Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Ada-ada saja hobi pasangan suami isteri ini. Bob dan Lizzie Gibbins memenuhi rumah mereka dengan koleksi patung seks. Jumlah patung yang mereka miliki sekitar 240 buah. Pasangan eksentrik ini memilih, dan menamakan boneka bersama, bahkan mereka membelikan tiap boneka pakaian, wig, dan make up setiap bulan. Tak hairan jika mereka telah menghabiskan £100.000 untuk hobi mereka ini.
[Wow] - Macam macam
Di Darjeeling, sebuah daerah di mana terdapat kebun teh pergunungan di wilayah Bengal Barat India, seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditangkap kerana pembodohan 60 perempuan agar menikahi dia dan kemudian menjual mereka ke pelacuran.
Bikky Biswarkarma berpura-pura menjadi tentera dengan gaji tinggi yang sedang bercuti ketika selama tempoh lima tahun, beliau berkahwin sekurang-kurangnya 60 gadis dan kemudian dijual ke rumah pelacuran di Mumbai dan Pune, bandar-bandar di negara barat Maharastra, untuk 70,000-100,000 rupee ($ 1,500 - $ 2,000). (Rp. 13.500.000 - 18.000.000)
Ia mengaku sebagai orang tentera cuti ketika dia ... ingin berkahwin sebelum ia kembali bekerja.Dia akan sering mengubah taktik untuk memikat gadis-gadis dari keluarga miskin di kebun teh dan desa-desa, "kata ketua polis daerah, Debendra Prasad Singh.
Biswakarma termasuk jenis orang yang sanggup. Dia akan menyuruh isteri barunya naik kereta api, mengatakan dia ingin isterinya bertemu saudara. Seorang pemilik rumah pelacuran kemudian akan tiba di tempat kejadian dan memujuk dia untuk pergi bersamanya. pahlawan kita ini kemudian akan meninggalkan isteri barunya dan mencari lagi yang lain.
Sukar bagi polis untuk mengambil tindakan dalam kes ini, kerana sedikit sekali laporan yang diterima daripada keluarga mangsa yang tak tahu menahu kemana anak gadisnya, sehingga tak memberikan khabar
Polis telah berjaya mencari sembilan perempuan setakat ini dan ia telah didakwa dengan kesalahan serius, termasuk perdagangan manusia. Diharapkan bahawa pengantin lain akan dijumpai akan terutama kerana Biswakarma telah ditangkap. . indiadaily
[Wow] - Berita Dunia
Ini ada lagi satu kisah, seorang gadis muncul di laman yang sama dengan cara ‘menggila’ juga.
Tetapi, tindakan si gadis itu boleh dikatakan di tahap ‘meroyan’ di mana dia telah mengaku sesuatu yang tidak sepatutnya kepada umum.
Pada 29 November lalu, seorang gadis telah memuat naik status di Twitternya mengatakan dia sudah tidak ada dara!
Astaghfirullah!
Kenyataannya itu memang diakui dirinya sendiri.
Gadis itu merasa terlalu kecewa dan sakit hati kerana teman lelaki yang bernama ‘Haziq’ telah meninggalkan dirinya selepas ‘daranya’ hilang.
Agaknya, selepas ‘daranya’ hilang, si gadis itu cuba untuk menghubungi kekasihnya namun tidak berjawab.
Dan mungkin juga tiada cara lain untuk dia meluahkan rasa kecewa dan sedih melainkan menggunakan Twitter sebagai tempat utama misi ‘meroyannya’.
Secara tiba-tiba juga, gadis itu yang tidak begitu ramai pengikut atau ‘follower’, jumlah followersnya telah meningkat dalam masa yang singkat.
Ramai yang cuba untuk memberi nasihat dan tidak kurang juga yang telah mengutuk dirinya.
Namun, gadis itu tidak peduli dengan kata-kata dan pandangan orang ramai kepada dirinya.
‘Kisah’ dia yang hilang dara itu telah ditweet hinggakan menjadi trending, #AkuTiadaDara dan memenuhi Timeline Twitter pada malam itu.
Nampaknya, kemudahan teknologi yang ada disalah gunakan lagi oleh masyarakat di Malaysia.
[Wow] - Kisah Hidup
GEORGETOWN – Seorang remaja perempuan menggunakan alasan sakit kepala ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). (5/08/13)
Dia dicekup akibat berkelakuan tidak sopan di tempat awam dengan baring di atas paha teman lelakinya.
“Kami tidak buat apa-apa ustaz, saya hanya baring di pahanya kerana sakit kepala,” katanya memberi alasan ketika ditanya penguat kuasa.
Kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an itu dicekup ketika bermesra-mesraan di sebuah hentian rehat di negeri ini.
Ketika menjalankan pemeriksaan, mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan di bahagian bahu jalan dengan keadaan yang agak gelap walaupun terdapat lampu beberapa meter dari kawasan itu.
Agak lama juga kenderaan JAIPP berada bersebelahan dengan kereta itu bagi memerhatikan gelagat pasangan muda berkenaan.
Lebih teruk apabila sebuah lagi kereta yang dimiliki sepasang kekasih lain berada di hadapan kereta pasangan yang dicekup JAIPP itu masih tidak berganjak walaupun terlihat anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan.
Lelaki yang ditahan JAIPP itu turut memberikan alasan duduk di tempat yang cerah bukannya gelap gelita.
Namun, penguat kuasa memberitahu ia tetap satu kesalahan kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Kedua-dua remaja itu turut diarahkan keluar dari kenderaan mereka bagi membuat pemeriksaan.
Hairannya setelah ditanya kali kedua, si gadis menafikan pula dia sakit kepala sehingga ditegur penguat kuasa kerana memberikan kenyataan berbeza.
Si lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, dia sudah bertunang dengan teman wanitanya itu.
“Saya sudah bertunang dan sedang merancang untuk berkahwin,” katanya.
Namun, Ketua Operasi dan Penguat kuasa JAIPP, Khairul Azman Azizan menasihatkan supaya kedua-duanya segera melangsungkan pernikahan bagi mengelakkan sebarang perkara maksiat.
“Jika sekarang sudah bertunang, cepat-cepatlah melangsungkan perkara yang wajib bagi mengelak maksiat,” katanya.
[Wow] - Berita Tempatan
Nama Sebenar: Fatimah Rohani binti Ismail
Nama Glamor: Emma Ma'embong
Umur: 19 (2012)
Tarikh Lahir: 27 Mac 1992
Twitter: emma_maembong
Facebook: Emma Ma'embong
Gadis berwajah Pan-Asian ini - kacukan Melayu dan Scottish. Mempunyai 10 orang adik-beradik, salah seorang daripada adik perempuan Emma, Cha Cha juga pendatang baru dalam bidang lakonan.
Selain berlakon, dia juga seorang model dan pelukis seperti ayahnya. Bersama ayah dan dua orang adik-beradiknya, mereka pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'.
Foto Bah
Ada beberapa tanda atau simtom menunjukkan seseorang lelaki itu dicintai oleh Jin betina atau disebut oleh perawat Islam sebagai jin asyik. Mari kita bersama-sama mendapatkan kefahaman tentang perkara ini.
1. Anda akan mempunyai sikap seperti seorang wanita seperti sangat kuat emosi seperti pemarah, kuat merajuk, sangat pemalu, mudah panik atau gelabah, putus asa dan sebagainya.
2. Anda sangat suka menyendiri, sangat tak selesa berada di khlayak ramai, apalagi kalau menjadi tumpuan ramai dan anda mungkin dapat perhatikan sekurang-kurang jari anda akan menggeletar atau mungkin diri anda sepenuhnya panik dan menggeletar.
3. Anda suka melamun dan berkhayal membayangkan perkara-perkara romantik contohnya berasamara atau ‘berkasih-kasihan’ dengan wanita (siapa saja wanitanya samada sesorang yang anda kenal, pernah lihat atau anda cipta sendiri orangnya).
4. Anda suka bersendirian berjalan malam.
5. Anda suka duduk melamun dan melayan perasan dibawah cahaya bulan purnama.
6. Anda sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.
7. Anda mudah jatuh hati atau jatuh cinta pada mana-mana wanita, samada yang dah lama atau baru anda kenal malah mungkin yang anda nampak di tengah jalan sekali nampak saja anda akan ingat atau terbayang-bayang orangnya dengan perasaan yang penuh rasa rindu dan cinta.
8. Anda mungkin selalu didatangi perempuan yang anda kenal atau tidak, perempuan yang sama atau berganti-ganti pada masa mula terlelap atau ditengah malam dalam keadaan antara tidur dan jaga. Kemudian apa saja boleh jadi, mungkin sekadar datang, atau berasmara dengan anda, atau lebih…
9. Anda mungkin sering bermimpi didatangi dan berasmara dengan perempuan.
10. Pada gangguan yang lebih teruk, jin itu menjelma di hadapan anda seperti manusia, maka anda rasa berhubungan dengannya itu adalah di alam nyata. Biasanya pada tahap gangguan kuat peringkat ini, sesorang itu sentiasa menyendiri atau mengasingkan diri agar sentiasa dapat bersama dengan ‘kekasihnya’ itu dan selalu bercakap sendirian sedangkan pada pandangannya ada temannya. Ia terutamanya kalau jin itu adalah jin hutan dan seseorang itu sentiasa berada pada tempat yang tiada manusia seperti dalam hutan atau rumah-rumah terpencil dan sebagainya.
11. Anda mungkin bangun pagi dan terasa seperti ada orang menemani anda tidur semalamnya dan anda mungkin merasakan orang itu seorang perempuan.
12. Anda mungkin bangun pagi dan merasa ada melakukan hubungan badan semalamnya, walaupun anda mungkin tidur seorang diri.
13. Mungkin pada wajah anda ada cahaya lembut, iaitu suatu aura dari makhluk halus itu dan mungkin menjadi pelembut hati orang yang memandang anda, seperti mereka itu sedang memandang seorang wanita cantik yang penuh kelembutan. Kecuali kalau jin itu marah, atau tak puas hati dengan anda terutama kalau amalan pendinding anda mula memberi kesan kepadanya, maka cahaya lembut itu akan hilang dan bertukar kepada cahaya wajah ‘mendung’ atau gelap seperti orang yang sedang marah.
14. Kalau gangguan lebih berat, anda mungkin akan mengalami rasukan oleh ‘awek‘ anda tersebut.
15. Anda mungkin selalu terasa seperti ada orang mengekori anda ke mana-mana.
16. Orang lain mungkin nampak bayangan hitam atau wanita yang selalu menemani anda. Biasanya ia boleh dilihat dari jarak jauh tapi bila dah dekat, tak ada pula ‘orangnya’.
17. Kalau anda terkena jin yang kuat cemburu, nescaya ia akan menghalang anda dari berkahwin, kerana tak mahu berkongsi kekasihnya.
18. Kalau dapat kahwin tapi jin itu belum terlepas gangguannya, mungkin rumahtangga anda selalu jadi ‘perang saudara laki bini’, anda berlaku curang, tak peduli atau tak suka mendekati isteri, cemburu atau marah tak tentu pasal dan sebagainya. Soalnya, selagi jin itu belum berpuas hati ia akan terus menghasut dan berusaha memporak porandakan rumahtangga anda, kalau boleh biar bercerai agar anda akan menjadi miliknya seekor.
19. Nafsu anda naik tak tentu masa dan tak ada sebarang sebab munasabah dan tak mustahil kalau isteri ‘berhalangan’, anda guna atau cari jalan lain termasuk cara yang tak senonoh, kecuali kalau anda seorang yang berilmu dan kuat iman. Malah ia boleh jadi antara faktor penyebab seseorang itu melakukan keganasan seks, termasuk merogol, terutamanya kalau jin betina itu gila seks kerana ia akan dapat ikut serta.
20. Kalau dapat anak, maka tak pula mustahil antara anak-anak itu yang didatangi jin betina pada mana-mana cara seperti bapanya juga terutama bagi anak-anak lelaki.…dan sebagainya…
Dan kalau anda sampai melakukan hubungan jenis dengannya maka ia sangat bahaya, kerana mimpi pada anda, tapi alam nyata baginya ia mungkin ketagih atau menjadi sangat sayang, dan akan terus menjaga anda dengan ketat. Malah ia akan menjadi lebih berat, bila anda ada anak dengannya di alam jin itu, anda mungkin nampak anak itu dalam mimpi anda. (Risikonya kalau cuba dipisahkan anda mungkin akan menghampiri, atau jadi gila, atau mungkin melakukan sesuatu yang di luar dugaan dari sebab tekanan angin bisa atau dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.)
Adapun cinta itu boleh jadi cinta sama cinta, cinta sama paksa, atau cinta sama tak tau, iaitu anda tak sedar menjadi pujaan jin betina. Biasanya lelaki yang dicintai jin betina itu akan mengalami gejala gangguan pada bahagian dada dan kepala.
Cara terbaik untuk menghindari dari dicintai dan dipengaruhi oleh jin betina atau jin asyik ini ialah dengan memperbanyakkan amalan agama, tidak tinggal solat, rajin membaca al Quran, sentiasa berzikir dan sentiasa dalam keadaan berwudhuk. Elakkan dari memyimpan atau menggunakan benda2 pelik seperti barang-barang lama, cincin yang dijampi serapah, mempercayai perkara khurafat, melakukan amalan syirik dan jauhi perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
[Wow] - Informasi
Wowww!! Korang kenal tak Penyanyi KPOP yang pergerakan tariannya yang sungguh 'SHARP'! Siapa lagi kalau bukan... HYUNA... So kali nih, admin nak bagi korang tengok macam mana rupa Hyuna Masa Zaman Sekolah Dulu.. Hehe.. Jom kita tengok.. Jeng jeng jengggg..
Foto Bah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments