Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


SEORANG wanita dari Indiana, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah atas kesalahan menyerang bekas kekasihnya pada Mac 2012.
Dalam kejadian itu, Christina Lorena Reber, 46, bertindak mengoyakkan kerandut zakar lelaki berusia 60 tahun itu di kediamannya hanya dengan menggunakan tangannya, memetik laporan Mail Online.
Ia berpunca daripada keputusan mangsa mahu berpisah dengan Christina beberapa hari sebelum itu.
Laporan polis menyebut, wanita itu telah memecah masuk ke dalam rumah mangsa sebelum menumbuk kepala dan menarik kerandut zakarnya.
Christina kemudiannya membenamkan jarinya ke dalam kerandut tersebut sebelum memulasnya sekuat hati sehingga menyebabkan mangsa mengalami kesakitan melampau.
Dalam pergelutan itu, kedua-duanya terjatuh dan situasi itu akhirnya memberi peluang kepada mangsa untuk melepaskan diri.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk pembedahan bagi memulihkan semula bahagian zakarnya yang cedera teruk akibat serangan itu.
Sehingga kini, mangsa dilaporkan masih mengalami kesakitan berterusan akibat perbuatan Christina. 


WOW ~! terlopong seketika kami tatkala melihat gambar pelakon senior, Raja Ema bergaya sakan dengan koleksi baju tidurnya!
Dalam usia yang hampir mencecah 50-an, ternyata dia masih mampu bergaya penuh confidentdan ‘mengancam’ setanding dengan artis-artis wanita muda sekarang. Tengoklah rambutnya tu, blonde abis .. sekali pandang dah macam Eina Azman lak kan.
Oh ya, jangan salah sangka pula…
Raja Ema bukan saja-saja mengenakan baju tidur tersebut, sebaliknya ia untuk tujuan promosi perniagaan ‘Raja Ema Sleep Wear Collection 2015′.
Jadi, kalau ada wanita-wanita yang mahu tampil menggoda bak Raja Ema, mungkin koleksi ini sesuai untuk anda gayakan.







BONUS daripada pihak syarikat pastinya amat ditunggu-tunggu sesiapa sahaja yang bergelar kakitangan atau pekerja.
Jika di China, kebiasaannya ia akan diberi dalam bentuk wang ringgit ataupun kereta.
Namun, berbeza pula dengan sebuah syarikat teknologi di Beijing, Qihoo360 apabila pihak pentadbir dikatakan menawarkan peluang bermalam dengan pelakon lucah Jepun, Julia Kyoka kepada kakitangan yang ‘bertuah’.
Khabar itu tersebar selepas satu senarai pilihan bonus syarikat tersebut disiarkan di Internet.
Bagaimanapun, ia dinafikan oleh pihak Qihoo360 dan mendakwa ia merupakan senarai palsu.

DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.
Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).
Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.
Walaupun wang sumbangan yang dikumpulkan bertujuan untuk membolehkan dia membeli sebuah kereta baharu, pengedar kereta memutuskan memberikan sebuah kereta model terbaharu, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132,357).
“Sejak kereta rosak, saya memang tidak mampu untuk membeli yang baharu. Oleh itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32km setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang,” katanya.
Sumbangan kereta berkenaan diberikan oleh wakil pengedar Ford, Blake Pollock, manakala inisiatif dana bantuan pula dilakukan oleh seorang pelajar universiti, Evan Leedy.
Wang sumbangan pula akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson. – Agensi

KES wanita ‘bersiar-siar’ dalam keadaan bogel bukanlah sesuatu yang luar biasa di negara kita biarpun ia boleh dianggap sebagai kes terpencil.
Hari ini, tersebar satu lagi video berdurasi 13 saat yang memaparkan seorang wanita bogel sedang diawasi oleh dua anggota polis trafik.
Wanita tersebut dilihat berjalan pantas di atas jalan raya tanpa memperdulikan kenderaan yang lalu-lalang di sekelilingnya.
Ramai yang mengandaikan dia mengalami masalah mental dan tindakan itu dilakukan di luar kewarasannya.
Hasil carian kami di Twitter mendapati kejadian tersebut berlaku di Kuala Lumpur, namun lokasinya tidak diketahui secara tepat.


SUMBER - Mynewshub.cc