Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Dua Beradik Gila Judi Sampai Bankrap
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Dulu dua beradik ini ahli perniagaan, namun kerana terlalu mengikut nafsu berjudi, mereka jatuh muflis dan terpaksa menanggung hutang hingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Itu yang terpaksa dihadapi Zack, 35, dan adiknya Norman, 28, apabila menjadi hamba mesin judi Internet hingga menyebabkan kedua-duanya ketagihan dan sanggup menghabiskan wang hingga RM5,000 sehari semata-mata bertaruh dengan mesin.
Lebih perit apabila Zack bukan saja jatuh muflis, malah turut bercerai dengan isteri kerana ketagihan melampau terhadap mesin judi online dan dua anaknya kini terpaksa dijaga bekas isteri yang bekerja sebagai kerani akaun kerana dia sudah tidak mempunyai apa-apa lagi.
Begitu juga nasib ditempuh Norman yang memutuskan ikatan pertunangan dengan gadis pilihannya yang sudah hampir lima tahun dikenali gara-gara ketagihannya bermain mesin judi onlinedalam talian.
Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, namun apakan daya kerana bebanan hutang menyebabkan dia tidak mampu untuk menyara bakal isterinya lebih-lebih lagi apabila keluarga bekas tunang menolak dirinya selepas mengetahui tabiat buruk itu.
Menurut Zack, dia mula terjebak dengan mesin judi dalam talianonline ini sejak hampir dua tahun lalu selepas menemani rakannya bermain di sebuah premis di sini.
“Saya mulanya hanya mahu melepaskan tekanan dan sekadar untuk berseronok, namun ketika mencubanya kali pertama dengan hanya bermodalkan RM1,000 saya dapat ‘mencuci’ hingga RM6,000 dalam tempoh tidak sampai sejam bermain.
“Wang yang diperoleh dengan mudah itu membuatkan saya mula ketagih dan sejak itu hampir setiap hari saya bermain mesin judi dalam talianonline hingga menjadi pelanggan tetap dan diberikan akaun sendiri hingga boleh bermain di rumah,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka yang adiknya turut terperangkap dalam kegiatan mesin judi dalam talianonline itu dan mereka berdua akhirnya terjebak sertadan memusnahkan hidup masing-masing.
“Lama-kelamaan, kami banyak menghabiskan wang hingga duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar gaji pekerja turut lesap akibat gila bertaruh judi dalam talianonline terbabit,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments