Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi


ENTAH sejak bila, fenomena ‘relationship goals’ tiba-tiba melanda para gadis seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Kononnya, mengharapkan kisah cinta sempurna bak seindah kayangan dengan kehadiran ‘prince charming’ yang romantis.
Semuanya gara-gara tabiat anak muda yang suka menunjuk kehebatan dan kesenangan hidup di laman sosial sehingga menyebabkan ramai gadis terpengaruh lalu mengimpikan sesuatu yang tidak rasional.
Sebagai contoh, mengharapkan teman lelaki menghadiahkan itu ini, memberi layanan romantis dan bermacam-macam lagi.

Sedangkan realitinya, tidak semua lelaki berkemampuan untuk menunaikan impian kekasih hati yang gilakan ‘relationship goals’ ini. Lainlah kalau teman lelaki anda sememangnya kaya raya.
Senang cakap, golongan wanita yang gilakan ‘relationship goals’ ini sebenarnya materialistik dan penuh dengan angan-angan kosong seperti ‘Mat Jenin’.
Akibat sikap ‘hidup segan mati tidak mahu’ ini jugalah, menjadi punca ramai wanita menjadi andartu.


Barangkali, kisah lelaki yang telah putus bersama teman wanitanya ini boleh dijadikan pengajaran buat semua wanita di luar sana agar berpijak di bumi yang nyata.
Menerusi perbualan lelaki ini dan rakannya, dia meluahkan rasa kecewa dengan sikap teman wanitanya yang berangan mahukan lelaki kaya dan boleh berikan segala-galanya.
Berikutan itu, lelaki ini berharap agar dipertemukan wanita bergelar isteri yang boleh mengharungi susah senang hidup bersamanya.
Semoga luahan pilu lelaki ini sedikit sebanyak dapat mengubah sikap wanita agar tidak terlalu mengejar ‘relationship goals’.
Ketahuilah, nenek moyang dan ibu bapa kita sampai kini masih bahagia bersama tanpa mengenal apa itu ‘relationship goals’. – MYNEWSHUB.CC

HOUSTON – Seorang warga emas di Texas, Amerika Syarikat terpaksa menjalani pembedahan untuk menanam tangannya yang teruk terbakar ke dalam perutnya, bagi memberi masa kepada kulit tangannya untuk sembuh.
Frank Reyes yang berusia 87 tahun itu hampir kehilangan tangan selepas sebuah treler menghempap sebelah tangannya ketika dia sedang menukar tayar kenderaan tersebut, lapor media tempatan.
Dia terpaksa menahan kesakitan selama sejam sebelum bantuan tiba, dan ketika itu dengan suhu yang panas, menyebabkan besi itu membara. Ia hampir menyebabkan tangan Reyes `masak’.
Warga emas itu kemudiannya dikejarkan ke Hospital Methodist Houston. Doktor terpaksa menggunakan kaedah implan itu bagi menyelamatkan tangan Reyes.

Menurut cucunya, Casey Reyes, agak sukar untuk menerangkan kepada datuknya itu mengenai prosedur yang akan dilalui dalam pembedahan berkenaan kerana Reyes mengalami masalah pendengaran.
“Saya terpaksa menerangkan dengan cara mudah bahawa tangannya akan dimasukkan dalam perutnya, sama seperti tudung.
“Ia kelihatan seperti gila tetapi datuk saya memandang saya dan bersetuju,’’ katanya. 

LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman sosial Snapchat gara-gara sering memuat naik foto dirinya yang terlalu seksi, lapor media tempatan.
Wanita muda Britain ini dianggap sengaja mempamerkan kemontokan tubuhnya secara berlebihan dan di luar batas etika pihak pentadbir Snapchat sehingga memaksa akaun milik Chelsea dibekukan buat sementara waktu.
Beberapa muat turun kontroversi oleh penari tiang di kelab bogel Blue Velvet di Newcastle ini yang pernah disiarkan Snapchat seperti memasak sarapan, selfie di cermin dan katil, semuanya dilakukan tanpa pakaian.

Selain berkhidmat sebagai model, keayuan foto aksi berani Chelsea yang mungkin ‘mencairkan’ iman kebanyakan lelaki Inggeris turut dinobatkan oleh akhbar sensasi terkenal, Daily Star sebagai ‘Snapchatter paling seksi’.
Chelsea malah mendakwa dirinya memang layak namun, rayuan manjanya itu enggan dilayan pihak Snapchat sebaliknya pentadbir media sosial perkongsian video tersebut berkeras terus menyekat akaun milik model itu.
“Saya adalah ratu Snapchat. Saya rasa mereka (Snapchat) wajar mengizinkan saya untuk kembali ke Snapchat bagi saya dapat bergaul mesra semula dengan setiap peminat saya,” tegasnya yang dipetik oleh Daily Star.
Peliknya, selama ini, Snapchat memang dikenali di seluruh dunia sebagai laman sosial penyebaran kandungan berbaur separuh lucah, namun, CEO Snapchat, Evan Spiegel telah berkali-kali membantah persepsi tersebut.
Menurut beliau, Snapchat tidak pernah diwujudkan untuk menjadi platform media sosial yang berkait rapat dengan segala unsur pornografi, sekali gus menggalakkan aktiviti seks bebas dan jenayah serangan seksual.
“Jangan gunakan Snapchat untuk hal-hal melanggar peraturan. Jika anda di bawah umur 18 tahun, pastikan anda memuat turun gambar dengan baju masih lagi terpasang!” kata sinis jurucakap Snapchat yang enggan dikenali.
Berasa aspirasi dirinya tidak lagi didengar, Chelsea pun ‘beralih arah’ kepada laman Twitter dan sudah mula aktif memasukkan beberapa foto seksi yang asalnya daripada Snapchat dipindahkan ke akaun Twitter @chelsfergo.
Setakat ini, pentadbir Twitter belum mengambil apa-apa langkah progresif seperti Snapchat dan membiarkan pengguna lelaki bebas dulu menikmati ‘khazanah’ erotik Chelsea secara percuma. –
Ruang dan suasana di rumah anda terlalu membosankan kerana hiasan dan perabot di dalamnya biasa-biasa sahaja? Jika anda sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah dengan kos yang paling minimum, anda boleh memanfaatkan barang-barang terpakai atau yang tidak digunakan lagi.
Dengan sedikit usaha dan kreativiti, barang terpakai tersebut ditransformasi  menjadi perabot  yang sangat cantik serta membuatkan ruang di rumah anda nampak eksklusif dan mendatangkan suasana yang nyaman. Jom tengok gambar-gambar hiasan dekorasi rumah yang kreatif ini.
1. Patterned Bookcase.

Anda ada rak buku lama atau tidak dipakai lagi? Daripada dibuang, anda boleh hasilkan seperti gambar di atas dengan menghias rak buku tersebut menggunakan wallpaper. Cantik kan? Mungkin sesuai untuk diletakkan di ruang tamu ataupun pejabat mini anda. 
2. Chelsea Handler’s Office

Meja pejabat yang tidak digunakan lagi  boleh anda hiaskan menjadi meja solek  berkonsepkan retro khas untuk kaum wanita.
3. Black Walls

Jika anda memiliki jendela yang menghadap keluar seperti di atas, ubah catnya dengan warna hitam dan letakkan sekali kerusi kayu yang kelihatan seperti buaian agar anda dapat membaca dengan nyaman dan tenang di ruang tersebut.
 4. Gorgeous Studio Apartment

Ruangnya nampak kecil dan terhad tetapi jika hiasannya tidak terlalu banyak dan melampau,  hasilnya sangat cantik bukan?
5. Reading Nook

Dengan hiasan dalaman yang berwarna terang, anda akan berasa lebih selesa untuk membaca buku atau berehat di sofa ini dengan nyaman.
6. Vanity Closet

Rak yang dihasilkan dari kayu terpakai dan diberikan sedikit sentuhan ini  pastinya akan memudahkan anda untuk menyimpan kasut dan koleksi beg tangan anda. Ini amat sesuai sekali untuk golongan wanita!
7. Colourfull

Hiasi ruang kerja peribadi anda tampak ceria dan penuh warna dengan lukisan buatan anda sendiri.
 Sumber dari popsugar.com


Menjadi seorang pramugari bukanlah perkara mudah. Banyak wanita di luar sana yang ingin mendapatkan pekerjaan ini tetapi berbeza pula dengan gadis cantik ini yang lebih memilih untuk  menjadi tukang kupas isi ketam.


Melalui informasi dari portal Next Shark, wanita berusia 27 tahun ini telah memilih untuk  meninggalkan pekerjaannya sebelum ini sebagai pramugari demi menjadi seorang tukang kupas isi ketam di sebuah restoran di China.

Gadis yang tidak diketahui namanya ini dilihat di sebuah restoran di Hangzhou, yang ketika itu sedang menikmati makanan laut ketam bersama dengan  seorang jejaka. Gadis ini menggunakan laman web belanja secara atas talian(online shopping), Taobao bagi mempromosikan servis yang ditawarkan olehnya.




Dia mengenakan bayaran sebanyak 10 yuan (RM7) untuk setiap ketam, dengan tambahan 5 yuan (RM 4) jika pelanggan ingin disuapkan.




Jika dilihat, layanan yang ditawarkan ini sangat menarik dan unik serta menarik banyak minat golongan lelaki. Mana tidaknya, selain dikupaskan, pria yang membayar wang tambahan akan mendapat layanan istimewa di mana bekas pramugari itu akan menyuapkan makanan ke dalam mulut mereka.

Masyarakat Beijing, Tiongkok kini dilanda demam trend terbaru yang menjadi ikutan hampir seluruh lapisan masyarakat daripada yang muda sehingga dewasa.


Trend  yang tengah melanda kota Beijing ketika ini adalah penggunaan klip rambut yang memiliki bentuk seperti sebatang tunas/benih tanaman atau bunga. Kalau dilihat dari jauh, orang ramai yang mengikuti trend ini kelihatan seperti menanam sesuatu di atas kepala mereka.

Klip rambut ini terdalam dalam pelbagai jenis dan bentuk bermula dari benih tanaman sehingga bunga matahari. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik di laman web Shanghaiist.com, kelihatan ramai penduduk kota Beijing  memakai klip rambut bunga palsu tersebut.

Tidak diketahui bagaimana trend ini bermula tetapi pihak media di sana mengatakan trend ini tercetus dari karakter dalam sebuah rancangan TV popular iaitu “Pleasant Goat And The Big Bad Wolf”.





Tidak semua yang dimuatnaik di laman sosial adalah indah belaka.

Boleh dikatakan setiap hari pasti ada pasangan atau individu yang berhenti kerja  kerana rutin yang sama dan terlalu membosankan. Mereka ini pastinya ingin mencuba dan melakukan sesuatu yang baru dan keluar dari zon selesa.

Sebagai contoh pasangan Chanel Cartell dan Stevo Dirnberger dari Afrika Selatan. Pasangan ini mendapat perhatian orang ramai apabila mereka meninggalkan pekerjaan dalam bidang pengiklanan yang memberikan pendapatan lumayan semata-mata hanya kerana ingin mengembara ke seluruh dunia.

Pasangan ini mencatatkan pengalaman pengembaraan mereka dalam sebuah blog yang diberi nama ” How Far From Home”. Mereka juga turut memuatnaik gambar-gambar lokasi indah seluruh dunia yang memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya di laman Instagram mereka.

Pastinya pengalaman dan kisah mereka ini menjadi inspirasi buat mereka yang kerja makan gaji dan tertumpu di pejabat sahaja.

Namun realitinya, keadaan sebenar adalah lebih buruk daripada apa yang digambarkan dalam media sosial

Sehingga saat ini, pasangan ini telah mencuci 135 tandas dan membuang 250 kilogram najis lembu, mengemas 57 katil dan banyak kerja lain termasuk membersihkan gelas-gelas wain.



“Ia adalah pekerjaan yang memenatkan serta kotor,’’ demikian tulisan pasangan itu dalam blog mereka How Far From Home.
Mereka juga terpaksa makan biskut kering dan jem kerana itu sahaja makanan murah yang boleh mereka nikmati.
Kerana sumber wang yang amat terhad dan perbelanjaan yang semakin bertambah, pasangan ini terpaksa menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan banyak masalah. Mereka juga turut menasihatkan kepada pembaca blog mereka agar jangan tertipu dengan gambar yang mereka muatnaik.

Ketika pengembaraan, mereka hanya makan biskut kering sepanjang masa untuk berjimat dan hanya tidur lima jam sehari serta terpaksa mengheret beg kami setiap malam pada pukul 1 pagi untuk mencari tempat tinggal kerana tambang bas tidak termasuk dalam senarai perbelanjaan kami,’’ kata Chanel.






 adweek