CALON Mr. Singapore 2013 mengejutkan ramai pihak
apabila mengakui sebelah buah zakarnya tidak lagi ‘berfungsi’ kerana
pecah akibat menjalani latihan taekwondo di Pulau Pinang ketika zaman
remajanya.
Wilson Lim memberitahu, pegawai perubatan yang merawatnya memaklumkan
yang dia mungkin tidak berpeluang untuk memperoleh cahayamata sekiranya berkahwin disebabkan kecederaan tersebut.
” Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki, termasuk
kecederaan yang menyebabkan saya tidak mungkin mempunyai zuriat
sendiri,” katanya pada akhbar The New Paper Singapura.
Lim seorang jurutera syarikat minyak menambah, dia cukup sedih dan trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.
” Tetapi saya selalu ingatkan diri saya yang masih ramai anak-anak
terbiar di luar sana, mungkin suatu hari nanti salah seorang daripadanya
akan saya ambil untuk tinggal bersama-sama,” katanya.
No comments
Post a Comment