Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


INSIDEN serangan bom di Jakarta yang didalangi puak Pelampau Islam (IS) atau kini dikenali ‘Daesh’ membuatkan segelintir pihak seakan paranoid dengan golongan Muslim.

nilah yang terjadi di Malaysia apabila sebuah komuniti di laman sosial Facebok, My Malaysia-என் மலேசியா memuatnaik sekeping gambar menunjukkan empat lelaki berjubah di Batu Caves bersama kenyataan yang berbaur hasutan.
Pengendali laman berkenaan dilihat curiga dengan kehadiran lelaki-lelaki berkenaan di lokasi pelancongan itu termasuk mempersoalkan adakah mereka mahu meninggalkan agama Islam.
Why this guys here..? Are they planning to give up their religion? (Mengapa mereka ada di sini? Mereka bercadang nak keluar dari agama mereka ke?)” tulisnya.


Ini merupakan kenyataan yang boleh dianggap berbaur perkauman. Umum mengetahui bahawa Batu Caves antara lokasi pelancongan di Malaysia walaupun pada masa sama, ianya masih tempat ibadat kaum India.
Status tersebut yang dikomen pula beberapa individu ‘rasis’ jelas menunjukkan masih ada antara rakyat negara ini tidak faham sensitiviti hidup berbilang kaum dan agama.
Walau bagaimanapun selepas posting tersebut menjadi viral, pengendali laman berkenaan dihujani teguran netizen yang berang.

KANGAR – Penjaga gol Piala Presiden Perlis, Muhammad Saiful Niza Nasir, 18, terbunuh dalam satu kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi, Titi Chai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Zaini Talib berkata dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa, yang menunggang motosikal seorang diri, dikatakan mengelak sebuah lori padi yang diletakkan di bahu jalan.

“Semasa mengelak, penjaga gol itu merempuh kabel penambat tiang elektrik berdekatan lori tersebut menyebabkan kepalanya terpisah dari badan,” katanya.
Mangsa dalam perjalanan dari rumah sewa di Taman Kemajuan, Kangar ke Gunung Medan di Utan Aji untuk menjalani latihan bersama pasukan Perlis.
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk proses bedah siasat.
Bapa mangsa, Nasir Mat Arip, 47, berkata beliau dan ahli keluarganya berada di Penaga, Pulau Pinang dan bergegas ke Perlis sebaik diberitahu oleh anak perempuannya, Anis Maisara, 21, mengenai kemalangan itu.
“Saya tidak sangka dia pergi dulu dari saya. Baru Ahad lepas arwah telefon memberitahu dia akan beraksi bersama pasukan Perlis dalam Liga Perdana musim ini.
“Hasrat saya melihat dia pergi lebih jauh dalam bola sepak negara tidak kesampaian. Saya redha dengan ketentuan Allah SWT,” kata pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu semasa ditemui di bilik mayat hospital.
Nasir berkata Muhammad Saiful, yang merupakan anak ketiga dari lima beradik dan dikenali sebagai ‘Bob’ oleh rakan-rakan sepasukannya, dijadualkan menandatangani kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai penjaga gol simpanan kedua esok.
Sementara Ketua Jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang ditemui di luar bilik mayat HTF terkejut dengan kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Saiful.
“Saya sedih dengan pemergiannya. Saya terkilan tidak dapat melihat potensi arwah yang mempunyai bakat menjadi penjaga gol terbaik dengan ketinggian hampir 180 sentimeter,” kata Dollah.
Muhammad Saiful pernah bermain untuk Frenz United Bawah 15 tahun dan pasukan Piala Presiden Perlis selain mewakili pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN) (Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar) dalam Liga KPM.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Falah, Behor Mempelam di Arau selepas solat Asar hari ini.
Sementara itu, pengurus pasukan Perlis, Afifi Osman berkata segala urusan pengebumian jenazah Muhammad Saiful diuruskan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – BERNAMA


SUSULAN isu ibu muda ambil gambar selfie sedang menyusukan anak lalu dimuatnaik di Facebook yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, pemilik jenama pakaian khusus buat ibu yang menyusukan bayi memohon maaf kerana terasa tempiasnya.

Ini kerana ada dalam kalangan ibu yang dikecam kerana bertindak demikian mungkin merupakan pelanggan mereka.
Tindakan mengambil gambar selfie tersebut, biasa dilakukan pelanggan mereka yang puas hati dengan faedah yang diperoleh daripada pakaian dibeli lalu ingin memberikan testimonial kerana teruja mereka kini boleh menyusukan anak di tempat awam tanpa bimbang aurat terbuka.
Begitupun, gambar-gambar testimonial pelanggan terbabit dikaburkan wajah mereka, dan bukanlah terang-terangan untuk tontonan di Facebook peribadi.
Itulah antara penerangan yang diberikan wakil jenama Feedmilk kepada Mynewshubberkenaan isu ini.
Berikut permohonan maaf yang dimuatnaik jenama pakaian yang memudahkan ibu menyusukan bayi ini, sepertimana di muatnaik di Facebook mereka.
“KAMI MOHON MAAF ISU SELFIE SAMBIL BF “
( ibu yg menyusu sahaja WAJIB baca )
Sebagai sebuah jenama yang berdiri dengan ibu-ibu menyusu sebagai customer. Kami ingin memohon maaf di atas gambar selfie ibu yang menyusu dan telah dikecam oleh ramai orang. 
Gambar yang kami poskan dan kami terima sangat banyak bukanlah dibuat-buat. Tetapi di atas keberkesanan kami membantu mereka menyusu di tempat awam dengan teknologi ‪#‎SelamberSelak‬ ini.
Itu ialah testimoni selepas menggunakan baju menyusu feedmilk. Mereka mungkin excited dan teruja kerana sebelum ini susah untuk menyusu di public, dan bila memakai baju kami, mereka hepi dan share gambar dengan semua org untuk berinspirasi, tetapi di salah erti.
Oleh itu, Kami berbesar hati menerima gambar customer kami, tetapi gambar memakai baju feedmilk dan memegang baby itu sudah memadai.
Diharap kita semua dpt terus menyusukan anak dimana sahaja kita berada dengan baju menyusu Feedmilk walaupun mereka ramai tidak paham ttg apa kita buat dan pakai. Walaupun kdg2, sedih bila tgk ibu2 sendiri juga menjatuhkan ibu2 yang menyusu dipublic. Tapi mungkin die tak kenal Feedmilk lagi..hehe
*LIKE dan berikan KOMEN positif tanda anda bersama Feedmilk !
Apapunn.. Jangan SELFIE! Dan post di FB.. .
Tinjauan kami mendapati jenama Feedmilk ini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan ibu yang menyusukan bayi tetapi bak pesanan mereka dalam posting di atas, janganlah pula selfie dan pos di FB sekalipun teruja kerana menemui pakaian yang amat membantu urusan yang selama ini taboo ya..
Apa pun tahniah kami ucapkan kepada pemilik jenama ini yang masih muda namun berjaya tampil dengan perniagaan unik dan amat membantu para ibu terutama kaum muslimah.
Semoga perniagaan anda diberkati dan terus berjaya.. – MYNEWSHUB.CC