Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
MANILA – Serbuan pasukan komando polis Filipina ke atas penjara terbesar negara itu, Bilibid di bandar raya Muntinlupa dekat sini awal subuh semalam berjaya membongkar kehidupan mewah beberapa raja dadah tempatan yang menjadi banduan di situ.
Perkara amat memeranjatkan itu didedahkan Setiausaha Kehakiman Filipina, Leila de Lima sekali gus membuktikan ramai pegawai penjara bersubahat menerima rasuah daripada tahanan terbabit yang menjalani hukuman di penjara berkeluasan 550 hektar itu.
Antara ditemui dalam serbuan mengejut itu ialah beberapa bilik kurungan yang langsung diubah suai menjadi seperti vila lengkap dengan 20 pendingin udara, lampu strob dan bola cermin ala disko, bar, jakuzi, anak-anak patung seks serta dadah jenis metamfetamin.
“Mereka sepatutnya hidup terkurung seksa dalam bilik tetapi apa yang berlaku, banduan mewah ini menjadi raja pula,” kata de Lima kepada pemberita dan mengesahkan polis juga menjumpai wang tunai 1.4 juta peso (RM110,000) dalam operasi serbuan itu.
Turut ditemui ialah sebuah pentas konsert mini lengkap televisyen skrin rata, satu set dram, gitar dan keyboard serta sebuah peti besi rahsia yang mengandungi beberapa utas jam tangan mahal jenama Rolex dan Patek Philippe selain banyak dompet Louis Vuitton.
Polis turut menjumpai beberapa bilik mandi dengan dinding dilindungi jubin marmar, pancuran mandi air panas dan sebuah tab mandi dilengkapi televisyen skrin rata manakala sebuah lagi bilik rahsia menyimpan sejumlah jenama minuman keras harga mahal.
Penjara Bilibid yang dibuka sejak 1940 sepatutnya menempatkan 8,900 banduan tetapi rekod menunjukkan ia kini dihuni 23,000 tahanan dengan beberapa vila mewah dibina untuk pesalah raja dadah, ketua samseng dan banduan berprofil tinggi. – Agensi
Global
Bahau: Seorang warga emas yang tinggal di Rumah Sejahtera Mahsan, dekat sini, mengalami detik mencemaskan apabila dicampak seorang lelaki yang menceroboh masuk kawasan berkenaan, pagi semalam.
Difahamkan, dua lelaki berusia lingkungan 30-an bertindak menceroboh kawasan rumah yang dihuni 14 warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pintu pagar belakang untuk mencuri.
Ketika kejadian jam 3.45 pagi itu, mangsa, Tham Lee Woh, 70, tersedar sebaik mendengar bunyi salakan anjing di luar rumah berkenaan lalu keluar untuk memeriksa.
Tham berkata, ketika berdiri di longkang belakang rumah berkenaan, secara tiba-tiba dia diserang dua lelaki tidak dikenali.
"Salah seorang daripadanya yang berbadan gempal memeluk saya lalu mencampakkan saya ke dalam longkang berkenaan. Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit meminta tolong. - Hmetro
Isu Semasa
Kuala Lumpur: Sekumpulan 30 jutawan penipu warga China dan Taiwan dikesan menyewa dua banglo mewah di Seputeh dan Cheras di sini, untuk dijadikan markas operasi menipu orang ramai menerusi panggilan telefon.
Difahamkan sindiket 'Macau Scam' terbabit memperdaya orang ramai membabitkan kerugian RM12 juta sejak Julai lalu.
Sindiket itu dikesan menyewa dua banglo mewah itu dengan bayaran RM10,000 sebulan kerana beranggapan lokasi itu selamat dan sukar dikesan pihak berkuasa.
Kediaman itu bagaimanapun diserbu polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan polis dari negara China tengah hari semalam.
Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Multimedia) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, seramai 30 suspek berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan membabitkan warga China di negara asal mereka.
Isu Semasa
Kluang: Mengejutkan apabila satu pasangan remaja berusia 15 dan 17 tahun mendirikan rumah tangga akhir bulan lalu hingga menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini.
Difahamkan, pasangan terbabit Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd Muaz, dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis itu menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara negatif sebaliknya atas dasar keluarga.
"Asal (apabila) kahwin muda je (saja) mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya.
"Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga," katanya dalam entri Facebook miliknya, semalam.
Isu Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments