Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
KEHILANGAN pesawat Air France pernah mengejutkan dunia apabila ia tidak dapat dijumpai walaupun dilaporkan terhempas di Lautan Atlantik. Pesawat berkenaan hanya ditemui selepas dua tahun.
Bagi Malaysia Airlines (MAS), setelah lebih 60 tahun beroperasi, syarikat ini turut terpalit kenangan pahit melibatkan pesawat kendaliannya.
Pada Disember 1977, MAS terlibat nahas pertama apabila pesawat MH653 terhempas di Tanjong Kupang, Johor dan mengorbankan 100 nyawa.
Manakala pada September 1995, 34 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas pesawat Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Tawau, Sabah.
Pesawat dilaporkan terlajak dan terhempas lalu merempuh 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti terletak berhampiran lapangan terbang.
Kini, MAS sekali lagi diuji apabila pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tiba-tiba hilang. Ada mengaitkan kes ini dengan kehilangan Air France AF447 ekoran kesukaran pasukan mencari dan menyelamat (SAR) untuk mengesan pesawat terbabitPesawat membawa 227 orang penumpang dan 12 anak kapal dikatakan terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 2.40 pagi, dua jam selepas ia berlepas.
Sehingga kini, usaha mencari masih giat dijalankan diiringi bantuan dari lebih 15 negara yang menghantar pelbagai jenis pesawat canggih mereka untuk mengesan pesawat malang terbabit.
5 KEHILANGAN MISTERI DI UDARA
Amelia Earhart
Juruterbang wanita pertama dunia Amelia Earhart hilang ketika cuba melakukan penerbangan bersejarah merentasi Lautan Pasifik dan mengelilingi dunia bersama juru pandu Fred Noonan menaiki pesawat Lockheed Model 10 Electra.
Sejak terputus hubungan 3 Julai 1937, misi mencari dihentikan secara rasmi pada 18 Julai. Amelia disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 1939 setelah usaha mencari gagal.
Air France AF447
1 Jun 2009, pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis terhempas di Lautan Atlantik menyebabkan 228 orang terbunuh.
Beberapa hari selepas itu, beberapa serpihan ditemui dan dua tahun kemudian, kotak hitam dan lain-lain serpihan pesawat ditemui terdampar di dasar lautan pada kedalaman antara 3,800 hingga 4,000 meter.
Penerbangan EgyptAir 990
Penerbangan dari John F. Kennedy di New York ke Kaherah pada 31 Oktober terhempas di Lautan Atlantik dan membunuh 217 penumpang. Menerusi penyelidikan, As membuat kesimpulan pemandu juru terbang sengaja menghempaskan pesawat sebagai tindakan membalas dendam kerana pernah ditegur atas kesalahan salah laku seksual.
Segi tiga Bermuda
Puluhan kapal dan pesawat dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan di kawasan berbentuk segi tiga antara Florida, Bermuda dan Puerto Rico.
Penerbangan 19 yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger antara yang hilang pada 5 Disember 1045, di perairan Lautan Atlantik ini.
Steve Fosset
Steve Fossett, seorang ahli perniagaan dilaporkan hilang pada 3 September 2007 ketika terbang melalui Great Basin Desert di Nevada. Usaha mencari Peronda Udara Awam (CAP) dihentikan pada 2 Oktober.
Fossett disahkan meninggal dunia pada 15 Februari 2008.
NAHAS PESAWAT 2014
13 Mac
Sekurang-kurangnya enam penumpang maut dalam nahas pesawat ambulans di wilayah tengah Meta di Colombia berhampiran Lapangan Terbang Vanguardia.
Ketika kejadian pesawat sedang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Bogota El Dorado ke Solano. Menurut saksi, pesawat terbakar sebelum terhempas.
11 Mac
Igor Novodran, 52, terbunuh dalam nahas pesawat di Lapangan Terbang Washington Country selepas pesawat satu tempat duduk dinaiki terhempas di landasan sekitar jam 2.10 petang waktu tempatan.
9 Mac
Kegagalan cubaan mendarat di Lapangan Terbang Aspen Pitkin-Country mengorbankan juru terbang dan mencederakan dua penumpang. Jet dengan enjin berkembar 1994 Canadair Challenger berdepan angin
kencang semasa menghampiri lapangan terbang di Colorado barat menyebabkan ia terpaksa membuat cubaan pendaratan kedua.
16 Februari 2014
Kesemua 18 penumpang maut selepas pesawat kecil dinaiki terhempas akibat cuaca buruk di sebuah gunung yang dilitupi salji tebal di Nepal. Pesawat membawa 15 penumpang dan tiga orang anak kapal sedang dalam perjalanan dari Pokhara ke Jamia.
11 Februari 2014
Pesawat C-130 Hercules milik tentera Algeria membawa tentera dan keluarga terhempas berhampiran Ouled Gacem di timur negara terbabit. Hanya seorang terselamat manakala 77 yang lain terbunuh sekali gus menjadikan insiden tersebut nahas udara paling teruk di Afrika Utara dalam tempoh 10 tahun.
DRAMA TRGEDI
Ugut bom pesawat
Bulan lalu, tindakan bijak juru terbang Boeing 737-800 Pegasus Airlines bersama anak kapal berjaya menyelamatkan pesawat dari Kharkiv, Turki daripada dirampas seorang lelaki Ukraine yang mengancam akan meletupkan bom dibawa di dalam beg.
Suspek berusia 45 tahun memaksa pesawat dengan 110 penumpang mengubah haluan penerbangan ke Sochi, yang merupakan tempat berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk di Rusia.
Sebelum memasuki ruang udara di Turki, juru terbang berjaya memberi maklumat kepada Pusat Kawalan Tentera Udara Turki tentang cubaan rampasan dan pesawat pejuang F-16 dikerah bagi mengiringi pesawat tersebut. Pesawat akhirnya selamat mendarat ke destinasi asal di lapangan terbang di Sabiha Gokcen, Istanbul.
Kegagalan mekanikal punca 520 maut
Pada 12 Ogos 1985, 520 penumpang terbunuh selepas pesawat Japan Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo (dahulu Lapangan Terbang Haneda) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka
mengalami masalah mekanikal 12 minit selepas ia berlepas.
Selepas 32 minit, Boeing 747SR terhempas di antara dua rabung di Gunung Takamagahara di Ueno, wilayah Gunma kira-kira 100 kilometer dari
Tokyo dan Osutaka Ridge berhampiran Gunung Osutaka.
Insiden menyebabkan 15 anak kapal bersama 505 daripada 509 penumpang keseleruhan terbunuh. Hanya empat penumpang terselamat dalam nahas terbabit.
Rampas pesawat untuk perlindungan politik
Pembantu juru terbang pesawat Ethiopia Airlines Boeing 767-300 dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Rom ditahan selepas melakukan rampasan pesawat sebelum mendarat di Switzerland.
Suspek dikenali sebagai Hailemedehin Abera Tagegn menunggu sehingga juru terbang ke tandas sebelum bertindak mengunci dirinya di dalam kokpit.
Selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Geneva, dia dikatakan meminta perlindungan politik di Switzerland. Bagaimanapun, kesemua 202 penumpang dan anak kapal selamat.
Pesawat dijadual meninggalkan ibu negara Ethiopia pada pukul 3 pagi waktu tempatan dan tiba di Rom pada 4.40 pagi . Selepas merampas pesawat, suspek dipercayai membuat panggilan radio ke Geneva eminta kebenaran untuk mengisi bahan api sebelum mematikan penggera sekali gus menunjukkan pesawat telah dirampas.
Malah, suspek turut mengugut untuk menghempaskan pesawat. Dua jet pejuang Perancis dihantar mengiringi pesawat terbabit kerana telah melintasi Eropah. Pada jam 6 pagi waktu tempatan, pesawat itu membuat pendaratan tidak berjadual di Geneva.
Rencana
KUALA LUMPUR – Boeing mensyaki berlaku campur tangan pihak ketiga dalam kokpit pesawat MH370, dipercayai menjadi punca kapal terbang itu hilang dari radar dan gagal dikesan sehingga hari ini.
Kesimpulan itu merupakan hipotesis pembuat kapal terbang tersebut yang turut serta dalam penyiasatan kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-11.
Boeing yang menjalankan siasatan berpuas hati dengan tahap keselamatan pesawat B777-200 itu yang berada dalam keadaan sempurna untuk berlepas ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
“Tiada isu tentang keselamatan pesawat berkenaan. Segala-galanya mengenai kapal terbang itu adalah sempurna.
“Boeing kini lebih menjurus kepada isu kokpit dalam siasatannya. Ini termasuk kemungkinan ada orang ketiga yang berada di dalamnya atau menggangu di kokpit semasa penerbangan itu,” menurut sumber dipetik Malaysia Gazette.
Pada masa ini, Boeing turut berusaha mengkaji kemungkinan tersebut memandangkan ia merupakan satu-satunya alasan yang ada.
Dalam pada itu, gerakan besar-besaran di laut, udara dan darat sedang dijalankan melibatkan beberapa negara dan menjangkakan jika pesawat itu berada di darat, kapal terbang itu pasti dijumpai dalam waktu terdekat.
Kalaupun berlaku konspirasi yang bertujuan untuk memalukan Malaysia, pesawat itu turut diyakini ditemui semula.
“Tetapi kalau berada di dalam lautan, mungkin mengambil masa serpihan-serpihan terapung di permukaan laut,” ujarnya.
Isu Semasa
KAPAR: Orang awam yang berurusan di Klang Sentral, di sini, gempar dengan penemuan sebutir bom tangan, pagi tadi.
Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berjaya memusnahkan bom tangan itu menggunakan alat kawalan jauh pada jam 12.30 tengah hari. -bh
Isu Semasa
Gambar berupaya merakamkan detik bersejarah yang kekal sebagai rekod kepada perkara penting yang pernah berlaku sepanjang zaman. Ini adalah antara gambar-gambar tersebut.
Gambar pertama penemuan Machu Picchu pada tahun 1912.
Satu letupan dalam air senjata nuklear 15 kiloton
Seorang askar British yang bernasib baik menunjukkan topi keledarnya yang berlubang, 1917
Archduke Franz Ferdinand dan isterinya pada hari mereka dibunuh oleh Gavrilo Princip, 28 Jun 1914
Meja Einstein, pada hari kematiannya.
Tentera Soviet di sebuah kampung yang berjaya dibebaskan dari tawanan musuh
Tentera mengibarkan bendera Soviet di Reichstag, Berlin pada tahun 1945
Adolf Eichmann berjalan dalam sel penjara beliau, Israel, April 1961
Hukuman bunuh Yahudi Kiev oleh unit pembunuh bergerak tentera Jerman, 1942
Dua orang tentera Jerman dan keldai mereka memakai topeng gas semasa Perang Dunia Pertama, 1916
Kereta kebal British menyeberangi parit semasa Pertarungan Cambrai, Perancis, pada tahun 1917.
Misteri Sejarah
Pelakon remaja, Eyka Farhana atau Farhana
Sarmizi ialah antara selebriti pelapis negara yang semakin dikenali
ramai selepas lakonan hebatnya dalam drama bersiri dan filem Juvana.
Ramai pengarah mengakui bakat semulajadi yang dimiliki gadis berusia 19 tahun itu namun apa yang membimbangkan penulis dan peminat ialah kehidupan sosial Eyka yang didakwa mula mengunjungi kelab malam dengan berpakaian seksi.
Apapun, penulis harap Eyka tetap dapat mengawal diri ketika bersosial di kelab malam dengan rakan-rakan dan menjaga reputasinya sebagai pelakon idola remaja.
Ramai pengarah mengakui bakat semulajadi yang dimiliki gadis berusia 19 tahun itu namun apa yang membimbangkan penulis dan peminat ialah kehidupan sosial Eyka yang didakwa mula mengunjungi kelab malam dengan berpakaian seksi.
Apapun, penulis harap Eyka tetap dapat mengawal diri ketika bersosial di kelab malam dengan rakan-rakan dan menjaga reputasinya sebagai pelakon idola remaja.
Sakit Mata
KUALA LUMPUR – Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.
Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.
“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
“Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia,” kata sumber tersebut kepada Berita Harian.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.
Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.
Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.
Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai. – www.astroawani.com
Isu Semasa
SEBENARNYA nak cerita malu, tapi kalau tak luahkan isi hati ini, rasanya kami boleh jadi sakit jiwa, sebab kami dah tak tahan lagi dengan perangai ayah semakin tua makin menjadi-jadi miang keladinya, sampaikan satu sekolah tempat ayah mengajar dah tahu. Tapi ayah langsung tak malu bercinta kalah orang muda, semakin di nasihati semakin dia tunjukkan perangai buruknya pada kami.
Bayangkan ayah boleh bercinta dengan kekasihnya dalam telefon depan emak dan kami semua, supaya kami dengar. Hinggakan saudara mara yang mendengar pun geleng kepada. Itu cerita Fatin Najwa dalam e-mel pendek dan seterusnya ketika kami berbual panjang beberapa kali di telefon baru-baru ini.
Seingat saya sejak dulu ayah suka kerja di daerah lain jauh dari rumah kami, ayah balik seminggu atau dua minggu sekali, ayah tak beri emak ikut, susah katanya, sebab kami bersekolah, dan emak bekerja. Jadi ayah suruh emak duduk rumah.
Balik sesekali bukan ayah lekat kat rumah, sibuk bergayut di telefon awam, dia tak guna telefon rumah, sebab tak mahu emak dengar. Bila cuti sekolah ayah balik rumah, sebab dia guru dan dia ambil berat pelajaran kami sambil keluar masuk buat panggilan telefon.
Saya tahu ayah ada sahabat pena. Bukan itu saja, kekasih pun ada yang satu sekolah, satu jabatan dengan kerani sekolah pun ada. Dalam adik-beradik saya bertiga, sayalah paling berani tegur perangai ayah. Kakak-kakak tak berani, katanya berdosa cakap kasar dengan ayah, tapi mereka selalu kutuk di belakang ayah, tak berdosa?
Saya jenis tak suka cakap belakang, saya nampak perangai ayah tak betul saya tegur walaupun saya selalu kena tengkeng. Emak pun saya nasihatkan, jangan merungut dan menangis di belakang ayah, kalau tak suka perangai ayah cakap depan-depan, tapi kata emak sabar, satu hari nanti ayah berubah. Malangnya sekarang umur ayah dekat 60 tahun bukannya berubah, malah menjadi-jadi miangnya hinggakan isteri orang pun dia layan.
Peliknya, si isteri orang ini Qas umur dah lebih 40 tahun, ada anak tiga orang, dia tak rasa malu langsung setiap hari datang sekolah, konon hantar dan ambil anak, bukan anaknya tahun satu dah tahun tiga nak hantar lagi ke? Tujuan sebenarnya nak goda ayah. Peliknya suami Qas tak marah, sanggup biarkan isterinya duduk di sekolah hingga tak masak di rumah.
subahat
Saya rasa suaminya tak marah sebab dia izinkan isterinya pergi makan angin tiga malam ke Genting siap bergambar dengan ayah. Takkan dia tak tanya isterinya pergi mana, tinggalkan anak dan dia siap ambil cuti jaga anak-anak di rumah.
Mulanya saya tak tahu perangai ayah tapi guru sekolah tempat ayah mengajar beritahu, mereka tak mahu bersubahat. Untuk kepastian, saya intip ayah. Saya selidik siapa Qas dan suaminya. Memang tak boleh nafikan. Akibatnya emak dapat penyakit jantung.
Saya pernah curi tengok telefon ayah tertinggal ketika dia mandi. Terkejut berok bila saya tengok gambar-gambar ghairah Qas tak berbaju berlengkar atas katil dengan ayah. Saya tau Qas ambil gambar tu, sebab ayah memang tak pandai gunakan telefon canggih.
Emak selalu menangis, tapi tak berani tanya ayah. Dia selalu cerita perangai ayah, bila saya naik angin, emak suruh saya sabar, berdosa lawan ayah. Jadi apa sebenarnya emak mahu? Saya beritahu emak, perangai ayah semakin buruk berpunca daripada sikap emak, sebab terlalu takut dan puji ayah setengah mati, hinggakan ayah selalu ugut nak terajang emak.
Kerana dah tak tahan perangai buruk ayah, ada seorang dua guru telefon kakak dan saya suruh emak datang, tapi kami tak beri, sebab emak sakit jantung. Saya pernah lihat kereta ayah di rumah Qas. Bila mereka keluar, saya tanya anak Qas mana emak dan ayahnya.
Kata anaknya emaknya keluar, ayahnya pergi kerja. Saya tanya lagi mereka tahu tak emaknya isteri orang tak boleh berjalan dengan suami orang. Berdosa. Bila emaknya balik, mereka beritahu ayah saya dan Qas, apa lagi, ayah mengamuk sakan tuduh saya campur urusannya. Saya mengaku sebab nak sedarkan ayah tak baik buat skandal dengan isteri orang, akibatnya teruk saya kena penampar dan penumbuk ayah.
Saya bukan budak kecil, dah 22 tahun. Tetapi kena pukul sebab cuba nasihatkan ayah. Sejak itu perangai ayah bertambah teruk lagi, seolah-olah mencabar saya dan emak, apa kami boleh buat kalau dia berasmara dengan kekasihnya di telefon. Ayah langsung tak ada perasaan segan silu. Lebih menyedihkan ayah sudah lupa solat. Jangan kata solat lima waktu, solat Jumaat pun dia tak buat, asyik keluar makan dan shopping dengan Qas.
Saya tahu ayah ada banyak duit, sebab dia tak tanggung lagi makan minum kami, semua emak uruskan. Jadi duit lebihannya dia belikan telefon canggih, laptop untuk kekasihnya dan anak-anaknya. Peliknya suami Qas tak marah. Ini bukan kali pertama Qas ada skandal dengan suami orang. Dia cerita keseronokannya dalam FB, dia bangga kerana dapat ayah jauh lebih baik daripada kekasih lamanya.
Ayah tak tahu guna telefon canggih, tapi Qas suruh belajar. Nak hantar SMS tulisan halus mata ayah dah kabur kerana penyakitnya. Tapi ayah tak malu dia guna kanta pembesar untuk taip dan baca SMS. Saya pernah sindir ayah, kalau mata dah kabur ingatlah diri dah tua tak payah SMS lagi, belajarlah pergi ke masjid.
Sekarang ayah makan ubat double steam cell supaya nampak muda, kulit cerah dan lawa. Ayah tak tahu pasal benda-benda tu, tapi Qas suruh ayah makan supaya ayah kekal muda dan dia boleh kikis duit ayah lagi. Itu cerita FatinNajwa.
Utusan
Rencana
Riyadh: Mahkamah Saudi menjatuhkan hukuman empat tahun penjara dan 1,500 sebatan ke atas seorang lelaki India yang didapati bersalah memaksa gadis tempatan mengadakan hubungan sulit dengannya jika mahukan pekerjaan.
Pihak defendan memberitahu mahkamah dia akan merayu terhadap hukuman itu manakala pendakwa berkata mereka akan menuntut hukuman yang lebih berat dikenakan.
Hakim menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki itu terbukti menjalinkan hubungan sulit dengan ramai gadis dan menghantar gambar lucah ke telefon bimbit mereka.
Dia juga dituduh menggunakan kereta mewahnya untuk membawa gadis berkenaan ke “tempat kerja” mereka. - Agensi
Global
Kaherah: Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.
Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.
Akbar tempatan semalam melaporkan, polis berjaya memasang CCTV di kediamannya bagi mengesahkan laporan yang dibuat beberapa pelajar mengenai ugutan yang dilakukan profesor itu ke atas pelajar perempuan Universiti Ain Shams.
Menurut polis, profesor berkenaan menafikan dakwaan itu tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya. - Agensi
Global
Hong Kong: Satu mangkuk yang sangat jarang ditemui dijangka mencecah harga £24 juta (RM131 juta) apabila dilelong bulan depan
“Mangkuk ayam” Chenghua dibuat dalam kuantiti yang sangat sedikit dan kini hanya tinggal empat sahaja dalam simpanan pemilik persendirian.
Hanya beberapa muzium di seluruh dunia yang mempunyai replika mangkuk berkenaan termasuk Muzium London, Muzium British dan Muzium Victoria and Albert. Mangkuk yang sangat eksklusif itu dijangka memecahkan rekod harga jualan apabila ia dilelong di Hong Kong bulan depan.
Timbalan Pengerusi Sotheby's Asia, Nicolas Chow berkata: “Ia satu penghargaan buat kami untuk menawar melelong ‘mangkuk ayam’, 15 tahun selepas mencatatkan rekod seni China pada 1999.”
Sejak dibuat pada zaman Dinasti Ming, ‘mangkuk ayam’ Chenghua mendapat pujian ramai dan sangat dihargai Maharaja dan pencinta artifak.
Mangkuk itu dibuat di wilayah Chenhua antara tahun 1465-1487 dan kemudian dibuat semula ketika pemerintahan Dinasti Ming, 1368-1644 dan Dinasti Qing, 1644-1911.
Ia akan mula dilelong di Jualan Musim Bunga Hasil Seni dan Seramik Halus China pada 8 April di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.
Global
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu.
Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara.
Justeru, sumber PDRM memberitahu Harian Metro jika pesawat MH370 mendarat di lapangan terbang awam, komersial atau milik tentera, sudah tentu pendaratannya diketahui umum.
“Jadi, pasukan khas itu menyiasat kemungkinan ia mendarat di lapangan terbang rahsia yang mungkin wujud, termasuk milik persendirian atau lapangan terbang lama yang diguna semula,” katanya. - H M
Isu Semasa
Kangar: “Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya ternampak dia berlari sejurus dikejar seorang lelaki sebelum terjatuh akibat libasan parang di belakang badan dan kepalanya,” kata Tan Ong An, 17, selepas rakannya cedera parah akibat dilibas dengan parang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Ong An bersama mangsa Cheng Chin Shin, 32, berada di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Raja Syed Alwi, di sini.
Ong An berkata, kedua-duanya yang bekerja di sebuah kedai aksesori kereta berdekatan pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal menuju ke arah mereka.
“Tidak lama selepas itu, seorang lelaki turun dari motosikal membawa sebilah parang panjang sebelum menuju ke arah Chin Shin. Kejadian berlaku dengan pantas dan saya hanya sempat melihat rakan melarikan diri apabila suspek mengejarnya.
“Saya melihat rakan rebah selepas dilibas parang di belakang badan dan kepala sebelum suspek melarikan diri menaiki sebuah motosikal Honda Wave,” katanya di sini, semalam.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments