Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Nak diikutkan memang pelik bunyinya tapi sebuah pusat beli belah besar yang boleh dikira baru dibuka di Seremban dikhabarkan tidak meletakkan cermin di dalam tandasnya.

Dengar khabar ada cerita mistik di sebalik tindakan ini iaitu mengelak gangguan yang gemar muncul jika terdapat cermin dalam tandas.

Mengikut cerita yang kini tersebar di laman sosial, kisah seram di tandas pusat beli belah ini bukan rahsia lagi malah ia pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina.



Selain tandas, pengunjung juga didakwa mengalami gangguan aneh ketika menonton wayang termasuk kaki tiba-tiba ditarik atau rambut terasa seperti diusik.


 Benarkah dakwaan ini atau ia sekadar untuk menjejaskan pusat beli belah yang terbengkalai selama 10 tahun sebelum beroperasi ini?
Hanya mereka yang pernah mengalami pengalaman seram di sini dapat memberikan kepastian



Rabu lalu, masyarakat Singapura hangat memperkatakan tentang gambar seorang wanita pendatang asing dari China membuang air besar di tempat awam secara selamba yang menjadi viral di laman siber.

Rata-rata berasa marah dengan insiden ini dan menyifatkan mereka sudah muak dengan perangai pendatang asing China yang gemar berkelakuan tidak beradab dan mencemarkan keindahan negara mereka.

Rungutan rakyat ini nampaknya diambil serius oleh Kerajaan Singapura yang segera mengadakan mesyuarat bagi membincangkan cara penyelesaian.


Hasilnya satu sidang media diadakan semalam bagi mengumumkan hukuman baru jika membuang air kecil mahu pun besar di tempat awam sekitar Singapura berkuat kuasa mulai hari ini (15 Ogos 2014) iaitu:

1) Denda $1000 (RM2537) jika ditangkap buang air di khalayak ramai.
2) Penjara 12 bulan atau lebih dan 6 sebatan bagi kesalahan kali kedua.
3) Pesalah akan dihantar menjalani Corrective Training di mana mereka dikehendaki mencuci tandas awam di tempat paling sibuk di Singapura selama sebulan. Jika tidak memuaskan, tempoh cuci tandas awam ini akan dilanjutkan.
4) Orang ramai digalakkan merakam pesalah yang membuang air di tempat awam dan bakal menerima voucer bernilai $100 sebagai penghargaan selepas pesalah berjaya diberkas. 

Hai, macam-macam kan?

Mujurlah berak merata-rata bukan salah satu masalah yang perlu diselesaikan Malaysia berkaitan isu pendatang asing di negara ini.




Seorang perempuan baru-baru ini dirakam berjalan-jalan di Kuala Lumpur dengan memakai tudung dan berbaju labuh tapi tidak memakai seluar.

Bagi kami ada beberapa teori yang boleh menerangkan senario ini, antaranya perempuan tersebut mungkin pelancong asing yang menyangka tudung adalah fesyen seumpama topi di negara ini. Jadi dia turut mengenakannya tanpa berasa janggal.



(Hakikatnya satu dunia tahu kot, hijab atau tudung biasa dikenakan wanita beragama Islam).

Teori lain adalah perempuan ini memang ada masalah lupa yang kronik sampai tak ingat mahu memakai seluar ketika keluar rumah dan satu lagi kemungkinan, dia kurang siuman.
Apa pun alasannya, semoga selepas ini perempuan terbabit diberikan kesedaran bahawa tudung digunakan bagi menutup aurat oleh wanita Islam. Jadi mengenakannya di kepala tapi membiarkan bahagian bawah dalam keadaan telanjang adalah sesuatu yang amat tidak kena. - MYNEWSHUB.MY



Selepas reda dengan kontroversi bercinta dengan suami orang, nama pelakon Hanez Suraya tidak lagi diperkatakan ataupun dicemuh sebilangan besar peminat industri hiburan tempatan.

Namun, mungkinkah dengan perkongsian gambar terbaharu Hanez ini bakal menaikkan kembali namanya sekali gus meraih perhatian daripada para peminatnya?

Dalam gambar tersebut, Hanez mendedahkan sebahagian perutnya yang putih melepak untuk tontonan umum dan foto tersebut dipercayai diambil ketika aktres ini sedang bercuti di Singapura, baru-baru ini.

Memang tak dinafikan Hanez merupakan salah seorang di antara selebriti yang mempunyai pakej menarik, berwajah cantik dan berbadan hot!
Sebab itulah dia tak kisah tayangkan sikit untuk peminatnya di luar sana. Tak gitu?


KUALA LUMPUR – Pengguna Twitter, Effi Nazrel Saharudin didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan menghantar komen jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, tahun lalu.

Hakim, Zulqarnain Hassan memutuskan demikian terhadap Effi Nazrel yang juga dikenali sebagai 10befiend selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula ke atasnya oleh jurubahasa.

Effi Nazrel selaku Orang Kena Saman (OKS) turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Terdahulu, pada 5 Jun lalu, Effi Nazrel didakwa atas dua pertuduhan menghantar dua komen jelik melalui akaun Twitter miliknya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong di sini, kira-kira jam 11.21 pagi dan 11.23 pagi, pada 1 Jun 2013.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Berita Harian


HANGZHOU (China) – Polis di sini semalam menahan enam wanita hamil yang didakwa mencuri 300 pakaian bernilai 100,000 yuan (RM56,000) dari 11 kedai dalam masa tiga jam.
Akhbar Zhejiang News melaporkan, polis menerima laporan mengenai kegiatan wanita berkenaan daripada seorang pembantu kedai.

Rakaman televisyen litar tertutup sebuah kedai menunjukkan dua wanita hamil memasukkan pakaian berkenaan ke dalam beg plastik.

Kamera di kedai lain merakam dua lagi wanita mengandung mengalihkan pandangan pekerja kedai sementara dua rakan mereka, juga hamil, memasukkan pakaian ke dalam beg mereka.
Hasil siasatan menunjukkan wanita berkenaan juga menjalankan kegiatan mereka di beberapa bandar besar lain sebelum pulang Hunan, bandar tempat tinggal mereka, untuk menjual semula pakaian yang dicuri itu.

Seorang wanita terbabit berkata, mereka berbincang mengenai operasi mereka ketika bermain mahjong dan yakin tidak akan ditangkap kerana hamil. – Agensi


Entah apalah kena budak-budak sekarang, makin lama makin tak tahu malu terutama dalam bab pergaulan lelaki perempuan.

Jika gambar berpeluk sakan sudah biasa ditemui di Facebook budak sekolah zaman sekarang, yang ini pula gambar sepasang kekasih kecil yang ‘feeling feeling’ macam ambil gambar suami isteri di pagi raya.

Meskipun budak lelakinya elok berbaju Melayu tradisional manakala yang perempuannya bertudung litup menutup aurat, selamba sahaja mereka berpeluk dan bercium ‘molot’ sambil gambar dirakamkan.

Tak pasti pula jika ada member yang jadi pak sanggup tolong ambilkan gambar atau kamera dipasang timer tapi yang pasti budak dua ekor ni memang dah gatal sangat nampaknya.
Maka kalau ada keluarga atau sanak saudara yang mengenali pasangan mentah ini, mohon dipesan kepada ibu bapa mereka supaya beri pendidikan agama yang lebih lagi pada anak mereka atau kalau susah-susah, kahwinkan saja.


Sedih melihat mayat seorang bayi perempuan yang sudah sempurna ditemui terperosok dalam longkang di kawasan belakang rumah teres Taman Seri Sg Pelek, Sepang pagi semalam.

Bayi masih bertali pusat itu ditemui penduduk tempatan sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan awal mendapati bayi seberat 2 kilogram ini cedera di dahi dipercayai terkena batu longkang.

Sudahlah melakukan dosa, pelakunya memang kejam sungguh.



Bukan tidak ada kes buang bayi sebelum ini tapi mereka yang tergamak membuang zuriat sendiri di tempat kotor seperti longkang memang boleh dikira sebagai manusia berhati kering.


Kita bukan tak biasa dengar tentang penemuan objek jijik dalam produk di pasaran termasuk ketulan busuk atau bangkai binatang tertentu.

Tapi bagi kes di Seremban, bukan seekor tapi dua binatang merayap yang meloyakan tekak iaitu cicak dan lipas ditemui dalam sebotol sos berjenama terkenal.

Mawar Malinda Zakaria, 33, menceritakan pengalamannya kepada sebuah akhbar tempatan bahawa botol sos tersebut mengeluarkan bau busuk ketika dibuka dan selepas berusaha menuang sos yang tersekat, bangkai cicak dan lipas mula kelihatan.

Akibatnya hasrat mahu memasak ayam percik menggunakan sos tersebut pada petang Selasa lalu terpaksa dibatalkan.



Apa yang menyakitkan hati pengguna ini, sudahlah dia dan anak-anak menjadi trauma ekoran penemuan jijik tersebut bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat sos terbabit tidak memberikan jawapan memuaskan dan hanya mahu memberikannya sebotol sos yang baru (berharga RM3.70) sebagai penyelesaian.

Jelas, memang tak cerdik langsung cara perkhidmatan pelanggan syarikat pengeluar sos ini menjalankan tugasnya. Maka tak hairanlah kes yang boleh menjatuhkan imej syarikat terbabit kini tersebar ke seantero Malaysia.

Tapi secara positifnya baguslah, bila dah jadi macam ini barulah kita tahu syarikat besar berjenama terkenal pun belum tentu boleh dipercayai seratus peratus terjamin kesuciannya walaupun mendapat label halal. Macam mana tu?