Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Senarai 6 Telefon Bimbit Paling Ikonik Sepanjang Zaman
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

China Mobile

Teknologi yang begitu pesat dan canggih dalam telefon bimbit kadang-kala agak memeningkan untuk diikuti perkembangannya.Dengan pengenalan kamera 41 megapiksel Nokia Lumia 1020 kepada pengesan cap jari iPhone 5S,ternayata telefon bimbit bukan lagi hanya befungsi sebagai alat telekomunikasi,malah amat berguna dalam aspek kehidupan harian secara amnya.

Namun masih ingatkah kita lagi zaman apabila telefon bimbit merupakan satu bentuk ‘luxury’ dan bukan keperluan?Mari menjengah ke masa ‘lampau’ dalam satu senarai yang pasti mengimbau nostalgia.

image1  
1. Motorola DynaTAC 8000X

Model paling vintaj dalam senarai ini, kerana DynaTAC merupakan telefon bimbit pertama yang dipasarkan secara komersial.Maka tidak hairanlah mengapa telefon ini dianggap sebagai pencetus kegilaan terhadap telefon mudah alih.

Saiz dan beratnya tidak mengizinkan telefon ini untuk disimpan di dalam kocek.Pengguna berupaya untuk bercakap selama hanya 30 minit,walaupun masa mengecasnya adalah 10 jam! Kos telefon bimbit ini pada waktu itu? $3,995.

image2  
2. Motorola StarTAC

Motorola StarTAC ini boleh dikatakan lebih maju daripada masanya kerana merupakan model pertama yang mempunyai rekabentuk ‘clamshell’. StarTAC mendapat sambutan hangat daripada pengguna dengan 60 juta unit terjual.Telefon ini juga membolehkan khidmat pesanan ringkas (SMS) serta bergetar apabila menerima notifikasi.

image3  
3. Nokia 3310

Terjual lebih 126 juta unit seluruh dunia,3310 merupakan telefon mudah alih paling ikonik generasi ini: paparan monokrom, akses internet WAP dan salah satu permainan paling mendatangkan ketagihan,Snake II.

image4 
. Motorola Razr

Satu lagi model ikonik yang mempunyai salah satu daripada reka bentuk terbaik pada masanya.Dengan katupan logam yang menawan serta papan kekunci berluminasi anggun,MOTORazr merupakan simbol status kepada penggunanya.

Dipasarkan pada tahun 2004,model ini begitu tipis dan ringan.Walaupun harganya agak mahal pada masa itu,Razr tahan lasak dan mempunyai tempoh waranti yang panjang,menaikkan lagi popularitinya dalam kalangan peminat.

image5

5. Nokia N95

Dipasarkan pada tahun 2007,N95 merupakan telefon pintar pertama di dunia. Dengan papan kekunci dwifungsi,N95 juga mempunyai Wi-Fi, akselerometer,kamera berlensa Carl Zeiss dan penyimpanan data sebanyak 8GB;manjadikan teknologi yang dimuatkan didalam telefon ini merentasi zamannya.

image6

6. Apple iPhone

Sejarah baru dalam dunia teknologi telah terlakar di saat Steve Jobs mengumumkan kemunculan iPhone kepada dunia.Tanpa teknologi skrin sentuh yang dipelopori iPhone,mungkin kita masih menggunakan stylus.Leceh.
Dengan paparan 3.5 inci,akses penuh enjin pencarian Safari dan iTunes,iPhone mempunyai fungsi yang luas setanding dengan harganya yang agak mahal dan keluaran yang terhad ketika itu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments