Indonesia – Sebuah spa di Indonesia menjadi terkenal selepas ia menawarkan urutan ular, iaitu rawatan baru yang dikatakan dapat melegakan tekanan.
Rawatan tersebut dijalankan oleh Spa Refleksologi Bali di Jakarta, dengan menggunakan ular-ular hidup termasuk ular sawa yang ditugaskan untuk mengurut pelanggan.
Ular ini akan diletakkan di atas badan pelanggan dan pergerakan ular berkenaan akan menyebabkan pelanggan berasa takut, sekali gus memberikan impak positif kepada metabolisme mereka.
Ia juga membolehkan adrenalin dikeluarkan oleh tubuh seseorang yang dalam ketakutan itu, sekali gus memberi kesan kepada badan untuk menenangkan diri.
Ketika berdepan dengan situasi tersebut, bukan sahaja adrenalin dikeluarkan oleh badan malah bahan kimia lain juga akan dikeluarkan, sekali gus meningkatkan kadar denyutan badan serta menambah tenaga.
Bagi mereka yang tidak takut dan geli dengan ular, maka terapi ini adalah sesuai untuk mereka bagi merehatkan badan.
Sementara mereka yang mahu mencubanya, ia dikatakan satu pengalaman menarik dan mampu menarik perhatian ramai.
No comments
Post a Comment