Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



KANGAR: Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.

Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan kejadian buang bayi di dalam tandas sebuah masjid di sini.
Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan.

Imej salah seorang daripada mereka dirakam pada CCTV masjid.


Hetty Sarlene, pelakon yang pernah popular melalui filem Sembilu kembali mensensasikan dunia hiburan apabila beberapa keping gambarnya telah menimbulkan kontroversi.
Beliau yang dilihat gemar bersosial di kelab malam bersama teman-temannya telah memuat naik sekeping gambar yang agak seksi.

Dalam gambar tersebut, Hetty memakai baju putih yang berlubang dibahagian tengah dada hingga menampakkan lurah payudaranya. Beberapa peminat menasihatkan beliau agar menapis dahulu gambar sebelum dimuatnaik ke laman instagramnya.

Tinjauan mendapati Hetty Sarlene telah 'DELETE' foto tersebut dari akaun instagram.


Pelakon yang pernah membintangi filem kanak-kanak “Tentang Bulan”, Effy atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah sanggup bertattoo gara-gara mencintai seorang perempuan tomboi atau lebih dikenali sebagai pengkid yang bernama Puteri Sarah atau nama "manjanya" ahakss.. sebagai pengkid adalah Putt.

                                           Putt kau tetapi  dihatiku.. or pinggangku..



letak dekat dahi lebih elok kot..


Cinta yang sungguh mendalam terhadap Pengkid yang bernama Putt ini diakui sendiri oleh Effy melalui luahan hatinya di dalam blog miliknya, effy terry's (sekarang dah tutup) tapi salah satu entry yang pernah diletakkan dalam blog Effy ni seperti dibawah:


Monday, January 17, 2011

Greetings hell creatures.

2011 is now officially kungfued up. Want to know why? Let me tell you a bit about myself. I came from a broken family. Explain much? Fight is what I do every single day. I cried every single damn night. I've to bite my bottom lips to prevent myself from crying. Being me is not that easy you know. You don't know what it's like to be me. It's way more difficult than you thought It'll be. I smile when I felt like crying. I laugh when I'm afraid. I cried when I'm happy. kungfu, cut this emotional crap kungfu face.

What the kungfu do you people want from me? You stood by me when I'm at my highest point. You kick me when I'm down. You bitches. kungfu you dear relatives. Everything I do will never please you. Everything is wrong. I just cant do anything right, right? Well then kungfu you family. I am so sick feeling so left off. I'm sick of everyone around. You don't know what it's like when people lied straight to your face.

I'm seventeen. I can date whoever I want. And now I'm telling you, I will never stop dating putt. And if you try to stop us. I swear you'll never see my face ever again. I'm leaving. I'm tired being told to do things that I hate. I ain't a toy you know. I have feelings. I'm a human being for god sake.

In the end of the day, I'm grateful. When I'm ready to give up on my life, putt came showed up. Thank you god for giving me strength. Thank you for sending me your angel. Thank you for giving her to me. I am very grateful for that. She lead my way. She brings me up when I'm down. She catch me when I'm about to fall. My problem is hers. We shared everything together. I'm in love with her. Just don't take her away from me. I don't know how I will survive without her. I know it sound cliché. But hey it's the truth.

PUTERI SARAH BT MEGAT ABD AZIZ


20.07.2010

Forever & Always

She's mineee. All mineeeeeeeee. So back off bitch




Gambar Effy dan Putt turut dikongsi di dalam blog tersebut. 




Pengkid Putt (Puteri Sarah)


Remaja masakini memang....


Putt pandai menggunakan jari tengah?




Effy Lidah bertindik



Bintang kanak-kanak "tentang Bulan"

Tak sangka, semasa kanak-kanak nampak sweet dan innocent tapi umur dah meningkat sikit dah begini jadinya... nak salahkan siapa? keluarga? diri sendiri? or maybe both? so sad...


KOTA BELUD : Banyak pejabat kerajaan di Kota Belud dilaporkan sedang menghadapi masalah kakitangan ponteng dan curi tulang yang sangat serius sehingga kebelakangan ini ada pejabat dikatakan selalu langsung tiada staf walaupun ketika jam bekerja.
FMT yang menerima laporan orang-ramai telah meninjau beberapa pejabat kerajaan termasuk Sekretariat Daerah yang menempatkan beberapa pejabat kerajaan negeri termasuk Pejabat Daerah, Jabatan Tanah dan Ukur, dan mahkamah dan mendapati masalah itu wujud sejak sekian lama tapi makin memburuk sejak akhir-akhir ini.
Tinjauan FMT beberapa kali ke pejabat-pejabat di daerah ini, yang terletak 75 kilometer dari Kota Kinabalu, mendapati antara alasan yang popular staf beri untuk meninggalkan pejabat ketika masa bekerja ialah mengambil anak di sekolah, ke bank, jumpa ‘client’, pergi minum dan ke hospital.
Ada juga jabatan yang mempunyai kakitangan yang sesuka hati berada di luar bangunan pejabat setiap hari dan hanya akan kembali ke pejabat jika rakan mereka menelofon ada pelanggan ingin berurusan khusus dengan mereka.
Malahan seorang kakitangan sebuah jabatan yang enggan namanya disiarkan mendakwa ada rakan sekerjanya sealu pergi minum berjam-jam lamanya di pekan dan ada pula yang pernah kedapatan bercerita dengan kawan-kawannya di kedai “billiard” yang sentiasa penuh di pekan.
“Dari dulu lagi ini perkara biasa di Kota Belud. Susah mahu cakap. Kalau menteri datang barulah semua pejabat penuh, tapi mana ada menteri datang sini,” katanya.sambil menambah ada juga kakitangan kerajaan yang bertabiat hanya bekerja setengah hari tiap hari Jumaat.
Seorang kakitangan lain berpendapat masalah ponteng dan curi tulang di Kota Belud sudah amat parah dan hanya satu program drastik boleh memperbaiki keadaan tersebut. “Suruhlah siaoa orang pergi mengintip semua pejabat di Kota Belud pasti mendapati masalah ini parah tapi dibiarkan.
Seorang pelanggan pejabat pos pula memberitahu FMT bahawa pejabat pos Kota Belud pula perlu menaik taraf perkhidmatan kaunternya yang sekarang gagal memberi khidmat yang memuaskan.
“Ada empat kaunter di pejabat pos tapi tiap hari hanya ada dua yang dibuka, kadang-kadang hanya satu, jadi barisan sangat panjang dan tiap hari ramai pelanggan menunggu berjam-jam lamanya untuk mendapat giliran.
“Servisnya amat lambat sehingga ada pelanggan yang datang pagi untuk mengambil nombor giliran hanya untuk datang kemudian atau pada sebelah petang,” katanya sambil menambah biasanya bila ditutup pada jam 4.30 petang, masih ramai yang belum sampai gilirannya.
Usaha mendapatkan ulasan pihak pejabat daerah diteruskan.

DAMSYIK – Sekumpulan lelaki menggali runtuhan sebuah bangunan untuk menyelamatkan seorang bayi di Aleppo, Syria, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Rakaman bayi itu diselamatkan dapat ditonton menerusi laman YouTube.
Bayi lelaki itu tertimbus selepas bangunan berkenaan runtuh akibat serangan udara tentera Presiden Bashar Al-Assad.

Selepas beberapa minit menggali dengan menggunakan tangan, bayi lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Bayi itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tentera Bashar bertempur dengan sebahagian besar penduduk tempatan yang menentang pemerintahannya sejak Mac 2011.

Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang dianggap tidak membawa pembaharuan demokrasi di Syria.

Lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan saudara itu. – Agensi

MUNGKIN nama Nina Iskandar masih belum begitu dikenali oleh peminat seni tanahair lantaran masih lagi hijau dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, namanya sedikit ‘panas’ apabila dikaitkan dengan anak tiri kepada penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid baru-baru ini.

