Gambar Hiasan |
Port Dickson: “Kami bukan sengaja mengambil surat beranak milik enam
beradik itu, tetapi status perkahwinan ibu bapa mereka meragukan.
“Selepas surat beranak itu diambil pada 13 Mei 2010, kami
memerintahkan suami isteri terbabit datang ke pejabat untuk berurusan
selain merujuk Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS), tetapi masih tidak
dilakukan,” kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri
Sembilan Mohd Faizal Abd Manap.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sepasang suami isteri Asiah Latasang, 39, dan Isting Sahiron, 45, yang menuduh JPN Port Dickson sengaja mengambil enam surat beranak anaknya pada 2010 menyebabkan dua anaknya gagal memiliki kad pengenalan sebelum terpaksa berhenti sekolah.
Harian Metro semalam melaporkan Asiah mendakwa buntu apabila
dokumen kelahiran enam anaknya itu diambil jabatan berkenaan dengan
alasan rekod perkahwinan pasangan itu tiada dalam sistem. Akibatnya dua
anak mereka berusia 13 dan 16 tahun gagal memiliki kad pengenalan.
Berikutan itu, dua beradik terbabit diberhentikan sekolah selepas gagal mengemukakan kad pengenalan kepada guru masing-masing.
Menurut Faizal, Asiah dan Isting yang berasal dari Sabah mendakwa berkahwin di Masjid Likas, Kota Kinabalu pada 1994, namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dengan JAIS.
Katanya, disebabkan itu, wujud keraguan biarpun pasangan itu
dinikahkan jurunikah masjid berkenaan sebelum berpindah ke daerah ini.
“Pada 2010, kami terpaksa mengambil surat beranak enam beradik itu kerana ibu bapa mereka tiada rekod perkahwinan.
“Bagaimanapun, JPN mengarahkan pasangan itu datang ke pejabat
selain merujuk JAIS, tetapi tidak dibuat menyebabkan berlaku
kesulitan,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun surat beranak anak keenam pasangan itu yang kini berusia empat tahun diserahkan kepada suami isteri itu dan berbin Abdullah. Katanya, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan membantu pasangan berkenaan dalam masa terdekat.
No comments
Post a Comment