Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Hafiz Suip Tanggung Malu Kerana Duit Raya RM2 !
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hafiz Suip
PETALING JAYA – Penyanyi Hafiz Suip tidak pernah melupakan peristiwa dimalukan oleh seorang peminat kecil yang datang bertandang ke rumahnya di Kuching, Sarawak pada Aidilfitri tahun lalu.
Hafiz berkata, kejadian itu berlaku gara-gara duit raya yang diberikan hanya berjumlah RM2 sahaja.
“Budak-budak sekarang sudah pandai menilai duit. Mereka pula kalau dapat sampul duit raya, terus sahaja buka depan kita.
“Bila buka hanya ada RM2 mereka pandai beritahu kita kenapa artis hanya mampu beri jumlah itu sahaja,” katanya kepada mStar Online ketika bercerita tentang Hari Raya.
Hafiz berkata, dia sentiasa menyediakan bajet duit raya kepada peminat-peminat yang datang beraya di rumahnya terutama kanak-kanak.
“Setahun hanya sekali sahaja kita sambut Hari Raya ini dan kanak-kanak merupakan golongan paling gembira jadi biarpun tidak banyak nilai duit raya namun ianya dapat menggembirakan mereka,” katanya.
Tambah Hafiz, seperti tahun sebelumnya, dia akan mengadakan rumah terbuka bagi meraikan dan bertemu peminatnya yang berada di Sarawak.
“Saya jarang balik kampung sebab keluarga semua sudah berpindah di Kuala Lumpur, jadi pada Hari Raya sahaja saya dapat bertemu peminat di kampung halaman.
“Seperti biasa juga saya akan adakan rumah terbuka di rumah lama saya di Kuching kerana ramai peminat yang sudah tahu rumah tersebut,” katanya. – mStar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments