Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


Jurugambar Scott Houston telah diberi kesempatan melawat koloni Estrella Penjara wanita di Arizona, Amerika Syarikat, beliau dapat melihat dan menangkap gambar kehidupan tahanan di dalam penjara.

Banduan dirantai dan di antara mereka ada di kenakan rantai sepanjang 2.7 meter dari kawasan, sebagai perempuan mereka bawa untuk bekerja di luar setiap hari. Wanita dari penjara yang melakukan pelbagai jenayah termasuk menjual dadah dan membunuh.













DUA pembantu rumah pelakon Nur Fasha Sandha Hassan telah dihukum dua hingga enam bulan penjara kerana mencuri wang tunai dari rumah majikan mereka.

Warganegara Indonesia, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah mencuri wang tunai dalam bentuk ringgit dan rupiah, milik majikan mereka iaitu suami pelakon itu, Rizal Ashram Ramli, 38.

Mereka dibicarakan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Kejadian berlaku di kediaman pelakon itu di Duta Suria, Ampang dekat sini pada kira-kira 9.45 malam pada 12 Mac lalu.
Rizal yang juga dikenali sebagai Jejai berkahwin dengan Fasha pada 2012. Perkahwinan itu adalah yang pertama untuk Fasha dan kali kedua buat Jejai.
Pasangan ini bertemu pada tahun 2005 dan hubungan mereka terjalin selepas Jejai bercerai dengan isterinya Nora Danish yang juga seorang pelakon.
Sementara itu mengikut fakta kes, pada hari kejadian Rizal telah diberitahu oleh pembantu peribadinya selepas dimaklumkan jiran bahawa rumah Jejai ditinggalkan tidak berkunci, manakala kedua-dua pembantu rumah telah menghilangkan diri.
Apabila pembantu rumah berkenaan berjaya ditahan, pihak polis menemui wang tunai kira-kira RM200 pada kedua-dua pembantu rumah itu.
Tertuduh berkata, mereka mengambil wang tersebut untuk menampung kos pulang ke Indonesia pada bulan Ramadan ini.
Mereka tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringankan.
Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman penjara dua hingga enam bulan.

Lucknow: Polis semalam menahan tiga lelaki yang didakwa merogol dan menggantung dua gadis adik-beradik berusia belasan tahun pada pokok di utara India.
Superintendan Atul Saxena berkata, dua daripada suspek itu anggota polis.
Penduduk kampung menemui mayat kedua-dua mangsa tergantung pada pokok pagi kelmarin selepas dilapor hilang dari rumah mereka di Kampung Katra, Uttar Pradesh.
Bedah siasat menunjukkan mereka dirogol dan dicekik hingga mati sebelum digantung.
India mengetatkan undang-undang antirogol tahun lalu selepas bantahan seluruh negara berhubung jenayah itu yang semakin menjadi-jadi di seluruh negara.
Rekod menunjukkan kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di seluruh India.
Bagaimanapun, aktivis berkata, jumlah itu rendah kerana ramai mangsa keberatan untuk membuat laporan.
- Agensi 

Penyelidik menemui 200 lukisan yang tersembunyi di dinding Angkor Wat , kuil Buddha di Kemboja . Salah satu lukisan yang dijumpai ialah lukisan Hanoman .

Penemuan itu mengejutkan kerana dinding tempat lukisan yang diungkap keberadaannya sebenarnya dilalui ribuan orang setiap harinya .

Lukisan - lukisan yang dijumpai tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ia diungkap dengan bantuan teknik pemprosesan imej secara digital .

Noel Hidalgo Tan , penyelidik dari Australia National University di Canberra , adalah orang yang mendedahkan kewujudan lukisan tersembunyi itu .

Ia pertama kali menyedari adanya tanda lukisan , berupa pigmen merah , saat melakukan ekskavasi di Angkor Wat pada tahun 2010 lalu .

Pada waktu tengah hari tengah hari ketika melakukan penyelidikan , dia terus mengikuti arah pigmen merah pada dinding kuil dan mengambil gambar beberapa dinding sebelah di mana pigmen tanda lukisan berada.

Foto - foto hasil rakaman kemudian diproses dengan teknik bernama decorrelation strecth analysis .

Teknik itu mampu mengungkap perbezaan warna yang sangat samar dan juga dipakai NASA untuk memproses imej Marikh mereka .

Diberitakan LiveScience , Rabu ( 28/5/2014 ) , dengan teknik tersebut , Tan berjaya mengungkap adanya pelbagai lukisan di dinding kuil tersebut.

Selain lukisan Hanoman , ada juga lukisan instrumen muzik tradisional Khmer , pinpeat , serta lukisan para dewa , kapal , dan gajah .

" Beberapa lukisan yang paling terperinci , yang terletak di bahagian atas kuil , dilewati ribuan orang tiap harinya , tapi yang paling terperinci itu tak dapat dilhat dengan mata , " kata Tan .

Tan mendedahkan , banyak lukisan yang ditemui di Angkor Wat sebelumnya dikategorikan sebagai grafiti .

Akan tetapi , kata Tan , banyak lukisan yang ditemui kali ini sangat skematik dan sepertinya bertujuan untuk menghiasi dinding kuil .

Christian Pottier , arkeologi Grater Angkor Wat Project , mengatakan bahawa dirinya setuju lukisan itu tak boleh dikatakan sebagai grafiti semata .

Namun , dia juga mengatakan bahawa kewujudan lukisan itu tak mengejutkan . 

Belum diketahui bila lukisan itu dibuat . Namun , diduga lukisan itu dibuat pada masa Raja King Ang Chan sebagai usaha untuk merestorasi kuil antara 1528 - 1566 .

Pemulihan dilakukan ketika Angkor Wat mulai berubah fungsi , mulai dari tempat pemujaan dewa Wisnu umat Hindu hingga menjadi tempat ziarah umat Buddha .

BUENOS AIRES – Mahkamah Agung Argentina pada Khamis mendengar hujah seorang model wanita yang menuntut supaya Google menurunkan pauntan laman web lucah dan menyaman enjin carian Internet itu kerana dia bukan pekerja seks.
Maria Belen Rodriguez, 30, bertindak menyaman Google dan Yahoo lapan tahun lalu berhubung pauntan enjin carian yang menunjukkan gambar-gambar bukan erotiknya.
Dua tahun lalu Yahoo mematuhi arahan itu dan membayar denda 42,000 peso (USD 5,200). Bagaimanapun Rodriguez menuntut lebih daripada itu.
Namun Google enggan mematuhi arahan mahkamah.
Sebuah mahkamah sivil sebelum ini memutuskan kes berkenaan memihak kepada model itu.
Kes ini timbul apabila terdapat sesetengah laman web memaparkan imej Rodriguez dikelilingi oleh imej lucah.
Selain itu apabila pengguna Internet klik pada namanya, ia membawa pautan ke laman web lain yang turut memaparkan imej lucah wanita lain.
“Pada satu hari ayah saya melakukan carian nama saya di Google dan dia terus dipautkan ke laman web porno.
“Ini menyebabkan saya berhadapan masalah. Saya kehilangan peluang pekerjaan kerana perkara in,” kata Rodriguez.
Keputusan Mahkamah Agung dijangka diketahui pada Jun depan. – AFP

KETIKA membawa watak sebagai Mr Bean, Rowan Atkinson seorang yang dilihat tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya sering ditertawakan masyarakat dunia.
Namun, pada Selasa, pelakon itu telah menyelamatkan nyawa seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yang terlibat dalam kemalangan di Tuscany, Itali.
Mr. Bean, 59, merupakan individu pertama yang membantu menyelamatkan pemandu kereta jenis McLaren F1 selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok.
Pemandu kereta itu hilang kawalan ketika sedang memecut dengan kelajuan 240 batu-sejam sebelum merempuh pokok sehingga meyebabkan kenderaan berkenaan terbalik.
Semasa kemalangan, Atkinson merupakan salah seorang daripada peserta konvoi permotoran yang melalui perkampungan Tuscany.
Dia bukan sahaja menyelamatkan lelaki itu tetapi turut membantu memungut serpihan kereta sukan tersebut dan memberikan keterangan sebagai saksi kepada polis.

Pemandu kereta sukan itu telah diterbangkan ke hospital di Pisa menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Pada 2011, Atkinson terselamat daripada maut selepas kereta sukan miliknya juga jenis McLaren F1 terbabas dan merempuh pokok di Northamptonshire.
Kereta kesayangannya mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan perbelanjaan sebanyak £910,000 untuk dibaik pulih.
Dengan perbelanjaan itu, kereta sukan Mr Bean telah direkodkan sebagai kereta yang menelan kos tertinggi di Britain untuk diperbaiki selepas terlibat dalam kemalangan.




Ada harga yang perlu dibayar penyanyi ini tatkala namanya di puncak populariti. Tiada istilah privasi atau peribadi untuk anak seni bernama Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna ini. Gerak-gerinya sentiasa diperhatikan. 



Malah, apa saja yang dimuat naik di laman sosial seperti Instagram dan Facebook akan menjadi bahan bualan dalam sekelip mata. 


Terbaharu, hanya kerana memuat naik sekeping foto menampakkan dirinya memakai baju hitam ketat paras pusat di laman Facebook, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) ini dikecam pelayar laman sosial. 



Padam gambar di laman sosial 

Sebagai penyanyi berhijab, penampilan gadis tinggi lampai ini dikritik hebat menerusi ruangan komentar sehingga memaksa penyanyi Terukir Di Bintang itu memadam foto terbabit. a

KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Ana Dahlia untuk menyembunyikan status hubungannya dengan seorang pemuda tidak berjaya, apabila dia 'terperangkap' dengan jerat sendiri selepas pengacara malam Hari Ibu anjuran Rafflesia, di Hotel Royal di sini pada malam Rabu lalu mengumumkan, pasangan tersebut bakal berkahwin tidak lama lagi.
Malah pengacara tersebut turut memperkenalkan pemuda yang dikenali sebagai Ubaidullah itu sebagai tunang kepada Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 31.

Peristiwa itu meleraikan segala tanda tanya dan penafian Ana selama ini yang mendakwa hubungannya dengan pemuda berkenaan sekadar kawan biasa walaupun gambar-gambar kemesraan percutian mereka bersama teman ke Thailand beberapa bulan lalu hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, Ana ketika ditemui pemberita sebelum acara Hari Ibu itu bermula menafikan khabar angin tersebut dan berjanji akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya dia benar-benar bakal berkahwin.

"Saya tidak menafikan perancangan untuk berkahwin itu memang ada tetapi gosip sebelum ini mengatakan saya bakal bertunang dan berkahwin pada bulan Mei sama sekali tidak benar. Malah saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita itu timbul.

"Buat masa ini tiada pengumuman yang ingin saya buat berhubung perkara itu namun sekiranya ada, saya akan beritahu kepada semua pihak. Kita hanya merancang tetapi jodoh itu ketentuan Tuhan," katanya kepada mStar Online sebelum pengacara mengumumkan statusnya itu.

Bukan sahaja pengumuman berkenaan malah status Ana Dahlia yang merupakan tunangan orang turut dicatatkan dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan.

Walaupun menafikan sudah bertunang atau bakal berkahwin, Ana Dahlia hanya mengaku keluarga Ubaidullah sudah datang berjumpa keluarganya di Taiping, Perak baru-baru ini untuk merisik tanpa menetapkan sebarang tarikh pertunangan atau perkahwinan.

Dalam perkembangan berkaitan Ana memberitahu dia telah lama mengenali Ubaidullah yang tinggal sekampung dengannya namun hubungan mereka rapat sejak setahun yang lalu.

Jelas Ana, dia selesa bersama pemuda itu dan menyifatkan Ubaidullah seorang yang mengambil berat dan berfikiran matang selain mampu membimbingnya daripada sudut agama Islam.


"Meskipun jarak umur kami berbeza tujuh tahun tetapi dia seorang yang matang dan amat menitikberatkan tentang hal agama dan itu membuatkan saya selesa dan tertarik dengannya," ujar Ana.

Ana Dahlia yang merupakan pesreta Pilih Kasih musim pertama dan pernah berkahwin dengan Chef Riz pada 11 Disember 2011.

Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila kedua-duanya disahkan bercerai pada November 2012 hanya selepas 11 bulan berkahwin.

mStar Online turut menghubungi Ana Dahlia pada Khamis malam untuk mengesahkan statusnya itu tetapi panggilan telefon dan kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar tidak dijawab.


London: Hampir sepertiga penduduk dunia kini gemuk dan tiada negara mampu membendung kadar obesiti sejak 30 tahun lalu.
Menurut satu kajian terbaru lebih dua bilion penduduk di seluruh dunia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Kadar tertinggi dicatatkan di Asia Barat dan utara Afrika dengan 60 peratus lelaki dan 65 peratus wanita gemuk.

Selain itu, Amerika Syarikat pula mempunyai 13 peratus populasi gemuk dunia, satu jumlah yang tinggi berbanding negara lain.

Jumlah penduduk gemuk yang digabungkan di China dan India hanya 15 peratus.
Seorang pakar dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Universiti Washington, Christopher Murray menyifatkan keadaan itu sebagai ‘menggerunkan.’

Beliau dan rakan penyelidik lain mengkaji lebih 1,700 kajian meliputi 188 negara dari 1980 hingga 2013. 

“Ia menggerunkan. Bila kami menyedari tiada satu negara mampu mengurangkan tahap obes, ia pasti menyedarkan kamu betapa sukarnya untuk mengatasi masalah itu,” kata Murray.

Murray berkata, terdapat hubungan kukuh antara jumlah pendapatan dan obes, semakin kaya, semakin gemuk, 

Dia juga berkata saintis turut mendapati peningkatan dalam kes diabetes dan kanser berkait dengan berat badan.

Kajian baru itu ditaja oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates dan diterbitkan dalam talian Khamis melalui jurnal Lancet.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menubuhkan suruhanjaya tinggi untuk menamatkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Anak-anak kita semakin gemuk. Sebahagian daripada penduduk dunia ini makan sehingga mati,” kata Pengarah WHO ketika mesyuarat tahunan agensi itu di Geneva.

Awal tahun ini WHO menegaskan kadar gula yang diambil untuk kalori seharian sepatutnya tidak melebihi lima peratus daripada gula.

Seorang lagi pakar obes dari Universiti Emiriah Arab Bersatu mendedahkan kadar kegemukan itu menjangkau lima kali ganda dari 20 tahun lalu walaupun di kawasan terpencil seperti di Pakistan. 

Hasil penyelidikannya dibentangkan di sidang media Bulgaria.

“Permodenan menjejaskan kesihatan. Beberapa tahun lalu manusia terpaksa berjalan berjam-jam untuk membuat panggilan telefon berbanding zaman sekarang yang mempunyai telefon bimbit,” katanya.

Di Britain pula, pemerhati kesihatan menggesa orang gemuk dihantar mengikuti kelas penurunan berat badan secara percuma bagi mengurangkan sebanyak tiga peratus berat badan mereka.

Sekurang-kurang dua daripada tiga orang dewasa negara itu terlebih berat, menjadikan ia ‘negara tergemuk’ di Eropah Barat.- AP

Moscow: Seekor buaya terpaksa dihantar ke hospital selepas dihempap oleh seorang wanita seberat 114 kilogram di dalam sebuah bas.
Fredy, repitilia 2.14 meter panjang itu berada di dalam bas yang penuh dengan anggota sarkas dikatakan tidur apabila kenderaan berkenaan melanggar bonggol berhampiran Severomorsk, menyebabkan wanita terbabit jatuh dan menghempapnya yang tidur berhampiran. 
Agensi berita RIA Novosti melaporkan, pihak pengurusan sarkas bimbang keadaan buaya itu selepas ia muntah selama tiga jam berikutan peristiwa itu. 

Ia mungkin tanda kecederaan dalaman bagi buaya.

Akauntan terbabit hanya cedera ringan, tetapi ditegur kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

Fredy pula dibawa ke hospital dan menjalani pemeriksaan serta rawatan. Semua persembahan hari itu yang membabitkannya juga dibatalkan. 

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan wanita itu dinasihatkan mengurangkan berat badannya. 

Haiwan, termasuk harimau, singa dan monyet masih digunakan dalam persembahan sarkas di Russia. - Agensi



Puchong: Tujuh warga asing berdepan detik cemas apabila diserang lebih 20 lelaki tempatan bersenjatakan parang, pisau dan kayu dalam kejadian samun di asrama pekerja warga asing di Taman Puchong Intan Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kumpulan terbabit merempuh masuk ke asrama dua tingkat itu lalu mengancam untuk mencederakan penghuni terbabit. 
Seorang mangsa, Makaram Ali, 35, berkata, ketika kejadian, dia ingin keluar bekerja sebelum melihat kumpulan terbabit yang berada di hadapan pintu asramanya itu. 


“Mereka terus mengacukan parang kepada saya lalu merempuh masuk ke dalam bilik dan memaksa saya serta rakan-rakan lain menyerahkan wang dan barangan berharga.

“Saya dan rakan-rakan lain terkedu dan hanya mengikut arahan mereka,” katanya kepada Harian Metro.
Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.
Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.
Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa. 

Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.