Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Misteri Kehilangan Pakaian Dalam Wanita Terbongkar
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA SELANGOR - Sangkaan penduduk Kampung Bukit Hijau akan misteri kehilangan pakaian dalam wanita angkara perbuatan lelaki gila seks meleset apabila pakaian itu ditemui berselerak di kawasan ladang kelapa sawit bersama anjing liar.

Warga emas, Hamsah Hamid, 60, berkata, sebelum ini penduduk tertanya-tanya akan kehilangan pakaian dalam dan kasut yang disidai atas jemuran hilang serta mengesyakinya ia dicuri orang.

"Namun apabila diselidik, rupa-rupanya ia digonggong anjing liar setelah pakaian itu ditemui berselerak di bawah pokok kelapa sawit yang menjadi tempat tidur anjing itu.

"Anjing liar di kawasan ini semakin hari semakin banyak. Saya bimbang jumlah anjing yang lebih dari 10 ekor itu mengancam nyawa penduduk," katanya.

Penduduk, Jumiah Yaacob, 34, berkata, dia tidak boleh melupakan saat dikejar anjing liar ketika menunggang motosikal menghantar anak ke sekolah.

Menurutnya, waktu itu dia mengendong anak yang masih berusia 4 bulan sambil menunggang motosikal dan apabila tiba di selekoh, dia dikejar anjing yang tiba-tiba muncul.

"Kerana panik dan terkejut, saya pun pecut laju. Nasib tak tak berlaku kemalangan.

"Jumlah anjing yang banyak di sini menakutkan penduduk lebih-lebih golongan ibu kerana anjing itu tak takutkan kami," katanya.

Seorang lagi penduduk, Saerah Kutut, 63, berkata, tidak semua anjing liar di situ mengancam keselamatan penduduk sebab ada seekor dua yang masih jinak dan menganggap penduduk kampung sebagai tuan.

Menurutnya, ada baik dan buruknya anjing di dalam kawasan kampung kerana kehadiran binatang itu boleh menakutkan monyet yang suka menyerang kawasan rumah penduduk dan mencuri makanan.

"Tapi jumlah anjing yang semakin hari semakin banyak menakutkan lebih-lebih lagi ia sering berkeliaran dan menyalak di tengah malam," katanya.

Sementara Hayati Yaakob, 43, berkata, sebelum ini rumahnya pernah dimasuki lima ekor anjing sewaktu dia dan anak perempuannya sedang mengemas di dapur.

"Kehadiran anjing itu mengejutkan kami dan hampir lima minit kami berusaha menghalau anjing itu dengan penyapu. Nasib baik ketika itu tiada anak kecil di rumah.

"Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat memandangkan ia boleh mendatangkan ancaman kepada penduduk," katanya.

Sumber: Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments