Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


BEBERAPA gambar kemalangan maut di Terminat Bot Lekir, Lumut telah dikongsikan menerusi Facebook Daily Traffic Report, hari ini.
Memetik Harian Metro, mangsa Mohd Yusaini Mat Yassin, 25, maut selepas kereta yang dinaikinya terjunam ke dalam laut pada jam 11.35 malam tadi.
Mayatnya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 10.20 pagi tadi oleh pihak bomba dengan bantuan menggunakan kren untuk menarik kereta tersebut.
Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang memandu kereta rakannya itu melakukan pusingan ‘U’ di atas jeti, namun gagal mengawal kenderaannya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Seorang lelaki didakwa menjadi mangsa tetak hingga putus pergelangan tangan.
Kejadian berlaku jam 9 malam semalam di Bukit Temalong, Kelantan.
Mangsa dikatakan kini berada di HUSM Kubang Kerian untuk menerima rawatan.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar mangsa ditetak serta sama ada tangan yang putus berjaya disambung semula.
Namun yang pasti, gambar-gambar dikongsikan ini sememangnya ngeri. 


Nama wanita ini adalah Luo Yufeng atau lebih dikenali sebagai Sister Feng, pada tahun 2009 hingga 2011, boleh dikatakan bahawa wanita ini adalah salah satu wanita yang dibenci dan jadi bahan ketawa di China. Sister Feng adalah seorang juruwang di sebuah pasar raya di Shanghai, China. Dia berasal dari keluarga miskin dan berpendidikan biasa saja, namun rasa percaya diri serta semangatnya luar biasa.

Sister Feng menjadi terkenal selepas dia mengedarkan risalah mencari jodoh. Tidak tanggung-tanggung, dia mensyaratkan lelaki lulusan universiti terkenal, kacak, tinggi dan syarat lain. Dia menjadi berita nasional setelah seorang reporter memberitakannya. Berita sensasi ini lantas membuat banyak orang mencebik dan mentertawakan Sister Feng yang dianggap berwajah biasa saja.





Selepas diberitakan, Sister Feng justru mendapat seorang teman lelaki yang sangat kacak, seorang mahasiswa dari Universiti terkenal. Setelah mereka memperkenalkan diri, tak lama kemudian Sister Feng memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jangan salah, bahkan ada seorang lelaki kaya yang mengajak Sister Feng jadi kekasihnya semasa sambutan hari Valentine, namun lelaki itu gagal.


Dengan nasib baik yang belaku pada Sister Feng dan banyaknya lelaki kacak kaya yang mendekatinya, wanita ini semakin jadi bahan ejekan. Sehingga beredar kabar angin kononnya Sister Feng akan melakukan pembedahan plastik, hingga ada orang-orang mengedit fotonya. Namun hingga kini, tidak ada perubahan di wajah Sister Feng, entah berita itu benar atau sekadar sensasi belaka.

Akhirnya memilih tinggal di Amerika Syarikat







Tahu bahawa dirinya dibenci di China, Sister Feng mengadu nasib di Amerika Syarikat. Dia belajar bahasa Inggeris tanpa menyerah. Menurut berita terkini, Sister Feng bekerja di salah satu salon kuku di bandar Brooklyn. Di sana, Sister Feng kembali menebar risalah mencari jodoh, namun kali ini dia tidak mahu berpasangan dengan lelaki Asia.

" Saya dibenci di China , namun saya tidak mahu orang - orang di sini membenci saya juga , " ujar Sister Feng . " Amerika adalah tempat di mana orang boleh berjaya . Saya ingin membuat sebuah kerjaya kecil di sini , dan membangunkan lebih besar , " katanya dengan optimis .

Walau sudah meninggalkan China dan mempunyai kehidupan yang lebih baik di Amerika Syarikat , Sister Feng tetap mempunyai peminat .

" Sebagai wanita , saya ingin berjaya dan berkahwin . Berkahwin dan mempunyai anak adalah kebahagiaan terbesar , " ujar Sister Feng .

Itulah sekilas kehidupan seorang ang bernama Sister Feng . Dari seorang juruwang di Shanghai , menjadi terkenal namun dibenci , kemudian berjaya melalui kehidupan yang baru di Amerika Syarikat . Sebuah perjuangan yang memelukan keberanian , semangat dan kepercayaan diri yang  tinggi . Fizikal hanya sebuah penilaian kecantikan dari luar , namun di sebalik itu semua, cantik adalah seberapa besar rasa cinta anda pada diri sendiri . 

1. Raksasa Cardiff (1869)


Sebuah foto yang menunjukkan ada beberapa orang mengelilingi sosok seseorang yang mempunyai saiz tubuh lebih besar dari saiz tubuh manusia pada umumnya.



Sosok tersebut merupakan hasil dari penggalian beberapa pekerja pada tarikh 16 Oktober 1869 di Cardiff, New York. Tentu saja banyak yang percaya bahawa ada raksasa yang benar-benar hidup di zaman dahulu kala.



Ternyata, setelah ditelusuri kebenarannya, sosok yang disebut dengan raksasa Cardiff tersebut merupakan hasil karya dari seseorang atheis bernama George Hull.



Hull membuat sosok raksasa tersebut kerana sebelum ini pernah berdebat keras dengan seorang wakil gereja. Hull berpendapat bahawa pada zaman dahulu, bumi juga dihuni oleh banyak raksasa.



Untuk lebih menjadikan berita hoaxnya dipercayai banyak orang, Hull menyewa sejumlah pekerja untuk menggali sebuah tempat yang di dalamnya telah 'diisi' oleh raksasa buatan tersebut.


 2. Raksasa Loch Ness (1934)

Tasik Loch di Scotland merupakan salah satu tempat pelancongan yang sangat digemari oleh para pelancong, kerana selain tempatnya yang indah, di tempat tersebut juga beredar khabar angin bahawa di dalamnya ada seekor haiwan raksasa yang dikenal dengan nama Nessie atau juga Loch Ness.

Walaupun khabar angin mengenai kewujudan Nessie di tasik tersebut ditambah lagi dengan sebuah foto hitam putih yang menunjukkan haiwan itu sedang menjulurkan kepalanya ke luar permukaan tasik pada tahun 1934.

Awalnya, banyak orang yang percaya bahawa foto tersebut adalah asli, namun pada tahun 1990, Discovery Channel telah melakukan analisis dan menyatakan bahawa foto tersebut hanyalah rekaan.

Si jurugambar atau pemilik foto tersebut, Robert Kennert Wilson, berdalih mengatakan dia hanya beritahu bahawa ada sesuatu di dalam air dan dia tidak mengatakan bahawa ada Loch Ness menampakkan diri.


 3. Kerangka Putri Duyung (1842)

 Legenda mengenai Putri Duyung sampai sekarang juga belum dapat dibuktikan oleh penyelidik dan masih dianggap sebagai cerita rakyat atau mitos atau juga legenda saja.

Namun, pada tahun 1842, sebuah pameran yang diadakan oleh PT Barnum memaparkan sebuah sosok yang didakwa sebagai kerangka dari Putri Duyung. Banyak yang percaya dan mempercayai bahawa Feejee Mermaid atau Fiji Mermaid memang benar-benar ada.

Namun, apa yang telah dipercayai oleh banyak orang tersebut ternyata hanyalah sebuah rekaan yang dibuat dari kertas, badan orangutan, kepala monyet dan bahagian bawah ikan.

Rangka duyung ini direka hanyalah untuk mengejar populariti dan agar dapat dijual dengan harga tinggi


  4. Manusia pertama di bumi (1912)

Di tahun 1912, ada satu penemuan tengkorak manusia yang ditemukan di daerah bernama Piltdown, United Kingdom. Kerana itulah, tengkorak tersebut dinamakan Piltdown Man.

Banyak pameran dilakukan dengan menampilkan Piltdown Man ini sampai tahun 1953. Namun ternyata, tidak semua arkeologi dan para pakar percaya bahawa tengkorak itu adalah otentik.

Setelah dilakukan penelitian akhirnya ditemukan jawapan bahawa tengkorak tersebut merupakan gabungan antara manusia (bahagian atas) dan orangutan (rahang bagian bawah) yang sengaja disambung.


5. Mayat alien (1995)

 Pada tahun 1995, seseorang bernama Ray Santilli mendakwa bahwa dia mempunyai video super-rahsia yang didapati atau dirakamnya dari kawasan tentera.

Di dalam video tersebut memperlihatkan ada sebuah autopsi terhadap satu jasad alien yang didapatkan dari kecelakaan sebuah pesawat luar angkasa dan dikenal dengan nama Roswell UFO (1947).

Uniknya, setelah mendakwa  bahawa video tersebut autentik, tapi dua hari setelahnya Santilli mengatakan bahwa video itu hanyalah sebuah rekayasa dan alien yang ditampilkan adalah buatan.

MENURUT Info di kawasan Ekoro Abule Egba, Lagos, seorang wanita yang dituduh menculik pelajar sekolah rendah yang ber umur dalam lingkungan 7-10 tahun.
Penduduk-penduduk kampung tersebut telah mengepung kediaman wanita itu. Wanita tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut adalah anaknya namun gagal memberikan nama mereka (kanak-kanak) bila diminta. Ia menjadikan kemarahan orang-orang kampung
Kumpulan orang kampung yang marah dengan tindakan wanita itu telah mula memukulnya lalu melemparkan tayar yang telah dicurahkan dengan petrol lalu membakar wanita itu


TINDAKAN seorang wartawan Kosmo mengambil gambar selfie di rumah kosong yang dikatakan tempat berlakunya kejadian kes 2 gadis DIROGOL 38 lelaki di Kelantan menjadi bahan bualan di laman sosial.
Tindakannya itu dikecam orang ramai kerana didakwakan sebagai tidak sensitif.
Kecewa dengan respon negatif yang diterima dari masyarakat mengenai tindakannya itu, Julia Ismail dalam statusnya di laman Facebook:
“Sebabkan gambar selfie kt lokasi..tetiba i jadi pemes..kalau tak suka jangan la tgk..pejam mata je…banyak lagi gambar selfie ntah apa2 kat luar sana tu..knp la selfie i gak korang nk hencap…”

Menurut Julia lagi, gambar selfie itu satu-satunya cara untuk membuktikan beliau berada di tempat kejadian. Barangkali sebagai bukti kepada bos yang dia buat kerja? Siapa tahu?
Tidak kurang juga, ada yang menghantar mesej kepada Julia apakah dia mangsa kes #ro-gol berkenaan.
Ekoran dari tersebarnya gambar selfie yang dianggap agak pelik itu, Julia menerima banyak permintaan untuk menjadi rakan mayanya di Facebook. Yang peliknya, rata-rata yang ingin menjadi rakannya itu majoritinya dari golongan lelaki-lelaki bujang. -MediaHub

KUALA LUMPUR -  Seorang konsultan kewangan terkejut apabila menemui anak lipas ketika menikmati mi bandung yang dipesannya di sebuah restoran terletak di Setiawangsa.
Lebih mengecewakan, hidangan tercemar itu menyebabkan dia mengalami masalah kulit.
Mohd Amin Jumberi, 42, berkata, dia memesan hidangan berkenaan di sebuah restoran ketika kunjungan pada jam 6.30 petang, Isnin lalu.
Bagaimanapun katanya, seleranya terbantut apabila menyedari satu objek hitam dalam mangkuk mi itu adalah anak lipas.
“Saya memanggil pekerja di situ dan dia sekadar meminta maaf atas apa yang telah berlaku.
“Dia mengambil nama dan nombor telefon saya dan berjanji pengurus restoran akan menghubungi saya. Namun sehingga kini saya tidak menerima sebarang panggilan dan permohonan maaf daripada pihak restoran berkenaan.
“Apa yang membimbangkan apabila kulit saya mengalami gatal-gatal pada sebelah malam, mungkin disebabkan makanan yang telah tercemar itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Kata Mohd Amin, itu merupakan kali kedua dia ke restoran berkenaan dan dia amat kesal dengan apa yang berlaku kerana pihak pengurusan tidak menitikberatkan hal kebersihan.
“Saya belum membuat sebarang tuntutan, namun saya sedang fikirkan untuk tuntut ganti rugi kerana bahan kotor yang saya makan mungkin boleh menjejaskan kesihatan saya,” katanya.
Ekoran kejadian itu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Setapak serta aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian

MEKAH – Tindakan kurang ajar seorang anggota polis di Arab Saudi yang menyandarkan badan dan meletakkan sebelah kaki yang berkasut di atas dinding kaabah telah mencetuskan kecaman dan cemuhan ramai.
Ia merupakan perbuatan biadap yang tidak menghormati kesucian Kaabah.
Susulan itu, Gabenor Mekah, Putera Mishal Abdullah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden tersebut.
Beliau juga memaklumkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berkenaan.
Selain siasatan, Putera Mishal juga mahu tindakan disiplin diambil ke atas anggota polis terbabit kerana gagal menjaga kesucian kaabah.
Dalam pada itu, media di Arab Saudi melaporkan orang ramai terkejut dengan imej tersebut dan kecaman serta hentaman diterima oleh anggota polis terbabit dalam media sosial.

SERAM jugak ni kalau difikirkan.Pada yang suka berselfie tu beringat lah ye jangan berselfie di cermin cari la tempat yang xde cermin hehe. Kene macam ni baru korang tau. 
Balik pade gambar atas nun, gadis yang konon berselfie ni keje dekat Genting Theme Park. Baru lepas dapat gaji saje la nak posing jaket baru beli dekat cermin. Sekali hantu pun nak join jugak.
Cube tengok kedudukan gadis tu dengan cermin, sekali muka yang dalam cermin tak same lah pulak. Muka dalam cermin tu boleh pula tengok belah lain. Satu soalan yang cepumas, agak-agak kan ape la dalam hati hantu sampai buat muke menyampah macam tu.
Tapi bagi penulis gambar ni macam dah diedit je ..Apa kata korang?

LONDON – Kumpulan popular One Direction berdepan risiko dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat selepas rakaman aksi dua anggota kumpulan itu Zayn dan Louis menghisap ganja didedah oleh MailOnline.
One Direction dijadual mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Jika mereka dibenarkan memasuki Amerika Syarikat sekalipun, kumpulan itu bakal berdepan pemeriksaan rapi dan mengambil masa yang lama oleh Jabatan Kastam negara berkenaan.
Undang-undang ketat Amerika Syarikat pernah menyaksikan Justin Bieber ditahan berjam-jam oleh Kastam negara itu susulan tangkapannya pada bulan Januari lalu dan pengakuan Bieber sendiri bahawa dia mengambil ganja.

Malah selebrit chef, Nigella Lawson pernah dilarang memasuki Amerika selepas pendedahan dia mengambil dadah di mahkamah.

Video tersebut dirakamkan ketika dalam perjalanan ke Lima, Peru, pada bulan lepas, sempena siri jelajah dunia.

Rakaman yang didedahkan semalam menunjukkan Louis dan Zayn menghisap ganja manakala Louis pula dirakamkan menyebut `nig’.
Perkataan `nig’ dianggap sebagai perkauman kerana ia merujuk kepada kulit hitam.

Susulan pendedahan itu, orang ramai terutama peminatnya mendesak Louis dan Zayn  meminta maaf kerana mereka merupakan model kepada golongan muda dan perbuatan itu menggalakkan peminatnya mengikut aksi tersebut.
Dalam pada itu, polis di Peru pula menyatakan mereka tidak bercadang mengambil tindakan ke atas kumpulan One Direction .

GADIS berusia 17 tahun yang ditahan reman berhubung dengan kes rogol seorang gadis 15 tahun oleh kira-kira 38 lelaki di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu mungkin bersekongkol dalam merancang jenayah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis curiga kerana dia tidak membuat laporan polis berkenaan insiden itu, memetik The Star.
Setakat ini, lebih 10 orang termasuk gadis itu sudah ditahan dan polis percaya hampir kesemua mereka berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan perbuatan tersebut.
Azham turut menekan pengambilan pil kuda atau amphetamine sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes rogol.
“Di Kota Bharu saja, lebih kurang 16 kes rogol dilaporkan sebulan dan kebanyakannya melibatkan mangsa bawah umur.
“Kami percaya ia ada kaitan dengan penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia dan Thailand,”katanya.

Bibir seksi Eira Syazira undang tanda tanya - Nama Eira Syazira dikaitkan dengan sebarang kontroversi jarang kita dengar diutarakan selain tuduhan yang mendakwa aktres jelita itu menampar krew produksi baru-baru ini. Eok juga kurang kontroversi kerana dapat menjaga nama baik sendiri di mata peminat dan masyarakat. Cuma penulis sedikit tertarik dengan sekeping foto yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya dalam keadaan sedang mendongak sehingga memperlihatkan bibirnya yang seksi.


Ia menimbulkan tanda tanya apakah rahsia produk kecantikan yang digunakan Eira untuk memiliki bibir yang mulut dan kelihatan seksi.




Mungkin tidak ramai orang tahu bahawa  Google mengubah sedikit logo di atas bar carian mereka .

Memang secara sekilas , tidak ada yang berubah dari logo Google . Namun , dikutip dari Gizmodo ( 28 / 05 ) , Google sedikit memperbaiki sisi letak dari logonya tersebut .

Perubahan yang dilakukan Google ini hanya dilakukan untuk 2 huruf saja iaitu huruf " G " dan " L. " Pengemasan letak logo tersebut didasarkan pada tatacara kerning atau satu istilah dalam ilmu typografi yang juga dikenali dengan nama mortising .

Kerning sendiri mempunyai erti pengubahan jarak dan letak untuk setiap karakter untuk mendapatkan gambaran yang benar - benar sesuai.

Oleh kerananya , berdasarkan peraturan kerning ini , Google memindahkan huruf " G " ( yang berada di bahagian tengah ) satu pixel ke arah kanan dan huruf " L " juga satu pixel ke bawah dan kanan .

Memang secara keseluruhan tidak ada kesan atau keuntungan dari pihak pengguna perkhidmatan Google dalam pengemasan sisi letak di logo tersebut .

Namun , diharapkan dengan memperbaiki sisi letak tersebut maka gambaran logonya akan semakin kelihatan cantik .  

Berikut gambar format .gif perubahan logo Google tersebut.

Sumber: merdeka.com

Tokyo: Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda.
Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan.
Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun.
Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya.
Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya.

Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka.

- AFP

Guatemala City: Seorang wanita yang didakwa akan menyambut usia 121 tahun November depan mungkin menjadi manusia paling tua di dunia ketika ini.
Menurut akhbar tempatan Siglo 21, Juana Chox Yac yang berasal dari suku kaum Kaqchikel Maya, dilahirkan pada 29 November 1893 di Santa Lucia Utatlan, di wilayah Solola. 
Ketika muda, Juana bekerja sebagai pemetik buah kopi dan menjaga biri-biri sebelum berkahwin pada usia 15 tahun. 

Selepas berkahwin selama sembilan tahun, suaminya meninggal dunia. Dua anaknya juga mati beberapa tahun kemudian.

Juana berkahwin sekali lagi pada usia 29 tahun dan melahirkan tujuh anak sebelum menjadi balu sekali lagi pada 1964.
Ketika ini, dia mempunyai 75 ahli keluarga, termasuk anak, cucu, cicit dan piut. 

Akhbar itu turut menyiarkan dokumen sijil kelahiran Juana. 

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada maklumat mengenai wanita itu dikemukakan kepada Rekod Dunia Guinness untuk pengesahan. 

Jika disahkan, Juana lebih tua empat tahun berbanding Misao Okawa, wanita Jepun yang berusia 116 tahun pada 5 Mac lalu dan pemegang rasmi rekod untuk wanita paling tua yang masih hidup. - AFP

Los Angeles: Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng.
Kereta unik itu tidak memerlukan stereng kerana ia boleh memandu dengan sendiri. Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, kereta yang mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam. 
Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.
Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.
Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ - Agensi

Gambar Hiasan

Kudat: Tujuh sekeluarga yang baru selesai menghadiri sambutan Pesta Menuai nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh menghadang jalan di Jalan Dualog, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu Siun Oniting, 51, dan tiga anaknya Fenny Siun, 3, Harfina Siun, 5, Susan Siun, 10, dan dua sepupunya berusia lima dan 38 tahun hanya mengalami cedera ringan.
Semua mereka ini hanya mengalami luka akibat terkena serpihan kaca dan dirawat di Hospital Kudat, di sini, sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Dawi Ossen berkata, siasatan awal mendapati semua mereka ini menaiki kenderaan Proton Wira dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan pesta menuai.
“Kenderaan yang dipandu oleh Siun dari arah Kampung Dualog menuju ke Kampung Kumbatang selepas menghadiri sambutan Pesta Menuai dan Penyampaian Hadiah di Sekolah Kebangsaan (SK) Dualog, di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah jalan sebelum merempuh penghadang jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, semua mangsa hanya cedera ringan selepas terkena serpihan kaca.
“Semua mangsa yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kudat, di sini.

“Difahamkan, ketika kejadian keadaan cuaca hujan lebat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Kudat, Jasri Ab Jal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4 dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Sebuah jentera bomba dengan kekuatan lima anggota bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja penyelamatan.

“Mangsa yang tersepit kemudian berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kota Tinggi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengenepikan kemungkinan ada pembabitan orang kenamaan di belakang sindiket penyeludupan diesel terbesar yang pernah ditumpaskan setakat ini dalam satu operasi bersepadu di sekitar perairan Pulau Lima, Sungai Rengit di sini, Isnin lalu.


Dalam operasi 5.20 petang itu, pasukan penguat kuasa dari ibu pejabat KPDNKK Putrajaya berjaya merampas 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta selain menyita empat kapal tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM50 juta.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya turut menahan 52 anak kapal warga asing dalam operasi dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan diesel antarabangsa yang bermaharajalela di perairan selatan tanah air.

Menurutnya, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan meraih keuntungan lumayan dengan menjual bahan bersubsidi itu pada harga AS$1 bersamaan RM3.20 seliter kepada kapal asing selain menjualnya terus ke negara lain.

“Kejayaan terbesar dalam sejarah rampasan diesel bersubsidi negara itu adalah hasil siasatan terhadap dalang sindiket sama yang ditahan di Pelabuhan Kuantan, Pahang pada 4 April lalu dan sekitar Tanjung Belungkur di sini pada 19 Mei lalu.