Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Iqa Mentor Diam-Diam Ubi Berisi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Diam ubi diam berisi, begitulah juga harapan penyanyi kelahiran program realiti Mentor musim kelima, Iqa Mentor, 27. Perjalanan seninya agak perlahan selepas Mentor 5 berak­hir malah percubaan muncul bersama rakan-rakan menerusi Velvet juga melalui jalan berliku apabila mengalami perubahan pemain muzik sejak Mei lalu.

Apatah lagi dia kini tidak lagi berada di bawah pengurusan KRU Music sejak Oktober tahun lalu menyebab­kan anggota Velvet mencari haluan masing-masing untuk terus bernafas dalam dunia yang mereka pilih. 

Fitrah manusia inginkan perubahan dalam diri, begitu juga Iqa yang kini mahu dikenali sebagai PQot, satu nama yang asing dan unik bunyinya. Apakah relevannya perubahan nama Iqa kepada PQot, hanya empunya badan mampu menjawabnya.
Saat bertemu dengannya di studio Balai Berita, Iqa atau PQot akui nama itu lebih dekat dengan dirinya dan pernah hampir menjadi nama pentas ketika masih bergelar peserta Mentor.

“Perjalanan awal saya agak perlahan sama ada secara solo juga berkumpulan. Apatah lagi sekarang tidak lagi berada di bawah pengurusan KRU, ia tambah perlahan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments