Cemburu dipercayai motif utama seorang ahli perniagaan Amerika membunuh isterinya yang merupakan model pertunjukan kereta.
James Edward Moore II, 32, membunuh Aiko Baniqued Moore, 28, petang
Rabu lalu selepas berlaku pertengkaran di kondominium mereka di Amorsolo
Street, Filipina.
James dan Aiko berkahwin pada 2011.
Ketika pasangan itu bertengkar, seorang rakan mereka yang berada di
sana sempat membawa keluar dua anak tiri mangsa ke lobi kondominium
sambil meminta bantuan pengawal keselamatan.
Namun sebaik dia dan pengawal keselamatan tiba, mereka menyaksikan
suami mangsa sedang memukulnya dengan teruk di kepala, badan malah
menghentak kepala mangsa ke lantai.
Aiko yang pernah muncul sebagai model majalah FHM segera dikejarkan
ke Pusat Perubatan Makati berhampiran namun disahkan mati, jam 6.09
petang waktu tempatan.
Dia dikenali sebagai model seksi di Filipina dan merancang untuk tampil dengan rangkaian fesyen sendiri.
Sementara itu, suaminya dikatakan hanya duduk dalam bilik tidur hinggalah polis tiba untuk menahannya.
Terdapat luka di kepala Edward ketika dia ditahan namun pihak polis
masih menyiasat jika itu merupakan kecederaan hasil perbuatannya
sendiri.
No comments
Post a Comment