Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Ustaz Shahul Hamid Didakwa Kerana Menghina Kaum Hindu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Kontroversi melibatkan seorang ustaz PAS tercetus selepas Shahul Hamid Seeni Muhammad didakwa telah menghina kaum Hindu berikutan penyebaran klip ceramah agamanya, beberapa bulan lalu.
Dalam majlis ilmu yang diadakan secara tertutup itu, Shahul Hamid didakwa telah mempersoalkan tindakan segelintir umat Islam yang masih lagi membeli serbuk kari daripada pengeluar bukan Islam seperti Baba’s dan Alagappas.
Selain itu, dia juga dikatakan membuat lawak sinis mengenai kuil ular yang bertempat di Pulau Pinang.
Menurut laporan The Star, video tersebut dipercayai dirakam lima tahun lalu dan telah dimuat naik Mei lalu sehingga menjadi viral di laman-laman sosial dan mencetuskan kontroversi di kalangan penganut Hindu.
Timbalan Presiden MIC, Datuk M. Saravanan menyarankan pihak polis untuk bertindak di atas Shahul Hamid yang telah menghina kaum Hindu dalam ceramahnya.
“Kenyataannya adalah pendapat daripada seorang individu yang kurang ajar.
“Saya berharap Kementerian Dalam Negeri dan pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu ini,” katanya sambil menambah PAS juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap penceramah tersebut.
Selain itu, Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh berkata dia akan mengadakan satu protes di hadapan kediaman Shahul Hamid sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap penceramah itu kelak.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man mengesahkan Shahul Hamid merupakan ahli PAS dan video tersebut memang dirakam lima tahun lalu.
“Sekarang ini terpulang kepada ahli jawatankuasa Pas negeri untuk mengambil sebarang tindakan terhadapnya,” katanya.
Semalam, MIC dan sebuah NGO Muslim telah mengadakan protes aman di Dataran Brickfields, di mana mereka mendesak tindakan diambil terhadap penceramah tersebut sementara MIC Pulau Pinang dan beberapa NGO Hindu di negeri sama telah membuat laporan polis terhadap Shahul Hamid.
Menyedari perkara tersebut sudah menjadi viral, Shahul Hamid telah memuat naik video permohonan maafnya berhubung insiden tersebut.
Jurucakap Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad memberitahu Shahul Hamid boleh dikenakan hukuman selama lima tahun penjara jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan.
“Kami ingin menasihatkan orang di luar sana supaya berhati-hati dalam memberikan maklumat dan ceramah dan jangan sesekali menggunakan unsur yang boleh menjejaskan keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia,” katanya. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments