang meyiasat punca kejadian.


PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menegaskan dia tidak perlu bersemuka dengan Kamal Adli untuk memberi peluang bagi berbincang mengenai hubungan mereka yang sudah tidak apa-apa kaitan lagi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 32, berkata, sebelum memutuskan untuk berpisah, dia telah pun berbincang tentang perkara itu dan sudah menjelaskan sebab-sebab mengapa hubungan berkenaan perlu diputuskan.

"Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus.

"Nak ikutkan... saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai," katanya kepada mStar Online.

Dalam program Melodi (siaran TV3) Ahad lalu, Kamal meluahkan rasa kesal apabila hubungannya dengan Intan terputus begitu sahaja dan berharap agar dapat kembali menjalinkan hubungan semula dengan aktres itu.


ata kamal, sehingga kini dia masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka tiada lagi sebarang hubungan dan masih mengharapkan agar Intan dapat bersemuka dengannya untuk berbincang tentang hubungan berkenaan. Intan pada 25 Ogos lalu mendedahkan hubungan cinta bersama Kamal sejak enam tahun lalu akhirnya bernokhtah.

Keputusan tersebut diambil atas persetujuan bersama yang dilakukan pada akhir Ramadan lalu.

Sementara itu, Intan berkata, dia tidak akan mendedahkan sebab-sebab memutuskan hubungannya dengan aktor tersebut kerana ia terlalu peribadi.

"Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun.

"Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus," ujarnya.

Bangkok: Polis menangkap seorang lelaki yang memiliki sejarah penyalahgunaan dadah selepas dia disyaki menikam mati isteri dan anak perempuannya.
Rames Rattana kemudian meletakkan mayat berkenaan dalam lori pikapnya sebelum dibakar. Kejadian berlaku di Jalan Samut Sakhon malam Jumaat minggu lalu.
Sumber berkata, operasi bersama membabitkan polis dari daerah Chumphon dan Samut Sakhon bekerjasama menangkap Rames, 37, pada Sabtu lalu.

“Suspek ditangkap selepas orang awam melaporkan melihat Rames dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah kereta di persimpangan utama di Chumphon,” katanya, semalam.
Tidak dapat dipastikan sama ada Rames sudah didakwa di mahkamah atau belum.

Sementara itu jurucakap polis berkata, Rames dipercayai mengalami tekanan perasaan dan pernah menjadi penagih dadah sebelum menjalani rawatan pemulihan dua tahun lalu. - Agensi

Melbourne: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang dilahirkan tanpa ‘muka’ akan menjalani pembedahan oleh pakar bedah di sini yang sebelum ini berjaya memisahkan kembar siam warga India, Trisna dan Krishna.
Pakar bedah Australia, Tony Holmes bertemu dengan Yahya Zohra, kanak-kanak warga Maghribi untuk kali pertama Ogos lalu bagi menilai sejauh mana dia boleh membentuk semula muka kanak-kanak itu.
“Saya percaya adalah menjadi hak bagi setiap orang untuk dilihat sebagai manusia tetapi Yahya tidak macam manusia biasa.

“Yang membimbangkan saya ialah sama ada dia sesuai menjalani pembedahan atau tidak,” kata Holmes. Yahya dilahirkan di perkampungan kecil berhampiran Tangiers tanpa mata, hidung dan rahang atas kerana tulang mukanya gagal bercantum ketika dalam kandungan.
Satu-satu rakannya ialah Heba, kanak-kanak perempuan yang tinggal di sebelah rumahnya.

Bapanya, Mostapha berkata, dia sudah puas membawa Yahya dari seorang pakar ke seorang pakar untuk mendapatkan bantuan selepas anaknya dilahirkan.

Tetapi, tidak seorang pun bersedia merawatnya.
Mujur wanita kelahiran Maghribi yang menetap di Melbourne, Fatimah Bakara terbaca kisah kanak-kanak itu di Facebook bersedia membantu dan menjejaki Holmes.

“Dia bersedia membantu Yahya dan saya sekeluarga amat berterima kasih kepadanya,” kata Mostapha.
Fatimah sendiri berdepan dengan barah payu dara apabila mengetahui nasib Yahya tetapi ia tidak menyekatnya menelefon keluarga itu untuk menyatakan kesediaannya membantu.

Holmes yang turut dihubungi Fatimah juga bersedia menghulurkan bantuan.

Pakar bedah itu akan terus memeriksa keadaan Yahya walaupun sedar prosedur itu memerlukan banyak pembedahan.

Dia berharap untuk melakukan pembedahan pertama di Melbourne menjelang tahun ini.

“Maaf cakap, kecacatan Yahya sungguh teruk. Anda boleh lihat di mana matanya sepatutnya berada. Lubang di tengah mukanya sepatutnya hidungnya. Anda boleh lihat mulutnya terbuka dan di sebelah ialah otaknya. Tidak ada tulang, kulit saja,” katanya. - Agensi

Alor Gajah: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terperangkap hampir sejam dalam pacuan empat roda bapanya yang terkunci secara automatik di stesen minyak di Durian Tunggal, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.20 petang itu, Akid Aisy Mohd Alamin ditinggalkan di dalam Toyota Hilux bapanya dalam keadaan enjin dan pendingin hawa dihidupkan sebelum pintu terkunci menyebabkan anak sulung daripada dua beradik itu terperangkap. 
Kanak-kanak itu bagaimanapun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang memecahkan cermin kenderaan selepas terperangkap hampir sejam. 

Bapa mangsa, Mohd Alamin Ramli, 28, berkata, dia bersama anak sulungnya itu dalam perjalanan dari Ayer Keroh menuju ke Kuala Terengganu atas urusan perniagaan.

“Saya bersama anak sulung menaiki Toyota Hilux manakala isteri bersama anak bongsu menaiki kereta berasingan. Sebaik tiba di stesen minyak, saya memberhentikan kereta di bahu jalan untuk mengisi minyak Honda City dipandu isteri. Hmetro

Kuala Lumpur: Sindiket penggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) didapati menggunakan sejenis malware Trojan Horse dikenali sebagai Backdoor.Padpin yang hanya mensasarkan mesin ATM dengan membuka 'pintu belakang' sistem komputer terbabit.
Maklumat diperoleh berdasarkan rujukan ke laman web syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene mendedahkan malware yang digunakan dikenali sebagai 'ulssm.exe..'.
'ulssm.exe..' adalah fail yang diaktifkan dalam sistem komputer berkenaan sebaik malware dimuat naik dan mula beroperasi.
Mortadza yang dipetik Bernama berkata malware berkenaan akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam "Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya malam tadi.
Menurutnya lagi, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara berkenaan.
Untuk rekod, Backdoor.Padpin adalah sejenis malware dikenali sebagai Trojan Horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan berupaya melakukan tugasan tertentu.
Sebaik malware berkenaan dimasukkan, penggodam bukan saja berupaya memberi arahan menggunakan pad kekunci untuk membuat pengeluaran wang malah boleh menghentikan sistem penggera.
Backdoor.Padpin, yang mula dikesan pada bulan Mei 2014 turut berupaya 'memadam' dirinya sendiri jika gagal mengawal pad kekunci atau tempat pengeluaran wang. Hmetro

Melaka: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), Krubong di sini semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu Syazwani Salleh, 19, maut selepas terjatuh dari motosikal dan dilenyek tayar belakang lori dipandu lelaki berusia 46 tahun. 
Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, ketika kejadian mangsa membonceng motosikal ditunggang rakannya Muhammad Faiz Md Isa, 19, dari arah lampu isyarat Lebuh SPA Batu Berendam ke Lebuh SPA Krubung. 

"Sebaik tiba di lokasi sebuah lori dari arah sama yang cuba membelok ke kiri dipercayai menghimpit motosikal itu yang berada di laluan kiri dan berlaku pergeseran.

"Ia mengakibatkan penunggang dan pembonceng jatuh sebelum mangsa dilenyek tayar belakang lori serta mati di lokasi, manakala penunggang parah di kaki kanan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. HM



Bulawayo: Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.

Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pelacur yang dilanggannya.
“Saya mengadakan seks dengan seorang pelacur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu. Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta. Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.

Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.

Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu. -Agensi / Harian Metro



Kuantan: Seorang lelaki layak digelar ‘suami durjana’ apabila sanggup membiarkan isterinya menjadi pelacur dengan bayaran serendah RM50 untuk satu jam di hotel bajet di Jalan Pasar, di sini, kelmarin.

Tindakan jijik itu terbongkar apabila wanita berusia 18 tahun terbabit yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan ditahan bersama 18 pelacur tempatan oleh pasukan anggota polis daripada Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kira-kira jam 10.30 malam.

Difahamkan, wanita itu yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun terpaksa melakukan perbuatan keji itu kerana mahu menyara keluarga selepas suaminya yang berusia lingkungan 20 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dengan hasil pendapatan haram itu, wanita terbabit memberikan wang kepada suaminya yang tinggal di sebuah bilik sewa di bandar ini membeli barang keperluan dapur termasuk susu anak sebelum dia kembali semula ke markas pelacuran di Jalan Pasar itu.

Pegawai Turus D7 Asisten Superintendan Azlihan Ishak berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu mendakwa terpaksa berhijrah ke bandar ini dari kampung halaman selepas suaminya gagal mendapatkan pekerjaan tetap.

“Siasatan mendapati dia dikesan melakukan perbuatan jijik itu sejak dua tahun lalu dan mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan,” katanya, di sini, semalam. 



Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya enggan memberi wang dimintanya.

Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di pipi.

Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.

“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, suspek terus mendesak isterinya memberinya wang menyebabkan pasangan itu bertengkar selama lebih 30 minit. ─ myMetro online


MUAR – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, selepas terjatuh dari bumbung berhampiran tangki air di Blok F1 Kuarters Polis Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Nurul Elies Natasha Abdul Aziz, maut selepas dipercayai bermain di kawasan tangki air di tingkat teratas bangunan kuarters sembilan tingkat itu, sebelum tergelincir lalu terjatuh ke permukaan simen di tingkat bawah bangunan sama.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Zin itu sering bermain bersama rakannya di blok terbabit, walaupun mangsa tinggal di Blok F2 yang terletak bersebelahan dari lokasi kejadian. BH


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes pemasangan kamera CCTV dalam sebuah tandas  di kafetaria Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kamera itu ditanam di dalam dinding tandas berkenaan.

 Berikut adalah kenyataan dari kelab Ma'ruf IIUM




Susulan dari kes tersebut, nampaknya individu yang memasang CCTV berkenaan tidak berpuas hati dengan pembongkaran tersebut. Menurut apa yang dilaporkan, individu tersebut mengugut untuk menyebar dan menjual video rakaman dari kamera tersebut. Mesej ugutan itu dapat dilihat ditulis di cermin dan juga pintu tandas.




Kelab Ma'ruf IIUM sekali lagi membuat kenyataan berkenaan isu terbabit di laman Facebooknya. Kelab itu meminta pihak berwajib supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bertanggungjawab itu:



Tempat belajar pun jadi mangsa mereka yang gilakan seks. Tak tahu la benda tak bermoral ini hasil kerja orang luar atau orang dalam, tapi bayangkanlah apa akan terjadi jika video itu tersebar. - SiakapKeli.com

  • Seorang lelaki China berjumpa doktor kerana sakit perut dan kulit gatal 
  • Imbasan mendedahkan keseluruhan badannya telah dijangkiti oleh cacing pita 
  • Doktor mengatakan perkara ini disebabkan oleh sejumlah besar ikan mentah yang telah dimakannya 
  • Kes-kes seperti ini meningkat kerana populariti sushi yang semakin melambung tinggi


China - Sushi, makanan Jepun yang biasanya disajikan bersama kepingan daging mentah, mungkin menggiurkan bagi sesetengah orang. Tapi awas, anda perlu berhati-hati apabila mengambil makanan ini.

Baru-baru ini di China, seorang penggemar sushi di sini telah berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan makhluk parasit, cacing pita, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashimi, kepingan ikan mentah.

Doktor percaya yang sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar. Dia kini telah dirawat di hospital di Guandong.

Kajian mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.

Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
(Note : Ikan Salmon berasal dari air tawar, kemudian bermigrasi ke laut).

Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashimi semakin popular dalam masyarakat.

Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak 


Hari Raya Korban semakin dekat.. Permintaan terhadap daging lembu pun akan makin meningkat. Kalau nak tahu, masa ni lah otak si pencuri-pencuri mula berhubung untuk membuat duit mudah dengan mencuri lembu orang.

Antara pencuri itu adalah dua orang dalam gambar yang telah ditangkap oleh orang kampung ketika sedang melapah lembu yang dicuri di kawasan semak.

Pandai pulak diorang ni melapah lembu.. Tapi sayangnya skill tu di guna dengan cara tak elok macam ni. 









KOTA BHARU – Hampir setahun yang lalu, berita serangan tikus di wad pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dekat sini mendapat perhatian pihak berkuasa.

Namun, haiwan pembawa penyakit itu masih ada dan keadaan lebih teruk apabila ia kini menyerang kawasan kafeteria utama kampus kesihatan itu.

Pelajar membuat aduan bahawa tikus sering dilihat di kafeteria tersebut yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu masa dan dibuka 24 jam. “Tikus berkeliaran sepanjang masa terutama pada waktu malam. Beberapa pelajar juga dapat merakam video tikus berkeliaran di kaunter perkhidmatan makanan,” kata salah seorang pelajar.

Seorang pelajar pula berkata, dia mengesyaki bahawa tikus tersebut merupakan punca kes keracunan makanan yang berlaku.

Tambahnya, dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas makan di kafeteria terbabit beberapa kali.

“Kami ada membuat aduan malah memuat naik gambar dan video di Facebook Kumpulan Pelajar dan pengurusan universiti mengetengahkan masalah itu kepada pengendali gerai makanan di kafeteria tersebut.

“Langkah yang diambil hanyalah menutup makanan dengan plastik. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 8 Oktober tahun lalu, muka depan akhbar The Star melaporkan bahawa hospital berusia 31 tahun itu berdepan masalah serangan tikus selama satu dekad.

Menurut laporan itu, pihak pengurusan hospital terbabit tidak membantu menyelesaikan masalah serangan tikus di wad pesakit.

Tinjauan The Star di kafeteria tersebut sejak beberapa hari lalu mengesahkan dakwaan beberapa pelajar.

Najis tikus juga ditemui di sudut penjuru kafeteria terbabit dan di beberapa kawasan gerai di dalamnya.

Beberapa pengusaha gerai yang ditemu bual dilihat tidak endah dengan serangan haiwan tersebut manakala segelintir berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti.

“Kami selalu ternampak tikus berkeliaran apabila kami belajar pada waktu malam. Saya juga sudah terbiasa melihat kelibat haiwan itu sekarang dan tidak mahu melihatnya lagi,” kata salah seorang pelajar.

Pelajar perempuan itu berkata, dia berhenti menikmati makanan di kafeteria terbabit.

Pengendali kafeteria itu yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Che Yah menafikan dakwaan bahawa tikus sering berkeliaran di kampus tersebut.

“Isu serangan tikus sudah selesai. Bangunan telah dibersihkan dengan bahan kimia,” katanya.

Malah, menurutnya, dia turut memasang perangkap tikus untuk menangkap haiwan pembawa penyakit itu.

Pelajar-pelajar bagaimanapun berkata mereka tidak menyedari sebarang perangkap tikus dipasang atau operasi pemusnahan serangga perosak dilakukan dibangunan tersebut. –The Star


BEIJING: Seorang lelaki menikam empat murid sekolah rendah sehingga mati di Guangxi hari ini, satu lagi kejadian dalam siri serangan terhadap kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu.
Dalam kejadian berasingan, enam orang terbunuh terpijak di sebuah sekolah rendah di Kunming, ibu negeri wilayah Yunnan, lapor agensi berita Xinhua. Ia tidak memberi maklumat lanjut.
Polis sedang mencari lelaki pertengahan umur selepas kejadian serangan pisau itu. Lelaki itu menyerang murid sekolah berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.
Tiga daripada mereka mati di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian di hospital berdekatan.
Serangan itu berlaku kurang dari sebulan selepas seorang lelaki menyerang tiga kanak-kanak dan mencederakan beberapa orang di sebuah sekolah rendah di wilayah Hubei.
Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding kebanyakan negara lain tetapi sejak beberapa tahun ini terdapat beberapa kejadian serangan di sekolah dan kanak-kanak.
Serangan itu menyebabkan timbul desakan bagi langkah untuk meningkatkan keselamatan di sekolah di negara berkenaan di mana kebanyakan pasangan hanya mempunyai seorang anak.
Mei lalu, lelaki bersenjatakan pisau menikam dan mencederakan lapan murid di sekolah rendah di sebuah lagi bandar di Hubei. Pada Disember 2012, seorang lelaki merempuh masuk ke sebuah sekolah rendah kampung di wilayah Henan dan menikam serta mencederakan 23 kanak-kanak. - REUTERS



Oklahoma City - Jika disebut sahaja perkataan penjenayah, kita akan terus terbayangkan lelaki dengan parut di muka, tatoo penuh dibadan atau rambut yang terpacak. Tapi dalam satu kes kecurian kereta di Oklahoma, lain pula jenis penjenayahnya.

