Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bukan beliau seorang menjadi perhatian ramai malah tempias itu turut dirasai oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Najib berkata, bukan hanya cerita baik yang didengari malah ramai juga yang mempersoalkan peranan isterinya selama ini.

Menurut beliau, ramai yang tidak tahu bahawa isterinya telah membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.

"Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

"Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Presiden Umno itu berkata, ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," katanya.

Mula dikenali dengan drama ‘Juvana’, Eyka Farhana, 17, kini semakin meningkat naik dipersada seni. Mungkin kerana usia yang masih muda, Eyka dilihat bersifat terbuka dan tidak segan untuk ‘memperkenalkan’ teman lelakinya di laman sosial. Mesra! Itulah yang dapat dilihat melalui foto-fotonya bersama teman lelakinya.

Bagi anda yang tidak kenal dengan Eyka, dia merupakan seorang pelakon remaja yang telah membintangi beberapa buah drama di antaranya Juvana, Sejadah Kaabah, dan juga Ramadan Terakhir. Pelakon remaja ini menjadi tumpuan apabila dia berjaya membawa watak Nadia, anak kepada makcik kantin didalam drama ‘Juvana’.


Berikut foto-foto mesra Eyka Farhana bersama teman lelaki :






Kewujudan makhluk asing sering kali menjadi perdebatan hangat di kalangan ahli sains, astronomi dan mereka yang mempercayai teori Angkasawan Purba..Di Iran, terdapat penemuan entiti makhluk asing yang amat menggemparkan di mana ia dijumpai dalam keadaan saiz yang kecil dan buat pertama kalinya, penemuan ini dipertontonkan kepada orang awam.

Butch Witkowski, Pengarah Pusat Penyelidikan UFO Pennsylvania, telah mengemukakan e-mail mengenai butiran dan imej yang beliau terima pada 8/11/2013:

Kami telah menerima gambar-gambar ini dari seorang lelaki berasal dari Iran pada pagi ini pukul 5.12 a.m. Gambar dan butiran seperti tertera di bawah. Beliau menyatakan akan menghantar e-mail selanjutnya selepas proses MRI dan X-rays dijalankan. 


Tuan/Puan,

Saya seorang lelaki Iran telah menemui makhluk aneh ini yang kelihatan seperti manusia kerdil berukuran 7 cm. Ia mempunyai mata yang besar, kulit kuning dan kepala yang lebih besar dari saiz badan.

Apa yang anehnya, mayat makhluk ini tidak dapat disejukbekukan apabila di letakkan di dalam keadaan sejuk dan tidak berbau busuk malah reput walaupun di letakkan dalam cuaca panas.

Ototnya masih lagi kuat dengan rambut pendek dan struktur gigi yang kelihatan seperti haiwan liar.

Sekiranya anda berminat mengenai perkara ini, saya akan hantar lebih banyak gambar. Jawapan segera dari anda amat dihargai.

Salam, Hamid G.


Abbey Clancy menghangatkan Fashion Show dengan memakai fesyen tersendiri tanpa memakai seluar dalam serta baju dalam. Insiden ini berlaku di Dorchester Hotel sekitar London untuk Fashion For the Brave. Entah rasanya Abbey langsung tak takut sejuk. 





Kejadian berlaku di sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga yang mempunyai dua orang anak. Rumah yang mereka diami telah dibina sejak awal tahun 2000 lagi. Jika sekali tengok, tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai rumah ini.




Tetapi, lain ceritanya apabila si pemilik baru menjumpai satu ruang rahsia di bahagian belakang rak buku..



Bilik ruang rahsia itu turut mempunyai anak tangga.



Tangga yang tinggi dan berputar itu didapati menuju ke arah bawah, secara terus di dalam dinding.



Di dalamnya, kedua kanak-kanak ini telah menemui perkara yang menakutkan: bukti bahawa terdapat orang lain yang turut tinggal bersama mereka. Di dalam dinding mereka sendiri.



Mereka juga turut menemui sebatang anak kunci yang aneh dan tidak diketahui apa yang ia boleh bukakan.



Dan sudah tentu, mereka juga menemui anak patung yang menyeramkan di dalam bilik rahsia itu.


Pada masa ini, pihak polis masih lagi giat menjalankan operasi mencari individu yang tinggal di dalam rumah mereka. Kerana terdapat sisa-sisa makanan, ia seoalah-olah menunjukkan individu terbabit boleh keluar dan masuk pada bila-bila masa yang dia suka. Selain itu, terdapat juga timbunan kecil pakaian di sekitar katil itu. Gula-gula dan snek yang dimakan turut dikenalpasti sebagai kepunyaan kanak-kanak berkenaan, tetapi sesiapa sahaja yang tinggal di ruang berkenaan, dia mampu merangkak keluar pada waktu malam untuk mencuri sesuatu.

JAIPUR - Seekor gajah yang memakai seluar jeans dan kemeja kotak-kotak menghebohkan dunia maya. Gajah ini merupakan sebahagian dari iklan jeans jenama Denizen.

Seperti dilapor Metro, Sabtu (18/10/2013), iklan unik ini diposting ke YouTube. Pengunjung YouTube menerima konsep iklan dengan baik dan menjadikannya perbincangan hangat.

Video ini memperlihatkan dua bintang iklan pergi ke Kota Jaipur, India, untuk mengikuti petandingan kecantikan gajah. Dalam pertandingan itu, mereka mendandani seekor gajah dengan kemeja kotak-kotak berwarna merah dan juga seluar jeans.

Denizen diklaim sebagai jenama denim dengan harga berpatutan. Jenama ini dikeluarkan perusahaan Levi Strauss & Co.

KOTA KINABALU 5 Dis. - Kesungguhan dan minat seorang mahasiswa Malaysia melayari internet dan belajar sesuatu teknologi baharu akhirnya membuahkan hasil apabila dia dipilih sebagai Duta Google bagi Asia Tenggara.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah, Muhd. Ekram Mahat, 22, tidak menyangka video tentang biodata dirinya selama empat minit itu berjaya menarik minat pihak pengurusan Google Asia Tenggara, sekali gus melantiknya sebagai duta.

Jelas anak bongsu daripada enam beradik itu, dia diberitahu tentang pertandingan video itu oleh seorang rakannya sebelum mengambil keputusan menyertainya.

''Saya bersyukur dalam ribuan peserta dari lapan negara di Asia Tenggara yang menyertai pertandingan itu, saya antara 136 individu terpilih sebagai duta sebuah syarikat carian terbesar di dunia. 

''Saya juga berbangga termasuk dalam kalangan 15 individu dari Malaysia yang terpilih sebagai duta dan merupakan wakil tunggal dari Sabah," katanya ketika ditemui dalam program sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2013 di UiTM, di sini hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, Muhd. Ekram memberitahu, video yang dihantar bagi menyertai pertandingan itu berkisar tentang dirinya dan tanggungjawab yang akan dilakukan sekiranya dilantik sebagai duta.

Selaku Duta Google, anak kelahiran Kampung Berungis, Tuaran itu menjelaskan, tanggungjawab yang digalasnya semakin berat.

Namun, Muhd. Ekram optimis dapat memikul tanggungjawab itu dan akan memastikan pelantikannya sebagai duta benar-benar berbaloi.

''Buat masa ini, saya akan mempromosikan produk Google kepada rakan-rakan dan orang kampung, selain memberi mereka pendedahan bahawa teknologi kini berada di hujung jari.
''Selain itu, pelantikan ini juga memberi ruang dari segi kerjasama antara pihak Google dengan UiTM terutama cawangan Sabah untuk menjalankan aktiviti berkaitan teknologi," katanya.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan itu berkata, pada bulan Jun lalu, dia dan beberapa wakil duta dari Malaysia menghadiri seminar tentang perkhidmatan dan produk Google di Yogjakarta, Indonesia.

Sementara itu, Rektor UiTM cawangan Sabah, Datuk Dr. Abdul Kadir Rosline berkata, kejayaan Muhd. Ekram itu satu pencapaian yang membanggakan pihaknya, sekali gus menjadi contoh kepada mahasiswa lain.

Katanya, penyertaan Muhd. Ekram itu adalah inisiatif dia sendiri dan ini menunjukkan semangat kesukarelawan dalam diri mahasiswa sangat tinggi.
UtusanMalaysia

CHAOYANG – Seorang lelaki mendakwa tinggal dalam lubang perparitan syarikat elektrik hampir 20 tahun semata-mata untuk berjimat bagi membiayai pelajaran anaknya di ibu negara China, Beijing, lapor akhbar di sini.

Selepas mendapat tahu nasib lelaki itu, pihak berkuasa Beijing bertindak memberi penginapan sementara kepadanya, lapor media di sini.
Penduduk tempatan menghubungi polis selepas menemui lelaki berusia 53 tahun itu, Wang, dalam lubang berkenaan kelmarin.

Ia terletak dalam kawasan Masyarakat Taman Lido di daerah Chaoyang yang hanya sebesar empat meter persegi.

Bagi mengelak dilihat orang, Wang meletakkan kepingan kadbod untuk menutup lubang itu.
Wang mendakwa, dia tinggal di ruang sempit itu hampir dua dekad bagi membolehkannya berjimat untuk membiayai persekolahan tiga anaknya di daerah Huairou, 40 kilometer dari sini di utara Beijing.

“Kos persekolahan memang banyak. Isteri saya menjaga mereka di rumah manakala saya mencari apa jua kerja.

“Kadar sewa satu bilik sekurang-kurangnya 300 yuan (RM150), jadi untuk berjimat, saya tinggal dalam lubang itu hampir 20 tahun,” katanya.
Berikutan itu, pihak berkuasa memberikannya penginapan sementara, kata seorang pegawai polis.

“Kami akan hubungi keluarganya dan menghantarnya ke pusat bantuan jika perlu,” kata pegawai itu lagi.

Pekerja bekalan tenaga memberi amaran, adalah bahaya untuk sesiapapun berada di dalam lubang berkenaan meskipun tiada saluran elektrik melaluinya.

“Ada banyak peralatan di dalamnya. Sukar membayangkan apa akan berlaku jika peralatan itu disentuh sesuka hati,” kata seorang pekerja di syarikat bekalan tenaga Beijing. – AGENSI

PETALING JAYA – Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai.

Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu.

“Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Dalam perkembangan sama, Leina berkata, dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari semua segi selepas memakai tudung.

Jelas Leina, dia masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah.

“Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang.



“Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu,” katanya.

Mengimbau mengenai kehidupannya dahulu, Leina berkata walaupun sedih namun menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran besar sehingga membuatkan dia tersedar.

Malah kata Leina, dia enggan menoleh ke belakang mengenangkan zaman jahiliahnya tetapi menggunakan kesempatan diberikan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam.
“Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi.

“Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan,” katanya.

Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya.
Sehingga kini dia masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun dia lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

“Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung,” ujarnya. – mStar Online