Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Boeing Syak Ada Pihak Ketiga Dalam Kokpit MH370
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




KUALA LUMPUR – Boeing mensyaki berlaku campur tangan pihak ketiga dalam kokpit pesawat MH370, dipercayai menjadi punca kapal terbang itu hilang dari radar dan gagal dikesan sehingga hari ini.
Kesimpulan itu merupakan hipotesis pembuat kapal terbang tersebut yang turut serta dalam penyiasatan kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari ke-11.
Boeing yang menjalankan siasatan berpuas hati dengan tahap keselamatan pesawat B777-200 itu yang berada dalam keadaan sempurna untuk berlepas ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
“Tiada isu tentang keselamatan pesawat berkenaan. Segala-galanya mengenai kapal terbang itu adalah sempurna.
“Boeing kini lebih menjurus kepada isu kokpit dalam siasatannya. Ini termasuk kemungkinan ada orang ketiga yang berada di dalamnya atau menggangu di kokpit semasa penerbangan itu,” menurut sumber dipetik Malaysia Gazette.
Pada masa ini, Boeing turut berusaha mengkaji kemungkinan tersebut memandangkan ia merupakan satu-satunya alasan yang ada.
Dalam pada itu, gerakan besar-besaran di laut, udara dan darat sedang dijalankan melibatkan beberapa negara dan menjangkakan jika pesawat itu berada di darat, kapal terbang itu pasti dijumpai dalam waktu terdekat.
Kalaupun berlaku konspirasi yang bertujuan untuk memalukan Malaysia, pesawat itu turut diyakini ditemui semula.
“Tetapi kalau berada di dalam lautan, mungkin mengambil masa serpihan-serpihan terapung di permukaan laut,” ujarnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments