Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi



Anak ialah rezeki yang diberikan tuhan dan ianya amanah yang perlu dijaga dengan baik. Malangnya ada spesis manusia yang pandai membuat anak tetapi tidak reti menjaga mereka selepas sudah dilahirkan. Mari kita ke West Virginia Amerika Syarikat dimana Michael Paul Perry (28) dan Crystal Sidney Perry (19) ditahan oleh pihak berkuasa kerana kesalah tidak menjaga anak dengan baik. Pasangan ini mempunyai dua orang anak berusia 2 dan 1 tahun

Ketika ditemui pihak berkuasa dua orang anak kecil ini ditemui sedang memakan tahi di atas katil yang dipenuhi tahi! Pasangan suami isteri ini kini ditahan dan dikenakan ikat jamin USD 100 000 seorang. Anak mereka kini di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Apa punya mak bapak perangai macam ini? 

Kalau tak mampu nak jaga anak sila mandulkan diri anda atau rajinlah memakai kondom. Jangan sampai malas nak bersihkan lampin anak sehingga mereka memakan tahi sendiri. Damn son!



Laporan asal WCHS

SEBELUM ini, nama bintang solo, Ailee, tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan kariernya.

Namun, baru-baru ini, media melaporkan, foto bogell mirip Ailee tersebar di Internet.

Bukan hanya satu, malah lebih daripada lima gambar pelantun lagu, I Will Show You, menjadi tatapan peminat.

Walaupun Ailee belum tampil dengan sebarang penjelasan, namun, pihak pengurusannya, YMC Entertainment bagaimanapun mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Kami akan mencari kesahihan berita ini adakah betul atau palsu," katanya.









Di Bangladesh anime ini menjadi kontroversi nasional kerana dikatakan menjadikan anak-anak Bangladesh pemalas, suka ponteng sekolah dan menjadi agen India dalam menghancurkan bahasa kebangsaan Bangladesh.



Anime Doraemon ditayangkan di Disney Channel India yang boleh ditonton di Bangladesh. Untuk versi tempatan, anime ini dialih bahasa kepada bahasa Hindi. Ibu-bapa serta ahli politik risau anak muda Bangladesh mempelajari bahasa Hindu, bahasa kegunaan jiran mereka India dan akan melupakan bahasa kebangsaan iaitu Bengali. Selain daripada itu mereka juga mengatakan Nobita memupuk semangat malas kerana sentiasa memerlukan bantuan Doreaemon untuk segala benda. Ahli politik Bangla mahukan anime ini diharamkan dari tayang TV tempatan sebelum anak-anak Bangladesh menjadi pemalas. Di dalam beberapa laporan akhbar tempatan ada juga ibu bapa menyalahkan masalah ponteng sekolah terhadap Doraemon.


Laporan asal Yahoo
PDRM: Tiada Bantuan Jika Masuk No Pin Terbalik

SEBILANGAN daripada kita tentu pernah membaca  penyebaran mesej melalui SMS dan menerusi laman sosial seperti Facebook, berkenaan cara menyelamatkan diri ‘secara senyap’ jika dipaksa untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM oleh penjenayah.

Kononnya, dalam keadaan darurat, jika kita memasukkan nombor pin secara terbalik – wang akan tetap dikeluarkan menerusi ATM tetapi pihak bank akan segera memaklumkan situasi cemas itu kepada pihak polis.

Ternyata perkara ini TIDAK BENAR sama sekali.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook sebentar tadi memaklumkan, pengesahan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mesin ATM.

Justeru, PDRM menyeru agar rakyat Malaysia berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kandungannya ini. 

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Fullscreen capture 11122013 33018 PM

Izzue Islam Berkhatan Lagi?

Heboh satu Malaya mengenai majlis berkhatan pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang berlangsung di Rumah Bakti Ulu Klang.

Izzue Islam baru nak berkhatan? Biar betul?! Tapi memang itulah yang berlaku. Majlis berkhatan tersebut dijalankan secara tradisional bersama anak-anak yatim Rumah Bakti.
Majlis dimulakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W bagi merestui bakal-bakal ‘pemuda’  dan lebih menarik lagi mereka turut diarak seperti pengantin sebelum dimandikan secara beramai-ramai.

Seterusnya Izzue dan ‘rakan-rakannya’ dipersiapkan dengan baju melayu segak sebelum bertemu Tok Mudim.

Haaa… percaya atau tidak? Majlis berkhatan Izzue Islam memang betul-betul berlaku!

Tapi sebenarnya ia adalah sebahagian dari gimik bagi mempromosikan filem Hantu Tok Mudim, terbitan Showbiz Production yang akan mula menggemparkan pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 21hb November 2013 ini.

Izzue Islam bukan berkhatan sekali lagi sebenarnya, tetapi majlis yang berkonsepkan ‘Sneak-Peak’ dari filem ini bukanlah sekadar majlis promosi filem biasa tetapi turut memberi peluang kepada pihak Showbiz Production dan pelakon-pelakon filem Hantu Tok Mudim beramah mesra dan meraikan anak-anak kurang bernasib baik ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Harun Salim Bachik, Soffi Jikan dan Adrea Abdullah.

Filem bergenre seram komedi yang bakal ditayangkan adalah berkisarkan tragedi ngeri yang menghantui Kampung Seri Menawan apabila Hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung berkenaan.

Kelibat Hantu Tok Mudim akan menghantui hujung minggu anda, dengan penampilan khas Hantu Tok Mudim di pawagam-pawagam terpilih, bagi memeriahkan lagi promosi filem ini bermula pada 15hb November depan.
Sumber: astrogempak.com.my


Ujungan merupak salah satu ritual silam di daerah Kediri, Indonesia. Amalan ritual ini dahulunya merupakan ritual tahunan di daerah tersebut pada musim kemarau untuk memanggil hujan demi mengairi tanaman dan ternakan. Walau bagaimanapun, amalan ini kini hanya dijalankan pada waktu-waktu terdesak sahaja disebabkan semakin kurang penduduk yang mahu mengamalkan dan mempercayainya. Semasa upacara ritual, alat pemukul yang diperbuat daripada sabut kelapa sawit, dinamakan Tiban akan dipukul ke badan. Pukulan Tiban diiringi dengan alunan muzik. Darah yang mengalir menjadi simbolik untuk pertukaran dengan air hujan.


Lagi gambar after the break~







Dalam keadaan suasana sedih dan huru hara selepas taufan Haiyan, kelahiran seorang bayi memberi sedikit keceriaan kepada semua orang.

Bayi yang diberi nama Bea Joy Sagales dilahirkan Emily Ortega, 21, semalam (Isnin), di lapangan terbang yang rosak teruk di Tacloban, Filipina.

Kelahiran Bea dianggap satu rahmat buat keluarganya di saat sekurang-kurangnya 10,000 orang dijangka maut akibat bencana alam yang digelar Taufan Yolanda dalam kalangan penduduk tempatan itu.

Malah ibu Bea sendiri, terpaksa berenang dan berpaut pada sesuatu sebelum diselamatkan apabila Tacloban dilanda banjir selepas taufan.

Bea dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan menerima tepukan gemuruh daripada semua orang sebaik sahaja selamat diahirkan.

Bapa Bea dipercayai berada di Manila dan belum tahu tentang kelahirannya.

Taufan Haiyan yang melanda Filipina Jumaat lalu, melintasi enam wilayah negara berkenaan sekaligus menghentam bangunan dan apa sahaja dengan tiupan angin sekuat hampir 300km sejam. 


Fullscreen capture 11122013 12630 PM
Fullscreen capture 11122013 12721 PM




Seorang pelayan restoran mengalirkan air mata terharu melihat nota atas tisu yang ditinggalkan seorang pelanggan.

Nota itu adalah ucapan terima kasih kerana melayan lelaki tersebut dan isterinya dengan baik setiap kali mereka datang makan di situ setiap tahun.

Lelaki tersebut sebenarnya menjadikan restoran tempat pelayan itu bekerja sebagai lokasi istimewa menyambut ulang tahun perkahwinannya dan isteri namun tahun ini, ia tidak lagi sempurna apabila si isteri sudah meninggal dunia.

Namun suaminya yang kerinduan tetap meneruskan rutin itu dengan mengunjungi restoran terbabit seorang diri.

Menurut pelayan yang berkongsi nota ini di laman reddit.com, dia dan rakan-rakannya terkejut apabila seorang lelaki masuk ke restoran lalu duduk dengan wajah sedih.

Dia hanya memesan Coke dan termenung seorang diri hingga beredar. Daripada keadaan lelaki itu dapat diketahui dia sedang menanggung derita perasaan.

Hanya selepas lelaki itu pulang dan nota yang ditinggalkannya dibaca,  pelayan itu dapat memahami apa telah terjadi. Menurut pelayan itu rakan sekerjanya yang lain turut menitiskan air mata kesedihan.

Selain nota, lelaki tersebut turut meninggalkan tip berjumlah USD3 (RM9.60).




Justin Bieber

Penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber dikatakan mengalami keracunan makanan yang teruk sehingga memaksanya meninggalkan konsert jelajah yang sedang berlangsung pada ketika itu di Buenos Aires, Argentina.

Tindakannya yang meninggalkan persembahannya itu mendapat kutukan dan kecaman daripada peminat yang melaungkan ‘booo’ di atas perbuatan penyanyi lagu Baby itu, semalam.

Pihak pengurusan konsert Bieber juga dilaporkan tidak membuat sebarang penggumuman mengenai perkara tersebut dan mencetuskan kemarahan peminat yang sudah membayar sebanyak USD320 (RM1,025) untuk melihat aksi Bieber di negara mereka.

Bieber walau bagaimanapun sempat berkata kepada peminatnya, “saya rasa tidak sihat dan kekurangan tenaga (untuk meneruskan persembahan)”.

Sejurus berkata demikian, Bieber terus memohon maaf serta melayangkan ciuman dan terus berjalan keluar pentas dengan kepalanya ditundukkan sepanjang masa.

Untitled (1)PELAKON seksi Lana Nordin terpaksa menyekat hampir 10,000 ribu peminat di laman sosial Instagram miliknya gara-gara dia sering menerima komen dan kritikan yang melampaui batas dan mengaibkan dirinya.

“Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan.

“Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.

“Ada yang saya dapat kesan satu kumpulan ni, mereka dalam 4, 5 orang pelajar yang belajar di Australia. Mereka ni sengaja bagi komen dan mengutuk saya di Instagram. Lepas tu mereka akan berborak sesama mereka menyatakan rasa puas hati mereka bila mereka tahu saya mula meleting atau membidas kritikan mereka”, kata Lana Nordin ketika ditemui pada malam Shout! Awards yang berlangsung di Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Tambah Lana, pada mulanya dia tidak ambil pusing akan kritikan negatif yang diterima namun lama-kelamaan tindakan segelintir peminat ini sudah ke tahap biadap. Kerana itu dia dengan lantang membalas semula komen-komen mereka.

Sepertimana baru-baru ini, Lana memaki peminat-peminat tersebut menerusi akaunnya itu gara-gara komen mereka terhadap salah satu gambar yang dimuat naiknya.

“Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.

“Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.

“Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang”, luahnya.

Perkembangan terbaru, Lana baru saja selesai menjalani penggambaran Lara Cinta Kasih berganding dengan aktor, Hairul Azreen.- malaysiaDigest



1418815_714821675212668_1475526613_o

PERTANDINGAN ratu cantik dunia bagi golongan pondan atau maknyah,  Miss International Queen 2013 merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh golongan ‘tersebut’ setiap tahun.

Ini kerana ia menghimpunkan ‘jelitawan-jelitawan’ dari seluruh dunia bagi memilih siapakah yang paling layak dinobatkan pondan paling cantik bagi beberapa kategori yang dipertandingkan.

Untuk itu, setiap negara akan menghantar ‘wakil mereka’  bagi merebut kejuaraan.
Hadiah utama adalah wang tunai BAHT300,000, sebentuk tiara dan pakej pembedahan plastik percuma di Bangkok.

Tahun ini pertandingan dilangsungkan di Pattaya, Thailand
Untuk tahun ini juga, ‘negara kita’ menghantar ‘dua wakilnya’ iaitu Nur Sajat Fariz dan Patricia ‘Asyeera’ Wong.

Mynewshub.my sendiri tidak pasti bagaimana ‘proses pemilihan’ dibuat.
Yang pastinya, daripada 24 peserta (dari 17 negara yang bertanding), Nur Sajat telah diangkat sebulat suara oleh juri menjuarai kategori MOST TALENTED (paling berbakat).

