Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

KUALA LUMPUR: Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.


Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Postyang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

"Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel," ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.




Sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang pasti tidak akan dilepaskan oleh semua termasuklah para selebriti kita.

Antara pasangan yang dilihat menyambut Aidilfitri bersama ialah pasangan Nelydia Senrose dan Qi Razali.

Keterujaan menyambut Aidilfitri telah menyebabkan Nelydia memuat naik sekeping foto dia dan kekasihnya Qi di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun foto tersebut telah dikecam pengikut di laman Instagram yang rata-ratanya berpendapat pasangan ini tidak ada hak untuk bergambar mesra di pagi Syawal memandangkan mereka masih belum sah sebagai suami isteri.

Ada juga pihak serta peminat yang kurang berkenan dengan entri tersebut dan mendakwa melebihi batas pasangan kekasih.

Gambar yang masih ada di akaun Instagram milik Nelydia itu telah menarik para netizen memberikan hujah serta pandangan masing-masing dan tidak kurang juga yang memberikan kritikan pedas.

Astro Gempak bagaimanapun tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak mana pun, sebaliknya terpulanglah kepada mereka mahu menilai. Tepuk dada tanya selera! -AstroGempak
Alor Gajah: Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.


Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan. 


Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.
Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.
"Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal. 


“Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan," katanya. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan. 

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. 


KUALA KANGSAR – Sadis dan kejam, seorang bayi perempuan dibuang ke dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar sejurus selepas dilahirkan.
Lebih menyedihkan, mayat bayi malang tersebut dijumpai orang awam sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika masuk ke dalam tandas terbabit, dia ternampak banyak darah di atas lantai.
“Pada mulanya saya nampak ada darah banyak di depan tandas. Saya ingatkan itu darah haid, tak sangka pula itu darah orang yang membuang bayi,” katanya ketika ditemui di sini.
Wanita itu berkata, ketika berada dalam tandas, dia melihat satu tandas berkunci sebelum terdengar bunyi sesuatu terjatuh.
“Saya terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dalam tandas itu disusuli orang menjirus air dengan banyak dan ada darah banyak juga,” katanya.
Dia yang berkunjung ke pasar tersebut untuk membeli kelengkapan menyambut lebaran berkata, beberapa minit selepas keluar dari tandas terbabit, dia nampak orang ramai mengerumuni kemudahan awam tersebut.
Katanya, dia yang kembali meninjau keadaan di tandas itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi dalam lubang tandas di situ.
“Saya pasti kejadian yang saya lihat tadi adalah waktu ketika wanita itu sedang cuba untuk membuang bayi.
“Jika saya tahu pada waktu itu ada orang buang bayi, saya akan ketuk pintu kuat-kuat dan paksa wanita itu keluar dari tandas itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, bayi perempuan cukup sifat yang baru lahir itu dijumpai dalam tandas terbabit pada kira-kira jam 10 pagi pada 28 Julai lalu.
“Berat bayi itu mungkin dalam lingkungan tiga kilogram dan ketika dijumpai, tali pusat masih melekat pada badannya.
“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang cuba untuk mengesan orang yang membuang bayi itu.
“Maklumat kes telah dimaklumkan kepada pihak hospital dan ketua kampung untuk menjejaki individu terbabit,” katanya. – Sinar Harian




KUALA LUMPUR – Peserta skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kontroversi kendalian Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina layak menuntut kembali bayaran balik jika mahu membatalkan pelaburan mereka.
Perkara itu dimaklumkan pengedar kanannya, Jessy Lai.
“Mereka mempunyai masa sehingga 14 Ogos untuk membatalkan keahlian.
“Hanya bawa kad pengenalan, kita akan ambil gambar serta klip video anda menyatakan sebab-sebab mahu batalkan dan kami akan memberikan bayaran balik secara terus,” kata Lai menerusi sidang media pada Rabu.
Bagaimanapun beliau berkata, bayaran balik hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah memperkenalkan mana-mana ahli baru kepada kumpulan itu.
Baru-baru ini Zhang menjadi topik berita selepas papan iklan wajahnya dikesan di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai ‘bakal manusia terkaya di dunia.
Malah berdasarkan iklan dalam lawan web syarikat itu, orang ramai dikatakan boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.
Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengisytiharkan skim MLM yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.
Selain itu Lai turut menafikan laporan media bahawa sekurang-kurangnya 100 orang ahlinya hadir di pejabat syarikat itu di sini untuk membatalkan keahlian mereka sejak berita tentang tawaran bayaran balik itu dihebahkan di Internet sebelum pengumuman rasmi.
“Kami tidak menerima apa-apa permohonan sehingga sekarang,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa proses pengembalian itu hanya boleh dilakukan di pejabat.
Mengenai lokasi Zhang ketika ini, Lai berkata pengasas MLM itu kini sedang meneroka luar negara.
Ditanya sama ada Zhang akan muncul bagi menjelaskan mengenai perniagaannya, Lai berkata beliau hanya akan muncul untuk urusan rasmi dan bukan untuk menjawab tuduhan terhadapnya. – mStar




Kontroversi melibatkan seorang ustaz PAS tercetus selepas Shahul Hamid Seeni Muhammad didakwa telah menghina kaum Hindu berikutan penyebaran klip ceramah agamanya, beberapa bulan lalu.
Dalam majlis ilmu yang diadakan secara tertutup itu, Shahul Hamid didakwa telah mempersoalkan tindakan segelintir umat Islam yang masih lagi membeli serbuk kari daripada pengeluar bukan Islam seperti Baba’s dan Alagappas.
Selain itu, dia juga dikatakan membuat lawak sinis mengenai kuil ular yang bertempat di Pulau Pinang.
Menurut laporan The Star, video tersebut dipercayai dirakam lima tahun lalu dan telah dimuat naik Mei lalu sehingga menjadi viral di laman-laman sosial dan mencetuskan kontroversi di kalangan penganut Hindu.
Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan menyarankan pihak polis untuk bertindak di atas Shahul Hamid yang telah menghina kaum Hindu dalam ceramahnya.
“Kenyataannya adalah pendapat daripada seorang individu yang kurang ajar.
“Saya berharap Kementerian Dalam Negeri dan pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu ini,” katanya sambil menambah PAS juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap penceramah tersebut.
Selain itu, Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh berkata dia akan mengadakan satu protes di hadapan kediaman Shahul Hamid sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap penceramah itu kelak.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man mengesahkan Shahul Hamid merupakan ahli PAS dan video tersebut memang dirakam lima tahun lalu.
“Sekarang ini terpulang kepada ahli jawatankuasa Pas negeri untuk mengambil sebarang tindakan terhadapnya,” katanya.
Semalam, MIC dan sebuah NGO Muslim telah mengadakan protes aman di Dataran Brickfields, di mana mereka mendesak tindakan diambil terhadap penceramah tersebut sementara MIC Pulau Pinang dan beberapa NGO Hindu di negeri sama telah membuat laporan polis terhadap Shahul Hamid.
Menyedari perkara tersebut sudah menjadi viral, Shahul Hamid telah memuat naik video permohonan maafnya berhubung insiden tersebut.
Jurucakap Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad memberitahu Shahul Hamid boleh dikenakan hukuman selama lima tahun penjara jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan.
“Kami ingin menasihatkan orang di luar sana supaya berhati-hati dalam memberikan maklumat dan ceramah dan jangan sesekali menggunakan unsur yang boleh menjejaskan keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya. 




BANTING – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.
“Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala,” katanya, di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.
Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.
“Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.
Dalam kejadian itu, Syukur di bawa ke Hospital Banting sebelum di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. – Berita Harian



Minggu lalu merupakan ulang tahun kelahiran yang ke- 45 buat penyanyi seksi Jennifer Lopez atau J-Lo.
Apa yang membuatkan sambutan ulang tahunnya lain daripada yang lain ialah sebuah kek berbentuk singa dan seorang wanita yang dipercayai figura J-Lo sedang menunggang haiwan yang digelar ‘King of Jungle’ itu.
Pada majlis sambutan itu, antara selebriti Hollywood yang hadir memeriahkan majlis adalah Khloe Kardashian, French Montana, Scott Disick dan kawan baik penyanyi itu sendiri, Leah Remini, Fat Joe, Kelly Ripa dan Andy Cohen. 

SHAH ALAM – Seorang wanita mengalamai kecederaan parah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh kereta sukan, Porsche di Kilometer 12.8 Lebuhraya Elite di sini pagi Khamis.

Akibat kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, kereta yang dinaiki mangsa bersama suami dan anaknya terbalik ke tepi jalan.

Bagaimanapun, suami dan anak mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, ketika kemalangan, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidilfitiri di Semenyih.
Semasa melalui tempat kejadian, sebuah kereta sukan yang dipandu laju telah merempuh kenderaan mereka dari belakang di lorong kanan jalan.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya dekat sini.
Jurucakap polis memberitahu, Porsche itu dipandu oleh pelajar warga negara British dan siasatan terperinci akan dilakukan. – mStar