Khabarnya, Adib yang meminati Nina telah mengundang pelakon itu ke majlis sambutan hari jadi Dato’ Siti.

Bila cerita itu dihidu oleh pihak media, ramailah yang mula membuat usikan nakal kononnya Adib ‘berkenan’ dengan Nina.

Ia bagaimanapun dinafikan oleh Nina yang beranggapan jejaka itu hanyalah peminat biasa dan itu hanyalah gosip semata-mata.


Tetapi, menerusi laman Twitternya, Adib telah mengemaskini statusnya seperti berikut:



Adakah ia bermakna dia cuba menafikan bahawa dia merupakan peminat Nina seperti yang diperkatakan?

Nina pula menerusi akaun Instagramnya telah memuatnaik gambar dengan ayat berbunyi:

“I think you’re bitter because you felt rejected, when you thought you could take me like the other girls. Reality check! Ain’t like the other girls ;) you could deny all you want but we know the truth. And I don’t blame you because playboys can’t ever face reality when they don’t get what they want.”



Diam ubi diam berisi, begitulah juga harapan penyanyi kelahiran program realiti Mentor musim kelima, Iqa Mentor, 27. Perjalanan seninya agak perlahan selepas Mentor 5 berak­hir malah percubaan muncul bersama rakan-rakan menerusi Velvet juga melalui jalan berliku apabila mengalami perubahan pemain muzik sejak Mei lalu.

Apatah lagi dia kini tidak lagi berada di bawah pengurusan KRU Music sejak Oktober tahun lalu menyebab­kan anggota Velvet mencari haluan masing-masing untuk terus bernafas dalam dunia yang mereka pilih. 

Fitrah manusia inginkan perubahan dalam diri, begitu juga Iqa yang kini mahu dikenali sebagai PQot, satu nama yang asing dan unik bunyinya. Apakah relevannya perubahan nama Iqa kepada PQot, hanya empunya badan mampu menjawabnya.
Saat bertemu dengannya di studio Balai Berita, Iqa atau PQot akui nama itu lebih dekat dengan dirinya dan pernah hampir menjadi nama pentas ketika masih bergelar peserta Mentor.

“Perjalanan awal saya agak perlahan sama ada secara solo juga berkumpulan. Apatah lagi sekarang tidak lagi berada di bawah pengurusan KRU, ia tambah perlahan.

London: Dua individu yang menghantar mesej ancaman kepada aktivis wanita Caroline Criado-Perez melalui Twitter semalam dijatuhi hukuman penjara.

Isabella Sorley, 23, dari Newcastle-upon-Tyne dipenjara 12 minggu, manakala John Nimmo, 25, dari selatan Shields dipenjara lapan minggu.

Caroline berkata, dia berasa lega selepas hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap kedua-dua tertuduh.

Mesej itu diterimanya Julai tahun lalu selepas dia mengetuai kempen di media sosial agar tokoh wanita ditampilkan pada not kertas Bank of England. Nimmo turut menyasarkan Ahli Parlimen Parti Buruh, Stella Creasy yang juga tokoh berprofil tinggi yang menyokong kempen berkenaan.

Mahkamah diberitahu satu daripada mesej di Twitter itu berbunyi: “Pergi mati kamu. Pergi bunuh diri.” Isabella dituduh menghantar mesej yang berbunyi: “Saya baru keluar dari penjara dan gembira untuk menanam kamu!” Hakim Howard Riddle berkata, kedua-dua mangsa hidup dalam ketakutan selepas menerima mesej berkenaan. Caroline dikatakan ketakutan setiap kali loceng rumahnya berbunyi, manakala Stella memasang butang kecemasan di kediamannya sejak mendapat mesej ugutan itu. Mahkamah juga dimaklumkan bahawa Isabella, individu lepasan universiti turut disabitkan dengan 25 pertuduhan sebelum ini terutama kesalahan mabuk dan salah laku. Ketika diikat jamin untuk kes itu, dia juga melakukan dua kesalahan menyerang anggota polis.

Bagaimanapun, peguamnya Sean Caulfield berkata, anak guamnya itu menjadi mangsa kepada teknologi baru kerana Isabella dikatakan tidak memahami kesan perbuatannya terhadap orang lain. Isabella dikatakan menghantar mesej dengan tujuan untuk berseronok. - Agensi


Paris: Majalah terkemuka Perancis Le Point semalam didenda 1,500 euro (RM6,668) oleh mahkamah kerana menghina masyarakat Cina di negara itu sebagai kedekut, gila bekerja dan pandai mengelak membayar cukai.

Arahan itu dibuat berikutan aduan yang difailkan kumpulan antiperkauman SOS Racisme mengenai sebuah artikel yang diterbitkan pada 23 Ogos 2012 bertajuk “Kejayaan Licik Masyarakat Cina di Perancis.” Ketua Le Point, Franz-Olivier Giesbert mempertahankan artikel itu sebagai tulisan berunsur berjenaka yang disalah tafsir. Kandungan fakta lain turut disiarkan bersama artikel itu dengan tajuk kecil “Lima Rukun Ahli Perniagaan Cina.” Turut dimuatkan, laporan bertajuk “Kamu perlu bekerja 80 jam seminggu”, “Kamu perlu tidur di kedai” dan “Kamu tidak perlu membayar cukai”. Mahkamah berkata, tiga daripada fakta itu ialah palsu dan menolak hujah Giesbert bahawa artikel itu berunsur jenaka.

Peguam SOS Racisme, Alexandre Braun memberitahu media bahawa setakat ini, kes itu ialah yang pertama di Perancis.

Mahkamah turut mengarahkan Giesbert membayar RM6,668 kepada SOS Racisme sebagai ganti rugi dan jumlah yang sama untuk membiayai kos perbicaraan. - AFP

Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang. 

Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang. 

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.
“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.


Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.

Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu. 
“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.


Putih seperti kapas

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.
Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.


Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.

Macam biasa pada awal tahun akan berlangsungnya hari untuk semua penumpang tidak memakai seluar di dalam tren sekitar Amerika Syarikat. Mari kita lihat beberapa sedutan bagi tahun 2014 yang berlangsung baru baru ini.




















Di Malaysia ketagihan dadah memaksa kerajaan membuka pusat Serentibagi memastikan penagih boleh menjadi manusia yang boleh pakai. Ada juga pusat pengasih yang menjadi last chance saloon kepada Jamal Abdillah yang terlalu hardcore sampai sekarang tak pulih-pulih. Di China masalah dadah ada tetapi yang lebih merisaukan mak bapak ialah masalah ketagihan internet. Ketagihan internet mengikut pendapat China ialah seseorang yang menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam berterusan di hadapan komputer melayari internet. Kebanyakkan "penagih" mempunyai masalah ketagihan permainan online sehingga kehabisan wang. 

Masalah ini semakin kronik kerana banyak kes mak bapak dibelasah setelah enggan memberikan wang kepada anak untuk membeli rare item ataupun menghalang mereka mengakses komputer. Di dalam negara di mana setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak, masalah anak mengalami ketagihan internet dianggap serius. Kadas pelajar yang tidak habis pengajian juga semakin meningkat kerana dibuang kolej kerana gagal. Asyik sangat bermain permainan online.

Kem rehab internet yang menyerupai kem tentera semakin popular di China. Kem sebegini mula muncul sejak 2009. Kem ini memastikan pelatih tidak mempunyai akses kepada telefon dan komputer selama 3 bulan. Pelatih yang hardcore dibelasah dan ada yang diberi terapi renjatan elektrik bagi memulihkan ketagihan. Bagi ibu bapa kekejaman kem ini adalah perlu bagi memastikan anak mereka tidak akan membesar menjadi kutu internet yang ketagihan seumur hidup. Kos juga bukan murah kerana ibu bapa perlu membayar sehingga RM9970 untuk menanggung kos rawatan. Ini ialah jumlah yang besar bagi sebuah keluarga di China.