Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
DIALAH antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya
berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya
kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan.
Begitulah pelakon yang pernah digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’.
Apa yang menarik, artis itu yang meminta agar ejaan nama komersial dirinya diperbetulkan iaitu Lana Nodin dan bukannya ‘Lana Nordin’, tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’.
“Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.
“Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.
“Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham ‘bahagian mana’ pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang. Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal ‘bahagian itu’, saya jadi rimas! Muak!
“Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nodin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat,” katanya yang mempamerkan lakonan yang mantap dalam filem Chow Kit yang turut bertanding dalam Anugerah Skrin 2012 (ASK2012)

Bakal menyambut ulang tahun ke-33 pada 6 Disember ini, Lana yang juga bekas pramugari AirAsia mendakwa ramai lagi selebriti wanita tempatan lain yang melakukan pembedahan kosmetik terhadap tubuh badan, balik-balik hanya dia seorang yang menjadi mangsa percakapan orang.
Sehinggakan kemunculannya menerusi filem terbaru arahan Afdlin Shauki, terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn Bhd, Pontianak vs Orang Minyak pun menjadi topik utama.
Topik yang diperkatakan tidak lain tidak bukan mengaitkan aset tubuhnya itu, dadanya yang dikatakan sebagai mangsa eksploitasi dan bahan jenaka dalam filem itu.
“Ada satu babak, saya mengenakan kebaya putih yang memperlihatkan sedikit lurah dada saya, namun mungkin kerana syot kamera yang diambil dari atas menyebabkan ia nampak menonjol. Malah ada juga dialog saya digelar ‘Hantu Kopek’.
“Disebabkan babak itu, timbul spekulasi Afdlin seolah mahu mengambil kesempatan atas saya. Saya tak nafikan, masa dapat skrip dan juga baju, saya tanya kepada Afdlin boleh lepas ke babak macam ini. Namun selepas penggambaran, tiada masalah pula kerana babak itu diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF),” jelas Lana.
Wanita berbintang Sagittarius ini secara peribadi tidak merasakan pengarah itu mahu mengaibkan dirinya di layar perak.
“Kalau ada berpendapat Afdlin cuba mengambil kesempatan kepada saya, saya juga sebenarnya ambil kesempatan terhadap dia dengan menerima watak ini. Apa yang benar, saya mahu sangat timba pengalaman berlakon di bawah Adflin.
“Saya lihat pembabitan saya dalam filem ini sebagai ruang dan peluang untuk saya nak bina karier saya untuk jadi artis serba boleh. Tidak terbatas pada watak penggoda dan atau perempuan jahat semata-mata.
“Adakah Lana Nodin hanya layak untuk cerita-cerita sebegitu daripada memperkatakan bakatnya? Cuba bayangkan kalau saya berlakon dalam drama Hantu Susu seperti yang dibintangi Erra, tentulah isu aset saya itu akan menjadi topik lebih hangat, namun ia tidak pula menjadi isu kepada Erra,” katanya.
MENGENALI wanita berbakat ini, dia nyata memiliki karektor pelbagai
warna yang jika diasah mahupun diberi peluang, dia mampu menjiwai
berbagai karektor yang tidak terhad sebagai watak penggoda semata-mata.
Malangnya, wanita yang dilahirkan dengan nama sebenar Mazlina Hasan Nodin ini tidak diberi peluang melainkan hanya untuk watak penggoda dan pelacur saja.
“Lapan tahun saya bergelar pelakon dan baru sekali saya diberikan peluang membawakan watak berat dan air mata iaitu dalam drama Takdir Qismah yang turut dibintangi Lisdawati.
“Dalam drama ini, saya menerusi watak Rosmah beraksi tanpa solekan, tanpa bulu mata palsu seperti kebiasaannya, selekeh dan asyik menangis.
“Mulanya, saya ragu-ragu nak ambil watak ini kerana Rosmah adalah pelacur. Saya bosan bawa watak sebegitu, tetapi selepas membaca keseluruhan skrip, saya tertarik dengan jalan cerita.
“Maklum balas yang saya terima dalam kalangan kawan-kawan alhamdulillah, cukup baik untuk drama ini. Terima kasih kepada pengarah drama ini, Abang Eoon Suhaimi yang percayakan kebolehan saya.
“Saya benar-benar berharap lakonan saya dalam drama itu mampu membuka mata ramai, tapi saya juga harus akur dengan waktu siaran drama itu pada bulan puasa, jam 4 petang mungkin ramai yang terlepas daripada menontonnya,” katanya.
Baru saja tamat daripada penggambaran drama Evolusi KL Drift yang bakal bersiaran di RTM2 sebanyak 52 episod, Lana juga tidak sabar menantikan penayangan Filem Lagenda Budak Setan 2 – Katerina yang menampilkan Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palare sebagai tunjang utama.
“Saya mainkan watak Zahirah pembantu kepada Katerina (Maya) dan cuba merosakkan hubungan antara Katerina dengan Kasyah (Farid). Masih lagi dengan watak menggoda, tetapi saya ambil peluang ini kerana saya sendiri peminat novel yang ditulis Ahadiat Akashah,” ujarnya.
Pertemuan petang Selasa itu, Lana turut dikejutkan dengan sekeping gambar di samping anggota kumpulan The Black Eyed Peas iaitu will.I.am, Taboo dan apl.de.ap. Di antara tiga jejaka berkenaan, Lana kelihatan sangat intim dengan Taboo. Tambahan pula, gambar itu dipercayai diambil di majlis ‘after party’ selepas konsert Justin Timberlake di Opera Sydney House, Australia, beberapa tahun yang lalu sebelum Taboo mendirikan rumah tangga dengan Jaymie Dizon pada 12 Julai 2008.
“Hmmm, banyak juga info yang awak tahu ya? OK saya mengaku saya pernah berkawan rapat dengan Taboo lebih kurang setahun dan lokasi gambar itu diambil juga tepat. Hubungan kami tak berjaya kerana banyak sebab, antaranya dia mahu saya menetap di Amerika Syarikat. Namun Taboo yang saya kenal seorang lelaki yang baik.
“Dia tak merokok dan tak minum. Dulu-dulu dia pernah, tapi selepas keluar dari pusat pemulihan, dia sudah berubah. Dia selalu cakap pada saya, kalau dia ikat rapi rambutnya ke belakang itu maknanya dia ‘clean’.
“Kami berkenalan di sebuah ‘party’ sekitar Kuala Lumpur. Dia minta nombor telefon saya dan keesokannya minta saya temankan dia makan tengah hari. Saya cadangkan beberapa nama restoran yang sedap, antaranya di Shook!
“Saya kemudian mengambilnya di hotel dan tak sangka masa tu semua anggota Black Eyed Peas turut ada sama. Sejak daripada itulah kami jadi lebih rapat,” katanya.
Banyak rahsia yang dikongsi, namun hanya sedikit informasi dapat diceritakan Lana kepada umum. Dia enggan mengulas panjang hubungannya dengan Taboo apatah lagi bintang antarabangsa itu sudah berkahwin.
Pernah juga dikaitkan juga dengan seseorang berstatus ‘jutawan muda’, Lana kini bagaimanapun enggan mengenang percintaan yang berkubur selepas 10 tahun menjalinkan hubungan.
Apatah lagi ketika ini Lana dikatakan sudah menemui pengganti, seorang model terkenal dari Republik Czech, bernama Pavel Michalec, 23.
Pavel bekerja di Agensi Bangkok, Thailand dan hubungan Lana dengan jejaka itu dihidu ramai pihak apabila Pavel sendiri yang menulis nama Lana dalam kotak ‘In Relationship’ di facebook (fb).
“Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berkawan. Selagi tidak terbukti dengan apa-apa ikatan, saya tak anggap hubungan ini sesuatu yang serius. Saya perlu lihat kesungguhan Pavel jika dia mahukan saya, salah satunya mendalami Islam,” katanya.

[Wow] - Kisah Artis
Mungkin ada diantara pembaca yang lupa dengan artis berbakat dari Mentor iaitu kat. Admin akan kongsikan gambar Photoshoot Kat Mentor 3 ketika memperagakan Dress rekaan Rashid Omar dan Ridzuan Ismail dibawah jenama WANPA. Sesi Photoshoot ini diambil di The Virage Studio pada 15 February 2010 lalu. Kat tampil berani dengan menggayakan dress secara Seksi dan Glamor. Ummhhpph!!
Hiburan
GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan
melancarkan pasukan Ops Cantas khas yang dianggotai pegawai dan anggota
wanita bagi mengendalikan kes jenayah kekerasan melibatkan golongan itu.
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim
Hanafi berkata pasukan yang diketuai oleh seorang pegawai berpangkat
penolong penguasa polis (ASP) dan dibantu seorang inspektor serta 18
anggota lain-lain pangkat itu berkuat kuasa 15 Nov ini.
“Mereka ini akan dilengkapkan
dengan pakaian dan senjata khas, sama seperti pasukan lelaki bagi
memudahkan kita mengendalikan kes melibatkan penjenayah wanita,” katanya
kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan dan lafaz ikrar polis di
sini hari ini.
Katanya walaupun bilangan penjenayah
wanita hanya mewakili peratusan kecil, beliau berharap pasukan khas itu
dapat memantapkan lagi pasukan Ops Cantas dalam usaha memerangi jenayah
dan kegiatan kongsi gelap di Pulau Pinang.
Beliau berkata menerusi Ops Cantas sejak
17 Ogos lepas, polis menahan 1,162 suspek dipercayai terlibat dalam
pelbagai kegiatan jenayah di negeri ini dan 165 daripadanya merupakan
anggota kumpulan kongsi gelap.
Katanya polis turut merampas 4,381
pelbagai jenis senjata termasuk senjata api, parang, pedang samurai dan
bom yang dipercayai diguna untuk tujuan jenayah.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata
indeks jenayah Pulau Pinang menunjukkan peningkatan 0.8 peratus atau 52
kes dalam tempoh Januari sehingga Oktober berbanding tempoh sama tahun
lepas.
Terdahulu dalam majlis itu, sebanyak 500
individu termasuk orang awam serta anggota polis menerima anugerah
perkhidmatan cemerlang dan surat penghargaan Ketua Polis Pulau Pinang. –
BERNAMA
[Wow] - Berita Tempatan
kenapa la Rita Ora pakai baju lumba Alpinestars tanpa bra, t-shirt atau parties di sebelah dalam...
Kalau dia pakai semua itu, mungkin penonton-penonton di London tak dapat melihat 'bonus' persembahan Ora pada malam tersebut..yeah! Namun begitu, wardrobe malfunction yang dialaminya tidak mendukacitakan beliau. Malah menjadi bahan ketawa kepada dirinya di twitter.
Rita Ora menulis di twitternya :
✔
@RitaOra
Yes. Its true. I got straight off a moterbike from O2 to Wembley I didn't have time to change and then all of a sudden the zip got lower....
8 Nov 12
Rita Ora
✔
@RitaOra
And lower I rushed on stage and pop! It happened, fuck! Sorry guys. (How embarrassing) apologized! Dispite that, amazing show! :) LOL
8 Nov 12
Rita Ora
✔
@RitaOra
#SHIThappens #SHIThappens #SHIThappens #SHIThappens
[Wow] - Selebriti
Di Paris, seorang pengumpul karya seni dari Turki membeli bangkai
kerta Ferrari 308 GT4 pada harga AS$250,000 (RM792,872) kerana dianggap
bernilai tinggi. Media semalam melaporkan, lelaki Turki itu membeli
kereta berkenaan digelar Dino daripada seniman Bertland Lavier.
Sumber berkata, tiada sebarang sentuhan tambahan dikenakan pada bangkai kereta berkenaan sebelum dibeli pengumpul terbabit.
Sebelum itu kereta berkenaan dipertontonkan di Pameran Seni
Kontemporari Tahunan di Paris, Perancis. Harga pasaran bagi kereta sama
yang tidak cacat atau rosak ternyata lebih murah, iaitu kira-kira
AS$41,400 (RM 131,300) saja. Sebanyak 2,800 unit kereta model sama
dikeluarkan Ferrai antara 1973 sehingga 1980. - Agensi
Global
Pittsburgh: Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai
“biohacker” melalui detik menyakitkan semata-mata untuk menanam cip
elektronik yang besar pada lengannya.
Proses itu dilakukan tanpa sebarang ubat bius atau bantuan doktor.
Pencipta perisian dari Pittsburgh, Tim Cannon berkata dia memasukkan cip
besar itu untuk memantau suhu badannya. Kata Cannon, alat itu
berkomunikasi dengan tablet Android melalui sambungan Bluetooth.
“Jika saya mula mengalami demam cip ini akan memancarkan lampu hijau yang boleh dilihat di bawah kulit.
“Ia kemudian menghantar mesej teks untuk memaklumkan keadaan saya,”
katanya. Menggambarkan dirinya “cyborg buatan sendiri” Cannon berkata,
dia adalah manusia pertama di dunia menanam peranti ke dalam badan
semata-mata untuk “meningkatkan kualiti diri.” Katanya, dia mula
berminat mengubah suai tubuh menggunakan peranti elektronik kerana mahu
“hidup selama-lamanya.” “Saya mahu hidup sehingga beribu-ribu tahun.
“Saya tak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dilakukan seorang “artis mengubah suai tubuh” serta pakar tatu, Steve Haworth.
Kata Cannon, ia dijalankan tanpa menggunakan sebarang ubat bius, sebaliknya cuma meletakkan ais bagi mengurangkan kesakitan. - Agensi
Global
Anjing dibawah mengalami bengkak yang teruk pada bahagian muka kerana tuannya mengikat kolar yang terlalu ketat pada lehernya. Pemilik anjing ini tidak perasan kolar yang dipasang terlalu ketat dan kepala anjing ini bengkak kerana beliau seorang wanita tua yang mempunyai masalah rabun dekat.Anjing ini bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dan setelah menjalani pembedahan kini sihat kembali.
Laporan asal Barnorama
Pelbagai
INDIA – Sebuah keluarga di India sanggup tinggal bersama mayat di
dalam rumah berkenaan selama 11 bulan kerana mereka beranggapan langkah
tersebut dapat menghalau hantu.
Kejadian berlaku di sebuah kampung di Nagercoil, selepas tiga orang
dalam rumah itu menetap bersama mayat saudara perempuan mereka yang
sudah reput, setelah meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
Hanya selepas jiran-jirannya membuat aduan mengenai bau busuk dari
rumah tersebut, barulah polis datang ke rumah itu dan menemui mayat
Umadevi, 56, di atas katil di dalam sebuah bilik.
Menurut polis, ibu Umadevi iaitu Sarojini, anak lelakinya, Sivaraan
dan abangnya, Sellampillai tidak pernah bergaul dengan jiran tetangga
dan sering mengunci pintu.
Mereka sebelum ini hidup dengan wang pencen milik suami Sarojini
iaitu Subramania Pillai, namun sejak beberapa bulan lalu, mereka tidak
lagi menerima wang berkenaan kerana Sarajoni tidak memperbaharui sijil
kematian.
Polis bagaimanapun percaya, mayat itu disimpan di dalam rumah kerana
keluarga berkenaan tidak mempunyai wang untuk membayar kos pengebumian.
Selain itu, keluarga berkenaan juga dikatakan menghadapi masalah mental.
Namun , Sellampillai pula memberitahu, bapanya meninggal dunia
selepas melihat hantu di dalam rumah tersebut dan kini kakaknya pula
mengalami nasib yang sama.
“Atas sebab itu kami menyimpan mayat Umadevi di dalam rumah bagi menghalang hantu berkunjung ke situ,’’ katanya.
Sellampillai adalah lulusan universiti dan mampu bercakap bahasa Inggeris dengan lancar.
Global
ARIZONA – Gambar dua orang wanita yang muncul pada parti sempena
Halloween di sebuah universiti di sini dalam keadaan bogel, telah
tersebar di media sosial.
Kedua-duanya yang berseragam `bogel’ itu berada di dua buah universiti.
Gambar pertama memaparkan bagaimana seorang wanita berambut perang
muncul di parti Holloween di Arizona State University dengan pakaian
`semulajadi’ hingga mengejutkan tetamu yang lain.
Imej tersebut kemudiannya dimuat naik dalam laman twitter
@ASUConfessions, hingga mencetuskan pelbagai kritikan dan kata-kata
sindiran.
Beberapa hari kemudian, satu lagi imej wanita berbogel dimuat naik dalam ASUConfessions.
Kedua-dua wanita itu bagaimanapun tidak dikenali identitinya.
“Begitu daring. Ketika orang ramai sedang pening memikirkan apa yang akan dipakai, wanita ini bertelanjang. Bijak sangat.
“Apakah yang wanita ini fikirkan ketika dia memutuskan untuk berbogel,’’ . Itu antara kecaman yang diterima wanita tersebut.
Mereka berpandangan, perbuatan berbogel itu sebagai tidak wajar
terutama ketika berada di tempat awam dan ia merupakan tindakan tidak
senonoh.
Global
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments