Nokia mahu dikenali sebagai peneraju
utama bagi peranti kamera telefon pintar di pasaran dengan mengumumkan
telefon pintar terbarunya Lumia 1020 yang mempunyai resolusi impresif 41
megapiksel.
Rekabentuk model ini lebih tipis
berbanding pesaingnya Samsung Galaxy S4 Zoom; dan syarikat pemgeluar
telefon bimbit Finland itu meletakkan sasarannya kepada jurugambar
amatur.
Namun, kemungkinan telefon pintar ini
untuk tewas di pasaran amat tinggi kerana dimuatkan dengan perisian
Microsoft Windows 8. Umum tahu,Windows 8 menawarkan aplikasi yang kurang
memuaskan.
Dari segi rekabentuk pula, kecuali
tambahan lensa hitam pada bahagian belakang model;Lumia 1020 ini tampak
lebih kurang sama dengan model sebelumnya iaitu Lumia 920.
Nokia Lumia 1020 didatangkan dengan
paparan ClearBlack AMOLED berukuran 4.5 inci (768×1280 piksel), Corning
Gorilla Glass 3 dan kepadatan piksel sebanyak 334 piksel setiap inci:
menjadikan paparannya lebih terang dan jelas berbanding paparan AMOLED
yang lain.
Hasilnya, teknologi ClearBlack ini menjanjikan paparan yang jelas walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Satu lagi ciri-ciri model ini adalah
keupayaan untuk merakan video berdefinisi tinggi (full-HD) sebanyak 30
‘frame’ setiap saat. Kualiti rakaman akan pasti mengujakan hasil
daripada teknologi Rich Recording Nokia yang boleh mengekalkan audio
yang jelas meskipun syot dibuat dalam keadaan yang bising.
Lumia 1020 ini dikuasakan oleh pemprosesan 1.5GHz dual-core Snapdragon S4 dengan RAM berkapasiti 2GB.
No comments
Post a Comment