Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


28 Oktober 2013
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seremban-DAP, Anthony Loke hari ini mendakwa kediaman rasmi perdana menteri telah membelanjakan RM250 untuk bil elektrik dalam tempoh satu jam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kos perbelanjaan bil elektrik dan air sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM 2.2 juta dan RM300,000.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Bagaimana Najib boleh minta rakyat berjimat cermat, sedangkan beliau setiap hari melakukan pemborosan, membazirkan elektrik RM8,500 setiap hari bagi bil elektrik.

"Saya rasa ia keterlaluan, tidak ada rasa untuk kurangkan perbelanjaan tersebut, mereka tidak menunjukkan contoh yang baik dengan perbelanjaan bil elektrik tersebut.

"Kalau di Amerika, 'White House' itu bukan sahaja kompleks kediaman rasmi Presiden Amerika, tetapi pejabat rasmi, tetapi di Malaysia, Kompleks Seri Perdana hanya kediaman rasmi tapi ada lagi pejabat perdana menteri ada pejabat lain, itu perbelanjaan lain," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Anthony sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan butir-butir terperinci bil-bil elektrik dan air dan kos penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri secara bulanan untuk tahun 2012.

Tambahnya, kompleks kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri hanya digunakan beberapa jam untuk penganjuran majlis rasmi dan mesyuarat.

"Mengikut jawapan ini... berapa majlis yang dianjurkan setiap tahun?

"Setahu saya untuk Seri Perdana yang paling besar penganjuran majlis hanya sambutan rumah terbuka Aidilfitri, setahun hanya beberapa jam dibuka kepada orang ramai walaupun biasa dibuka tapi tak ada majlis besar seperti sambutan Aidilfitri.

"Ataupun perdana menteri terlalu senang berada di Seri Perdana untuk anjurkan majlis, kalau ada pun majlis itu adalah majlis tertutup atau dijemput, jadi bagaimana kerajaan boleh membelanjakan elektrik begitu besar sekali," jelasnya.

Anthony juga berkata, pengurangan perbelanjaan bil elektrik dan air dapat membantu mengurangkan perbelanjaan wang dan beban rakyat.

"Saya tak tahu kalau penggunaan elektrik itu dapat tingkatkan kekuatan seksual setiap lelaki, tapi saya tahu dapat kurangkan perbelanjaan elektrik ia dapat kurangkan bebanan rakyat dan baik untuk alam," katanya lagi.

Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang., Video nih admin tak pasti sumbernya kerana ia dikongsi melalui aplikasi 'Whatsapp' .. jika dilihat video itu, memang agak mustahil wanita semuda itu merelakan dirinya digoda oleh pakcik tua.. Sangat mustahil, tapi mungkin sebab perasaan cinta dan sayang? atau mungkin sudah dijampi oleh pakcik tua tu.

 

Tinggi sungguh cita-cita dan impian penyanyi berketurunan Cina, Soo Wincci yang menyatakan dirinya tak akan berkahwin sebelum impiannya ingin menakluki Hollywood tercapai.

Namun, jangan disangka impian penyanyi berusia 28 tahun ini tidak boleh dicapai kerana sekarang namanya sudah pun mekar di bumi Taiwan.

“Saya berharap untuk ke Hollywood secepat mungkin bagi memastikan dapat berkahwin dalam masa terdekat ini. Saya juga mahu Malaysia bangga dengan saya apabila berjaya mengembangkan kerjaya hingga sampai ke Hollywood dan menyalurkan elemen positif serta kekuatan kepada peminat-peminat saya,” katanya memetik kenyataan Harian Metro, hari ini.

Peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama ini ternyata seorang yang bercita-cita tinggi dan tidak mustahil impiannya itu boleh dicapai sekiranya disusuli dengan kerja keras serta produk yang berkualiti untuk diketengahkan di sana.

Semoga impian Wincci mengharumkan nama negara seperti mana yang dilakukan Anita Sarawak, Yuna, Datuk Shake, Datuk Siti Nurhaliza dan Shila Amzah tercapai ya!


Awal pagi tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook telah mengadakan sidang media bagi perolehan fiskal suku keempat 2013 dan selain pengumuman tersebut, beliau turut menyatakan sesuatu tentang “melancarkan kategori produk baru” di pasaran menjelang tahun hadapan.

Tim Cook berkata bahawa Apple percaya bahawa mereka mempunyai peluang cerah bagi kategori produk semasa dan ‘baru’, yang akan dilancarkan sepanjang tahun 2014.

Beliau tidak menyatakan spesifikasi produk baru yang bakal dilancarkan namun antara ramalan besar yang ditunggu-tunggu oleh peminat Apple semestinya produk jam pintar, iWatch, selain set Apple TV.

Untuk peminat Apple di luar sana, anda disarankan supaya mula berjimat dari sekarang ya!
Galaxy Gear
Adakah teknologi jam pintar masih terlalu awal untuk diterima umum?

Maklumat sulit bocor yang diterima oleh laman web Geek.com menunjukkan peratusan pengguna yang memulangkan semula Samsung Galaxy Gear pada paras 30 peratus di rangkaian gedung di Amerika, Best Buy.

Galaxy Gear menerima kritikan hebat kerana tidak memberikan ciri yang lebih banyak untuk pengguna walaupun dijual pada harga yang mahal.

Peranti terbaru Samsung tersebut kini dijual di Malaysia pada harga RM999 dan boleh berfungsi pada kebanyakan telefon pintar baru keluaran Samsung.

Google Glass

Google telah mengumumkan Isnin lalu bahawa Explorers,iaitu pemilik cermin mata Glass keluaran syarikat enjin pencarian itu, akan mendapat penambahbaikan perkakasan percuma.

Model terbaru Glass itu akan dilengkapi dengan earbud mono, dan akan didatangkan dalam lensa berwarna dan bingkai berpreskripsi.

Dalam masa yang sama,setiap seorang Explorers akan mendapat tiga jemputan untuk diedarkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk membeli cermin mata Glass itu secara dalam talian.

Harga pasaran Glass adalah $1500 setiap satu. Penukaran perkakasan baru itu akan dijalankan bermula daripada 1 November dan pengguna diberikan tempoh selama 60 hari untuk mendaftar. Tawaran percuma ini hanya sah untuk pengguna yang telah membeli Glass ini sebelum 28 Oktober. 




CALON Mr. Singapore 2013 mengejutkan ramai pihak apabila mengakui sebelah buah zakarnya tidak lagi ‘berfungsi’ kerana pecah akibat menjalani latihan taekwondo di Pulau Pinang ketika zaman remajanya.

Wilson Lim memberitahu, pegawai perubatan yang merawatnya memaklumkan yang dia mungkin tidak berpeluang untuk memperoleh cahayamata sekiranya berkahwin disebabkan kecederaan tersebut.

” Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki, termasuk kecederaan yang menyebabkan saya tidak mungkin mempunyai zuriat sendiri,” katanya pada akhbar The New Paper Singapura.

Lim seorang jurutera syarikat minyak menambah, dia cukup sedih dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

” Tetapi saya selalu ingatkan diri saya yang masih ramai anak-anak terbiar di luar sana, mungkin suatu hari nanti salah seorang daripadanya akan saya ambil untuk tinggal bersama-sama,” katanya.




Selepas penghijrahan penyanyi lincah Mizz Nina menggenakan hijab sejurus pulang mengerjakan haji, terdengar khabar-khabar bahawa penyanyi bersuara merdu, Misha Omar juga sudah bertudung.

Namun, difahamkan Misha mengenakan tudung untuk menghadiri kursus perkahwinan beberapa minggu lepas bersama tunangnya.

Majlis pernikahan penyanyi kelahiran Kelantan ini dijadualkan akan berlangsung pada Februari depan.

Jom layan dulu gambar manis Misha bertudung, khas buat tatapan peminat setianya.






Shah Iskandar

Bermula dengan status yang dimuat naik oleh kakak kepada Anzalna iaitu Diana Nasir di laman Istagram berserta gambarnya bersama aktor, Shah Iskandar menimbulkan tanda tanya apabila ayat yang digunakan seolah-olah mereka sedang bercinta.

Jelas Shah yang ketika itu masih berada di Cape Town, Afrika memberitahu hubungan mereka sekadar kawan biasa. Malah, dia terkejut akan tindakan Diana memuat naik status sedemikian.

Susulan kenyataan Shah itu, adik Diana yang juga pelakon popular, Anzalna Nasir menyelar tindakan Shah. Malah, dia menganggap aktor yang berasal dari Singapura itu cuba menafikan hubungan yang wujud di samping memberitahu Shah yang terhegeh-hegeh dengan kakaknya berdasarkan kiriman SMS yang dihantar kepada kakaknya itu.

Memetik kenyataan di Media Hiburan, Shah berkata, “Saya akui mesej-mesej yang dimaksudkan oleh Anzalna. Pada saya itu mesej-mesej manja di mana pada awal perkenalan saya dan kakaknya. Tapi, memasuki bulan keempat saya dapat rasakan perkenalan ini tidak boleh pergi lebih jauh.

“Saya tidak cakap dia ‘bad person’ tapi sikap saya sendiri yang tidak boleh meneruskan perhubungan itu. Kiranya, antara kami memang tidak bercinta tapi baru mula nak berkenalan.

“Dengan apa yang berlaku, saya tidak salahkan Diana. Dia seorang gadis yang baik. Saya nampak usahanya untuk membawa perkenalan kami kepada hubungan yang serius, tapi saya yang tidak boleh.

“Cuma, saya tidak faham kenapa Anzalna perlu masuk campur. Ini antara saya dan Diana. Saya tahu niatnya mahu pertahankan kakaknya, tapi bukan begini caranya. Cara Anzalna tak betul.”

Tambah Shah lagi, selepas dia pulang ke Malaysia, dia ada bertanyakan kepada Diana mengenai kekecohan mengenai hubungan mereka. Menurut Shah, Diana ada memberitahu yang Anzalna sekadar mahu melindunginya. Namun aktor itu tetap merasakan yang cara Anzalna seperti mahu mengenakannya.

Shah sekali lagi menjelaskan dia tidak pernah keluar atau lepak berdua dengan Diana. Shah juga mengharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. – Malaysian Digest




Mesa (Arizona) – Seorang budak lelaki berusia 16 tahun didakwa membunuh selepas mayat ibunya ditemui di rumah keluarganya, Sabtu lalu.

Mayat Tina Helms Spencer, 36, ditemui di belakang bangsal sebuah kediaman di Mesa, Arizona.

Anak lelakinya, Mike Helms, kini ditahan di mahkamah juvana atas dakwaan membunuh, menyerang dan cuba menghapuskan bukti.

Rakannya berusia 17 tahun turut didakwa membunuh, menyerang, mengubah bukti dan menyembunyikan mayat.

Polis berkata, Mike bertindak membunuh selepas dia dimarahi dan telefon bimbitnya dirampas oleh ibunya.

Mereka didakwa bertengkar mengenai telefon bimbit berkenaan sebaik ibunya pulang dari bekerja, menyebabkan dia merancang membunuh wanita itu.

Polis menerima panggilan daripada ayah angkat budak itu yang turut dicederakan suspek tetapi berjaya melepaskan diri dan menghubungi polis.

Polis mendapati sebuah kenderaan hilang dan terdapat tanda pergelutan di lokasi kejadian.
Ketika siasatan, polis berjaya menghubungi rakan budak terbabit di rumah berdekatan dan menahannya
Satu tukul dan kuali ditemui di tempat kejadian dipercayai digunakan suspek. – AFP




Rihanna Berbogel Bersama Ular Untuk Majalah GQ
Penyanyi seksi R&B, meneruskan kegilaannya dalam bergaya apabila tampil bogel bagi menghiasi kulit majalah British, GQ.

Tanpa seurat benang di bahagian atas badan melainkan lingkaran mahkota ular di kepala dan lehernya, Rihanna dipotret sempena keluaran istimewa edisi ulangtahun ke-25 majalah berkenaan.

Ketakutan Rihanna terhadap ular disembunyikan penyanyi ini menerusi kanta lekap mata kucing yang dipakainya.

Secara keseluruhan, fotografi Rihanna untuk majalah GQ ini diinspirasikan daripada Medisa, ratu jahat dalam mitos Greek yang membuatkan sesiapa yang memandangnya menjadi batu.
Namun dalam hal Rihanna ini, tak ada siapa yang menjadi batu melainkan memandang dengan mata terbeliak terutama kaum Adam.




London – Seorang lelaki menemui ajal selepas beberapa minit makan kari yang dimasak oleh isterinya.

Lelaki itu, Marcus Sweet, 46, rebah dan meninggal dunia akibat alergik kepada santan.
Kejadian berlaku selepas Sweet yang baru pulang ke rumah, telah diberikan kari yang dimasak oleh isterinya untuk hidangan makan malam.

Meskipun kuah kari itu hanya dimakannya dalam jumlah yang sedikit, namun Sweet kemudiannya berasa sakit tekak dan telah meminta isterinya memanggil ambulans untuk ke hospital.

“Dia memaklumkan kepada saya bahawa tekaknya sangat sakit dan saya telah menghubungi ambulans. Ketika ambulans tiba dalam masa empat minit, mereka mendapati suami saya sudah bertukar menjadi biru.

“Markus tidak kelihatan `baik’, dan sangat jelas bahawa dia sedang sakit,’’ kata Julia ketika memberikan keterangan dalam inkues yang diadakan bagi menyiasat kematian penyelia kebersihan itu.

Julia juga memberitahu bahawa suaminya pernah makan kelapa namun tidak pernah merasa santan.

Inkues tersebut juga mendengar bagaimana Sweet, yang mempunyai seorang anak yang masih kecil itu, mengalami serangan jantung dan kemudiannya meninggal dunia biarpun ketika itu terdapat ramai anggota paramedik dan ambulans.

Ia diadakan selepas keluarganya mendakwa, anggota paramedik yang pertama merawat mangsa iaitu Vic Ward, telah gagal melakukan tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan Sweet dalam kejadian yang berlaku pada November 2011 itu.
Mereka mendakwa Ward hanya berdiri di situ.

Sementara Ward pula berkata, dia tercegat di situ kerana ini merupakan kes yang paling teruk pernah ditanganinya sepanjang 30 tahun bertugas sebagai anggota paramedik.
“Saya menjadi kelu hampir beberapa minit sebelum sedar semula dan memikirkan apa yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan mangsa,’’ katanya.




Cicak

Bolivia –Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.

Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca.

Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.

Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun.

Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit.

The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.

Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.





Indonesia – Sebuah spa di Indonesia menjadi terkenal selepas ia menawarkan urutan ular, iaitu rawatan baru yang dikatakan dapat melegakan tekanan.

Rawatan tersebut dijalankan oleh Spa Refleksologi Bali di Jakarta, dengan menggunakan ular-ular hidup termasuk ular sawa yang ditugaskan untuk mengurut pelanggan.

Ular ini akan diletakkan di atas badan pelanggan dan pergerakan ular berkenaan akan menyebabkan pelanggan berasa takut, sekali gus memberikan impak positif kepada metabolisme mereka.


Ia juga membolehkan adrenalin dikeluarkan oleh tubuh seseorang yang dalam ketakutan itu, sekali gus memberi kesan kepada badan untuk menenangkan diri.

Ketika berdepan dengan situasi tersebut, bukan sahaja adrenalin dikeluarkan oleh badan malah bahan kimia lain juga akan dikeluarkan, sekali gus meningkatkan kadar denyutan badan serta menambah tenaga.

Bagi mereka yang tidak takut dan geli dengan ular, maka terapi ini adalah sesuai untuk mereka bagi merehatkan badan.

Sementara mereka yang mahu mencubanya, ia dikatakan satu pengalaman menarik dan mampu menarik perhatian ramai.



DALAM diam, penyanyi dan komposer Yuna bikin panas lagi. 

Terbaru, pelantun lagu Lelaki ini telah diberi lagi pengiktirafan antarabangsa apabila Ryan Seacrest memujinya di laman web rasmi hos TV dan produser Hollywood terkenal itu. 

Laman blog itu menulis tentang album Inggeris terbaru Yuna berjudul Nocturnal, album kedua penyanyi itu sejak menandatangani kontrak bersama syarikat Verve Records. (Album pertama penyanyi itu berjudul, Yuna diedarkan pada April tahun lalu.)

Menurut Seacrest di blognya, “Nocturnal is a strong sophomore effort, full of smooth indie pop production seamlessly paired with Yuna’s angelic voice.” (Nocturnal merupakan album kedua yang cukup unggul dan padat dengan produksi pop indie bersesuaian dengan kelembutan suara Yuna.”)

Antara selebriti dari benua Asia yang pernah mendapat pengiktirafan di laman rasmi Seacrest ini termasuk artis kelahiran Filipina, Charice. 


Memuatkan 11 buah lagu,  'Nocturnal' turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain menyaksikan kolaborasinya dengan ramai lagi penerbit terkenal dari Amerika Syarikat. 
Nocturnal mengetengahkan konsep pop organic, R&B soul dan akustik. Yuna turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer terkenal Robin Hannibal. 

'Nocturnal' bakal diedarkan di Ameika pada Oktober 29. 

Bintang penghibur berusia 27 tahun itu mula menyinar di Amerika pada tahun 2012 dan muziknya telah berjaya mendapat pengiktirafan di negara Uncle Sam itu apabila majalah hiburan terkenal, Rolling Stone melabelnya “bintang yang bakal menyinar”. 

Satu demi satu pengiktirafan mula mengejar Yuna. Akhbar The New York Times menyifatkan karyanya “sangat segar” dan menyuntik pembaharuan dan “edge” terhadap lanskap muzik di negara berkenaan. 

Pada bulan September lalu, Yuna telah menjayakan persembahan bertenaga selama beberapa malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Persembahan bertenaganya itu menampilkan Yuna sebagai “a wholesome entertainer” dan boleh dijadikan sebagai testimoni perjalanan kariernya berjalan semakin lancar di peringkat tanahair dan antarabangsa. 

LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Ops I Did It Again, Britney Spears dilihat keluar bersama bekas suaminya, Kevin Federline, lapor akhbar hiburan dalam talian, eonline kelmarin.
Bekas pasangan suami isteri itu membawa anak lelaki mereka, Jayden James bermain bola sepak di kawasan Woodland Hills di sini.
Abang Jayden, Sean Preston turut hadir untuk memberi semangat kepada adiknya itu.
Spears dan Federline dilihat mesra semasa menonton anak mereka bermain bola sepak.
Penyanyi lagu Work Bitch itu memakai baju berwarna merah yang dipadankan dengan seluar jean, but dan cermin mata sebagai aksesori.
Bekas suaminya pula menyarung baju-T berwarna putih bersama seluar pendek biru, kasut putih dan topi besbol.
Pasangan tersebut berkahwin pada 18 September 2004 dan bercerai November 2006. - Agensi


LONDON - Ribut kencang dan hujan melanda selatan England dan Wales awal semalam yang menyebabkan banyak penerbangan dibatalkan, perjalanan kereta api terganggu manakala beberapa jalan dan jambatan utama ditutup menjelang waktu puncak.
Media tempatan menamakan ribut tersebut St. Jude dan membandingkan bencana itu dengan ribut pada tahun 1987 yang meragut 18 nyawa serta menumbangkan kira-kira 15 juta pokok di Britain.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di sini memberitahu, sekitar 20 peratus penerbangan antara pukul 2 petang hingga 7 petang (waktu Malaysia) telah dibatalkan.
Para penumpang juga diminta memeriksa status terkini dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum melakukan perjalanan.
Agensi Lebuh Raya yang mengendalikan rangkaian jalan raya di England memberitahu, angin kencang memaksa Lintasan Dartford dan Lintasan Severn ditutup.
Kedua-dua lintasan tersebut menghubungkan laluan antara Wales Selatan dan England.
Perkhidmatan kereta api turut tergendala dengan pengendali pengangkutan tersebut, Network Rail berkata, perjalanan tren di sebahagian kawasan di England mengalami kelewatan.
Menurutnya, angin kencang diramal terus melanda kawasan timur England, Midlands Timur, Midlands Barat, Tenggara dan Barat Daya Britain dengan motosikal dan kenderaan tinggi berisiko terbalik ditiup angin kencang.
Angin paling kencang yang dicatat setakat ini melanda Kepulauan Wight di England pada kelajuan 160 kilometer sejam.
"Sebelum ini, sebahagian besar ribut yang melanda Britain berasal dari Lautan Atlantik dan beransur lemah apabila ia membadai negara ini," kata jurucakap Jabatan Meteorologi, Helen Chivers.
"Namun, ribut kali ini terbentuk di seluruh Britain dan berpotensi menyebabkan kerosakan besar dengan fenomena seperti ini jarang berlaku," tambahnya. - Reuters




Ruth dan Elliot Handler pencipta Barbie

SETIAP kanak-kanak memerlukan sebuah anak patung bagi memberi sumber inspirasi untuk masa depan mereka. Jadi agak tidak masuk akal jika kanak-kanak bermain anak patung yang mempunyai dada yang rata. Jadi, saya mencipta anak patung lengkap dengan payudara cantik,” - Ruth

Berbadan ramping, berwajah cantik, berkaki panjang dan mengenakan pakaian anggun merupakan ciri Barbie dikagumi kanak-kanak perempuan. Tapi ternyata, bukan kanak-kanak sahaja menyukainya, golongan dewasa juga menjadikan boneka cantik itu sebagai koleksi peribadi.

Idea menghasilkan Barbie tercetus selepas Ruth Handler melihat anaknya, Barbara bermain anak patung kertas yang mempunyai pelbagai karakter. Pada waktu itu, model anak patung paling popular hanyalah anak patung karakter bayi.

Bermula dari situ, Ruth mencadangkan kepada suaminya, Elliot untuk mencipta anak patung dewasa menyerupai manusia.

Pada 1956, Ruth bercuti ke Jerman bersama anaknya, Barbara dan Kenneth dan ketika itu terlihat boneka dewasa popular Jerman dikenali sebagai Bild Lili dan bermula dari situ beliau mendapat idea untuk menghasilkan Barbie.

Pada 9 Mac 1959, Barbie pertama dicipta memakai baju renang berjalur zebra ciptaan pereka fesyen Charlotte Johnson dari Mattel dengan padangan rambut perang berikat. Anak patung itu kemudiannya dipasarkan sebagai “Model Fesyen Remaja,” ketika

Pesta Boneka Amerika Syarikat.

Pada keluaran pertamanya, sebanyak 350,000 unit Barbie dijual dan pada 1961 'teman lelaki Barbie' digelar Ken pula diperkenalkan.

Barbie sebagai ikon budaya

Kemunculan Barbie di pasaran antarabansga menjadi boneka itu sebagai ikon budaya.

Pada 1974, sebahagian daripada Times Square di New York diberi nama Boulevard Barbie selama seminggu, manakala pada 2013, restoran pertama bertemakan Barbie dibuka di Taiwan dan dikenali sebagai ‘Barbie Cafe’.

Barbie juga pernah muncul dalam siri filem animasi dan menjadi watak pembantu dan filem Toy Story 2 dan Toy Story 3.

Latar belakang

Ruth berkahwin dengan Isadore Elliot Handler pada 1938 dan kemudian dikurniakan dua cahaya mata, Barbara Joyce dan Kenneth Robert.

Pada 1941, Ruth meletak jawatan sebagai setiausaha dan bergabung dengan suaminya membuka perniagaan perabut dan hiasan dalaman. Selepas mendapat ilham menghasilkan Barbie, mereka kemudianya menubuhkan syarikat Mattel Inc.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia perniagaan Ruth pernah meraih anugerah 'Woman of the Year in Business' di Los Angeles sekali gus tersenarai dalam ‘Toy Industry Hall of Fame’.


Era kegemilangan

Selepas kehadiran Barbie di pasaran dunia, anak patung ini menjadi kegilaan kanak-kanak dengan tahun pertama penjualannya mencecah 350,000 unit.

Barbie kemudiannya dicipta dengan inovasi lebih kukuh apabila mampu berinteraksi dan dikenali sebagai Chatty Cathy pada 1964.

Tirai suram

Pada 1970, Ruth disahkan menghidap kanser payudara dan terpaksa membuang keseluruhan payudaranya.

Disebabkan ketika itu payudara palsu belum dicipta, beliau kemudian menubuhkan syarikat 'Nearly Me' pada 1976 yang mengeluarkan payudara silikon.

“Ketika mencipta Barbie, saya merasakan wanita perlu mempunyai payudara. Selepas kehilangan payudara, saya berasa amat penting untuk mendapatkannya kembali,” kata Ruth.

Sepanjang bergelut dengan kanser, beliau mengabaikan Mattel Inc hingga hilang kawalan.

Dugaan menimpa apabila, Ruth disiasat Suruhanjaya Bursa Sekuriti terhadap kesalahan rasuah, penipuan dan laporan palsu.

Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon rayuan.

Selepa disiasat Suruhanjaya Bursa Sekuriti meminta beliau membayar denda dan melakukan khidmat masyarakat selama lima tahun.

Akur dengan keputusan, Ruth kemudiannya meletak jawatan dariapada syarikat terbabit pada 1975.

Pada 2002, beliau meninggal dunia di Hospital City Centuey, Los Angeles akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan usus ketika berusia 85 tahun.
Rwanda guna askar kanak-kanak

AMERIKA Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas Rwanda berhubung penggunaan askar kanak-kanak oleh pemberontak di Republik Demokratik Congo (DR Congo).

Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Afrika Linda Thomas- Greenfield berkata, AS menggunakan Akta Perlindungan Askar Kanak-kanak 2008 dalam mengenakan sekatan ke atas Rwanda.

“Langkah awal diambil adalah menamatkan bantuan kewangan dan ketenteraan dalam tahun fiskal 2014 bermula 1 Oktober. Tetapi, kami masih menyokong tentera pengaman di sana termasuk kalangan tentera kanak-kanak," katanya.

 Jurucakap Timbalan Jabatan Negara Marie Harf berkata, Rwanda dikenakan sekatan kerana menyokong gerakan pemberontak M23 yang disifatkan sebagai kumpulan pemberontak yang terus aktif merekrut dan menculik kanak-kanak serta mengancam kestabilan di DR Congo Timur.

Pemberontak M23 diasaskan bekas pemberontak Tutsi yang digabungkan ke dalam tentera Congo di bawah perjanjian damai 2009.

Pada April 2012, M23 mengangkat senjata terhadap bekas rakan-rakan mereka dan melancarkan pemberontakan untuk memusnahkan bahagian timur DR Congo yang kaya dengan sumber mineral.

Lebih 550 askar kanak-kanak dibebaskan

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, lebih  550 kanak-kanak meninggalkan perkhidmatan tentera yang disertai di barat daya Wilayah Katanga.

Timbalan Ketua Komunikasi OCHA, Sylvestre Ntumba Mudingayi berkata, kempen kesedaran supaya kanak-kanak berkenaan meninggalkan kumpulan tentera  itu dianggap berjaya selepas 557 kanak-kanak meninggalkan kumpulan terbabit antara Mac dan Ogos.

Menurutnya, kumpulan bersenjata di utara Katanga dan kumpulan pejuang Mai Mai menggunakan tentera kanak- kanak secara paksa.

"Seramai 444 askar kanak-kanak kini tinggal di rumah perlindungan, manakala 113 kembali semula ke pangkuan keluarga, manakala 27 kanak-kanak menyertai tentera kerajaan menerima gaji penuh terakhir dan jaminan keselamatan,” katanya.

Kini, kesemua kanak-kanak itu, diberi bantuan persekolahan dan pendidikan moral. Kebanyakan daripada mereka mempunyai karakter 'ganas' kerana kesan daripada latihan ketenteraan yang keras.


Sinarharian

KOTA KINABALU - Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu di sini manakala tiga lagi rakannya ditahan di lapangan terbang Hong Kong Sabtu lepas, dan polis menemui dadah jenis kokain diikat pada paha mereka.
    
Kesemua mereka termasuk seorang wanita itu adalah dari Pulau Pinang dan dipercayai anggota sindiket dadah yang sama.
    
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis menemui dua kilogram kokain bernilai RM500,000 diikat di kedua-dua paha lelaki yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).
    
"Lelaki tempatan berusia 31 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika melepasi pemeriksaan beg dan badan di balai perlepasan untuk penerbangan ke Hong Kong pada 5.45 pagi.
    
"Pemeriksaan ke atas badan suspek menjumpai empat peket kokain yang dibalut di kedua-dua paha dengan setiap paket seberat 500gm," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai HK$1,000 dan RMB200 (Yuan) daripada lelaki itu.
    
Hamza berkata semakan rekod penerbangan mendapati lelaki itu berlepas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas, sebelum memasuki Sabah keesokannya (Jumaat) dan dijadual ke Hong Kong pada Sabtu.
    
Beliau berkata susulan penangkapan lelaki itu, polis mengesan tiga lagi rakan suspek yang membawa empat kilogram kokain menggunakan taktik sama.
    
"Tindakan pantas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah menyalurkan maklumat membawa kepada penangkapan tiga rakan suspek termasuk seorang wanita oleh Polis Narkotik Hong Kong sebaik tiba di lapangan terbang negara itu pada hari sama," katanya.   
   
Hamza berkata ujian saringan awal ke atas lelaki yang ditahan di LTAKK itu mendapati dia negatif dadah.
    
Lelaki itu mempunyai jenayah rekod jenayah lampau dan masih menjalani pengawasan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya di Pulau Pinang. - Bernama


*Gambar Hiasan
Samun langgar belakang kereta
SEGELINTIR  individu mungkin pernah menjadi mangsa sekumpulan penjenayah yang sengaja melanggar belakang kereta mangsa.

Taktik ini bertujuan memperdayakan mangsa untuk memberhentikan dan keluar dari kereta sebelum menyamun.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Cassandra, 28, menceritakan semula detik cemas yang dialaminya. Ketika kejadian itu, dia berseorangan memandu kereta Toyota Vios dalam perjalanan pulang ke rumah pada jam 1.40 pagi.

Menurutnya, dia terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang kereta, lalu terus memberhentikan kenderaan.

"Dua lelaki bertubuh besar keluar dari sebuah kereta datang menghampiri kereta saya,  Mereka mengetuk cermin tingkap kereta sambil menyuruh saya keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu” katanya.

Cassandra berkata, dia kemudian membuka sedikit cermin tingkap kereta. Seorang daripada lelaki terbabit meminta maaf dengan memberitahu rakannya memandu dalam keadaan mabuk serta kereta yang dinaiki mereka turut mengalami masalah brek sehingga mengakibatkan kemalangan itu.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki kejadian itu bermotifkan rompakan sebaliknya menyangka ia kemalangan biasa. Tambahan pula lelaki itu memberi alasan mahu membayar ganti rugi,” katanya.

Wanita itu berkata, tanpa disedari seorang lagi lelaki di dalam kereta yang dinaiki oleh dua lelaki itu, tiba-tiba menghampirinya dengan mengacukan parang.

“Akibat rompakan itu, saya kehilangan kamera digital, wang tunai RM500, malah kereta milik saya turut dilarikan penjenayah itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya menerima 49 kes penjenayah menggunakan modus operandi melanggar belakang kenderaan sebelum menyamun pemandunya sejak awal tahun ini sehingga Ogos lalu.

“Daripada kesemua jumlah itu, sebanyak 25 kes berlaku di daerah Brickfields, diikuti 16 kes di Cheras dan lapan kes di Sentul,” katanya.

Laporan media

1. SHAH ALAM - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah yang melanggar belakang kereta sebelum melarikan kenderaan mangsa setelah memberkas tujuh ahli kumpulan itu baru-baru ini.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 38 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Desa Mentari dan Ara Damansara, selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang kehilangan trak pikap Toyota Hilux dalam kes samun di Kelana Jaya.

Hasil siasatan ke atas semua suspek, polis menemukan dua buah kereta Proton Waja, sebuah kereta masing-masing jenis Nissan Teana dan Proton Putra yang dicuri.

Polis turut merampas beberapa peralatan dan senjata seperti parang, kayu golf, buku lima dan sarung tangan yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan kegiatan tersebut.

2. Kuala Lumpur- Sindiket samun bersenjatakan parang dan taktik langgar belakang kereta tumpas dengan penahanan sembilan ahlinya di sekitar ibu negara dalam dua serbuan polis.

Berikutan itu, polis berjaya menyelesaikan 20 kes samun harta benda serta lapan kereta bernilai RM600,000 yang dilaporkan hilang tetapi ditemui semula di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Penahanan sembilan suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun hingga 30 tahun itu dilakukan dalam dua serbuan di dua hotel bajet di Off Jalan Kuchai Lama dan Desa Sri Hartamas.

Lima suspek yang ditahan didapati memiliki rekod jenayah lampau termasuk dua kes dikehendaki polis kerana jenayah samun dan dadah.

Hasil soal siasat ke atas suspek membawa kepada penemuan lapan kereta iaitu jenis Honda CRV, Honda City, Honda Civic, Toyota Vios, Toyota Unser, Proton Waja, Audi Q5 dan BMW X5 di beberapa kawasan awam.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai jenis kunci kereta, masing-masing satu pedang samurai, pisau, kikir, besi panjang, lapan unit penutup muka dan sebuah jam tangan.

Jenis kereta yang menjadi sasaran sindiket itu ialah Totoya Vios warna putih berikutan permintaan tinggi dalam pasaran gelap.


Tip pencegahan

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dengan penjenayah yang sanggup melakukan pelbagai cara untuk melakukan jenayah. Mereka juga mampu melarikan kereta milik mangsa dalam sekelip mata.

1. Apabila berlaku kemalangan kenderaan dari bahagian belakang, jangan panik. Mangsa disarankan menghubungi saudara atau kenalan untuk bantuan.

2. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk meninjau keadaan kereta di belakang, terutamanya pemandu serta penumpang dalam kereta tersebut.

3. Cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kereta tersebut. Ingat nama jalan dan terus pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

4. Jika kejadian itu berlaku pada waktu malam atau di kawasan yang terpencil, elak turun dari kereta.

5. Kerosakan kenderaan boleh ditampung oleh pihak insurans, namun keselamatan diri perlu diutamakan.
Akta/hukuman

1. Seksyen 379A Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun dan denda.

2. Seksyen 411 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta boleh didenda.

3. Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.