Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


PUTRAJAYA - Lelaki yang mengamuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri dengan bersenjatakan pedang samurai, mengaku dirinya Imam Mahadi, Mahkamah Sesyen di sini diberitahu hari ini.


Bekas pengawal keselamatan kanan di unit keselamatan, Jabatan Perdana Menteri Kamarunzaman Samat, 58, berkata lelaki itu menyatakan demikian ketika berbual dengannya pada 9 Julai tahun lepas.

KLANG: Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik daripada sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini pada 1.15 tengah hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini.


PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda, menyifatkan gambar-gambar yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya adalah sekadar untuk berkongsi tentang kegiatannya dan bukan bertujuan menimbulkan kontroversi.
Kata Nabila, 29, gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkisarkan tentang tempat-tempat cantik yang pernah dikunjungi ketika penggambaran atau percutian.
"Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu.
"Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit," ujarnya yang enggan mengambil peduli cemuhan masyarakat.
Nabila ditemui pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal di sini pada Selasa sempena meraikannya dan beberapa pelakon lain yang dicalonkan sebagai pelakon Harapan Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25).
Tambahnya, dia pernah berasa putus asa suatu masa dahulu kerana terlalu memikirkan pandangan masyarakat terhadap dirinya.
"Dulu saya pernah rasa give up, saya rasa hidup saya tidak berguna apabila mengambil pusing apa yang orang ramai cakap.
"Namun sekarang saya buat tidak tahu sahaja, biarkan mereka cakap apa yang mereka mahu," katanya.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi Amy (Search) ini memohon agar kontroversi atau isu yang ditimbulkan olehnya tidak dikaitkan dengan keluarga.
"Apabila ada isu atau perkara negatif tentang saya tolong jangan libatkan ayah kerana saya sudah besar dan bertanggung jawab dengan hidup saya sendiri.
"Saya tidak mahu dia risau kerana dia pun sudah tua, saya mahu dia melihat kerja dan bakat saya bukannya masalah," ujar Nabila.


ALOR GAJAH - Seorang penggali kubur ditahan berkhalwat bersama kekasihnya selepas diserbu imam, ahli jawatankuasa kampung dan pihak polis di sebuah taman di Sungai Petai, di sini, petang kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu yang diketuai Imam 1 Masjid Luqman Al-Hakim, Ismail Maaruf, mendapati pasangan berusia 22 tahun dan 30-an itu berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.

SUNGAI SIPUT – “Saya ingat letupan itu bunyi mercun, tak sangka rupanya tembakan, menggigil tangan sebaik ternampak peluru dalam rumah,” kata M Pubaneswary, 30.

Pubaneswary berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dia bersama ibu mentua serta anaknya tidur di bilik bahagian bawah dan atas rumah.

Bagaimanapun, tidur mereka terganggu apabila mendengar bunyi letupan seakan mercun berhampiran kediaman mereka di Taman Jalong, di sini.
Kurang dari 24 jam berita perkahwinan Rozita che Wan diperkatakan, pelakon jelita ini tampil memberi kenyataan balas terhadap laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro. Jelas Rozita atau Che Ta, dia tidak pernah memberitahu wartawan terbabit mengenai tarikh perkahwinannya. Sebaliknya wartawan akhbar terbabit yang mencadangkan tarikh tersebut.



Baru-baru ini tersebar gambar penyanyi yang semakin menyepikan diri dari industri hiburan tempatan iaitu Azharina Azhar, 28 tahun.
Azharina yang merupakan anak didik kepada komposer Julfekar ini tampil berpakaian seksi dan bersosial di kelab hiburan dengan rakan-rakannya yang lain.


Beratus pengunjung sebuah pantai peranginan terkenal di Rio De Janeiro, Brazil kecoh apabila sepasang kekasih bertindak melakukan hubungan seks tanpa segan silu ketika mandi di pantai itu.
Menurut seorang pengunjung yang sempat merakamkan adegan sumbang itu ke You Tube, ada pengunjung yang memanggil polis untuk menghalang perbuatan itu.
Namun sebahagian besar pula memilih untuk bersorak dan ketawa melihat insiden berkenaan.
Difahamkan pasangan berkenaan pada mulanya tidak menyedari yang gelagat mereka berjaya ‘dihidu’ namun masing-masing kemudiannya malu sendiri apabila mendapat tahu perbuatan mereka telah menarik perhatian pengunjung pantai tersebut.
Difahamkan sebaik saja selesai ‘beraksi’, kedua-dua mereka telah ditahan pihak berkuasa pantai Rio Das Ostras kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan setelah membayar denda.




PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini. Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Shila mengakui lebih senang meluahkan perasaan menerusi karya muzik.
Namun begitu, dia enggan mengulas panjang tentang lagu terbarunya, Masih Aku Cintadan Cinta Hati ditujukan khas kepada Sharnaaz.
“Saya tak nak komen hal itu. Sekarang saya mahu tumpukan perhatian kepada pembikinan dua album iaitu album Melayu dan Mandarin dalam tahun ini. Yang pasti, dua dendangan berkenaan dimuatkan dalam album itu yang dijangka dipasarkan Mei ini.
“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.
Turut dicalonkan dalam Anugerah Pilihan Kanak-Kanak Nickelodeon bagi kategori Artis Asia sebaris dengan Psy, Shila memaklumkan dia juga tidak sabar menjadi tetamu Allah bersama keluarganya, Mac ini, bagi mengerjakan umrah.
Dia yang sudah mengosongkan jadual kerjaya selama dua minggu sejak tahun lalu berharap perjalanan dan ibadat mereka dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.
“Saya memang sibuk kerana jadual penuh setiap minggu sejak memenangi Asian Wave tahun lalu. Kalau bukan kerana isu itu (kontroversi) pun saya sudah dihambat waktu. Syukur nawaitu mengerjakan umrah sekeluarga bakal terlaksana. Sekembali dari Tanah Suci, baru rakaman album akan disambung semula,” katanya.

Rantau Panjang: “Saya terdengar dentuman kuat seperti tong gas meletup sebelum bangkit daripada tidur dan mendapati beberapa batang kayu balak menghentam tangga rumah,” kata Mohd Zain Yaacob, 40, menceritakan detik cemas rumahnya bergegar selepas beberapa batang kayu balak bergolek dari sebuah treler yang terbabas berhampiran kediamannya di Kampung Kubang Rambutan, dekat sini, semalam.

TANJUNG LABIAN (Lahad Datu): Polis bersedia untuk menamatkan pencerobohan yang melibatkan kumpulan Sulu di kampung Tandou, kira-kira 165 kilometer dari sini, apabila penceroboh bersenjata pada saat akhir tidak mempedulikan cubaan pihak berkuasa Malaysia dan Filipina untuk membawa mereka meninggalkan Sabah dengan aman.
Foto

Subang Jaya: Model sedan Proton Prevé menerima anugerah penarafan lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment atau lebih dikenali sebagai ANCAP selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian hadapan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.

Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.
Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.
Los Angeles: Penyanyi, Janet Jackson semalam mengaku sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar tahun lalu, sekali gus menafikan khabar angin kononnya perkahwinan itu akan berlangsung tahun ini.
Janet, 46, adik mendiang Michael Jackson, bertunang dengan bilionair Wissam Al Mana, 37, tahun lalu tetapi merahsiakan perkahwinannya.

“Khabar angin majlis perkahwinan besar-besaran tidak benar sama sekali. Kami berkahwin dalam majlis ringkas dan tertutup tahun lalu,” kata Janet dan Wissam, dalam kenyataan kepada Entertainment Tonight. “Perkahwinan kami merupakan satu sumbangan kepada tabung kebajikan kanak-kanak kegemaran kami,” sambung kenyataan itu.
Janet memang terkenal kerana merahsiakan kehidupan peribadinya daripada media. Dia jarang bercakap mengenai bekas suaminya.
Dia berkahwin dengan penyanyi soul, James DeBarge pada 1984 dan bercerai setahun kemudian. Perkahwinannya pada 1991 dengan pengarah video muzik, Rene Elizondo juga berakhir dengan perceraian pada 2000. - Reuters

Lain kali, apabila anda mahu keluar dari bilik hotel, sesuatu yang perlu anda ingat ialah: Jangan sesekali melakukannya tanpa pakaian di badan.
Rakaman video seorang lelaki yang tersilap langkah itu kini muncul di YouTube dan menjadi tontonan ramai.
Melalui rakaman kamera litar tertutup berkenaan, lelaki tidak dikenali itu dilihat meletakkan dulang berisi sisa makanan di luar biliknya tanpa berpakaian.

SHAH ALAM – Seekor tapir jantan dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 11, Jalan Batu Arang berhampiran hutan simpan Bukit Cherakah di sini semalam.

Bangkai tapir seberat lebih 100 kilogram itu dijumpai orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan pada pukul 9.15 pagi dan kemudian menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.
BAMAKO, Mali - Sejumlah tengkorak haiwan dijual di sebuah pasar di sini yang dipercayai boleh digunakan untuk mengubah kehidupan pembeli.

Gerai milik Adama Kamara menjual tengkorak buaya yang dipercayai boleh menguatkan tenaga batin.
PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin.

Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram.
SEKSI tetapi tidak sehingga kelihatan lucah, malah kelihatan menawan dan bercita rasa tinggi dalam berfesyen.

Itu gambaran positif yang ditunjukkan oleh penyanyi Britney Spears yang sebelum ini sering terbabit dengan kontroversi negatif.
JAKARTA — “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
Putera Harry, 28, disenaraikan sebagai jejaka paling popular di dunia, demikian menurut editor Town & Country. Pewaris takhta ketiga Britain itu mendahului senarai 50 orang yang dipertimbangkan oleh majalah itu.

Senarai yang dikeluarkan tidak begitu spesifik apabila nama George Clooney dan Jack Nicholson juga tidak berada dalam senarai.