Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.
Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani.
Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata.
Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching.
Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu.
Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera.
Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan.
Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.
Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…
Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.
#‎integriti‬

Petikan: Facebook Syahril A. Kadir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)







GAMBAR yang dikirimkan kepada kami ini memaparkan satu nota kecil yang ditinggalkan kepada pemilik sebuah kereta.
Nota tersebut memberitahu pemilik kenderaan terbabit supaya menghubunginya kerana kunci kereta tersebut telah dijumpai.
Namun, tergelak kecil kami dibuatnya apabila penggunaan Bahasa Melayu yang digunakan agak lucu.



“Adalah jumpa kunci kereta ini bilah kakak kamu datang balik, tolong cool saya lah, Mohammad Shahrul jaga Parkin”

Mungkin ayat sebenar yang ingin disampaikan ialah, “Saya jumpa kunci kereta akak, kalau datang balik tolong telefon saya.”
Walaupun penggunaan bahasa mat bangla ini agak kelakar tetapi niat yang ditunjukkan sangat jujur.
Kira okay lah tu, ada sesetengah masyarakat kita nak cakap Bahasa Melayu pun belum tentu lancar.
Sharjah (Emiriah Arab Bersatu): Satu hidangan burger mencipta rekod sebagai burger paling mahal di dunia apabila dijual pada harga mencecah AS$7,000 (RM25,976) dalam satu acara lelongan amal di sini, kelmarin.



Acara lelongan amal yang berlangsung di pusat beli-belah Dubai Mall di sini, itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan mencegah kanser payudara, Pink Caravan.

Burger istimewa itu disediakan Pengerusi Jabatan Statistik dan Pembangunan Komuniti Sharjah, Sheikh Mohammed Bin Abdullah Al Thani juga duta Pink Caravan.
Hidangan burger paling mahal sebelum ini djual pada harga AS$5,000 (RM18,554) dalam satu acara lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beberapa lagi duta pertubuhan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan hidangan burger mereka sebelum melelongkan kepada pembida.
Bagaimanapun, identiti pembida yang membeli hidangan burger paling mahal di dunia itu tidak didedahkan.

Jawatankuasa penganjur Pink Caravan mengumumkan bahawa aktiviti amal itu berjaya mengutip dana AS$19,650 (RM72,921).
Pengasas Pertubuhan Rakan Pesakit Kanser, Ameera Bin Karam berkata, beliau sangat bangga dengan sokongan yang diberikan penderma dan duta Pink Caravan pada program berkenaan.
“Tanpa sokongan mereka ini (penderma dan duta) Pink Caravan tidak dapat mencapai misi mereka,” katanya.

Menurutnya, Pink Caravan menyediakan beberapa pusat perubatan bergerak untuk menjalankan pemeriksaan terhadap wanita bagi mengesan tanda awal kanser payudara. - Agensi


Denver, Amerika Syarikat: Seorang budak perempuan berusia 13 tahun seolah dirasuk syaitan apabila tergamak meracuni ibunya sendiri kerana berang iPhone miliknya dirampas.
Lebih mengejutkan budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dengan meracun wanita berkenaan menggunakan cecair peluntur.

Kerana tidak tahan dengan sikap anaknya itu, wanita berkenaan bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.

Jurucakap polis, Heidi Prentup berkata, budak perempuan itu ditahan pada Jumaat lalu selepas ibunya membuat laporan bahawa anaknya itu cuba membunuhnya.

Katanya, budak itu cuba membunuh ibunya sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu dengan mencampurkan minuman mangsa dengan cecair peluntur.
“Cubaan pertama berlaku pada 2 Mac lalu apabila budak itu memperdayakan ibunya dengan memberikannya minuman yang dicampur dengan cecair peluntur.

“Apabila mangsa minum air yang dibuat anaknya itu, dia berasa pelik apabila terbau cecair peluntur, namun dia menyangka gelas itu tidak dibilas dengan bersih,” katanya.
Menurutnya, selepas minum air berkenaan, wanita itu jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital selama beberapa hari.
Bagaimanapun, sebaik keluar dari hospital, budak itu masih meneruskan rancangan jahat untuk membunuh ibunya.

Budak itu sekali lagi mencampurkan cecair peluntur di dalam minuman ibunya, tetapi kali ini mangsa berasa curiga kerana minuman itu berbau cecair peluntur.
“Kerana tidak berpuas hati wanita itu terus menyoal anaknya yang akhirnya mengaku dia sengaja menuangkan cecair peluntur berkenaan.
“Budak itu memberitahu dia mahu membunuh ibunya kerana berang selepas wanita itu merampas iPhone miliknya,” jelasnya.

Tambahnya, budak itu ditahan polis di rumahnya selepas ibunya membuat laporan polis.
“Budak itu kini ditahan di pusat juvana, sementara menunggu pertuduhan yang akan dikenakan terhadapnya,” katanya.