Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Pada zaman yang moden ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam penyebaran maklumat mahupun perkongsian idea dan kreativiti individu. Persaingan media-media di Malaysia semakin hari semakin sengit tidak kira saiz sesebuah organisasi tersebut. 

kupi-kupi talkshow adalah sebuah inisiatif yang baru dilancarkan pada bulan februari lepas hasil daripada idea dua buah media indiependent sabah iaitu OKIDU MEDIA dan JUST IMPRESSIVE. Ketiga-tiga kumpulan media ini berada dibawah satu naungan iaitu kumpulan Kreeative.

Apa yang menariknya, perkataan kupi-kupi adalah "SLANG" yang selalu digunakan orang-orang Sabah yang memberikan maksud 'Santai'.  Menarik bukan? 

Kupi-Kupi Talkshow ini diketengahkan untuk tontonan umum tidak kira usia. Banyak isu-isu menarik di Sabah yang ingin didedahkan oleh mereka bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada pemuda serta pemudi Sabah. 

Untuk pengetahuan anda, Rancangan seperti ini sudah ada di Malaysia dan sudah mengukir pencapaian yang memberansangkan seperti Jinny Boy, The Effing Show dan Mat Lufti. 

Semoga Kupi-kupi Talkshow akan terus mendapat sambutan dan semakin berjaya di masa akan datang. 

Untuk mengikuti setiap perkembangan Kupi-kupi Talkshow, korang boleh lah follow/like Facebook Fanpage 



Post by Kupi - Kupi Talkshow.


Seorang paramedik dipecat serta-merta oleh pegawai kesihatan selepas memuat naik gambar ‘selfie’ yang dianggap kejam dan tidak berhati perut.
Tatiana Kulikova, 25, mengambil beberapa gambar ketika dia sedang bertugas dalam operasi menyelamatkan mangsa yang nazak dalam kemalangan dan mangsa serangan sakit jantung di bandar Kirov, Rusia.
Menerusi gambar yang dikirimkan di laman sosialnya itu, wanita itu dilihat mengambil gambar pesakit dengan menunjukkan jari yang kurang sopan serta ‘selfie’ dirinya dengan menunjukkan simbol ‘peace.’
Kedua-dua gambar tersebut dimuat naik dengan tajuk ‘Another Moron‘ dan ‘How I Hate My Job.’
Kini, pegawai perkhidmatan kecemasan telah memecat pekerjanya yang tidak sensitif pada keadaan itu.

‘Ternyata ianya amat jelas bahawa dia tidak mempedulikan pesakitnya itu semasa dia mengambil gambar tak bertamadun itu,’ kata ahli kempen kesihatan tempatan, Artem Golubev. 40.
‘Tindakannya itu sangat tidak berhati perut dan dia tidak menjaga kebajikan pesakitnya itu sehingga ada yang meninggal dunia selepas gambar itu diambil,’ tambahnya.
Tatiana tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan insiden itu.
Harap-harap di Malaysia semua orang dapat buat kerja dengan seikhlas hati supaya benda-benda seperti ini tidak berlaku sama sekali.

SATU iklan jualan rumah kini heboh diperkatakan masyarakat Indonesia apabila si penjualnya menawarkan diri sendiri sebagai “free gift” kepada bakal pembeli.
Ops, jangan buat andaian bukan-bukan kerana tawaran tersebut bermaksud dia sanggup menikahi bakal pemilik rumahnya itu. Wah, untung kan?
Memetik laporan Kompas, Wina, 40, langsung tak menyangka bahawa tawaran itu bakal menjadi viral dan dicanang senusantara.
“Saya kaget, jujur kaget. Sampai jadi pembicaraan. Saya jujur tidak mencari sensasi, memang tulus menjual rumah dan cari suami,” ujarnya.
Tambahnya, dia tidak ambil pusing respon negatif yang dihamburkan kerana dia kini begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupan sehariannya.
Wina turut berkata, rumah tersebut meninggalkan seribu kenangan kerana dimiliki oleh arwah ibunya sebelum ini.
“Kalau rumah ini dijual dan pembelinya jadi suami, kan saya tidak perlu pindah. Rumah ini nazar ibu saya. Kasihan juga anak saya mahu tinggal di mana, sedangkan saya memerlukan wang,” katanya.
Selain itu usianya juga sudah mencecah 40,justeru dia ingin memiliki lelaki yang boleh memimpin dan menjaganya.
Sehingga kini, Wina menerima banyak panggilan telefon yang berminat dengan tawaran tersebut.
Bagaimanapun kata wanita itu, dia akan membuat pilihan andai tawaran yang diberikan menarik.
“Kalau pilihannya banyak maka saya akan memilih yang boleh jadi suami baik dan bertanggung jawab, serta mampu memimpin keluarga,” tuturnya.
Tindakan Wina baru-baru ini, mengejutkan banyak pihak apabila dia membuat tawaran jualan rumah dengan menulis:

“Penawaran Langka Abad Ini !!! Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego.”
Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu ditawarkan pada harga Rp 999, 000, 000, 00 (RM 282,000).

Menghairankan apabila di sekitar pam angin stesen minyak dipenuhi dengan paku dan skru berserta dengan nombor-nombor telefon pomen untuk menukar tiub kenderaan.

Seorang Pengikut Siakapkeli telah berkongsikan kisah ini selepas terjumpa skru, paku dan dawai bertaburan di tampat pam angin di sebuah stesen minyak Petron di Jalan Kg Melayu Subang semalam.

Menurut beliau, dia terperasan ada banyak benda berkilat-kilat berhampiran dengan tempat pam angin tersebut.






"Rupanya-rupanya benda berkilat tersebut ialah paku, skru dan besi tajam yang berselerak. Saya pasti yang melakukan kerja ini tidak lain tidak bukan adalah mereka yang buat bisnes tukar tiub/ tukar tayar/pancit."

"Mustahil kebetulan, sebab gambar ini menceritakan segalanya. Ada banyak lagi skru dan paku kecil berselerakan di kawasan tersebut, dan ini hanya sebahagian kecil yang saya kutip,'' katanya.

Peringatan kepada semua pemandu tidak kira kereta atau motosikal parking dulu di jarak agak jauh dan tinjau keadaan tempat pam angin tersebut. Pastikan tiada benda tajam.


BERITA bintang realiti dari Singapura, Taufiq Batisah bakal mengakhiri zaman solonya bulan depan tidak lama lagi mengejutkan seluruh peminat hiburan.
Dalam pada itu, berita gembira ini nyata disambut baik peminat pelantun lagu Awak KatMane yang tidak sabar-sabar ingin mengetahui wanita teristimewa yang berjaya menambat hati penyanyi terkenal itu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 33 tahun ini pernah mendedahkan bakal isterinya merupakan gadis senegara iaitu Singapura namun lebih senang berahsia perihal gadis bertuah berkenaan.
Namun tup-tup, menerusi Media Hiburan seorang peminat telah berkongsi gambar Taufik bersama seorang gadis yang dipercayai bakal isteri penyanyi terkenal itu.
Menurut sumber, gerangan gadis yang mencuri hati juara Singapore Idol musim pertama itu dikenali sebagai Sheena Akbal.
Wah, kalau benarlah gadis di dalam foto yang tersebar ini adalah bakal isterinya, pasti Taufik adalah insan paling berbahagia memiliki isteri cantik dan memahami kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
Apa pun, kami agak kagum dengan cara Taufik yang bijak dalam menyimpan rahsia perihal kisah peribadinya hinggakan tiada yang menghidu hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi tersohor itu bersama bakal isterinya.
Kita doakan moga majlis perkahwinan Taufik dan bakal isteri berjalan dengan lancar. 

NGERI…. seramai 43 pekerja dan seorang pemandu bas kilang berhadapan dengan situasi paling getir dalam hidup mereka apabila bas yang mereka naiki merempuh sebuah jejambat di hadapan Kilang Robert Bosch, Seagate, Bayan Lepas awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, mengakibatkan keseluruhan bumbung bas berkenan tercabut hingga mengakibatkan seramai 43 penumpang cedera parah manakala pemandu tersepit.



Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.58 pagi dan tiba di tempat kejadian 6.12 pagi.
Tambahnya, semua mangsa berjaya dikeluarkan dari bas berkenaan kira-kira pukul 7.08 pagi.
Beberapa buah ambulans turut bergegas ke lokasi berkenaan dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk  mendapatkan rawatan. – MYNEWSHUB.CC