Sebelum ini pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil pernah memaklumkan bahawa putera sulungnya yang dilahirkan pada 2 Julai lalu masih belum diberikan nama, ini kerana dia ingin mendaftarkan nama bayinya itu di Malaysia.
Susulan daripada kenyataan tersebut, terdapat segelintir peminat yang bertanya bagaimanakah pasangan ini akan membawa pulang bayi tersebut sedangkan namanya belum didaftarkan dan sekaligus tiada passport untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Diana Danielle menjelaskan bahawa anaknya boleh menggunakan passport ekspres dan tiada masalah untuk dia mendaftarkan nama anaknya itu di Malaysia kelak.
Untuk makluman, Diana Danielle akan membawa pulang putera sulungnya itu ke Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nanti dan buat masa ini dia dan Farid Kamil telah menyediakan beberapa nama yang sesuai buat bayi comel tersebut. - Ohbulan
No comments
Post a Comment