Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEBUAH kafe di Jepun menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggannya iaitu Ore No Yome yang bermaksud ‘isteriku’. Ia menawarkan `isteri’ kepada pelanggan yang kesunyian dan kelaparan.
Kafe yang terletak di Higashi Ikebukuro itu kini mula mendapat tarikan ramai.
Pelanggan yang mahu ke situ perlu membuat tempahan melalui telefon dan sebaik mereka tiba, pelayan wanita yang hanya memakai bikini dan apron akan menyambut pelanggan tersebut.
`Isteri’ tersebut akan melayan dan memainkan peranan sebagai seorang isteri ketika masak untuk pelanggan.
“Sebaik sahaja anda mahu pulang ke rumah, tolong beritahu saya sayang. Saya akan masak makan malam,’’ demikian tulis iklan mempromosikan kafe terbabit.
Tetapi bukan hanya `isteri disediakan sebaliknya seorang wanita juga boleh memiliki `suami’ di kafe berkenaan yang akan menemani mereka dan hanya memakai pakaian mendedahkan.
Pelayan lelaki itu akan digelar `suami tersayang’ yang akan turut melayan pelanggan wanita, sama seperti mereka melayan isteri. 

SEORANG pelukis, Sarah Levy telah melangkah ke arah seni provokatif apabila menghasilkan karya menggunakan darah haidnya sendiri.
Figura yang terpilih untuk menjadi wajah pertama untuk karya seninya itu tak lain dan tak bukan ialah calon presiden Amerika Syarikat untuk tahun 2016, Donald Trump.
Sarah yang berasal Portland, Oregon berhasrat mahu mendermakan wang hasil jualan lukisan uniknya itu untuk sebuah badan kebajikan.
Menurut Sarah, warna lukisannya itu sudah mulai luntur menjadi warna merah kecoklatan tidak seperti merah gelap seperti sebelum ini.