Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


JIKA di negara kita, penjualan alat perangsang seks masih terkawal dan tidak dijual terlalu terbuka kepada orang awam.

Namun, suasananya cukup berbeza di China apabila mereka mengadakan festival khas untuk menjual alat itu.

Festival yang dinamakan ‘Guangzhou Sex Culture Festival 2013′ itu ternyata menarik ratusan pengunjung terutamanya di kalangan lelaki termasuklah warga emas.

Mereka turut dihiburkan oleh penari separuh bogel dan model yang menggayakan pakaian dalam.

GAMBAR: Festival Seks China Tarik Ratusan Pengunjung

festival_34

festival_10

festival_02

festival_36

festival_19
Ibu ini adalah suri rumah Jung Da Yeon berusia 46 tahun dan mempunyai berat 70kg selepas melahirkan dua orang anak pada tahun 2003. Pada tahun yang sama, dia telah kehilangan 20 kg dalam tiga bulan kerana kawalan makanan sihat serta senaman yang kerap. Dia telah menghasilkan video, buku, gambar serta blog untuk memberitahu orang ramai cara dietnya. Selain itu, di Jepun satu permainan Wii juga dihasilkan sempena dirinya dan dipanggil 'Mom-chan Diet Wii: Figure-robics'. Di negaranya sendiri, dia dipanggil momjjang ajumma' iaitu 'mak cik dengan bentuk badan yang menawan'. Listen, yang gemuk pastinya di bawah lapiswan lemak tu ada awek cantik. Percayalah






SHAH ALAM – Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida menyatakan permintaan maaf secara terbuka, semalam setelah didakwa menyebarkan fitnah melalui laman sosial Facebook terhadap Restoran Nasi Vanggey, Greentown.

Ze Aida, 24 akui tidak berniat untuk menghina atau memburuk-burukkan restoran tersebut.
Dalam status Facebooknya, Ze Aida menyebut bahawa pihak polis menemui najis manusia dalam peti simpanan makanan restoran tersebut.

“Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi itu berlaku apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran itu.

“Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah ‘print screen’ status saya itu lalu menyebar luaskan,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media khas, malam tadi.

Turut hadir pada sidang media tersebut, pengurus restoran, Ahmad Fazli Mohammed dan pengarahnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik.

Menurut Ze Aida, laporan polis sudah dibuat Khamis lalu di Balai Polis Sungai Senam.
Sementara, Ahmad Fazli berharap penjelasan dan pengakuan Ze Aida itu akan dapat mengembalikan semula keyakinan orang ramai terhadap restoran mereka.

Restoran itu diarah tutup selama dua minggu sehingga 28 November ini kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. – Sinar Harian Online


Sememangnya sejuk mata memandang gambar-gambar pernikahan Adam AF dan Fiza Elite ini. Memang kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Majlis yang sederhana menyerlahkan lagi keserian mempelai kita ini. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat buat mereka berdua. Semoga mendapat banyak cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan mereka. Sama-samalah kita doakan.

Majlis resepsi pasangan ini diadakan 16 November 2013 di kampung halaman Adam di Inanam Laut, Sabah. 




ETALING JAYA – Pelakon Ammar Alfian menjelaskan foto-foto seksi sehingga ada kala ke tahap mengghairahkan di Facebook miliknya bukan untuk meraih publisiti murah tetapi bertujuan mencari pelanggan.
 
Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 26, berkata, ketika ini dia bekerja sebagai jurulatih gim peribadi dan tidak salah untuknya memuatkan gambar-gambar tubuhnya yang sasa kerana ia berkaitan dengan senaman yang saya lakukan.

“Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja.

“Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.

Ammar diminta mengulas foto-foto dalam Facebook miliknya yang keterlaluan apabila menampakkan susuk tubuh termasuklah sekeping gambar berseluar tetapi kelihatan bentuk bahagian sulitnya.

Bagaimanapun tambah Ammar, dia tidak kisah sekiranya dikritik segelintir pihak kerana sudah biasa menerima pandangan negatif masyarakat sejak menyertai dunia seni hiburan tempatan.

Kata pelakon filem KL Gangster 2 ini, sejak di awal kemunculannya, dia sememangnya dikenali kerana sering mempamerkan bentuk badan terutamanya yang membabitkan peragaan fesyen.

Sementara itu, Ammar berkata dia kini nekad berhenti daripada dunia lakonan kerana memulakan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi di Kolej Universiti MAHSA di sini.

“Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman.

“Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, filem lakonan Ammar berjudul Showdown bakal ditayangkan pada tahun depan. - mStar Online


mgettingmarried

Peminat stesen radio Suria Fm, pasti tahu bahawa salah seorang penyampainya, Reza Mohamed kini sedang bercuti panjang.

Bagaimanapun tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Reza dikatakan sudah berkahwin. Pasangan yang menjadi pilihan hatinya merupakan pemuzik dan pelakon asal Brunei, Liyana Yus.

Sejurus selepas Reza memuatnaik gambar perkahwinannya di Instagram semalam, bekas bintang Akademi Fantasia itu terus menerima banyak ucapan tahniah daripada para peminat.
Reza pun nampaknya melayan kesemua ucapan berkenaan dengan mengucapkan terima kasih dan mengaku baru sahaja berkahwin apabila ada peminat yang bertanya kesahihah perkara ini.

rezasyatq

Malah Reza, turut dilihat menyapa Liyana di Instagram dengan panggilan ‘Wifey’.

helowifey

Tapi  ternyata semua ini hanya tipu dan propa semara-mata!

Setelah diselidik majlis perkahwinan yang menyaksikan Reza dan Liyana mengenakan persalinan songket merah itu cuma sebahagian acara yang diatur dalam Program Asean Explore Quest Malaysia 2013 yang disertai mereka.

Program yang disertai 107 peserta terdiri daripada selebriti, wakil media dan pelancongan termasuk dari Vietnam, Filipina dan Myanmar ini diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
london6


9 September lalu pelakon comel, Anne Ngasri baru sahaja menimang cahaya mata lelaki yang dinamakan Sufi Harraz bersama suami, Mohd Sumali Reduan.

Tidak lama kemudian dalam bulan sama, Anne mendapat satu rezeki lain iaitu lantikan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian Dataran Merdeka.

Mungkin sebagai meraikan berita-berita gembira ini agaknya, Anne dan suami berlepas ke London, lima hari lalu.

Tak pastilah jika ada urusan lain selain berbulan madu tapi yang pasti, pasangan ini kelihatan gembira menghabiskan masa di sana.

Jom layan gambar-gambar Anne dan suami di London. Bagaimanapun mengikut gambar yang dimuat Anne pagi tadi, dia dan suami kini sudah pun berlepas meninggalkan kota fesyen itu.

Semoga rumah tangga Anne dan suami akan kekal bahagia selamanya. Kami tumpang gembira melihat kegembiraan pasangan ini.

Sumber: Instagram Anne Ngasri
london2
london3
london5
london1
byelondon

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya.

“Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini.

“Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora yang dicalonkan bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013 (drama Di Bawah Langit Mu), dia juga mula memilih watak seperti yang dilakonkan dalam filem Bencinta iaitu seorang wanita yang lebih tegas dan serius.

Sementara itu, kata Nora, sehingga hujung tahun ini, dia akan sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya.

Beritahu Nora, buat pertama kalinya dia akan menyanyi menerusi teater tersebut lebih daripada lima buah lagu.
“Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali.

“Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu

LONDON – Anggota kumpulan pop One Direction, Louis Tomlinson dikecam oleh para peminat dan pengamal kesihatan kerana mempromosikan sebuah laman web untuk melangsingkan badan.

Penyanyi berkenaan menyiarkan pautan di laman Twitternya untuk meminta sejumlah 13.9 juta peminatnya melayari laman web Bootea.
Laman web berkenaan menjual suplemen untuk menurunkan berat badan dan mengekang selera makan.

“Gembira dapat menikmati minuman campuran Bootea pagi ini,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu di laman Twitternya.
Beberapa jam kemudian komen tersebut dipadamkan tetapi ia telah menerima 10,000 komen dengan 14,000 lagi menyukai status dalam talian itu.



Mengulas isu tersebut, seorang jurucakap Louis berkata: ” Dia hanya menikmati minuman itu.”
Bagaimanapun, Louis tidak menyedari ia adalah produk penurunan berat badan.

“Louis tidak akan sesekali mempromosi produk penurunan berat badan,” tambahnya.
Minuman Bootea yang berharga £34.99 (RM111) itu habis dijual di laman web produk berkenaan selepas komen Louis.

Sebahagian pengguna laman web marah dengan tindakan penyanyi itu yang dibimbangi akan mempengaruhi golongan remaja untuk mengamalkan diet tidak sihat.
“Anda tidak patut mempromosi barangan seperti itu, saya sungguh marah,” kata seorang peminat.

“Berhenti, perbuatan anda tidak membantu mereka yang menghidap anoreksia dan penyakit lain,” kata seorang lagi peminatnya.

Louis turut diselar kerana perbuatannya dianggap sebagai tidak wajar dan tidak beretika.- Agensi


Sebuah klip video selama 5 minit 28 saat yang memperlihatkan satu pasangan remaja Melayu melakukan hubungan seks di sebuah hotel  kini tersebar di beberapa lama web lucah popular.

Pasangan berkenaan didakwa pihak yang memuat naik video berkenaan sebagai baru sahaja pulang dari bergembira di kelab malam.

Tidak tahulah mereka pasangan suami isteri atau apa… kalau bukan maknanya berzina…dan itu sudah satu hal…ditambah lagi dengan kebodohan merakamkan aksi yang tidak sepatutnya.

Ini bukan kali pertama dan seolah-olah semakin menjadi satu perkara yang macam diterima di negara ini.

Kalau dahulu benda macam ini bukan main kecoh, namun sekarang orang acuh tak acuh.
Artis yang pernah terbabit dalam aksi yang tidak sepatutnya dirakam pun kembali berlakon dengan muka tembok. Macam tidak ada apa-apa yang berlaku.

Rasanya, tak lama lagi akan jadi semacam kebangaan pulak kot kalau dapat rakam aksi seks dan sebarkan kepada orang ramai… glamour tak bertempat.
VIDEO: Lucah Sangat

Cemburu dipercayai motif utama seorang ahli perniagaan Amerika membunuh isterinya yang merupakan model pertunjukan kereta.

James Edward Moore II, 32, membunuh Aiko Baniqued Moore, 28, petang Rabu lalu selepas berlaku pertengkaran di kondominium mereka di Amorsolo Street, Filipina.
James dan Aiko berkahwin pada 2011.

Ketika pasangan itu bertengkar, seorang rakan mereka yang berada di sana sempat membawa keluar dua anak tiri mangsa ke lobi kondominium sambil meminta bantuan pengawal keselamatan.

Namun sebaik dia dan pengawal keselamatan tiba, mereka menyaksikan suami mangsa sedang memukulnya dengan teruk di kepala, badan malah menghentak kepala mangsa ke lantai.

Aiko yang pernah muncul sebagai model majalah FHM segera dikejarkan ke Pusat Perubatan Makati berhampiran namun disahkan mati, jam 6.09 petang waktu tempatan.
Dia dikenali sebagai model seksi di Filipina dan merancang untuk tampil dengan rangkaian fesyen sendiri.

Sementara itu, suaminya dikatakan hanya duduk dalam bilik tidur hinggalah polis tiba untuk menahannya.

Terdapat luka di kepala Edward ketika dia ditahan namun pihak polis masih menyiasat jika itu merupakan kecederaan hasil perbuatannya sendiri.

78ri

168472_185401964815089_106132786075341_519062_3692551_n