Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Simpan Mayat Dalam Rumah, Untuk Halau Hantu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

hantu

INDIA – Sebuah keluarga di India sanggup tinggal bersama mayat di dalam rumah berkenaan selama 11 bulan kerana mereka beranggapan langkah tersebut dapat menghalau hantu.

Kejadian berlaku di sebuah kampung di Nagercoil, selepas tiga orang dalam rumah itu menetap bersama mayat saudara perempuan mereka yang sudah reput, setelah meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

Hanya selepas jiran-jirannya membuat aduan mengenai bau busuk dari rumah tersebut, barulah polis datang ke rumah itu dan menemui mayat Umadevi, 56, di atas katil di dalam sebuah bilik.

Menurut polis, ibu Umadevi iaitu Sarojini, anak lelakinya, Sivaraan dan abangnya, Sellampillai tidak pernah bergaul dengan jiran tetangga dan sering mengunci pintu.

Mereka sebelum ini hidup dengan wang pencen milik suami Sarojini iaitu Subramania Pillai, namun sejak beberapa bulan lalu, mereka tidak lagi menerima wang berkenaan kerana Sarajoni tidak memperbaharui sijil kematian.

Polis bagaimanapun percaya, mayat itu disimpan di dalam rumah kerana keluarga berkenaan tidak mempunyai wang untuk membayar kos pengebumian.
Selain itu, keluarga berkenaan juga dikatakan menghadapi masalah mental.

Namun , Sellampillai pula memberitahu, bapanya meninggal dunia selepas melihat hantu di dalam rumah tersebut dan kini kakaknya pula mengalami nasib yang sama.
“Atas sebab itu kami menyimpan mayat Umadevi di dalam rumah bagi menghalang hantu berkunjung ke situ,’’ katanya.

Sellampillai adalah lulusan universiti dan mampu bercakap bahasa Inggeris dengan lancar.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments