Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
1. Sebab diorang lebih setia
Kebanyakan mereka ni ibarat walau lautan api sanggup direnangi. Haha. Tapi aku ade terbaca gak yang benda ni tak kekal lama. Biasanya time belum kawen, time bercinta, memang semuanya baik/elok, tapi bila dah kawen, jadi lain. Disini, aku tak dapat nak komen apa-apa perihal tersebut sebab aku belum kawen lagi. Kwang kwang.. Tapi diorang memang jenis yang kalau dah ade awek, terus terang cakap dah ade awek. Takde nya nak mengaku single or dalam Fesbuk tulis 'single' walhal tetiap minggu dating dengan bebi sayang cinta hati dia siap bersuap suap makan durian crepe.
Setakat ni aku belum pernah dengar lagi kes dorang curang dengan girlpren/pasangan Malaysia dorang. Err lagipun time zaman pemerintahan British dulu, diorang ni (Gurkha) memang terkenal dengan kesetiaan diorang, loyal, berani, dan tak akan berundur lari ketakutan dalam medan peperangan. So, boleh ke dikaitkan perkara tersebut dengan hal cintan cintun? wahahah
2. Sebab diorang lebih romantik
Hahahaha. Bagi aku gelak dulu sebelum explain.. Bagi aku, entah la. Maybe yang aku kenal takdela sangat romantik gile tahap gaban. Tapi perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan adalah, dorang lebih thoughtful. So I guess thoughtful selalunya dikaitkan dengan romantik kot. Atau mungkin jugak dorang lebih romantik sebab banyak sangat tengok movie Hollywood. Haha. Sebabnya, aku sebenarnya terkejut jugak dengan vocabulary dorang dalam English language. Ade sesetengahnya yang orang Malaysia kita sendiri pun tak berapa tahu. Contohnya perkataan "chapstick". Kita kalau kat Malaysia ni sebut lip balm je. So, memang terbukti dorang banyak mengikuti perkembangan dunia Hollywood.
3. Dorang cepat belajar/ menguasai sesuatu perkara
Contohnya, Bahasa Melayu dan slang-slang yang kita orang Malaysia ni selalu gunakan dalam daily conversation kita di Malaysia. Dorang cepat belajar BM. Kalau kita, mampu cakap dalam bahasa Nepal after 1 month duduk Nepal tanpa guna Google Translator etc? Aku pun tak tau sebenarnya mampu atau tak haha. Sebab aku memang tak mampu T.T
Selain dari tu, diorang jugak berusaha untuk gain knowledge. Time bila dorang buat semua membaca tu pun aku tak tau.. Tup tup dorang dah jadi pandai, siap jadi supervisor lagi di kilang-kilang. Aku rasa orang yang sentiasa enthusiastic untuk gain knowledge ni sangat smart, walaupun dorang tak belajar sampai diploma or PhD. Ade jugak dorang yang dari tak reti membaca, terus boleh membaca tak lama lepas dorang belajar membaca.
4. Dorang tak guna duit perempuan
If dorang betul-betul cintakan/sayangkan korang, duit korang diorang tak akan sentuh. Walaupun ade jugak jenis yang sengal buat lawak pada korang suruh belikan baju, selipar or henpon baru, belikan tiket balik kampung etc, tapi cuba korang cakap/tegur sekali kat dia yang korang macam rasa yang dorang ni macam nak mempergunakan korang or korang try cite kat dia yang korang ni orang susah dan korang tak suka dia buat lawak meminta dibelanja bermacam macam, sure dorang akan cakap dengan nada yang agak marah (walaupun masih kontrol macho) bahawa dorang melawak saje dan dorang tak kisah pun sebenarnya. Biasanya if dorang dalam kesusahan pun, dorang tak akan meminta dari korang. Dorang tak nak menyusahkan korang.
Tapi. despite all his words, untuk korang betul-betul tahu sama ada he will take advantage of you or not, korang kena tengok time korang keluar makan dengan dia. Usually they will offer untuk settle the bill kat restaurant, walaupun hakikatnya ade beberapa ringgit sahaja dalam dompet. In fact, biasanya dorang tak cakap pun macam ni "I only have a few ringgit left, I hope you can eat something inexpensive". Haha tapi apa pun, dorang still berusaha untuk cari duit, walaupun kadang-kadang terpaksa pinjam dari rakan-rakan.
5. Dorang terima korang seadanya
Biasanya dorang tak tanya pun tentang ex ex pakwe korang dan kisah-kisah korang dan ex pakwe korang. Cuma, diorang akan tanya sama ada korang ni bini orang ke or dah pernah kawen/tunang. Kadang-kadang, korang nak bercerita tentang kisah-kisah lama korang (kononnya nak share kesedihan kisah lepas) pun dorang tak nak ambik tau. Haha. Bukan sebab kejam ke apa, tapi sebab dorang tak nak ungkit kisah lepas dan nak korang fokus pada masa sekarang je.
Biasanya dorang jugak tak memilih sangat bab paras rupa seseorang perempuan. Tapi if ade perempuan yang cun suka pada dorang, takdela dorang tolak pulak. Haha... Contoh dah banyak depan mata. Pernah ke korang selalu dengar dorang kawen dengan minah salleh? Tapi lelaki-lelaki Malaysia yang kawen dengan minah salleh banyak hehe
6. Sebab rajin?
Aku cuma agak la diorang sangat/agak rajin, malah sesiapa yang pernah memandang situasi dimana mat bangla-mat bangla beratur berjalan di tepi bahu jalan pada awal pagi jam 6.15 pagi dan juga jam 9 malam akan berkata "wah, awal pagi dah bangun kena berjalan pergi kerja" dan "wah, malam pukul 9 or 10 malam baru dapat balik rumah". Kesimpulannya, untuk buat macam tu (bangun awal pagi, berjalan kaki untuk ke kilang-kilang, malah membawa bekal nasi berlaukkan kari/dal) setiap hari adalah SANGAT mencabar minda ok. Haha. Memang mencabar minda aku sendiri sebagai seorang warga tempatan lah.. Sebabnya, kalau akulah maybe aku boleh bertahan sehingga seminggu je, semasa awal-awal bekerja. Then, the next week, sure aku akan mula rasa malas dan mungkin juga akan MC untuk 1 hari semata mata nak catch up tido :P
Jadi, mungkin juga semangat kerajinan diorang merupakan antara salah 1 sebab mengapa wanita mudah terpikat pada diorang? Sebenarnya aku agak kagum jugak dengan daya tahan tidur diorang ni haha. Sebab ada sesetengahnya, walaupun balik kerja jam 10 malam, masih ada masa untuk lepak bersama kawan-kawan dan kadang-kadang juga keluar berjalan-jalan untuk ambik angin malam, then balik semula rumah jam 1 or 2 pagi. Kalau aku sendiri, lepas balik kerja maybe akan terus lepak atas katil, bersiar-siar di dalam alam mimpi..
Lumrah wanita mahu selalu keluar bersiar-siar dengan jejaka pilihan hati. Kadang-kadang tanpa mengira waktu/masa. Apa yang aku dapat simpulkan, mat Bangla/ mat Nepal biasanya jarang merungut/bersungut kepada teman wanita diorang betapa penatnya diorang bekerja dan betapa permintaan untuk keluar makan/bersiar-siar pada waktu malam menyusahkan mereka (sebab mereka nak tido/berehat kerana keesokan paginya perlu bekerja semula). Walaupun jika difikirkan secara logik akal, memang pekerjaan mereka agak memenatkan berbanding pekerjaan kita warga tempatan yang hanya perlu duduk di ofis, attend meeting, menyiapkan presentation dan tidak perlu sangat berjemur di tengah panas pada pukul 12 tengah hari.
Kesimpulan
Penulis bukan mahu terlalu mengagung agungkan mereka-mereka di atas ni, tetapi cuma mahu berkongsi maklumat dengan pembaca sekalian hehe. Harap info-info diatas dapat merungkaikan persoalan saudara/saudari sekalian kenapa wanita mudah terpikat pada mat Bangla/ mat Nepal.
Informasi
KUALA LUMPUR – Jet persendirian milik pengarah filem Lord of The Rings, Peter Jackson turut digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, menurut laporan portal berita antarabangsa.
Pesawat Gulfstream G650 milik Jackson itu digunakan bagi tujuan komunikasi untuk menghantar mesej di antara pesawat-pesawat yang terlibat dalam misi mencari itu.
Menurut laman web Gulfstream, jet milik Jackson itu mempunyai kelajuan tinggi dan berupaya untuk terbang pada jarak jauh berbanding pesawat biasa dimana ia membolehkan Jackson membuat perjalanan tanpa henti dari Welllington, New Zealand ke Los Angeles, California, dimana kebanyakkan penggambaran filemnya dijalankan.
“G650 boleh membawa lapan penumpang dan empat anak kapal untuk perjalanan tanpa henti sejauh 7,000 batu nautika (12,964 km),” menurut laman web tersebut.
Bernilai puluhan juta dolar, kelajuan jet mewah itu mampu mencecah 708 batu sejam (1139.42 km sejam) dan menerusi operasi ini, ia digunakan secara bergilir dengan beberapa pesawat persendirian lain yang turut dihantar bagi tujuan sama.
Jurucakap Jackson turut mengesahkan penglibatan jet mewah milik Jackson yang dibeli pada Mac 2013 itu namun enggan menjawab soalan sama ada Jackson sendiri menawarkan pesawatnya atau diminta oleh mana-mana pihak.
“Peter tidak mahu mencari publisiti berkenaan perkara ini. Banyak lagi pesawat persendirian serta milik tentera turut serta dalam operasi ini.
Ia agak menyedihkan kerana disebabkan jet ini milik seorang selebriti, kini ia menjadi tumpuan ramai, sedangkan lebih 200 orang hilang (dalam pesawat MH370),” jurucakap Jackson, Matt Dravitzki berkata.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Sejak tragedi ini berlaku, puluhan negara seluruh dunia turut menghantar bantuan dalam usaha mencari dan menjejasi pesawat malang itu.
Terkini, kapal selam Tentera Laut Diraja Britain, HMS Tireless tiba di selatan Lautan Hindi untuk menyertai operasi mengesan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) itu.
Selain bantuan pesawat dan kapal bagi mengesan MH370, negara-neagra tersebut turut menawarkan bantuan risikan bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan mengenai kemungkinan wujudnya elemen keganasan, sabotaj dan sebagainya . – Astroawani.com
Isu Semasa
Pastinya ramai peminat Bandi Amuk dari dulu hingga sekarang masih terus tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa sebenar beliau jika tidak memakai topeng.
Di sebalik kelunakan suaranya sebagai antara rocker tersohor negara, tidak ramai sebenarnya yang pernah melihat wajah penuh Amuk. Meskipun banyak kali diminta peminat untuk menanggalkan topengnya ketika mengadakan konsert namun beliau terus berkeras tidak mahu berbuat demikian.
Bagaimanapun, wajah sebenar bandi Amuk kini didedahkan oleh seorang blogger dikenali updatenew. Menurut blogger ini, Amuk terpaksa menanggalkan topengnya ketika majlis akad nikah anak sulungnya baru-baru ini demi menghormati tok kadi.
Hiburan
PERTH – Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia.
Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu.
Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas.
Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan.
Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370.
Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan.
Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya.
“Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut.
“Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil,” katanya.
Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. – Reuters
Global
SAYA tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran.
Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya.
Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya.
Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu.
Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya. Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja.
Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.
Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya : 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.
Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh Suara.TV
Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari
Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12. Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.
Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.
Isu Panas
Menurut beliau, ketika sampai di restoran tersebut, pasangan tersebut baru sahaja selesai makan makan malam mereka. Kelakuan intim mereka selepas itu menyebabkan beliau hilang selera untuk makan.
STST berkata:
“Semua pelanggan melihat ke arah mereka tapi mereka langsung tidak peduli!
“Mereka saling tidur di atas riba masing-masing, dan kemudian meraba tubuh pasangan tanpa rasa segan. Ianya seolah-olah menonton filem lucah ringan.
“What have their parents been teaching them? What have their schools been teaching them?
“What’s wrong with these youngsters nowadays?”
Isu Panas
TAHUKAH ANDA??
1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.
3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.
4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.
8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.
Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.
Informasi
LANTARAN isu boikot rakyat negara China terhadap Malaysia berikutan insiden pesawat MH370, penyanyi Shila Amzah yang sedang mencipta nama di sana turut terkena tempiasnya.
Ia jelas dilihat menerusi program realiti ‘I Am A Singer’ yang sebelum ini menyaksikan Shila berada di tangga pertama pada minggu ke-10 tiba-tiba menjunam jatuh ke tangga keenam pada minggu seterusnya.
Keputusan itu nyata mengejutkan peminat dan juri profesional kerana persembahannya jarang sekali mengecewakan.
Memetik laporan Harian Metro, ibu Shila, Fauziah Sarman berkata keputusan itu diterima Shila dengan hati terbuka.
“Kami tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perubahan kedudukan yang sangat drastik itu disebabkan ada kaitan dengan isu MH370.
“Shila bersikap terbuka dengan keputusan itu. Baginya, perkara ini biasa apatah lagi sudah sampai ke peringkat separuh akhir, strategi undian penonton juga berubah kerana masing-masing mahu menyelamatkan peserta tertentu.
“Kalau nak kata Shila diboikot, ketika insiden MH370 hangat diperkatakan di China, Shila tetap dilayan dengan baik dan peminat yang terserempak dengan Shila begitu teruja nak bergambar.
“Bagi Shila apabila dia berada dalam satu pertandingan dan memperoleh peluang, tiada alasan untuk patah semangat atau sambil lewa ketika membuat persembahan,” katanya.
Sabarlah Shila. Kalau insiden pesawat ini menjadi pengukur para peminat program tersebut untuk mengundi Shila, ternyata merekalah yang tidak bersikap profesional dalam hal ini.
Apa pun, kami yakin peminat sejati Shila akan terus menyokong dan mendoakan kejayaan Shila di persada antarabangsa.
Hiburan
SEOUL: Syarikat penerbangan Korea Selatan, Asiana Airlines pada Selasa mengakui buat kali pertama bahawa kesilapan juruterbang berkemungkinan menjadi punca kemalangan pesawat itu di San Francisco tahun lepas yang menyebabkan tiga kematian.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan akhbar, syarikat penerbangan itu turut menyatakan faktor penyumbang lain termasuk isu-isu teknikal dalam sistem pemanduan automatik pesawat.
Pesawat Asiana Airlines dari Seoul ke San Francisco itu melakukan pendaratan cemas pada 6 Julai lalu sebelum tergelincir di landasan, merempuh tembok laut dan terbakar.
“Kemungkinan punca kemalangan ini adalah kerana kegagalan anak-anak kapal penerbangan untuk memantau dan mengekalkan kelajuan minimum selamat di udara pada saat-saat akhir,” menurut kenyataan Asiana.
Ini menyebabkan pesawat itu tersasar dari landasan dan merempuh tembok laut.
Tiga orang terbunuh dan hampir 200 cedera dalam kemalangan itu.
Kenyataan itu menambah krew kokpit telah dikelirukan oleh sistem automatik Boeing 777- 200ER itu yang ‘tidak konsisten’ yang membawa mereka mempercayai bahawa sistem pemanduan automatik kekal dengan kelajuan di udara yang telah ditetapkan.
Asiana berkata kesimpulan mengenai kemalangan itu telah diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB ) pada 17 Mac lalu yang mengetuai siasatan.
NTSB menegaskan autopilot hanya memainkan peranan sebagai pelengkap dan juruterbang perlu memantau peralatan mereka dan memberi perhatian kepada persekitaran untuk mencegah kemalangan.
Lembaga itu telah berkata autopilot dimatikan kira-kira tiga batu (4.8kilometer) dan kelajuan udara merosot serendah 103 knot (191 kilometer sejam), atau 34 knot kelajuan di bawah kelajuan ideal.
Asiana mempertahankan dua juruterbangnya, Lee Kang- Kuk Lee dan Lee Jung -Min dengan berkata mereka adalah juruterbang ‘berwibawa’ yang telah terbang berpuluh-puluh kali ke dan dari San Francisco.
Global
Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini berkata, Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.
"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.
"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.
Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya. - Bernama
Isu Semasa
Semakin banyak teori² konspirasi dan spekulasi yang timbul mengenai insiden MH370. Apa-apa pun, ini semua hanyalah mainan minda pemikiran manusia. Terpulanglah sama ada hendak percaya ataupun tidak. Sama-sama kita nilaikan pendedahan di bawah.
Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, Man of Steel.
Salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang (kalau tak silap bas atau kontena).
Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:
M.I.A 6 - 370
Apa maksudnya? Adakah maksudnya seperti di bawah ini?
MIA = Missing In Action
MIA = Malaysia International Airport
Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.
6 = F (Flight)
Tetapi menurut pakar matematik yang tidak tahu sama ada dia bertauliah ataupun tidak, mengikut kiraannya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:
Okay, itu pendedahan yang pertama. Yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut Lautan Hindi.
"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"
Kebetulan?
24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.
Pelik kan?
Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.
Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.
Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.
Anda nilaikanlah sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info untuk hari ini.
Mymediahubonline
Isu Panas
Pelakon dan pengarah terkenal Datin Tiara Jacquelina melakukan beberapa aksi gedik yang kelihatan manja, keanak-anakan dan menciut hati.
Buat mereka yang pertama kali menatap foto-foto gedik Tiara, ramai mungkin beranggapan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu baru berusia 19 tahun.
Manakan tidak, penulis sendiri hampir tertipu dengan penampilan santai Tiara. Pastinya, ramai jejaka di luar sana mula menaruh perasaan geram dan terpikat selepas melihat tiga lagi keping foto gedik Datin Tiara Jacquelina di bawah.
Hiburan
Nampaknya, bukan setakat Qi Razali sahaja yang berkongsi foto persandingannya dalam drama bersiri Kalau itu jodoh Kita di laman Instagram malah Uqasha juga.
Mungkin merupakan salah satu cara untuk mempromosi drama berkenaan kepada penonton, Uqasha Senrose kelihatan begitu cantik dan anggun ketika menggayakan gaun pengantin. Beliau tidak ubah seperti Nelydia sehingga membuat segelintir peminatconfuse.
Sekali lagi penulis tertipu, nasib baiklah pemilik Instagram itu ialah Uqasha Senrose yang menggunakan nama uqashasenrose2. Kalau tak, memang confirm terkejut.
Hiburan
Mexico City: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun didakwa menikam mati ‘sahabat baiknya’ kerana menyebarkan gambar bogel mereka berdua di Facebook.
Mangsa, Anel Baez, 16, ditemui dengan 65 kesan tikaman di leher pada 19 Mac lalu selepas mengajak rakannya Erandy Elizabeth Gutierrez yang sering digelar ‘saudaranya’ ke rumahnya dalam usaha berbaik.
Laman berita Mexico, Notus melaporkan, pasangan sahabat itu yang tinggal di Guamúchil, barat negara itu berselisih faham selepas Anel memuat naik gambar berkenaan ke Facebook.
Menurut laporan itu, Erandy yang tiba di rumah Anel meminta menggunakan bilik air, namun sebaliknya pergi ke dapur untuk mengambil pisau sebelum menikam rakannya berkali-kali dan meninggalkannya dalam keadaan berlumuran darah.
Erandy melarikan diri, malah cuba menutup perbuatannya dengan menghadiri upacara pengebumian Anel dan menangis bersama rakan mereka.
Bagaimanapun, polis menahannya ketika upacara berkenaan.
Erandy mula memuat naik mesej di Twitter mengugut bekas sahabat karibnya itu sejak awal tahun ini.
“Walaupun saya nampak tenang, saya sebenarnya sudah berangan membunuh awak sekurang-kurangnya tiga kali,” katanya di akaun Twitter yang kini sudah dipadamkan. - Agensi
Global
Texas: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan ibunya parah diserang anjing baka pit bull milik teman lelaki wanita berkenaan.
Kejadian berlaku Isnin lalu di sebuah apartmen di League City
Ketika polis tiba di tempat kejadian, anjing itu dilihat sedang membaham kanak-kanak berkenaan, manakala ibu mangsa berusaha menghalangnya.
Sehubungan itu, polis terpaksa menembak mati anjing berkenaan sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital menggunakan helikopter.
Jurucakap Jabatan Polis League City berkata, ibu mangsa turut dibawa ke hospital dengan kecederaan teruk pada tangan serta lengan.
Tahun lalu, seorang wanita di California maut dibaham beberapa ekor pit bull ketika berjalan berhampiran rumahnya. - Reuters
Global
London: Seorang banduan berusia 27 tahun yang dipenjara kerana membunuh akan menjadi datuk paling muda di Britain selepas anaknya berusia 13 tahun hamil.
Selepas menyiarkan gambar dalam Facebooknya, bapanya yang dipenjara ketika dia masih berusia dua tahun kerana menikam seorang lelaki hingga mati, mendesaknya menggugurkan kandungan itu.
Bagaimanapun, rakannya memberi kata semangat kepada gadis itu yang hamil hasil hubungan dengan seorang budak lelaki sama usia dengannya.
Namun, tak semua rakannya menyokongnya. Ada yang menyifatkan keadaannya sebagai ‘amat memalukan.
“Memalukan. Ibu saya sudah pasti membunuh saya jika saya hamil pada usia ini,” tulis rakannya itu.
Identiti bapa dan anak tidak boleh didedahkan atas alasan undang-undang, Akhbar tempatan berkata, gadis itu sudah diberhentikan dari sekolah aliran perdana untuk ditempatkan di unit khas pendidikan yang ditubuhkan khusus untuk wanita muda yang hamil.
Dia tinggal di rumah yang disediakan kerajaan bersama ibunya yang sudah mempunyai teman baru.
Datuk paling muda di Britain sebelum ini ialah Shem Davies, 29, dari Bridgend, selatan Wales selepas anaknya Tia melahirkan anak pada usia 14 tahun.
Davies ketika itu berkata: “Saya sungguh marah. Anak saya lahir ketika saya berumur 14 tahun. Dan kini, pada usia sama, dia pula akan melahirkan anak. “Saya tahu begitu sukar bagi ibu bapa remaja membesarkan anak dan kini dia pula akan melalui nasib sama,” katanya. - Agensi
Global
Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.
Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.
Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.
“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.
Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.
“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya. Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.
Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.
“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.
Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.
Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. - Agensi
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments