Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Dasar manusia tak mengenang jasa! Seorang amah yang digaji untuk menjaga cucu majikannya berusia dua tahun, sanggup bertindak kejam dan keji apabila menyuapkan budak lelaki tersebut dengan najis.
Perbuatan terkutuk itu diketahui nenek mangsa selepas tercium bau busuk dari mulut cucunya.
Menurut Sinar Harian, cucu tersebut tinggal bersama neneknya sementar ibu bapanya bekerja di Ipoh.
Kejadian disedari oleh neneknya yang pulang ke kediaman mereka yang terletak di USJ 18.
Setelah mendapatkan cucunya, wanita berusia 48 tahun itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana tercium bau kurang menyenangkan yang muncul dari mulut mangsa.
Ujar satu sumber, “Nenek mangsa memeriksa tubuh badan cucunya dan terkejut apabila lihat ada kesan seperti najis di celah gigi.

“Dia kemudian bertanya dan cucu lelakinya memberitahu pembantu rumah dikenali sebagai ‘Aning’ telah memberinya makan najis ketika berada di dalam tandas di tingkat atas, rumah teres dua tingkat itu.”

Tambah individu itu, nenek mangsa sudah meragui tingkah laku pembantu rumah yang baru bekerja di situ selama tiga bulan sebelum ini lagi.
Perbuatan jijik si ‘Aning’ tadi menyebabkan kanak-kanak malang itu muntah dan mengeluarkan cecair busuk berbau najis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua yang dihubungi akhbar tersebut mengesahkan kejadian itu.
Menurut beliau, selepas kejadian tersebut ,nenek mangsa terus menghantar wanita itu ke ejennya semula.
Tambah Tan, “Bertindak atas laporan, kami menahan pembantu rumah berusia 42 tahun berasal dari Indonesia di pejabat ejen pembantu rumah dan kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.” 


BALI – Kegembiraan seorang wanita untuk mengambil gambar selfie dengan seekor monyet bertukar menjadi sebaliknya apabila monyet itu menarik rambutnya.
Kejadian itu juga membuatkan wanita itu yang juga seorang pelancong dan monyet tersebut sama-sama terkejut dan terpinga-pinga dengan mulut masing-masing ternganga.
Beberapa keping gambar selfie yang tidak menjadi itu kemudiannya dimuat naik dalam Reddit oleh seorang pengguna dikenali sebagai ThatGuy1331.
Gambar itu memaparkan wanita tersebut tersenyum riang kerana dapat berselfie dengan monyet tersebut sebelum binatang itu menghulurkan tangan dan menarik rambutnya.
Manakala gambar terakhir menunjukkan wanita itu dalam keadaan amat terkejut, seolah-olah melihat hantu dan cuba melepaskan diri.
Beberapa pengguna Reddit telah memberikan komen terhadap gambar tersebut.
“Jika anda senyum dan menunjukkan gigi kepada monyet, ia menunjukkan tanda anda bersikap agresif terhadap binatang itu.
“Jika anda mahu senyum, maka anda harus bersedia untuk berlawan dengan monyet tersebut,’’ demikian antara komen yang ditulis pada gambar berkenaan.


Mulai 1 Januari ini, restoran makanan segera terkenal seluruh dunia, Mcdonald dikhabarkan akan menghentikan penjualan kepada pelanggan yang mengalami berat badan yang berlebihan.
Perlaksanaan yang dikira agak sedikit bias ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menyedarkan pengguna yang mengalami masalah obesiti dan ia mungkin dilihat hanya berkuat kuasa di negara Uncle Sam buat masa ini.
Menurut mereka, kadar obesiti di Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda sejak dua dekad lalu dan ia menjadi masalah kesihatan yang semakin serius kerana lebih dua pertiga daripada penduduknya mengalami tersebut.
Menurut laporan, mulai 1 Januari 2015 pihak Mcdonal tidak lagi melayan pelanggan yang mempunyai berat lebih daripada 77kg untuk wanita manakala 111kg untuk lelaki.
Walaubagaimanapun, sukatan bagi kanak-kanak pula adalah berbeza kerana ia bergantung kepada umur dan ketinggian.
Pihak Mcd melaksanakan sistem penimbang seperti gambar di bawah, setiap pelanggan harus berdiri di atas penimbang semasa membuat pesanan.


Semalam, beberapa blog tempatan telah menyiarkan foto menunjukkan adegan pergaduhan antara Liza Abdullah dengan Tunku Hanis di satu lokasi yang tidak diketahui.
Kononnya, kedua-dua pelakon ini berperang besar hingga terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.
Foto tersebut secara tak langsung mengundang pelbagai komen daripada netizen termasuk kritikan negatif yang mengaitkan para artis dengan perangai buruk.
Namun hakikatnya, ia hanyalah babak lakonan dalam sebuah drama melibatkan kedua-dua pelakon itu!
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Tunku Hanis menerusi Murai.com yang memberitahu, dia agak terkejut dengan penyebaran foto itu.
“Bukan sahaja terkejut malah saya rasa kelakar pula sebab saya dan Kak Liza memang sangat baik dan memang ketika itu saya suruh Kak Liza berlakon seperti kami bergaduh betul.
“Tak mungkin saya nak bergaduh dengan dia, saya hormat dirinya sebagai seorang pelakon hebat dan senior,” katanya.
Hai, tak pasal-pasal jadi mangsa fitnah pula..
Tak mengapalah kerana mungkin Tunku Hanis dan Liza boleh berbangga kerana lakonan mereka benar-benar menjadi!


Pelukis konroversi, Uwe Max Jense, dari Danmark yang pernah menggemparkan dunia apabila melukis karikatur wajah nabi Muhammad S.A.W kali telah tampil lagi dengan kontroversi terbarunya.



Kali ini beliau tampil melukis gambar kontroversi Kim Kardashian dengan cara yang jijik dan gila. Beliau melukis gambar punggung Kim dengan menggunakan zakarnya.


Tindakannya ini telah telah mendapat cemuhan ramai orang dan menganngap lelaki ini adalah gila keran sering melakukan perkara yang melampaui batas.


Bagaimanapun ada juga yang turut memuji lukisan beliau.

Semalam seorang individu telah memuat naik dilaman facebooknya beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau menjumpai objek bendasing di dalam minuman milo kotak yang diminumnya.

Beliau,Teh Suan Sim Shirley, nyata amat terkejut kerana air tersebut telah diminum oleh anaknya. Beliau menyedari perkara ini apabila anaknya tidak dapat menghabiskan air tersebut kerana tersekat dan meminta tolongnya



Pada mulanya Teh mencuba minum air yang masih tinggal lagi 3/4 kotak tersebut dan berasa pelik dengan air tersebut. Beliau membuat keputusan untuk menebuk kotak tersebut dan terkejut besar apabila menjumpai objek itu.


beliau meminta pendapat orang ramai apa yang harus dilakukannya dan amat bimbang akan kesihatan anaknya kerana telah meminum air yang telah dicemari tersebut.




Bagaimanapun perkara ini telah pun mendapat maklum balas dari pihak Nestle dari bahagian Consumer Services. Beliau telah meminta maaf bagi pihak Nestle dan meminta nombor konteks Puan Shirley supaya mereka dapat menghubunginya secepat mungkin.



Perkembangan hari ini Puan Shirley dikatakan akan membawa perkara ke Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) untuk tindakan lanjut


PETALING JAYA: Orang-orang dari Pantai Timur Malaysia menghabiskan masa yang paling lama untuk melihat pornografi di internet, sebuah syarikat video dalam talian mengesahkan.

Statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Warga Malaysia di Kuala Lumpur menduduki tempat kedua, dengan purata 12: 29.

Ini diikuti oleh pengguna internet di Kota Bahru dan Miri, yang mencatatkan penerokaan dengan purata 12: 27 seorang, bagi setiap lawatan.

Ini adalah tempoh masa lanjutan yang dilakukan Pornhub secara global bertajuk 'Who Lasts Longest' dengan mengumpul dan memperincikan masa yang digunakan di laman web oleh orang-orang di seluruh dunia.

Empat bandar di Malaysia mencatatkan purata penggunaan Pornhub lebih tinggi berbanding Malaysia sendiri (12: 05), yang merupakan antara yang tertinggi di Asean.

Filipina (14: 22) mendahului senarai sebagai salah sebuah negara yang mana penggunanya adalah paling tinggi (atau paling lama) di dunia.

Malaysia diikuti oleh Myanmar (10: 54), Indonesia (10: 11), Singapura (9: 50), Brunei (9: 45), Laos (8: 28), Vietnam (8: 24), Thailand (8: 15) dan Kemboja (8: 07).

Bercakap kepada The Star, Naib Presiden Pornhub Corey Price berkata sesetengah negara mungkin telah mencatatkan tempoh masa yang lebih lama untuk setiap lawatan kerana mereka telah mencari video yang betul.

"Kadang-kadang, proses pemilihan boleh memakan masa, justeru ia tidak menghairankan apabila jumlah pelbagai diperolehi di laman web kami," katanya.