Berikut adalah gambar-gambar Nur Sajat ketika pertandingan tersebut
Oh sebelum terlupa, pertandingan ini dimenangi oleh peserta dari Brazil, Marcello Ohio.
Aduh, macam-macam hal dunia sekarang nie….

1381056_703952342966268_894593032_n
264542_712889658739203_882055307_n
1418815_714821675212668_1475526613_o
1453170_713239382037564_566152533_o
1394071_712576888770480_1746041877_n
1387689_708817525813083_1431072107_o


Beliau bukanlah asing dalam dunia modeling ini malah lebih suka tidak berbaju jika beraksi depan kamera.

So, Pixie Geldof adalah satu pilihan yang tepat untuk sesi fotografi mempromosikan seluar jeans. Yup, dia hanya memakai seluar jeans, seperti dijanjikan, tiada baju!

Penyanyi berusia 22 tahun itu dilihat begitu enjoy dengan sesi fotografi yang berlangsung malah tampil dengan imej baru berambut pendek dan tubuh yang mengiurkan!


Pixie beraksi dengan baik sekali ketika berada dikawasan air cetek. Tanpa rasa segan, beliau mempamerkan segala asetnya, sambil beraksi spontan dihadapan kamera.



movic

BOSNIA – Hasrat seorang budak yang berusia lapan tahun yang sedang tenat akibat leukemia untuk bertemu dengan Zlatan Ibrahimovic tidak kesampaian apabila bintang bola sepaknya tersebut terlalu

Hajrudin Kamenjas, yang diberikan tempoh selama sebulan oleh doktor, telah berkunjung ke Paris dari rumahnya di Bosnia, semata-mata kerana ingin bertemu Ibrahimovic selepas ibubapanya, Amela danMustafa mengatur pertemuan tersebut melalui Paris Saint Germain.

Amela dan Mustafa membawa anak mereka untuk bertemu dengan Ibrahimovic selepas mereka dimaklumkan bahawa bintang bola sepak itu tidak dapat mengunjungi Hajrudin di rumahnya kerana komitmen bola sepak.

Namun apabila keluarga tersebut membawa Hajrudin bersama dengan peralatan hospital ke Perancis, mereka sekali lagi dimaklumkan bahawa pemain tersebut tidak dapat bertemu dengan budak tersebut, meskipun dia sudah berada di dalam stadium.

Ibrahimovic ketika itu mengalami kecederaan lutut, ketika Hajrudin datang ke stadium pada 1 November lalu untuk bertemunya.

Keluarganya mendakwa bintang tersebut mempunyai masa lapang pada hari keesokannya, tetapi gagal menemui anak mereka.

Hajrudin dibawa ke Paris untuk bertemu dengan Ibrahimovic selepas budak tersebut memberitahu bahawa harapan terakhirnya sebelum menutup mata adalah untuk bertemu dengan pemain bola sepak kesayangannya itu.

Dengan bantuan rakan-rakan dan saudara maranya serta sebuah NGO dari Jerman, hasrat Hajrudin cuba dikabulkan.

“Kami tahu Ibrahimovic sibuk, namun kami telah meminta kebenaran sebelum itu dan telah ke Paris untuk bertemu dengannya.

“Malah kelab Paris Saint Germain juga memaklumkan bahawa kami boleh bertemu dengan Ibrahimovic jika kami datang sendiri ke Paris.
“Meskipun kami berulang kami dimaklumkan mereka akan mengatur pertemuan itu, namun ia tidak berlaku dan terpaksa menipu Hajrudin bahawa Ibrahimovic sedang sakit serta masuk hospital,’’ katanya.

Bagaimanapun Ibrahimovic kemudiannya telah menghantar mesej melalui rakaman video kepada Hajrudin.

“ Hello Hajrudin. I am Zlatan. Selepas mendengar mengenai awak, saya teringatkat awak.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat datang, tetapi saya ada hadiah untuk awak. Saya sudah menandatangani baju jersi saya dan saya ingin awak tahun bahawa awak berada di fikiran saya.

“Saya juga ingin memberikan jersi ini yang saya pakai ketika menjaringkan dua gol semalam,’’ kata Ibrahimovic.
Jadual Padat Paksa Rihanna Sewakan Banglo Miliknya

LOS ANGELES – Jadual yang padat dan sibuk memaksa Rihanna menyewa rumah agamnya yang bernilai RM34.8 juta dengan bayaran sewa sebanyak RM208,000 sebulan.

Penyanyi tersebut membeli rumah berkenaan setahun yang lalu, namun disebabkan dia terlibat dengan komitmen kerja, maka Rihanna jarang menetap di rumah berkenaan.

Keadaan itu memaksa Rihanna mengambil keputusan untuk menyewa rumah tersebut yang memiliki tujuh bilik tidur dan 20 ruang tempat letak kereta.

Rumah tersebut dihiasi dengan warna semulajadi dan mempunyai hiasan yang menarik.
Ia dikelilingi pokok-pokok Oak dan Sycamore dan ia juga mempunyai sembilan bilik air dan bilik untuk berehat.

Ruang belakang Rihanna yang mempunyai keluasan 6,000 kaki persegi itu juga mempunyai ruang tambahan untuk BBQ dan jacuzzi.

Rumah tersebut juga mudah untuk dijaga memandangkan semua benda di dalamnya termasuk lampu, pintu, penggera serta pendingin hawa juga menggunakan alat kawalan jauh.

Penyewa rumah ini mempunyai jiran-jiran yang berprofil tinggi termasuk Seal, Heidi Klum dan Tom Brady yang juga menetap di kawasan berhampiran.

Tahun lepas, Rihanna membeli sebuah rumah lima bilik di Barbados dan dia telah memberikan rumah tersebut kepada ibunya, Monica Braithwaite.

Suspek Pengawal Ambank Beli IC Palsu, Bukan Yang Dikeluarkan Oleh JPN

KUALA LUMPUR – Suspek kes bunuh pegawai AmBank, Laode Ardina Laode Rasila dipercayai membeli kad pengenalan palsu daripada seorang lelaki warga Indonesia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pembelian kad pengenalan palsu itu dibuat di Malaysia dan ia bukan kad pengenalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dia (suspek) mengaku membeli kad pengenalan itu dari seorang lelaki warga Indonesia. Kita sedang menyiasat berkenaan dengan penjualan kad pengenalan palsu.

“Ini kad pengenalan palsu, bukan kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan suspek juga membeli kad pengenalan itu di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspektif Islam di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, polis turut memburu seorang lagi rakan suspek yang dikenali sebagai Joemar dipercayai menjadi dalang utama merancang rompakan tersebut.

Menurut Khalid, rakan suspek itu juga dipercayai memiliki sebahagian besar wang hasil daripada rompakan itu.

Semalam, Laode Ardina diberkas oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman dalam Ops Cantas yang dijalankan Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Suspek dipercayai terlibat dalam rompakan di sebuah cawangan Ambank, USJ 2 Sentral pada 23 Oktober lepas menyebabkan seorang pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib maut terkena tembakan di kepala.


Manila: Kesultanan Sulu berkata mereka menganggap isu Lahad Datu ditutup dan tuntutan ke atas Sabah akan diteruskan melalui rundingan.

Sultan Esmail Kiram II yang menggantikan abangnya yang meninggal dunia bulan lalu berkata, akan ada lebih banyak dialog diadakan bagi meneruskan tuntutan berkenaan.
“Hanya pihak yang terbabit saja menyertai dialog ini,” katanya kepada media semalam.
Kesultanan Sulu menghantar pasukan bersenjatanya menceroboh Ladah Datu sebelum ini dalam usaha mereka mendapatkan kedaulatan di wilayah berkenaan.

Bagaimanapun Malaysia bertindak balas dengan menghalau pasukan bersenjata itu dari Sabah.

Mengenai insiden Lahad Datu Esmail berkata dia tidak berhasrat bercakap lebih lanjut dalam isu berkenaan.

“Ia sudah berakhir, ditutup,” katanya.

Kata Esmail kali ini rundingan mengenai SAbah hanya akan disertai wakil Kesultanan Sulu dan kerajaan Malaysia.

“Sultan baru Sulu tidak mempunyai sebarang perubahan terhadap tuntutan ke atas Sabah,” katanya. - Agensi