Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


HAI, tak tahulah apa nak jadi dengan anak-anak remaja sekarang. Kalau buat benda tak senonoh, tapi tak sebar keaiban sendiri tak mengapalah juga.
Ini terang-terangan si gadis ini berkata di laman Facebooknya:
“Best sangat2 aq ngan iwan lagy sweet ko nampak x tady dye ehem aq.”
Amboi, apa ‘ehem-ehem’ dik? Agak-agaklah sikit nak buka cerita di laman sosial sebegini. Memang sah-sah semua orang akan baca. Nampak sangat budak-budaknya. Lain kali fikir dulu sebelum bertindak, tak pasal-pasal dah tersebar!
(Sumber: Facebook Islam Agama Ku)


ALOR SETAR -  Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dikatakan dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di Jalan Pokok Sena-Alor Setar berhampiran Sekolah Kebangsaan Jabi hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, Abu Bakar Mat Isa, 64, dari Kampung Atong, Pokok Sena maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala selepas tercampak kira-kira 40 meter.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Adzaman Mohd Jan berkata mangsa dikatakan secara tiba-tiba memasuki lorong sebelah kanan untuk membuat pusingan U.
“Kereta yang dipandu seorang wanita di lorong kanan merempuh mangsa dari belakang mengakibatkan mangsa melambung dan terpelanting,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pemandu itu telah membuat laporan polis.
Sementara itu isteri mangsa Rokiah Ismail, 57, berkata suaminya baru sahaja pulang selepas membeli ikan di Pekan Pokok Sena dan mahu ke sebuah gerai makan berhampiran sekolah tersebut. – BERNAMA
Akibat terlupa mengambil semula kad bank ketika berurusan di ATM. Seorang wanita kerugian RM2,000. Kejadian berlaku di RHB Festival City.




10/1/2014:- I went to RHB ATM at festival city to register my mobile no. resit keluar saye amik and continue to ATM CIMB sebelah ATM RHB tu without realizing my card is still in the RHB ATM. balik ofis, check RHB internet banking ade withdrawal from my account-RM2k. Baru sedar kad tinggal, buat report kat balai polis, then went back to Festival City and asked for the cctv recording. These two girls saw the opportunity and withdraw my money.siap sengih2 sambil withdraw my money. Haih..so careless you Nurul Ain! Ni peringatan untuk diri sendiri and all of you jugak.semoga ape yang jadi to me tak kena dekat orang lain. Has it been a nice and honest person yg gi kat atm tu, I might not hilang my money. Now in the process of dapatkan gambar from the camera at the ATM. Will upload the video bile ade mase. Thank you en Hubby for helping me throughout the process.. 

Be careful everybody! 
Menurut mangsa dia memasukkan kad ATM di mesin RHB bertujuan untuk urusan pendaftaran no telefon. Setelah selesai, dia meneruskan urusan di ATM CIMB bersebelahannya tanpa mengeluarkan kad ATM di mesin RHB. 

Dia yang cuai dan terlupa terus pergi setelah urusan selesai dengan meninggalkan kad yang masih di berada di dalam ATM RHB.

Setelah balik ke pejabat, dia membuat semakan melalui RHB Internet Banking dan mendapati RM2,000 ringgit telah dikeluarkan dari akaunnya.



 Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil siasatan melalui CCTV mendapati dua orang gadis mengambil kesempatan mengeluarkan duit melalu akaunnya di ATM tersebut.
Sudah lama rasanya tak mendengar kisah ‘diva paling popular’ di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Azwan Ali.
Sempena sambutan Maulidur Rasul semalam, pengacara ini telah meluangkan masa bersama anak-anak yatim di Rumah Bakti Ulu Klang.
Iyalah, bukan selalu dapat lihat artis buat aktiviti amal sebegini.
Melalui gambar yang dikongsikan di akaun Instagramnya, kami pasti penghuni di sana cukup terhibur dengan kehadirannya.
Tapi, pada masa yang sama, kami tertarik dengan satu gambar dengan ayat berbunyi:

“TIADA SIAPA LAGI YG MENGISI KEHIDUPAN AZWAN ALI ! EX FAMILI DIBUANG KERANA TAK BERMUHASABAH ! ANAK YATIM JADI PENGGANTI! OHHH TUHANNNN.”
Herm, berfikir seketika kami dibuatnya. Apa maksudnya ‘ex famili dibuang’? Azwan sudah buang keluarga ke?
Hai, tak beranilah nak buat andaian bukan-bukan. Faham-faham sajalah…
Tapi kalau benar ia ditujukan kepada keluarga sendiri, rasanya macam kurang manis Azwan berkata begitu.
Iyalah, tengah buat amal jariah, diselit pula dengan kemarahan. Betul tak?
Apa pun, mari layan dulu gambar-gambar Azwan di bersama anak-anak ini.







Sudah berada di tahun 2014, tapi kita masih lagi memperkatakan mengenai kisah percintaan penyanyi Shila Amzah yang kini semakin berkembang mekar kariernya di Tanah Besar China.
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro hari ini, ibu kepada penyanyi itu, Fauziah Sarman dikatakan mahu seorang pelakon baru, Aman Nassim mengenali lebih dekat anaknya itu.
Dalam erti kata lain, maknya mahu memadankan Shila dengan pelakon baru itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Aman mengatakan, “kebetulan saya memang rapat dan baik dengannya sebelum ini. Memang kami dalam kelompok kawan yang sama tapi tak ada apa-apa yang serius”.
“Saya dan keluarganya pun memang baik dan kami selalu makan bersama kalau ada kesempatan. Mungkin sebab ibunya senang dengan saya, dia suruh saya kenal lebih rapat dengan Shila,” ujarnya.

Aman atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Nassim, 25, mengatakan buat masa ini dia memang berkawan dengan Shila namun tiada sebarang ikatan istimewa yang terjalin antara mereka.
Rasanya lebih baik Shila tumpukan perhatian terhadap kerjayanya terlebih dahulu kerana kerjayanya pun baru sahaja hendak bertapak maju di China.
Lagipun masyarakat kita masih belum melupakan kisah cinta tak kesampaiannya bersama aktor Sharnaaz Ahmad dan Johan As’ari.
Tak gitu?

TEL AVIV- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter
Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.
Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.

Tujuan sebenar papan tanda adalah untuk memberi panduan atau pemberitahuan kepada orang ramai mengenai sesuatu. Namun, ada juga papan tanda yang bagi kami tidak berguna dan WTF! Seperti gambar - gambar dibawah.







Unker Chung Kim (76) didapati bersalah oleh mahkamah Texas khamis lalu atas kesalahan membunuh dua orang jiran beliau Febuari tahun lalu. Chung Kim dikatakan hilang sabar dengan perangai jiran beliau Michelle Jackson (31) dan Jamie Stafford (31) yang membiarkan anjing peliharaan mereka untuk membuang najis di balkoni. Selepas itu pasangan ini dengan selamba menyapu tinjaan anjing mereka ke bawah dan mengotori balkoni milik Chung Kim. Michelle dan Jamie dikatakan melakukan tabiat kotor ini selama berbulan lamanya sehingga Chung Kim hilang sabar. 

Beliau mengaku hilang pertimbangan dan membunuh jiran beliau. Pakcik tua ini walaubagaimanapun mendakwa beliau tidak ingat langsung apa yang beliau lakukan pada hari tersebut. Mahkamah mendapati beliau bersalah tetapi masih belum menjatuhkan hukuman ke atas beliau. Hukuman paling berat yang boleh diterima beliau ialah penjara seumur hidup tanpa peluang untuk mendapatkan parol. 



Jadi ingatkan rakan-rakan janganlah jadi jiran yang perangai macam tinja. Mungkin jiran anda akan hilang kawalan diri seperti Butterfingers dan menembak anda sehingga mampos. On a side note we have a neighbour yang suka campak tuala wanita dan lampin bayi ke bawah. Bangun pagi nampak pad berdarah dan pampers penuh tahi di parking lot. Dirty motherfuckers are everywhere. Nasib baik Malaysia tak ada pistol!

Tahniah diucapkan kepada pelawak dan pelakon popular, Didie Alias yang kini disahkan hamil anak keenamnya.
Didie sedang hamil tiga bulan hasil perkahwinannya dengan suami kedua, Norisham Ismail.
Pelakon berusia 40 tahun itu mengesahkan perkara itu di sebuah akhbar harian, hari ini dengan berkata, “Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya”.
Didie sebelum ini mempunyai lima anak hasil perkahwinan pertama dengan aktor Ridzuan Hashim.

Pelakon ini juga mengharapkan anak yang dikandungnya ini merupakan cahaya mata lelaki namun menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
“Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka,” ujarnya lagi.
Tahniah Didie, semoga bayi yang dikandung sentiasa dalam keadaan sihat.

SEBAGAIMANA anda berasa aneh melihat gambar di atas, kami juga turut merasakannya.
Apa tidaknya, biasanya haiwan liar yang akan diletakkan di dalam kandang untuk tontonan manusia, namun sebaliknya pula yang berlaku di Taman Hidupan Liar Orana di Christchurch, New Zealand ini.
Untuk melihat secara dekat singa-singa ini, pengunjung perlu masuk ke dalam kandang yang dibawa oleh sebuah trak.
Sebaik sahaja tiba di kawasan kumpulan singa itu, ia akan mula memanjat dan mengelilingi kandang tersebut.

Pada masa yang sama, para petugas akan ‘menyuapkan’ daging mentah ke mulut singa-singa itu.
Hai, kalau tak kerana diberi makan, kami yakin singa-singa itu meneguk air liur melihat ‘rezeki’ yang begitu hampir dengan mereka.
Konsep terbuka taman ini merupakan satu-satunya yang ada di negara itu dan dikawal dengan cukup ketat sekali bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

WAH, benarkah tarikh perkahwinan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah hampir tiba?
Khabar yang kami sendiri tidak tahu kesahihan itu ‘dimaklumkan’ sendiri oleh Fizz menerusi akaun Instagramnya dengan gambar dan ‘caption’ yang berbunyi:

“Mari beli barang hantaran….hahahaha….#nkkahwinsgt#piiperos#aiminsdioss#tggudateniii.”
Kalau betul baguslah. Bukan senang nak jumpa wanita setia macam Almy.
Biar pun hatinya pernah disiat-siat kerana pertunangan Fizz dengan isteri orang suatu ketika dulu, Almy masih tenang dan tidak memburuk-burukkan kekasihnya itu.
Apa pun, kami doakan yang terbaik untuk pasangan ini dan semoga harapan para peminat untuk melihat kedua-dua bersatu akan tercapai nanti.


Bersenam merupakan kebiasaan yang dilakukan pelakon Nikita Mirzani saat mempunyai masa lapang . Namun nasib malang terjadi saat dirinya sedang mengangkat beban barbel , tiba - tiba benda berat itu terlepas dari tangannya dan jatuh tepat mengenai kaki kirinya .

Sambil menahan rasa sakit , suaminya , Sajad Ukra langsung membawa isterinya ke hospital terdekat . Selama tujuh jam Nikita menjalani rawatan .


" Dia ( suami ) langsung bawa aku ke hospital . Selama tujuh jam aku dirawat . Empat jari kaki sebelah kiri patah , " kata Nikita .


Atas kejadian yang berlaku pada tarikh 25 Disember 2013 itu , membuat perempuan kelahiran 17 Mac 1986 itu harus menggunakan tongkat untuk berjalan .

 " Ya pake tongkatlah , masih sakit sedikit - sedikit , " tutup pelakon COMIC 8 itu .

Nikita Mirzani merayakan Tahun Baru dengan menggunakan tongkat.

KUALA SELANGOR - Sangkaan penduduk Kampung Bukit Hijau akan misteri kehilangan pakaian dalam wanita angkara perbuatan lelaki gila seks meleset apabila pakaian itu ditemui berselerak di kawasan ladang kelapa sawit bersama anjing liar.

Warga emas, Hamsah Hamid, 60, berkata, sebelum ini penduduk tertanya-tanya akan kehilangan pakaian dalam dan kasut yang disidai atas jemuran hilang serta mengesyakinya ia dicuri orang.

"Namun apabila diselidik, rupa-rupanya ia digonggong anjing liar setelah pakaian itu ditemui berselerak di bawah pokok kelapa sawit yang menjadi tempat tidur anjing itu.

"Anjing liar di kawasan ini semakin hari semakin banyak. Saya bimbang jumlah anjing yang lebih dari 10 ekor itu mengancam nyawa penduduk," katanya.

Penduduk, Jumiah Yaacob, 34, berkata, dia tidak boleh melupakan saat dikejar anjing liar ketika menunggang motosikal menghantar anak ke sekolah.

