Los Angeles – “Payu dara saya boleh
membunuh saya’. Itu luahan sesalan seorang pelakon filem lucah selepas
menderita sejak berbelas tahun lalu apabila implan payu daranya membesar
seperti belon.
Elizabeth Starr sudah menjalani 63 pembedahan untuk membetulkan payudaranya namun gagal membetulkan semula payu daranya.
Doktor kini mencadangkan agar dia menjalani pembedahan mastectomy bagi menyelamatkan nyawanya.
Namun ibu kepada dua anak ini berkata dia
tidak boleh lagi melalui sekali lagi pembedahan kerana ia boleh
menyebabkan risiko darah beku dan jangkitan.
Dia yang menyesal dengan perbuatannya
menanam implan payu dara dalam usaha meningkatkan kariernya sebagai
pelakon filem lucah, kini menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan.
Dengan bayaran sebanyak £3,000, dia
menjalani pembedahan 15 tahun lalu dengan menyuntik sintetik ke payu
daranya bagi merangsang pengeluaran cecair.
Bagimanapun beberapa hari selepas itu, dia
mula merasai kesannya apabila payu dara sebelah kanannya merah dan
membengkak hinggakan menyebabkan dia berasa lemah.
“Pakar bedah kemudiannya membuang tisu yang
menyebabkan jangkitan, namun jangkitan itu telah menyebabkan sebelah
kanan payu dara saya berlubang. Sakitnya tidak dapat saya ceritakan,’’
katanya.
Dalam tempoh 15 tahun itu, dia sudah
menghabiskan wang sebanyak £200,000 untuk pemulihan namun siri
pembedahan yang dijalankan hanya mendatangkan keburukan.
Jelasnya, saki baki sintetik implan itu
telah menyebabkan cecair bocor dan merebak ke sebelah lagi payu daranya
menyebabkan ia membesar seperti belon.
“Sepanjang beberapa tahun ini, tisu di bahagian kanan payu dara saya telah mengalami kerosakan yang teruk.
“Malah salah satu pembedahan yang dilakukan
adalah dengan mengambil otot-otot di belakang saya bagi menggantikan
tisu yang rosak. Saya menghabiskan masa pemulihan dengan tangki oksigen
dan hampir mati sebanyak tiga kali,’’ katanya.
No comments
Post a Comment