Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.
Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.
Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.
Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.
Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat.
Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.
Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…
Isu Panas
Bukan main lagi seorang pelakon dan pengacara lelaki ini di tempat orang. Di Malaysia punyalah dia menjaga nama baik di sebalik imej islamik, tapi nampaknya dia menggunakan peluang berada di luar negara untuk menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar.
Sebentar tadi kami menerima email daripada sumber-sumber terapat mendakwa seorang selebriti yang pernah mengacara sebuah rancangan suatu ketika dahulu dikhabarkan ligat mengunjungi beberapa kelab malam di London dan ada antaranya untuk golongan LGBT.
Sumber-sumber mengatakan, pelakon tersebut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang pelajar Malaysia di sana yang juga seorang lelaki.
Antara salinan perbualan si pelakon dan pelajar itu di WhatsApp
Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan pelakon ini di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam.
Selepas bertegur sapa, si pelakon mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan saling berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp apabila pelakon tersebut pulang ke Malaysia dan antaranya berbaur lucah.
Tambah sumber lagi, pelakon tersebut turut mengirim sekeping gambar alat sulit untuk tatapan pelajar tersebut.
Walaupun seksualiti pelakon itu pernah diragui suatu ketika dulu, namun selebriti ini bijak mengaburi pandangan peminat dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berubah ke arah kebaikan. – Ohbulan.com
Isu Panas
WASHINGTON – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan telinganya yang putus selepas diserang seekor anjing, dengan bantuan lintah.
Pakar bedah berjaya menyambung semula telinga yang putus itu menggunakan lintah, yang bertindak menghisap darah ketika proses penyambungan dilakukan.
Dia dirawat oleh Dr Stephen Sullivan, yang menggunakan kaedah berkenaan selepas beliau gagal mencari arteri halus di telinga yang bertindak untuk memberikan oksigen kepada darah, sekali gus memastikan telinga itu `hidup’.
Selepas dua minggu , lintah itu telah digunakan dan ia melekat di telinganya .
Remaja itu kini telah pulih sepenuhnya dan kejadian itu hanya meninggalkan parut yang kecil di telinganya.
Pendengarannya juga tidak terjejas dan dia perlu menjalani rawatan selama dua minggu di hospital itu.
“Penggunaan lintah itu adalah sementara, ketika badan bertindak balas dengan arteri baru.
“Alam semula jadi memang berkesan sejak lama dulu dan tiada kaedah lain yang dicipta oleh saintis, jurutera atau doktor yang boleh mengatasi kejadian semula jadi ini,’’ kata Dr. Sullivan yang mengakui ada pesakit yang terkejut dengan rawatan menggunakan lintah ini.
Pelbagai
MIRI: Seorang ibu dan bayi perempuannya berusia lapan bulan rentung apabila kereta dipandu wanita itu terbakar selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Bakam di sini awal pagi ini.
Akibat pertembungan itu, Proton Saga dipandu Rohnalee Labo, 28, meletup sebelum terbakar menyebabkan dia dan bayi perempuannya Adira A-Amir gagal menyelamatkan diri dan rentung di tempat kejadian.
Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 6.30 pagi.
- BERNAMA
Isu Semasa
TASEK GELUGOR: Kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang digunakan untuk menyamun van rokok di Parit Buntar, Perak, tengah hari tadi ditemui dibakar di kawasan kebun pisang di antara Lunas dan Ara Kuda, di sini, sebentar tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan mengenai penemuan kenderaan itu.
Setakat ini, unit forensik polis serta bomba dan penyelamat masih berada tempat kejadian.
Kejadian samun di Parit Buntar itu menyebabkan seorang anggota polis dari Balai Batu Kurau maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu rakan penjenayah yang menaiki Toyota Wish berkenaan, kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Isu Semasa
Tahniah diucapkan buat supermodel Malaysia, Tengku Azura yang selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya, Ramelle Ramli Ngah Taib, semalam.
Majlis pernikahan dan persandingan serba ringkas namun tampak elegan itu berlangsung di Flora Terrace, The Hampshire Place, Kuala Lumpur.
Nora Danish dan Fasha Sandha antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut.
Tengku Azura sebelum ini mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu sementara Ramelle pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model komersial, Diana Johor.
Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai, semoga ikatan suci berkekalan hingga ke jannah
Hiburan
SEBENARNYA memang penulis susah nak percaya perkara karut-marut, apatah lagi kalau orang bercerita nampak hantu jembalang. Bukan apa, bimbang kalau terlalu percaya, nanti jatuh hukum jadi syirik.
Namun, kalau tidak mahu percaya pun tidak boleh juga sebabnya di dalam al-Quran tertulis, selain manusia, Allah turut menjadikan jin sebagai penghuni bumi.
Perkara ghaib ini selalunya dikaitkan dengan jin jahat atau iblis yang cuba merosakkan manusia dan menghasut supaya menjadi sebahagian daripada mereka di neraka nanti.
Jauh pulak penulis berceloteh membuka kata. Bukan nak bersyarah pada hujung minggu ini, cuma nak berkongsi satu cerita berkaitan perkara misteri atau dalam zaman sekarang ini orang mengkhususkan ia sebagai aktiviti paranormal.
Perkara aneh dan misteri berlaku kepada pelakon genit dan jelita, Elfira Loy yang didakwa dirasuk dan histeria sewaktu menjalani penggambaran drama di Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Kisahnya, Elfira bersama dua lagi pelakon, Afiq Muiz dan Mikael Andre keluar minum di kedai mamak selepas selesai penggambaran. Dalam rancak berborak, Mikael berkongsi cerita mengenai pengalaman ngerinya sewaktu menjalani penggambaran filem hantu.
Sewaktu berbual, Elfira dikatakan mula menunjukkan rasa gementar dan takut, tapi Afiq dan Mikael terus berkongsi cerita, jadi banyaklah siri dan sesi cerita hantu diceritakan.
Entah macam mana selepas pulang ke bilik hotel, kecoh Elfira dikatakan mengalami histeria dan menjerit-jerit ketakutan. Perkara itu berlanjutan hinggalah mereka memanggil ustaz berhampiran untuk memulihkannya.
Sebaik sedar, Elfira dikatakan tidak menyedari satu pun perkara yang berlaku kepadanya dan bertanya mengapa tiba-tiba dia berasakan tubuhnya sangat lemah. Gerun penulis dengar cerita begini.
Dalam bab ini, kita tidak tahu apakah Elfira terbawa-bawa kerana terlalu menghayati kisah hantu diceritakan Afiq dan Mikael atau dia sememangnya lemah semangat sehingga memudahkan entiti makhluk harus merasuk tubuhnya.
Sebabnya, hendak diikut-kan, pelakon cilik itu boleh tahan lasak dan tidak mungkin mengalami kejadian seperti diceritakan.
Mungkin juga perkara hendak berlaku. Tak tahulah penulis kalau Elfira sengaja berlakon konon-konon dirasuk dan histeria sebab hendak kenakan Afiq dan Mikael.
Apapun, kita sebenarnya kena berhati-hati apabila berada di tempat orang. Hendak cerita hantu pun tengok-tengok juga. Kata orang, kalau kita bercerita, bermakna kita menyeru mereka datang.
Wallahualam! Hanya Tuhan lebih mengetahui.
Hiburan
SEJAK dikhabarkan bercinta, pengacara dan pelakon Indonesia, Raffi Ahmad sering kali mengelak apabila ditanyakan tentang hubungannya dengan Nagita Slavina atau lebih mesra disapa Gigi itu.
Bagaimanapun, rakan baik pasangan itu iaitu Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar mendedahkan hubungan Raffi dan Gigi.
“Mereka memang tengah hangat bercinta,” ujar Irwansyah.
Sebagai sahabat baik, Irwansyah mengakui pengacara program ‘DAHSYAT’ itu banyak bercerita soal peribadi kepadanya dan kisah percintaan mereka pada dia.
Bagaimanapun, Irwansyah berkata sahabatnya itu belum lagi memberitahu bila dia akan melamar gadis tersebut.
“Raffi belum beritahu tentang soal lamaran, kalau ada apa-apa tentu dia sudah beritahu saya dahulu, Raffi sama saya sangat rapat dan kami tidak ada rahsia,” ujarnya lagi.
Hiburan
Karosta Prison Hotel merupakan hotel yang sangat unik. Tidak ada senyuman atau sapaan mesra dari para petugas Hotel Karosta Prison. Hotel di Latvia ini melayan tetamunya layaknya seorang tahanan. Ini adalah salah satu tarikan pelancong paling menarik yang ada di Latvia. Pengunjung banyak datang ke bekas bangunan penjara yang pernah digunakan pada zaman Nazi dan Soviet. Bukan sekadar datang, mereka pun akan dianggap sebagai tahanan. Karosta Prison Hotel yang ada di Bandar Liepaja ini dibuka setiap tahun hanya pada tarikh 1 Mei hingga 30 Oktober. Jika ingin melancong ke sana di luar waktu tersebut, anda perlu menempah melalui telefon terlebih dahulu.
Berkunjung ke sini, sama saja seperti menjadi tahanan. Pengunjung harus berjalan mengikuti perintah untuk petugas terlatih yang berpura-pura menjadi pihak penjara. Setiap perintah harus diikuti dengan cepat dan benar. Kerana tahanan, jangan terkejut jika mendapat perlakuan buruk dari warden seperti kata-kata kasar dan beberapa hubungan fizikal ringan. Untuk mengelakkan salah faham, pihak hotel telah meminta persetujuan mengenai perlakuan ini kepada para pengunjung yang akan datang. Tapi kenyataannya, hampir seluruh pengunjung tiada masalah dengan perlakuan ala warden yang mungkin dianggap kasar atau tidak sopan.
Para pengunjung ini boleh juga bermalam di bilik penjara dengan cara yang benar-benar diberikan kepada tahanan. Mereka menginap di ruang batu dengan alas tidur kayu dan selimut tipis. Tetamu juga akan diberikan makanan melalui lubang yang ada dibahagian pintu. Jangan harap dapat makanan lazat, anda akan diberikan makanan penjara yang ala kadarnya. Jika ada pengunjung yang melanggar peraturan atau perintah, mereka akan dihukum. Hukumannya antara lain latihan fizikal atau tugas membersihkan penjara.
Ada juga lawatan bersiar-siar penjara yang dipandu oleh petugas tempatan. Perkara yang paling digemari para peserta pelancongan adalah mendengar cerita seram dan mengerikan. Dahulu, banyak tahanan yang meninggal di sini. Kebanyakan dari mereka dibunuh dengan tembakan di kepala atau mati diseksa. Selain itu, banyak sekali kisah hantu di bangunan ini. Lampu yang tiba-tiba nyala atau mati sendiri, pintu yang terbuka atau tertutup sendiri, atau suara rantai yang terdengar di lorong merupakan perkara yang biasa terjadi.
Pelbagai
Mekah – Seorang lelaki yang dalam keadaan separuh bogel menggemparkan penduduk Mekah selepas dia berkeliaran di jalanan di Mekah selain mengganggu wanita dan kanak-kanak.
Lelaki yang dikatakan sakit jiwa itu tidak memakai baju dan hanya memakai kain nipis dan jarang hingga menampakkan alat sulitnya.
Sambil berjalan dia memegang puntung rokok dan kelihatan amat marah.
“Nama saya Mohammad Ali. Saya datang dari sini dan akan kesana,’’ itu jawapannya apabila ditanya mengenai dirinya dan kemana hala tujungnya.
Dia juga akan bertukar menjadi ganas secara tiba-tiba hingga menyebabkan orang ramai akan cuba mengelak daripada bertembung dengannya.
Salah seorang penduduk, Mohammad Sulaiman berkata, dia dan isterinya melihat lelaki berkenaan ketika keluar restoran.
“Saya dapat melihat lelaki dan alat sulitnya, menyebabkan saya cepat-cepat memasuki semula restoran berkenaan kerana tidak mahu isteri saya melihatnya,’’ katanya.
Global
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara tetamu kenamaan yang paling ‘havoc’ di stadium sewaktu pertandingan akhir Piala Thomas di New Delhi, India malam tadi.
Kelibatnya yang sama-sama menjerit dan melompat ketika pasukan badminton negara bertarung sering mencuri perhatian lensa kamera.
Yang pasti, beliau sudah tentu orang yang cukup kecewa kerana Malaysia masih gagal mengakhiri kemarau kemenangan piala yang cukup berprestij itu.
Pun begitu, beliau sempat berbuat lawak bila imejnya digarap dalam bentuk komik dalam internet.
Steady KJ!
Pelbagai
SANTA BARBARA: Seorang pelajar yang menikam tiga mangsa dan menembak mati tiga mangsa lain dalam kejadian ngeri berhampiran sebuah kolej di California merupakan anak kepada pengarah Hollywood.
Sekurang-kurangnya 13 yang lain tercedera dalam insiden tersebut.
Menurut polis, suspek, Elliot Rodger, 22, kemudiannya menembak dirinya sendiri selepas melakukan pembunuhan kejam itu.
Bapa suspek, Peter Rodger, merupakan pembantu pengarah filem blokbuster Hollywood 2012, The Hunger Games.
Menceritakan mengenai kejadian, polis berkata Rodger berulang kali menikam tiga mangsa lelaki di pangsapurinya.
Kemudian diluar rumahnya, Rodger mensasarkan tiga remaja perempuan di seberang jalan dan menembak mati dua daripadanya yang berusia 22 dan 19 tahun.
Rodger kemudian memandu kereta BMW hitam miliknya dan menemui seorang lagi mangsanya iaitu seorang pelajar Christopher Martinez, 20, sebelum menembak di bahagian kepala.
Global
Mumbai: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun memakai baju biru diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas tidak diendahkan orang ramai yang lalu-lalang.
Lakhan Kale dikatakan mengidap penyakit cerebral palsy dan epilepsi, menyebabkan dia tidak mampu mendengar dan bercakap.
Bagi memastikan Lakhan selamat ketika neneknya bekerja, dia diikat sebelum wanita itu pergi menjual alat permainan dan kalungan bunga di tepi jalan di bandar itu.
Sakhubai Kale, 66, yang membesarkan Lakhan di jalan berhampiran perhentian bas tidak mempunyai rumah berkata: “Apa lagi yang mampu dilakukan saya? Dia tidak boleh bercakap, bagaimana dia boleh memberitahu orang lain jika dia tersesat?”.
Sakhubai memberitahu media dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Lakhan setelah budak itu kematian bapanya beberapa tahun lalu dan emaknya lari meninggalkan keluarga.
Gambar Lakhan diikat yang disiarkan dalam akhbar minggu ini mencetuskan kebimbangan antara pertubuhan kebajikan dan polis yang menyelamatkannya dan membawanya ke pusat jagaan kendalian kerajaan.
Namun, kumpulan aktivis berkata nasib Lakhan yang hidup di jalanan tidak mengejutkan kerana negara itu kekurangan kemudahan untuk membantu golongan kurang upaya yang ditindas.
Ketika Sakhubai dan cucu perempuannya Rekha, 12, mencari rezeki, Lakhan sering merayau di jalan raya dan tidak ada siapa yang mempedulikannya.
Pada sebelah malam malam, Sakhubai akan mengikat kaki Lakhan pada kakinya ketika mereka tidur bagi memastikan cucunya itu tidak melarikan diri.
- AFP
Global
Seorang lelaki berusia 32 tahun terpaksa menjalani pembedahan selepas memasukkan wayar fon telinga ke dalam uretranya dan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.
Menurut laporan akhbar di di Guangzhou, dia bertindak demikian bukan kerana seks.
Pesakit yang dikenali dengan nama Luo saja itu tiba di Hospital Shuguang Shenzhen bagi merawat jangkitan pada saluran kencing.
Dia pada awalnya gagal memberitahu perkara sebenar kepada doktor mengenai wayar yang dimasukkan sendiri sebagai rawatan untuk memulihkan penyakit yang dihidapinya.
Pengarah hospital, Xu Chang berkata, Luo mengidap beberapa penyakit dan melakukan prosedur sendiri beberapa kali sebelum ini setelah rakannya menyarankan idea berkenaan.
Idea itu akhirnya mendatangkan bencana kepadanya.
Namun, Luo bernasib baik setelah wayar berukuran 45 sentimeter berjaya dikeluarkan.
Global
Dulu dua beradik ini ahli perniagaan, namun kerana terlalu mengikut nafsu berjudi, mereka jatuh muflis dan terpaksa menanggung hutang hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Itu yang terpaksa dihadapi Zack, 35, dan adiknya Norman, 28, apabila menjadi hamba mesin judi Internet hingga menyebabkan kedua-duanya ketagihan dan sanggup menghabiskan wang hingga RM5,000 sehari semata-mata bertaruh dengan mesin.
Lebih perit apabila Zack bukan saja jatuh muflis, malah turut bercerai dengan isteri kerana ketagihan melampau terhadap mesin judi online dan dua anaknya kini terpaksa dijaga bekas isteri yang bekerja sebagai kerani akaun kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.
Begitu juga nasib ditempuh Norman yang memutuskan ikatan pertunangan dengan gadis pilihannya yang sudah hampir lima tahun dikenali gara-gara ketagihannya bermain mesin judi onlinedalam talian.
Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, namun apakan daya kerana bebanan hutang menyebabkan dia tidak mampu untuk menyara bakal isterinya lebih-lebih lagi apabila keluarga bekas tunang menolak dirinya selepas mengetahui tabiat buruk itu.
Menurut Zack, dia mula terjebak dengan mesin judi dalam talianonline ini sejak hampir dua tahun lalu selepas menemani rakannya bermain di sebuah premis di sini.
“Saya mulanya hanya mahu melepaskan tekanan dan sekadar untuk berseronok, namun ketika mencubanya kali pertama dengan hanya bermodalkan RM1,000 saya dapat ‘mencuci’ hingga RM6,000 dalam tempoh tidak sampai sejam bermain.
“Wang yang diperoleh dengan mudah itu membuatkan saya mula ketagih dan sejak itu hampir setiap hari saya bermain mesin judi dalam talianonline hingga menjadi pelanggan tetap dan diberikan akaun sendiri hingga boleh bermain di rumah,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka yang adiknya turut terperangkap dalam kegiatan mesin judi dalam talianonline itu dan mereka berdua akhirnya terjebak sertadan memusnahkan hidup masing-masing.
“Lama-kelamaan, kami banyak menghabiskan wang hingga duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji pekerja turut lesap akibat gila bertaruh judi dalam talianonline terbabit,” katanya.
Isu Semasa
SIANG bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.
Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.
Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.
Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.
Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.
Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.
Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.
Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.
Penuntut terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 20, berkata, keluarga memberinya duit saku RM200 sebulan saja dan jumlah itu ditambah dengan wang pinjaman.
“Jumlah itu memang tidak mencukupi bagi menampung kos belajar dan belanja harian menyebabkan saya terpaksa memikir jalan lain bagi mendapatkan wang. “Saya mula aktif keluar pada waktu malam sejak setahun lalu dan memperoleh kira-kira RM1,000 sebulan,” katanya.
Ika berkata, dia hanya mengambil upah menemani lelaki di pusat hiburan atau karaoke dan enggan sama sekali dibawa ke ranjang.
“Jika mereka suruh saya menyanyi atau menari saya akan lakukan, tetapi hanya setakat itu. Selepas dibayar dan selesai menemani mereka saya dan beberapa lagi rakan akan pulang ke rumah sewa kerana perlu berehat untuk pergi kuliah keesokan hari,” katanya.
Seorang lagi penuntut yang juga kenalan Ika dikenali sebagai Yana, 19, berkata dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu selepas diperkenalkan rakan-rakannya.
“Saya berani untuk turut serta dan melakukannya kerana ia tidak sampai hingga menggadai maruah saya. Kebiasaannya kami akan berkenalan dengan lelaki itu melalui laman sosial atau diperkenalkan daripada kenalan lain. Ada juga pelanggan kami daripada golongan berjawatan yang datang ke daerah ini atas urusan kerja,” katanya.
Menurut Yana, dia akan memberi amaran terlebih dulu kepada lelaki terbabit supaya tidak melakukan perkara di luar batasan.
“Tetapi, ada juga lelaki yang memeluk dan mencium saya ketika sedang berhibur, namun setakat itu saja. Saya lakukan ini semua hanya kerana wang dan setakat ini ia tidak mengganggu pelajaran,” katanya.
Isu Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments