Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

Jakarta – Perkahwinan diraja iaitu anak kepada Sultan Hamengkubuwono X, iaitu Gusti Ratu Kanjeng Hayu, 29, akan diadakan dengan meriah dan dianjurkan selama tiga hari tiga malam.



Gusti Ratu Kanjeng Hayu yang juga anak keempat Sultan Hamengkubuwono X itu dinikahkan dengan pasangannya, Kanjeng Pangeran Haryo Notonegoro, selepas 10 tahun menjalinkan hubungan.

Mereka bertemu pada satu majlis pertemuan semula di sekolah dan kemudiannya menyambung hubungan tersebut ke menara gading.

Kanjeng Hayu menuntut di sebuah universiti di Washington manakala bakal suaminya pula belajar di New Jersey.
Haryo Notonegoro kini berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Pasangan berkenaan akan diarak dengan 12 kereta kuda diraja dan majlis angkat nikah akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui internet.

Kira-kira 750 tetamu termasuk diplomat telah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan berkenaan.

Sultan Hamengkubuwono X dilahirkan pada 1948, juga merupakan governor yang dilantik oleh kerajaan, selepas memenangi kerusi berkenaan pada 1998.
Galaxy-S5

Samsung mungkin tidak mengaplikasikan teknologi imbasan cap jari pada telefon pintar keluarannya seperti Apple,namun mereka mempunyai idea yang lebih baik: pengimbas iris!
Pakar biometrik meramalkan teknologi pembacaan optik itu akan menjadi trend hangat dalam kalangan pengeluar telefon pintar.

Apple mempelopori sekuriti cap jari TouchID pada model iPhone 5S dan 5C mereka, diikuti HTC yang melengkapi model One Max terbarunya dengan teknologi yang sama.

Menurut sumber daripada AndroidSaS, Samsung kini sedang dalam fasa menguji teknlogi ‘eye scanner’ itu. Tiada penjelasan lanjut diberikan tentang sebab syarikat telekomunikasi Korea Selatan itu memilih untuk tidak mengikut jejak langkah Apple dan HTC,namun spekulasi mencanangkan mungkin ianya ada kena mengena dengan teknologi Smart Scroll yang diperkenalkan dalam model Galaxy S4.

Kesemua pembuat telefon pintar telah diberi notis oleh New York State Attorney untuk mencipta peranti yang bersekuriti tinggi bagi mengelakkan kecurian.
Samsung dijangka untuk melancarkan Galaxy S5 pada awal tahun hadapan.
JOHNNY

Jarang-jarang sekali aktor popular Johnny Depp mewarnakan rambutnya.

Namun, baru-baru ini Depp tampil dengan imej terbarunya itu ketika menghadiri Anugerah Festival Filem BFI di London, England.

Kebanyakan peminatnya tidak begitu menyukai imej terbaru aktor tersebut kerana dia kelihatan berusia dengan rambut berwarna blonde.

Dalam perkembangan terbaru, aktor berusia 50 tahun ini sedang sibuk dengan penggambaran dua filem terbarunya, Mortdecai dan Into the Woods.
Nokia Lumia 1020

Nokia mahu dikenali sebagai peneraju utama bagi peranti kamera telefon pintar di pasaran dengan mengumumkan telefon pintar terbarunya Lumia 1020 yang mempunyai resolusi impresif 41 megapiksel.

Rekabentuk model ini lebih tipis berbanding pesaingnya Samsung Galaxy S4 Zoom; dan syarikat pemgeluar telefon bimbit Finland itu meletakkan sasarannya kepada jurugambar amatur.

Namun, kemungkinan telefon pintar ini untuk tewas di pasaran amat tinggi kerana dimuatkan dengan perisian Microsoft Windows 8. Umum tahu,Windows 8 menawarkan aplikasi yang kurang memuaskan.

Dari segi rekabentuk pula, kecuali tambahan lensa hitam pada bahagian belakang model;Lumia 1020 ini tampak lebih kurang sama dengan model sebelumnya iaitu Lumia 920.

Nokia Lumia 1020 didatangkan dengan paparan ClearBlack AMOLED berukuran 4.5 inci (768×1280 piksel), Corning Gorilla Glass 3 dan kepadatan piksel sebanyak 334 piksel setiap inci: menjadikan paparannya lebih terang dan jelas berbanding paparan AMOLED yang lain.
Hasilnya, teknologi ClearBlack ini menjanjikan paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.

Satu lagi ciri-ciri model ini adalah keupayaan untuk merakan video berdefinisi tinggi (full-HD) sebanyak 30 ‘frame’ setiap saat. Kualiti rakaman akan pasti mengujakan hasil daripada teknologi Rich Recording Nokia yang boleh mengekalkan audio yang jelas meskipun syot dibuat dalam keadaan yang bising.

Lumia 1020 ini dikuasakan oleh pemprosesan 1.5GHz dual-core Snapdragon S4 dengan RAM berkapasiti 2GB.


Pelajar berusia 17 tahun, Sean Buxton mungkin merupakan peminat Chelsea yang paling bertuah dalam muka bumi ini.

Ini kerana dia berpeluang duduk sebaris dengan pengurus The Blues, Jose Mourinho ketika menyaksikan perlawanan Chelsea menentang Cardiff City, Ahad lalu.

Ini kerana Mourinho dilarang duduk di ‘bench’ pemain dan dikehendaki duduk bersama-sama penonton yang lain di Stamford Bridge.

Buxton menyifatkan pengalamannya itu sebagai sesuatu yang gila dan sangat berharga buat dirinya.

Malah, Buxton sempat mengambil gambar secara curi-curi untuk mengabadikan momen terindahnya sebagai peminat setia The Blues.
Dalam perlawanan itu, Chelsea berjaya membenam Cardiff City 4-1 dan kini menduduki tangga kedua liga di bawah kelab Arsenal.


Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.
 
Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008. – HARIAN METRO
Liyana

Tahniah diucapkan buat pelakon kecil molek, Liyana Jasmay yang kini telah disahkan hamil dua bulan.

Menerusi Harian Metro, Liyana dijangka bersalin anak sulungnya pada Mei tahun depan.
Anak jati Kuala Lumpur itu telah melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada 2 Februari lalu.

Meskipun kini sudah berbadan dua, Liyana masih aktif berlakon cuma dia lebih berhati-hati semasa melakonkan babak lasak.
GAMBAR: Komando Taiwan Cipta Topeng Muka Kalis Peluru Untuk Anggotanya

PASUKAN khas elit Taiwan memperkenalkan ‘alat’ baru untuk dipakai anggota tentera mereka – topeng muka kalis peluru!

Topeng muka tersebut dikatakan mampu menjadi perisai walaupun ditembak dari jarak dekat.

Difahamkan ia berjaya dalam ujikaji yang dibuat saintis negara itu bila satu tembakan dilepaskan dari senjata a.44 magnum.

Namun difahamkan Amerika Syarikat juga pernah menghasilkan topeng sebegini untuk beberapa tim khas mereka yang dihantar bertugas di Iraq dan Afghanistan sekitar tahun 80-an dulu.
clone4
clone1
clone6


Nikita Willy hadir dalam ratusan hadirin yang datang pada malam akad nikah antara Olla Ramlan dan Aufar Hutapea di Masjid Kubah Emas, Cinere, Depok, Kamis lalu.
Bintang sinetron 'Putri Yang Ditukar' itu datang dengan berpakaian agak seksi dengan bahagian bahunya terdedah.

Penampilan Niki sedikit menjolok mata jika dibandingkan dengan tetamu wanita yang lain yang mengenakan busana tertutup, maklumlah di masjid.

Niki mengaku agak terkeliru memilih pakaian, lantas memberi alasan tersalah pilih kostum.

"Iya kemarin bingung pakai kostum apa. Terus pakai kostum yang ada aja," katanya kepada wartawan.


Gaun yang dipakai Nikita ketika hadir di masjib berkenaan
Namun begitu, Niki tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu secara serius. Beliau cuba bersikap tenang dan percaya dengan penampilannya pada malam itu.

"Biasakan kalau pesta perkawinan malem ya, makanya aku pakai kayak gini. Biarin aja deh, cuek aja,” kata kekasih pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels itu sambil tersenyum.