Selepas putus tunang pertengahan tahun
lalu, penyanyi Jac kini dikatakan sudah menemui pengganti dan kini
sedang hangat bercinta dengan seoran jejaka. Bagaimanapun menurut
pelantun lagu Ikut Rentakku ini kepada akhbar Kosmo!, hubungannya dengan lelaki yang masih dirahsiakan identitinya itu masih dalam fasa awal perkenalan.
"Bukan pengganti tapi lebih kepada teman rapat. Ya, saya sekarang
sedang mengenali seorang jejaka dan kami baru fasa awal kerana baru
setahun berkenalan. Cuma baru beberapa bulan lepas kami menjadi lebih
serius, bagi saya lebih baik saya tidak mencari kerana selalunya akan
bertemu orang yang salah", katanya.
Tambahnya lagi, dia tidak serik untuk
bercinta lagi meskipun pengalaman 10 tahun cintanya sebelum ini putus di
tengah jalan. Sebaliknya kata Jac, sekiranya ada jodoh dia akan
mengambil keputusan untuk segera berkahwin
"Saya tidak menyesal dan tidak serik pun
malah saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki terbaik untuk
diri saya. Cuma saya enggan pisang berbuah dua kali, sekiranya dia yang
sekarang ini jodoh terbaik buat saya, saya enggan memanjangkan cerita
dan terus berkahwin
.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Jaclyn
Joshua Thanaraj Victor, 35, ini pernah bercinta dan bertunang dengan
seorang jejaka berbangsa Inggeris, dikenali sebagai Chris Bellamy. Namun
hubungan selama 10 tahun mereka akhirnya terputus apabila kedua-duanya
sepakat membawa haluan masing-masing pertengahan tahun lalu.
Menurut kenyataan Jac kepada sebuah
akhbar mingguan sebelum ini, keputusan untuk berpisah adalah yang
terbaik untuk kedua-dua belah pihak mengembangkan karier masing-masing.
No comments
Post a Comment