Menurutnya, waktu itu dia mengendong anak yang masih berusia 4 bulan sambil menunggang motosikal dan apabila tiba di selekoh, dia dikejar anjing yang tiba-tiba muncul.

"Kerana panik dan terkejut, saya pun pecut laju. Nasib tak tak berlaku kemalangan.

"Jumlah anjing yang banyak di sini menakutkan penduduk lebih-lebih golongan ibu kerana anjing itu tak takutkan kami," katanya.

Seorang lagi penduduk, Saerah Kutut, 63, berkata, tidak semua anjing liar di situ mengancam keselamatan penduduk sebab ada seekor dua yang masih jinak dan menganggap penduduk kampung sebagai tuan.

Menurutnya, ada baik dan buruknya anjing di dalam kawasan kampung kerana kehadiran binatang itu boleh menakutkan monyet yang suka menyerang kawasan rumah penduduk dan mencuri makanan.

"Tapi jumlah anjing yang semakin hari semakin banyak menakutkan lebih-lebih lagi ia sering berkeliaran dan menyalak di tengah malam," katanya.

Sementara Hayati Yaakob, 43, berkata, sebelum ini rumahnya pernah dimasuki lima ekor anjing sewaktu dia dan anak perempuannya sedang mengemas di dapur.

"Kehadiran anjing itu mengejutkan kami dan hampir lima minit kami berusaha menghalau anjing itu dengan penyapu. Nasib baik ketika itu tiada anak kecil di rumah.

"Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia boleh mendatangkan ancaman kepada penduduk," katanya.

Sumber: Sinar Harian

JERUSALEM - Para pejuang Palestin menembak dua buah roket dari Jalur Gaza yang menghentam kawasan di dekat tanah pertanian lokasi pengebumian bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon . Demikian penjelasan jurucakap tentera , isnin ( 13/1/2014 ) .

" Dua peluru roket mendarat di tanah kosong di kawasan Shaar HaNegev , " kata jurucakap tentera itu .

Shaar HaNegev adalah kawasan yang berada di dekat sempadan utara Jalur Gaza . Namun , tentera Israel tidak menjelaskan secara terperinci masa kedua roket itu menghentam wilayah Israel .

Lokasi pertanian keluarga Ariel Sharon yang dijadikan lokasi pengebumian bekas PM tersebut memang tak jauh dari sempadan dengan Gaza .

Akibatnya , aparat keamanan Israel meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut . Bahkan , media tempatan mendakwa tentera Israel menyiagakan sistem pertahanan udara Iron Dome .

Ariel Sharon meninggal dunia pada Sabtu ( 11/1/2014 ) dalam usia 85 tahun setelah lapan tahun terbaring dalam keadaan koma di sebuah hospital di berhampiran bandar Tel Aviv .

Sumber; kompas.com

Kuala Lumpur: Nasib sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat akan ditentukan esok.

Selepas genap sebulan ditahan, pihak mahkamah akan menentukan sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan atau meneruskan dengan pendakwaan sekiranya polis sudah melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti kukuh pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan itu juga berpeluang untuk dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka.


Ambil cuti tanpa gaji

Difahamkan, lelaki terbabit adalah seorang kakitangan di pejabat Tourism Malaysia di Stockholm manakala isterinya adalah seorang guru di negara ini namun mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani suami bertugas di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan berkenaan turut membawa empat anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun ke negara itu.

Kedua-duanya yang berusia awal 40an kini direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan sepasukan polis di kediaman mereka di daerah itu pada 14 Disember.

Los Angeles – “Payu dara saya boleh membunuh saya’. Itu luahan sesalan seorang pelakon filem lucah selepas menderita sejak berbelas tahun lalu apabila implan payu daranya membesar seperti belon.

Elizabeth Starr sudah menjalani 63 pembedahan untuk membetulkan payudaranya namun gagal membetulkan semula payu daranya.
Doktor kini mencadangkan agar dia menjalani pembedahan mastectomy bagi menyelamatkan nyawanya.

Namun ibu kepada dua anak ini berkata dia tidak boleh lagi melalui sekali lagi pembedahan kerana ia boleh menyebabkan risiko darah beku dan jangkitan.
Dia yang menyesal dengan perbuatannya menanam implan payu dara dalam usaha meningkatkan kariernya sebagai pelakon filem lucah, kini menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan.

Dengan bayaran sebanyak £3,000, dia menjalani pembedahan 15 tahun lalu dengan menyuntik sintetik ke payu daranya bagi merangsang pengeluaran cecair.

Bagimanapun beberapa hari selepas itu, dia mula merasai kesannya apabila payu dara sebelah kanannya merah dan membengkak hinggakan menyebabkan dia berasa lemah.
“Pakar bedah kemudiannya membuang tisu yang menyebabkan jangkitan, namun jangkitan itu telah menyebabkan sebelah kanan payu dara saya berlubang. Sakitnya tidak dapat saya ceritakan,’’ katanya.

Dalam tempoh 15 tahun itu, dia sudah menghabiskan wang sebanyak £200,000 untuk pemulihan namun siri pembedahan yang dijalankan hanya mendatangkan keburukan.

Jelasnya, saki baki sintetik implan itu telah menyebabkan cecair bocor dan merebak ke sebelah lagi payu daranya menyebabkan ia membesar seperti belon.
“Sepanjang beberapa tahun ini, tisu di bahagian kanan payu dara saya telah mengalami kerosakan yang teruk.

“Malah salah satu pembedahan yang dilakukan adalah dengan mengambil otot-otot di belakang saya bagi menggantikan tisu yang rosak. Saya menghabiskan masa pemulihan dengan tangki oksigen dan hampir mati sebanyak tiga kali,’’ katanya.

BANDAR RAYA PANAMA – Polis Panama menyatakan wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) yang disembunyikan di dalam lapan buah beg telah dirampas di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini kelmarin.

Ekoran penemuan itu, seramai tiga lelaki warga Honduras telah ditangkap polis bagi membantu siasatan.

Menurut ketua pendakwa raya unit antidadah, Javier Caraballo, pihak berkuasa menemui wang tersebut selepas memperoleh maklumat risikan.

Maklumat perisikan itu menyatakan, sejumlah wang akan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di sini.

Menurut kenyataan polis, tiga lelaki tersebut menaiki penerbangan dari Tegucigalpa, Honduras.

Polis menyatakan, beg tersebut berada bersama tiga lelaki berkenaan ketika mereka ditangkap.

Pihak berkuasa Panama menyatakan, para pegawai menemui bungkusan wang dalam dolar Amerika yang disembunyikan di dalam beg tersebut.

Panama memang dikenali sebagai pusat pengubahan wang haram untuk sindiket dadah di Amerika Latin. – AP

MIYUN, Beijing – Sekumpulan penggemar aktiviti lasak di sini mengambil kesempatan ketika suhu sejuk melampau dengan melakukan aktiviti mendaki air terjun di sini yang telah beku.

Fenomena itu telah menarik kehadiran ramai pelancong yang memakai peralatan mendaki untuk mencuba aktiviti mencabar tersebut.

Kebanyakan pelancong itu didapati mahir dalam aktiviti mendaki. – Agensi
 

Selepas putus tunang pertengahan tahun lalu, penyanyi Jac kini dikatakan sudah menemui pengganti dan kini sedang hangat bercinta dengan seoran jejaka. Bagaimanapun menurut pelantun lagu Ikut Rentakku ini kepada akhbar Kosmo!, hubungannya dengan lelaki yang masih dirahsiakan identitinya itu masih dalam fasa awal perkenalan.

"Bukan pengganti tapi lebih kepada teman rapat. Ya, saya sekarang sedang mengenali seorang jejaka dan kami baru fasa awal kerana baru setahun berkenalan. Cuma baru beberapa bulan lepas kami menjadi lebih serius, bagi saya lebih baik saya tidak mencari kerana selalunya akan bertemu orang yang salah", katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak serik untuk bercinta lagi meskipun pengalaman 10 tahun cintanya sebelum ini putus di tengah jalan. Sebaliknya kata Jac, sekiranya ada jodoh dia akan mengambil keputusan untuk segera berkahwin

"Saya tidak menyesal dan tidak serik pun malah saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki terbaik untuk diri saya. Cuma saya enggan pisang berbuah dua kali, sekiranya dia yang sekarang ini jodoh terbaik buat saya, saya enggan memanjangkan cerita dan terus berkahwin
.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 35, ini pernah bercinta dan bertunang dengan seorang jejaka berbangsa Inggeris, dikenali sebagai Chris Bellamy. Namun hubungan selama 10 tahun mereka akhirnya terputus apabila kedua-duanya sepakat membawa haluan masing-masing pertengahan tahun lalu.

Menurut kenyataan Jac kepada sebuah akhbar mingguan sebelum ini, keputusan untuk berpisah adalah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak mengembangkan karier masing-masing.



Ni apa punya fesyen nih??? Nak kata berkemban.., tak jugak.. Mungkin inilah yang dikatakan fesyen orang buta perut!!
Patutnya pengantin pompuan tu tak dibenarkan masuk ke Masjid bagi upacara akad nikah tu.. Dalam masjid pun nak berseksi-seksi ke beb?

Bagi gua.., semua yang ada kat situ kurang cerdik.. Dah terang-terang ada hukum supaya menjaga aurat ketika masuk ke dalam masjid, tapi dorang tetap biarkan jugak manusia bebal macam tu mencemarkan imej rumah ibadat Islam.

Kalau kafir masuk masjid tak pakai tudung.., melalak-lalak semua sampai heboh satu negara. Ni yang melayu buta perut berkemban dalam masjid, nak kira macam mana pulak?

Orang nak kahwin.., dorang pun gatal nak kahwin.. Tapi setakat gatal nak kahwin je tak cukup beb.., akal pun kena ada sebelum dirikan rumahtangga..

Kalau dalam rumah ibadat pun tak reti nak hormat.., gua pun tak tahu apa nak jadi lahh.. Nak kata lebih-lebih.., dorang tu mengaku berbangsa melayu dan beragama Islam.. Lu sendiri fikirlahhhh!!!

MPP
Gambar Hiasan

Port Dickson: “Kami bukan sengaja mengambil surat beranak milik enam beradik itu, tetapi status perkahwinan ibu bapa mereka meragukan.

“Selepas surat beranak itu diambil pada 13 Mei 2010, kami memerintahkan suami isteri terbabit datang ke pejabat untuk berurusan selain merujuk Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS), tetapi masih tidak dilakukan,” kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sembilan Mohd Faizal Abd Manap.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sepasang suami isteri Asiah Latasang, 39, dan Isting Sahiron, 45, yang menuduh JPN Port Dickson sengaja mengambil enam surat beranak anaknya pada 2010 menyebabkan dua anaknya gagal memiliki kad pengenalan sebelum terpaksa berhenti sekolah.

Harian Metro semalam melaporkan Asiah mendakwa buntu apabila dokumen kelahiran enam anaknya itu diambil jabatan berkenaan dengan alasan rekod perkahwinan pasangan itu tiada dalam sistem. Akibatnya dua anak mereka berusia 13 dan 16 tahun gagal memiliki kad pengenalan.

Berikutan itu, dua beradik terbabit diberhentikan sekolah selepas gagal mengemukakan kad pengenalan kepada guru masing-masing.

Menurut Faizal, Asiah dan Isting yang berasal dari Sabah mendakwa berkahwin di Masjid Likas, Kota Kinabalu pada 1994, namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dengan JAIS.
Katanya, disebabkan itu, wujud keraguan biarpun pasangan itu dinikahkan jurunikah masjid berkenaan sebelum berpindah ke daerah ini.

“Pada 2010, kami terpaksa mengambil surat beranak enam beradik itu kerana ibu bapa mereka tiada rekod perkahwinan.
“Bagaimanapun, JPN mengarahkan pasangan itu datang ke pejabat selain merujuk JAIS, tetapi tidak dibuat menyebabkan berlaku kesulitan,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun surat beranak anak keenam pasangan itu yang kini berusia empat tahun diserahkan kepada suami isteri itu dan berbin Abdullah. Katanya, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan membantu pasangan berkenaan dalam masa terdekat.


Dublin: Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecederaan dialami ketika melakukan aktiviti lasak kegemarannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengalami masalah dikenali sebagai priapisme selepas jatuh terkangkang atas palang basikalnya.

Kejadian itu mengakibatkan gangguan saraf yang mengalirkan darah ke zakarnya.
Media semalam melaporkan, mangsa hanya mendapatkan rawatan di Hospital Tallaght lima minggu selepas mengalami kecederaan itu.

Pemeriksaan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan doktor tertanya-tanya cara untuk membantunya.

Doktor di hospital Tallaght berkata, seseorang yang mengalami priapisme masih boleh mengadakan hubungan seks namun mungkin tidak akan merasai sebarang kenikmatan, sebaliknya cuma menderita.

“Ia juga boleh menyebabkan darah beku jika tidak dirawat segera,” katanya.

Selepas beberapa rawatan, masalah lelaki terbabit akhirnya berjaya diselesaikan apabila melalui busa gel serta empat lingkaran platinum kecil yang dimasukkan di antara urat yang membekalkan darah ke kemaluannya.

- Agens


London: Seorang penari ballet remaja yang terlalu ketagih kepada Internet mengelar tangannya sendiri dan memuat naik gambar berkenaan sebelum membunuh diri dengan melompat di depan kereta api.

Tallulah Wilson, 15, turut mencipta watak fantasi di Internet sebagai seorang penagih kokain. Tujuannya - kerana dia terlalu ingin diterima orang lain dan disayangi.
Pelajar Royal Ballet School itu juga kerap melawat laman sesawang yang menggalakkan pembunuhan diri dan menyakiti diri sendiri. Perkara itu didedahkan ibunya, Sarah ketika inkues mengenai kematiannya semalam.

Menurutnya, Tallulah banyak menghabiskan masa di Internet kerana murung akibat dibuli, kematian neneknya dan melihat perceraian ibu bapanya.

“Dia tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit atau komputer riba, namun sering menggunakan komputer saya untuk melayari Internet,” katanya.

Tallulah membunuh diri pada satu petang pada 12 Oktober 2012 di stesen St Pancras. - Agensi

Tokyo: Sekumpulan nelayan Jepun yang menangkap seekor sotong gergasi semalam mengaku kesal dengan cara mereka menangani hidupan berkenaan.

Ketua nelayan terbabit, Shigenori Goto berkata, dia tidak menyangka tangkapan itu menjadi perhatian ramai, termasuk daripada pihak media. 

“Saya sepatutnya mengaturkan supaya sotong itu lebih dihormati,” katanya.
Sotong berkenaan ditangkap Goto dan kru kapalnya di Niigata, utara Jepun. Mereka keluar ke laut dengan harapan dapat menangkap ikan besar.Kata Goto, mereka sudah berada di laut selama 30 minit ketika haiwan besar merah kecoklatan muncul dari dasar laut.

“Saya sangat terkejut dan tidak dapat berkata-kata.

“Kemudian kami mula menjerit serentak ‘sotong gergasi, sotong gergasi,” katanya.
Sotong jantan seberat 163 kilogram itu bagaimanapun mati sejurus selepas ditarik ke permukaan Rabu minggu lalu.
Pakar berkata, sotong yang sudah kehilangan sesungut panjangnya ketika ditangkap mungkin berukuran 8 meter secara keseluruhan.
Bagaimanapun, ia masih dianggap kecil menurut standard sotong gergasi.
Sotong terbesar pernah ditangkap berukuran sepanjang 18 meter.
Sotong gergasi yang juga makhluk misteri yang diinspirasikan daripada kisah mitos julung kali muncul berhampiran kepulauan Jepun. - Reuters

Beijing: Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China semalam.

Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.

Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji.

Dalam keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat ketiga secara keseluruhan.
Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.

“Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura,” lapornya.

Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.

Akhbar itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan perlumbaan. - AFP


Kuching: “Sebaik mendapat tahu dua beradik itu cuba dirompak, saya segera memecut kenderaan mengejar suspek,” kata seorang ahli perniagaan yang mematahkan cubaan dua lelaki bersenjatakan pisau lipat merompak dua beradik, sekali gus membolehkan seorang daripadanya ditahan dalam kejadian di Tabuan Jaya, di sini, semalam.

Menceritakan kejadian itu, ahli perniagaan berusia 34 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata, dia nekad memecut Toyota Harrier miliknya untuk mengejar suspek yang ditinggalkan rakannya sebaik orang ramai mengerumuni lokasi kejadian pada jam 3.15 petang.

“Sebelum itu, saya ke lokasi kejadian kerana mahu menjemput isteri pulang sebelum dikejutkan dengan kekecohan itu.

“Saya melihat penduduk keluar beramai-ramai dan mereka memaklumkan dua beradik itu cuba dirompak.

“Hati saya geram dan sebab itu saya terus memecut kenderaan untuk mengejar suspek. Ketika itu, suspek berlari selepas ditinggalkan rakannya.