SEORANG pelukis, Sarah Levy telah melangkah ke arah seni provokatif apabila menghasilkan karya menggunakan darah haidnya sendiri.
Figura yang terpilih untuk menjadi wajah pertama untuk karya seninya itu tak lain dan tak bukan ialah calon presiden Amerika Syarikat untuk tahun 2016, Donald Trump.
Sarah yang berasal Portland, Oregon berhasrat mahu mendermakan wang hasil jualan lukisan uniknya itu untuk sebuah badan kebajikan.
Menurut Sarah, warna lukisannya itu sudah mulai luntur menjadi warna merah kecoklatan tidak seperti merah gelap seperti sebelum ini.
No comments
Post a Comment