Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


PENTAS Gegarvaganza sudah terbukti boleh menaikkan kembali nama penyanyi yang sudah lama tidak bergiat aktif dalam bidang seni nyanyian.

Antara nama yang kembali mengamit perhatian peminat dalamGegarvaganza 2 (GV2) ialah Siti Nordiana, Faradhiya dan Haiza.
Persembahan bertenaga dalam program itu ternyata berjaya membuka mata ramai orang di luar sana yang sebelum ini tidak berapa perasan kehebatan vokal yang dimiliki mereka.
Bukan sahaja berjaya menarik kembali perhatian peminat, rupa-rupanya ada seorang artis lelaki yang sudah berkahwin juga dikatakan cuba ‘mengorat’ Haiza apabila namanya kini semakin meningkat naik.
Buat anda yang kurang mengenali sisi peribadi figura genit ini, Haiza sebenarnya sudah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Memetik kenyataannya dalam Mangga Online baru-baru ini, Haiza berkata, “Peminat yang mungkin tidak kenal saya sebelum ini menghantar pesanan dan mereka sangkakan saya belum berkahwin. Malah ada yang kata saya seorang janda kerana mereka tidak tahu siapa suami saya.
“Ada juga seorang artis lelaki yang sudah lama tidak berhubung dengan saya, tiba-tiba menghantar mesej. Katanya peminat saya. Dia seorang artis lelaki yang sudah pun berkahwin.
“Selain itu, ada juga rakan-rakan yang selama ini memandang rendah sudah mula melihat kemampuan sebenar saya,” katanya.
Walaupun karier seninya kini berada di puncak, namun Haiza tidak akan sesekali mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan suaminya, Norhanapfe Omar.
Semoga Haiza terus sukses dalam kerjaya seninya dan kembali mengegarkan industri seni suara selepas berakhirnya GV2 nanti. 

Mynewshub.cc

KAMI akui, perkara seperti tertinggal dompet di rumah sewaktu hendak ke pejabat sering juga berlaku.
Ini menyebabkan aktiviti makan tengahari bersama rakan sekerja sedikit terbantut dan secara tidak langsungnya terpaksalah meminjam duit atau meminta mereka belanja dengan alasan“dompet tertinggal bro!”.
Kini dengan kecanggihan dan perkembangan teknologi, perkara seperti tertinggal dompet mungkin dapat dielakkan.

Walli merupakan sebuah dompet pintar yang mampu berhubung dengan telefon pintar anda, seterusnya menghantar notifikasi jika anda tertinggal dompet di rumah, pejabat dan sebagainya.
Memandangkan pada era kini, kita mungkin secara tidak sengaja tertinggal dompet dan kad pengenalan tetapi tidak mungkin tertinggal telefon pintar, maka penawaran dompet ini mungkin digemari sesetengah pengguna.

Dompet pintar ini juga hadir dengan beberapa ruangan kad, membolehkan anda mengetahui jika tertinggal sesuatu kad dan sebagainya. Sebagai contoh, mungkin anda mendaftar masuk ke sesuatu bangunan menggunakan lesen memandu dan terlupa mengambilnya kembali ketika keluar.
Walli akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar jadi anda boleh pergi mengambilnya sebelum meneruskan perjalanan.
Walli turut hadir dengan perlindungan RFID untuk mengelak kandungan dompet anda diimbas penggodam, selain menggunakan bateri yang mampu bertahan sehingga 6 bulan dan boleh digantikan dengan mudah.
Buat masa ini, pembangunnya sedang mengumpulkan dana di laman Indiegogo dan anda yang berminat boleh membuat sumbangan dan membelinya melalui halaman projek berkenaan.