Polis Bandar Oklahoma kini sedang mencari seorang lelaki yang menjadi suspek utama dalam kes kecurian kereta. Apabila melihat kepada gambar suspek yang sempat dirakam oleh cctv, suspek itu tidak tampil dengan tatoo ataupun parut. Polis Oklahoma, Sgt. Jennifer Wardlow berkata, "Perkara yang aneh tentang kes ini adalah suspeknya sedang menghisap puting susu ketika melakukan jenayah ini. "






Penjenayah yang dikenali dengan nama "Binky Bandit" dituduh mencuri sebuah kereta ketika sedang menghisap puting susu. Menurut sumber, pemberita sudah ke rumah suspek pagi tadi tapi rumah tersebut didapati kosong.

Bagaimanapun, Binky Bandit ini bukanlah penjenayah asing bagi polis di Oklahoma. Sebelum ini, Binky sudah beberapa kali menghadapi pertuduhan dadah dan juga senjata api 
Gara-gara memuatnaik sekeping gambar dengan seekor anjing, seorang wanita dikecam oleh netizen tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik gambar. Justeru ramai yang memberikan pandangan negatif mengenainya, tidak kurang juga ustaz/ustazah ‘mee segera’ memberikan pandangan yang tidak sahih.





Berdasarkan sumber yang dipetik dari sebuah blog semalam, gambar yang dimuatnaik telah menjadi viral di media sosial menyebabkan gadis tersebut tampil memberikan penjelasan terperinci agar orang ramai tidak terus percaya dengan penyebaran berita palsu kononnya dia dengan sesuka hati bergambar dengan anjing itu.

Ikuti penjelasan panjang lebar dari gadis tersebut di bawah:

“Sebab ramai orang kita ni PEMALAS selidik dan baca komen dulu sy post lagi sekali untuk para pemalas nahh.

Akak kenapa tak ambik caption saya sekali? Kat caption saya dah terang-terang ada perkataan DONEVISIT. Maksudnya saya pergi melawat anjing ni selepas saya resque dia di tengah jalan raya berdarah-darah yang tak ada siapa peduli langsung dengan haiwan.

Yah, orang kita anggap jijik ni. Mungkin dah mati kalau takde siapa ambil dia. Ini office seorang indian guy yang ambil bela anjing tu.

Isu saya pegang anjing ni tolong bagi dalil kat saya pegang anjing tu berdosa. Kalau saya sertu badan saya, saya dah bersih 100%. Jangan tanya yakin ke bersih sebab was-was tu hasutan syaitan. Was-was tu orang empunya diri yang rasa. Kalau saya was-was lagi biasanya saya basuh lagi sekali sampai hilang was-was.

Korang mengata tanpa usul periksa selagi tak minta maaf boleh bersih tak dosa tu? Kenapa nak pegang kalau dah tau kena sertu bagai? Saya tak minta ada rasa kesian yang melampau kat haiwan. Saya tahu yang saya sentuh anjing tak berdosa. Jadi apa yang saya nak takut? Dalam gambar ni, saya rasa saya bertudung lengkap baju lengan panjang. Satu-satunya orang anggap gambar ini berdosa sebab ada anjing dalam tu.

Kenapa upload? Ramai yang nak tahu perkembangan anjing tu. Ramai yang dah derma untuk kos pembedahan dia. Jadi saya upload untuk kawan-kawan saya. Ada yang saya tak dapat di approve. Jadi follower saya je. Jadi saya publickan. Biar yang mana follow saya dan dah derma untuk anjing ni dapat tahu perkembangan dia sekali.

Banyak cara lagi nak buat baik? Ini pilihan saya. Saya tak rasa baik pun buat benda ni semua. Tapi atas rasa tanggungjawab sesama makhluk bernyawa, buang kayu tajam tengah jalan pun dah kira buat baik. So terpulang pada individu nak berbuat baik cara mana pun selagi tidak melampaui batas.

Yang cakap pasal jaga kebajikan mak ayah dan orang tu, saya nurse, b0nt0t mak ayah orang lain pun saya cuci. Insha Allah mak ayah saya takkan saya abaikan. Terima kasih atas teguran. Last but not least, kat Malaysia je pegang anjing orang anggap riak. Tq.


Mungkin oleh kerana hal inilah kita diseru agar lebih bijak dan arif dalam menggunakan media sosial, jangan menilai dengan hati dan emosi yang sentiasa membuak-buak, akibatya?

Yang paling penting janganlah cepat melatah, moleklah jika sesuatu yang tersebar di media sosial itu diselidik sedalam mungkin, kalau sudah merebak, beginilah jadinya.